Terima Kasih Ye.. SMS 0199517292..Diskaun Menarik Menanti Anda

^^ JOIN & DAPATKAN DISKAUN UTK SETIAP PEMBELIAN^^

JOM SINGGAH on Facebook



DOA

" YA ALLAH, DENGAN RAHMATMU YANG MAHA PEMURAH LAGI LUAS KASIH SAYANGMU...
AKU MOHON KEPADAMU, AMPUNKANLAH DOSA2 IBU YANG MENYUSUKAN ANAKNYA... LAPANGKANLAH REZEKI MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELAPANGKAN REZEKI AKU SEPERTI AKU MENYUSUKAN KEDUA2 ANAKKU. LANCARKAN REZEKI SUSU ANAK MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELANCARKAN REZEKI SUSU BUAT ANAK2KU.
SESUNGGUHNYA ENGKAU SANGAT KAYA DENGAN KASIHMU, PERKENANKANLAH DOAKU INI DAN SEMOGA ALLAH MENEMPATKAN KEDUA IBU BAPAKU KE DALAM SYURGAMU... AMIN..."
Memaparkan catatan dengan label Omega Guard. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Omega Guard. Papar semua catatan

Khamis, 21 Mac 2013

Siapa yang perlukan Shaklee Omega Guard Fish Oil ni!!!


Walaupun Offer utk beli 6 percuma 1, tapi rasa nak info pasal Omega Guard Shaklee nie juga la..hah

Kali nak share sapa yang patut ambik Omega Guard Shaklee nie..semua orang boleh ambik kebaikan yang ada dalam Omega Guard Shaklee tapi keutamaan pada siapa.. meh la kita tengok2 dulu.. mana tau anda tergolong dalam golongan yang memang memerlukan Omega Guard Shaklee nie . 
a) Ibu hamil



- sebab ia akan membantu perkembangan otak bayi semasa di dalam kandungan

- mengurangkan risiko kelahiran bayi pra matang
- mengurangkan risiko gila meroyan selepas kelahiran

- mengawal kenaikan berat badan yang akan mencanak naik semasa hamil




b) ibu yang menyusukan




- Omega akan menyalurkan khasiat omega-3 untuk sistem imunisasi badan kanak-kanak serta membantu perkembangan otak kanak-kanak.

- sangat membantu penurunan berat badan ibu tanpa menjejaskan penyusuan ( ibu-ibu yang dalam pantang wajib ambik ni tau..nak slim kan??)

Selasa, 26 Februari 2013

11 Manfaat Omega 3 untuk Kesihatan Wanita




Kita sedia maklum yang Omega-3 diperlukan oleh janin dalam kandungan, kanak-kanak yang sedang membesar. Tapi adakah terdapat manfaat minyak ikan yang eksklusif untuk wanita? Ya, semestinya! Dan manfaat minyak ikan untuk wanita boleh membuat hidup wanita tersebut secara mendadak akan menjadi yang lebih baik. Anda akan menjadi lebih gembira dan sihat. Bukankah itu impian setiap wanita?


Yang pasti jika anda mengambil supplemen minyak ikan Omega-3 anda daripada sumber yang tulen dan berkualiti tinggi, anda akan mendapat manfaat omega 3 yang terbaik untuk tubuh badan.

Mengapa minyak ikan tulen begitu berbeza daripada sumber omega-3 yang lain? Kualiti omega 3 minyak ikan adalah sumber terkaya dan terbaik EPA, DHA dan DPA - tiga Omega 3 asid lemak yang terbukti dalam kajian penyelidikan saintifik demi kajian untuk menghasilkan omega berikut menakjubkan 3 faedah.


Minyak Ikan Omega 3 dan Manfaatnya untuk Wanita


1. Perlindungan terhadap kanser payudara: 

Kajian menunjukkan wanita dengan pengambilan  asid lemak minyak ikan yang tinggi mempunyai sehingga 50% peluang kurang mendapat kanser payudara, yang adalah satu kebimbangan utama bagi kebanyakan wanita. DHA adalah semulajadi anti-radang yang menghalang transformasi selular dan membunuh sel-sel kanser.


