Terima Kasih Ye.. SMS 0199517292..Diskaun Menarik Menanti Anda

^^ JOIN & DAPATKAN DISKAUN UTK SETIAP PEMBELIAN^^

JOM SINGGAH on Facebook



DOA

" YA ALLAH, DENGAN RAHMATMU YANG MAHA PEMURAH LAGI LUAS KASIH SAYANGMU...
AKU MOHON KEPADAMU, AMPUNKANLAH DOSA2 IBU YANG MENYUSUKAN ANAKNYA... LAPANGKANLAH REZEKI MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELAPANGKAN REZEKI AKU SEPERTI AKU MENYUSUKAN KEDUA2 ANAKKU. LANCARKAN REZEKI SUSU ANAK MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELANCARKAN REZEKI SUSU BUAT ANAK2KU.
SESUNGGUHNYA ENGKAU SANGAT KAYA DENGAN KASIHMU, PERKENANKANLAH DOAKU INI DAN SEMOGA ALLAH MENEMPATKAN KEDUA IBU BAPAKU KE DALAM SYURGAMU... AMIN..."

Jumaat, 18 Mei 2012

Omega Guard VS Lecithin. Mana satu pilihan anda utk kurus & lansing. Dua2 ada kelebihan nya



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Salam ibu-ibu cantik di luar sana...
Hari ini ingin saya berkongsi rasa hati saya tentang nak KURUS.  Perasaan  ini dah bermain di minda semenjak berhenti menyusukan Aisyah dan beberapa kali juga saya gagal untuk KURUS akan tetapi saya bangkit semula untuk terus mencuba, mencuba dan mencuba untuk kurus. Saya pernah ditegur oleh seorang customer yang juga ibu menyusu yang mana ia sebenarnya buatkan hati saya agak terguris tetapi saya mengambil ia dari sudut positif dan kini saya akan bermula sekali lagi. Bagi saya PERMULAAN itu tidak penting tetapi bagaimana PENGAKHIRANNYA. Sebelum saya share testimoni saya dahulu, ingin saya share dahulu rakan-rakan saya yang berjaya. Untuk testimoni saya pula, Insyaallah saya akan kongsikan apabila usaha-usaha yang dilakukan ini membuahkan hasil. Doakan saya ye! tq mamayangcekal.com for share info nie

Saya yakin ramai wanita, isteri dan para ibu tidak mahu menjadi seperti ini.....

atau seperti ini (im becoming like this or already like this huhu)
NO NO NO NO
Maka pengambilan makanan dan cara hidup kita perlu seimbang.... walaupun banyak pusat kecantikan yang boleh membantu namun kosnya pastilah tinggi.


Namun bagi saya, Omega, Alfalfa dan Herb Lax sangat membantu. Harganya cukup berpatutan. Namun pengambilan buah sangat membantu sistem pembuangan lebih lancar.


Memang antara tips yang bagus kita amalkan untuk elakkan perut buncit ialah kurangkan minum ais, jangan mandi selepas makan serta bersenam setiap hari. Namun supplement turut membantu melancarkan proses itu.


Alhamdulillah telah hampir sebulan makan Omega sebagai pembakar lemak, ia memang memberi kesan yang sangat hebat pada selera makan saya. Alhamdulillah saya dapat rasakan perbezaannya. Memang setelah amalkan makan Omega, kita banyak rasa dahaga dari lapar. Dapat rasa berbanding makan Lecithin. Memang ada yang amalkan Lecithin sahaja sudah dapat merasa bentuk badan yang lebih slim dan cantik terutama bagi ibu menyusu kerana penyusuan itu sendiri membantu si ibu membakar banyak kalori.
Salam...
Ramai yang bertanya saya bagaimana saya boleh turunkan berat badan dan apa yang saya makan untuk dapatkan berat badan yang ideal dengan ketinggian saya..


Selain dari amalkan HERBLAX SHAKLEE dan LECITHIN SHAKLEE ada tips lain yang saya ingin kongsikan disini..memang pada mulanya agak sukar untuk saya lakukan..tapi jika kita mahu berubah sudah tentu ianya menjadi sesuatu yang mudah dan indah.. ;)

1. Hindari makanan berlemak dan kurangkan karbohidrat.
Makanan berlemak adalah musuh utama saya sewaktu proses diet berjalan..makanan seperti masak lomak cili api memang saya stopkan dulu, selain KFC dan PIZZA juga kene stop ye..makanan karbohidrat seperti nasi kene kurangkan..memang makanan ruji rakyat malaysia terutama orang melayu susah nak tinggalkan nasi..tapi kalau dah biasa tak kan jadi masalah..Untuk menu makan tengahari kalau nak makan nasi boleh tapi nasi lebih kurang 1/3 dari pinggan kecil ye..yang 2/3 adalah lauk dan lebihkan sayur.