Selasa, 19 Februari 2013

Omega 3 vs Asma?? Bagaiamana Omega 3 mencegah & mengurangkan serangan Asma..

Asma/ Asthma: Bagaimana Omega 3 Membantu Mencegah & Mengurangkan Serangan Bagi Yg Menghidapinya?





Asma adalah penyakit kronik berpunca daripada kekejangan otot di cabang tenggorok yang menyebabkan saluran pernafasan bengkak dan sempit.
Meskipun ia tidak boleh diubati, asma boleh dikawal dengan cara mengurangkan serangan melalui penjagaan rapi.
Malah, pakar-pakar turut menganggarkan 80 peratus daripada kematian di kalangan penghidap asma boleh dicegah jika mereka diberi pendidikan yang sempurna bagi menangani penyakit berkenaan.

Khamis, 7 Februari 2013

Asid Lemak Omega 3 penting untuk Ibu Mengandung


Kepentingan OMEGA 3 Minyak Ikan (DHA & EPA) Untuk Ibu Mengandung



Penyelidikan saintifik sentiasa memperluaskan pengetahuan kita tentang keperluan pemakanan semasa kehamilan. Antara perkembangan terkini dalam bidang ini ialah kepentingan asid lemak omega 3 dalam perkembangan bayi dalam kandungan yang sihat dan kesihatan ibu hamil.

Apakah itu Acid Lemak Omega 3?
• Omega-3 adalah sebuah keluarga rantai panjang asid lemak poli tak tepu (polyunsaturated fatty acid) yang merupakan nutrien penting untuk kesihatan dan perkembangan badan. Malangnya, ini tidak disintesis oleh tubuh manusia dan mesti diperolehi dari diet, vitamin, suplemen atau makanan tambahan.

• Kajian menunjukkan bahawa kedua-dua komponen utama asid lemak omega 3 yang paling bermanfaat adalah EPA (Eicosapentaenoic acid) dan DHA (asid docosahexaenoic). Kajian menunjukkan bahawa setiap asid lemak mempunyai manfaat yang unik. 


EPA penting untuk mengurangkan risiko penyakit jantung, sistem imun, dan tindak balas keradangan. 

DHA membantu meningkatkan kepintaran otak, mata, dan sistem saraf utama iaitu penting untuk ibu mengandung, bayi dalam kandungan dan ibu yang sedang menyusu.  Ia juga amat berguna kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah di dalam pembelajaran.
 

Apakah kepentingan Omega 3 dan Apakah fungsinya?

• Pengambilan Omega 3 lemak yang mencukupi adalah penting untuk mengekalkan pengeluaran hormon yang seimbang seperti hormon prostaglandin. Prostaglandin membantu mengawal banyak fungsi fisiologi penting termasuk tekanan darah, pembekuan darah, penghantaran saraf, radang dan tindak balas alergi, fungsi buah pinggang dan saluran gastrousus dan pengeluaran hormon lain. Bergantung kepada jenis asid lemak dalam diet, jenis prostaglandin yang tertentu boleh dihasilkan dalam kuantiti yang besar. Ketidakseimbangan prostaglandin ini boleh membawa kepada penyakit.

Jumaat, 1 Februari 2013

Omega Guard Shaklee antara yang terbaik didunia



Kelebihan Omega 3: Omega Guard Shaklee Terbaik!


Untuk bulan february, dapatkan Omega guard shaklee dengan harga runtuh ye.. beli 6 percuma 1..

Kelebihan anda perlu memilih Omega Guard shaklee berbanding Brand lain.


1. Minyak Ikan Terbaik Di Dunia
OmegaGuard Shaklee terdiri daripada 7 asid lemak Omega-3 semulajadi iaitu
EPA (Eicosa Pentaenoic Acid), DHA (Docosa Hexaenoic Acid), ALA dan lain-lain 
lagi. Satu hidangan OmegaGuard (3 biji) menyediakan 990mg Asid Lemak Omega-3.
2. Ultratulen & Bergred Farmaseutikal
Omega Guard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari 3 
molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat di bawah 
suhu rendah yang terjaga. Proses ini menumpukan kepada penghasilan asid 
lemak Omega-3 yang asli dan menghilangkan pencemaran termasuk logam berat, merkuri, kadmium dan sebagainya yang terdapat di dalam kebanyakan 
jenis ikan.


Jumaat, 5 Oktober 2012

Buasir oh Buasir.. Ketahui punca dan cara penyelesaian



Hari ni nak share sikit tentang buasir yang diambil dari Facebook Nurul. Info yang sangat menarik…


Buasir merupakan penyakit yang terjadi pada bahagian dubur. Ia dapat dikesan dengan adanya pembengkakan pada saluran dubur. Selalunya, pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit. Bengkak yang terjadi adalah disebabkan oleh pengembangan saluran darah pada bahagian dubur atau ketumbuhan sel-sel yang melapisi saluran dubur. Selain bengkak pada saluran dubur, pendarahan semasa membuang air besar juga terjadi disebabkan oleh luka yang terjadi apabila najis keras bergesel dengan buasir.
Pada kebiasaannya buasir terjadi selepas mencapai umur 50 tahun. Namun, ada juga di antara kita yang mengalami masalah buasir di usia muda….dan buasir juga sering terjadi di kalangan ibu-ibu mengandung disebabkan oleh janin yang membesar di dalam rahim ibu menekan saluran darah pada kawasan dubur sehingga menyebabkan berlakunya buasir..
Beberapa cadangan supplement disarankan untuk membantu masalah buasir anda…Antaranya ialah…OSTEMATRIX, OMEGA GUARD dan ZINC COMPLEX…Mari kita lihat apa kata mereka yang dah cuba….happy

♥ OMEGA GUARD : Baik untuk sendi/otot…Pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit. Jadi, OMEGA membantu untuk mengecutkan otot yang bengkak tersebut.

Khamis, 16 Ogos 2012

Vitamin Shaklee Buat Ibu Hamil.. Berikan terbaik untuk anda dan baby anda




Cadangan vitamin untuk ibu hamil.


OsteMatrix(calcium magnesium) - 4 biji sehari

Ibu yang mengandung memerlukan 1000mg-1300mg sehari. Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Kiranya 3 in 1 la..Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium. Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya..vitmain D pula untuk merangsang penyerapan kalsium. Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu. Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna. Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.Sekiranya ibu mengandung kekurangkan kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua.


Energizing Soy Protein - minum sehari sekali

Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui se-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit. ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah. Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3 bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus.

Jumaat, 27 Julai 2012

Rahsia Kekal Langsing & Ramping Ibu2 Menyusu

Breastfeeding plus langsing dengan set slimming breastfeeding

Set slimming untuk ibu menyusu bukan sekadar mengurangkan berat badan, malahan mampu mengebukan kulit muka dan menghilangkan parut -parut jerawat & jeragat. Hasilnya, kulit bertambah cantik berseri.
Walaupun supplement adalah pilihan terbaik untuk yang sibuk, namun bukan semua produk slimming boleh diambil oleh ibu menyusu. Yang pastu Set Slimming Breastfeeding SHAKLEE adalah selamat & berkesan untuk diambil oleh ibu semua ibu menyusu dan tidak memberi kesan samping kepada proses penyusuan mahupun kepada bayi malah memberi bonus lain iaitu susu akan bertambah dengan pengambilan ESP (MILK BOOSTER)

Untuk makluman anda, penyusuan sebernarnya membatu ibu menurunkan berat badan secara semulajadi. Ini kerana setiap kali anda menyusu bayi anda, 500 kalori dibakar didalam tubuh anada. Jika difikirkan secara logiknya, sepatutnyer berat badan mesti akan berkurangan? Tapi kenapa kebanyakkan ibu menyusu komplen bahawa menyusu menyebabkab mereka berasa lebih lapar?

Jom tengok apa faktor kenaikan berat badan, antara FAKTOR-FAKTOR nya :

Isnin, 2 Julai 2012

Vitamin Tambahan Untuk Wanita Mengandung.