2. Kurangkan gula dalam minuman anda.
Cuba untuk kurangkan minuman manis...terutama sekali minuman dalam tin yang memang kita sedia tahu bahawa manis dan sedapkan..hadkan jumlah kalori anda setiap hari..apa kata anda jadikan AIR MASAK sebagai teman setia..air masak mampu meningkatkan metabolisma badan kita..jumlah air masak yang saya minum setiap hari wajib 3liter..

3. Makan minima 3kali sehari
Jangan skip meal jika anda ingin diet..makan ikut jadual..sarapan pagi,makan tengahari dan makan malam (sebaik2nya sebelum pukul 7malam). Nasihat saya kurangkan makan,tapi boleh makan kerap..jika kita makan kurang dari 3kali sehari akan menurunkan kadar metabolisma kita dan proses pembakaran lemak akan menjadi lambat, makanya jangan anggap kita makan 2 atau sekali sehari berat badan boleh turun dengan cepat ye..

4. Makan 3jam sebelum tidur.
Adalah menjadi kesalahan mengambil makan malam kurang dari 3jam sebelum tidur..makanan yang anda makan kurang dari 3jam sebelum tidur tidak dapat diproses sewaktu tidur dan akan menyebabkan makanan bertukar menjadi lemak, ini adalah kerana metabolisma badan kita akan kurang bekerja sewaktu kita tidur. Cubalah amalkan lepas makan terus tidur tak payah lamalah dalam 2minggu je anda akan dapat hasil babat2 yang tak indah disekitar perut anda nanti..hehe..

5. Banyakkan makanan rebus dan sup.
Meehoon sup akan menjadi menu wajib saya setiap hari sepanjang proses diet saya..kadang-kadang saya akan tukar menu kepada meehoon tomyam atau sup sayur..makanan rebus yang pastinya sangat bagus sebab ia kurang minyak..kurangkan makanan bergoreng..nampak macam susahkan..tapi kalau dah menjadi kebiasaan tak jadi masalah pun..kalau saya rasa lapar saya akan kunyah buah epal hijau atau makan biskut dan banyak minum air masak..

6. Bersenam atau Aerobic
Bersenam pada mulanya saya cuma main skipping dan hullahoop je kat rumah..memang berpeluh..saya tak buat hari-hari..seminggu 3kali dan 1jam setiap sesi dah cukup..Aerobic yang banyak membantu saya untuk kekal fit dan sihat..saya suka aerobic..hehe..

7. Tidur dan rehat yang cukup.
Tahukah anda kita wajib tidur 6-8jam sehari..masa tidur ni lah kita akan berehat dan jika anda nak turunkan berat badan jangan kurang tidur dari 7jam..itu yang cikgu aerobic saya bagi tau..

8. Kawal nafsu makan.
Ini adalah yang paling susah untuk saya lakukan masa permulaan diet saya..kalau sebelum ni saya adalah kategori yang kuat makan..lagilah saya menyusukan anak dan boleh kata saya sentiasa lapar..tapi bila genap je Haikal 2tahun dan saya pun dah tak pam susu lagi time keje jadi saya berani untuk diet..mula-mula nak kawal nafsu makan memang susah tapi bila dah biasa tak jadi masalah lagi..Alhamdulillah saya berjaya dapatkan berat ideal dengan ketinggian saya lebih kurang 6bulan..yang penting kene NEKAD,SABAR dan USAHA kene seiring.. 

Anda boleh membuat pilihan yang mana SATU pilihan anda mengikut bajet samada ingin bajet yang murah ataupun yang mahal namun jika anda ingin combinekan kedua-keduanya sekali anda boleh hubungi saya untuk konsultasi cara yang betul. Testimoni di atas adalah panduan sahaja dan ianya tidak sama dengan diri kita, saya perlu mengetahui berat, jantina, umur dan corak pemakanan agar anda mendapat hasil yang memuaskan.


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit


Sila PM utk mendapatkan detail mengenai produk:

Email - pokoksena85@yahoo.com

SMS - 0199517292

FB - http://www.facebook.com/pokoksena85

Fan Page - http://www.facebook.com/JomSinggah09

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...