Testimoni dari Kak Farah Wahida.
Klik untuk saiz image lebih besar. :)
Siapa tak nak kesihatan yang baik sepanjang mengandung kan? Kurang alahan, tak ada masalah kurang darah, happy, tidak stress, bersemangat dan bertenaga. Siapa tak nak? Ha? Siapa tak nak? Cuba angkat tangan. Aku nak tengok siapa. 
I don't have any experience pon mengandung bersama Shaklee. Saya bercinta dengan Shaklee selepas bersalin. Sebab masa tu kurang ilmu tak tahu yang Shaklee ada vitamin untuk pregnancy jugak. Bila dah join Shaklee dan gali ilmu, baru tahu yang Shaklee sangat pelbagai untuk macam-macam masalah kesihatan. Sampaikan untuk pregnancy pon ada. Sangat rugi terasa diri. I promise to myself yang saya akan gunakan Shaklee sebagai vitamin saya jika saya mengandung yang akan datang. Ewah ewah. Macam ada hati je nak bagi Najah adik? Jeng jeng jeng. :p
Jadi, apa yang ada dalam vitamin pregnancy Shaklee?
Set J1 (1st Trimester)
1. Vita-Lea with Iron
2. Vitamin C
3. B Complex
4. Ostematrix

Set J2 (2nd Trimester and above)
1. Vita-Lea with Iron
2. Vitamin C
3. B Complex
4. Ostematrix
5. Omega

Sabtu, 9 Jun 2012

Suplemen Untuk Penyakit Gout




Ramai yang bertanya saya suplemen apa yang boleh diambil jika mempunyai masalah GOUT. Ini saya listkan:

1) VITAMIN C - untuk mengurangkan uric acid di dalam badan, sekurang-kurangnya perlu ambil 3 biji sehari, iaitu 1500mg.

2) ALFALFA - Punca vitamin dan mineral yang diperlukan badan. Ini dapat mengurangkan pembentukan baru uric acid.

3) OMEGA GUARD - Mengurangkan dan mengelakkan inflammatory (bengkak) pada anggota yang terkena serangan GOUT.

4) PERFORMANCE DRINK - memastikan tubuh pesakit mempunyai kandungan air dan gula yang cukup agar tidak dehydrate.


Selain itu, elakkan makan makanan berprotein seperti daging, makanan laut, kambing. Juga elakkan minuman manis dan bergas. Ais krim, butter dan keju juga perlu dielakkan. Pengambilan air + lemon secara berterusan juga boleh mengurangkan kadar uric acid di dalam badan.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
 


Sila PM utk mendapatkan detail mengenai produk:
Email - pokoksena85@yahoo.com
SMS - 0199517292
FB - http://www.facebook.com/pokoksena85
Fan Page - http://www.facebook.com/JomSinggah09

Jumaat, 25 Mei 2012

Buat Ibu Hamil.. Berikan Bayi Anda Permulaan yang Baik~


Bulan ini bulan Omega Guard. Ramai yang dah berpusu-pusu membelinya. Jadi saya pun teruja nak share lebih banyak tentang kebaikan Minyak ikan / Omega 3 ni. Omega Guard ni sesuai untuk semua xkira bayi, kanak-kanak, pelajar, ibu mengandung dan menyusu, lelaki mahu pun orang tua. 



Sumber : FB Page MummyMaira
Mamacergas
_____________________________________________________
Omega 3 Dalam Diet Amat Membantu Perkembangan Janin.

DHA adalah asid lemak perlu yang dijumpai dalam badan kita terutamapada otak. DHA adalah sangat penting dalam perkembangan otak, serta aspek-aspek lain perkembangan janin. DHA juga asid lemak utama yang ditemui dalam retina mata, serta organ-organ badan yang lain.

DHA Kaya Dalam Susu Ibu.
Bayi tidak mampu menghasilkan DHA mereka sendiri, mereka memperoleh DHA daripada susu ibu. Sebelum mereka dilahirkan, DHA didapati dari ibu melalui plasenta. Dengan itu, ibu akan mengalami kekurangan DHA. Atas sebab ini pakar mencadangkan supliment Omega 3 kepada ibu-ibu yang mengandung dan ibu-ibu yang menyusu. Ini adalah untuk menambah DHA untuk perkembangan fetus dan untuk mengekalkan kuantiti DHA untuk diri ibu sendiri. Selain itu, suplimen lain yang disyorkan untuk ibu mengandung atau menyusu, seperti asid folik, tetapi Omega 3 lemak tidak terkecuali untuk penbangunan otak janin, pembangunan mata, dan lain-lain aspek perkembangan janin.

Selasa, 22 Mei 2012

Suplemen utk wanita yang ingin kekal cantik kerana dirimu begitu berharga


Syukur kita masih diberi kesihatan yang baik. Bestkan? Masa usia muda ni banyak yang perlu dilakukan, banyak target yang nak direalisasikan. Bagaimana pula dengan 20 tahun dari sekarang?


Pastikan anda menjaga kesihatan untuk 20 tahun dari sekarang juga kerana segala usaha dan duit yg anda cari kini, adalah untuk anda nikmati 20 tahun dari sekarang juga. Tak bestlah kalau asyik kena keluar masuk hospital, bergantung pada ubat(drugs) atau asyik terbaring atas katil ja.


Mestilah kita nak pergi melancong, bercucuk tanam, main dengan cucu, shopppinggg, bergiat dalam aktiviti kemasyarakan.


Bagaimana pula dengan kesihatan ibu, orang yang bertanggungjawab membesarkan kita dan bersusah payah untuk kita. Hadiahkan mereka nikmat kesihatan yang diperlukan oleh semua orang. Inilah masanya untuk kita membalas jasa baik mereka walaupun mereka tidak minta. Memperkenalkan..


Women health program


Kebaikan keseluruhan program ini merangkumi


- melegakan simptom PMS termasuk SENGGUGUT
- melegakan tanda- tanda menapous
-kesihatan dan KECANTIKAN KULIT
-mengurangkan risiko penyakit JANTUNG
-menggalakkan perkembangan OTAK
-mengurangkan sakit SENDI
-menguatkan TULANG
-membantu keseimbangan HORMON


Set ini mengandungi
-GLA Complex
-Omega Guard
-Ostematrix






Kebaikkan GLA:



Dari sumber Minyak Borage, Minyak Bunga Matahari dan Vitamin E


GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E.


Menggalakkan rasa kelegaan semasa kitaran haid bulanan
Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid. *


Tiada perisa, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.








Kebaikan Omega Guard:

Mengandungi Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) yang merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.


Shaklee OmegaGuardTM merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan. Satu hidangan OmegaGuardTM menyediakan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.






Kebaikan Ostematrix:

Lebih daripada Sekadar Kalsium
OsteMatrixTM membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.


Tulang merupakan struktur penting di dalam tubuh manusia. Ia merupakan kerangka yang menyokong berat badan dan organ utama seperti paru-paru, jantung, hati dan ginjal serta membolehkan kita menggerakkan otot-otot dan tubuh secara bebas. Mengekalkan kesihatan tulang secara optima adalah penting bagi mendapatkan kesihatan optima menyeluruh.




"Kerana dirimu begitu berharga"
kredit - mysupervitamins.com

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit


Bg yang kekangan kewangan, sila contact utk mendapat harga istimewa: Email - pokoksena85@yahoo.com SMS - 0199517292
Fanpage - JOM SINGGAH 

Jumaat, 18 Mei 2012

Omega Guard VS Lecithin. Mana satu pilihan anda utk kurus & lansing. Dua2 ada kelebihan nya



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Salam ibu-ibu cantik di luar sana...
Hari ini ingin saya berkongsi rasa hati saya tentang nak KURUS.  Perasaan  ini dah bermain di minda semenjak berhenti menyusukan Aisyah dan beberapa kali juga saya gagal untuk KURUS akan tetapi saya bangkit semula untuk terus mencuba, mencuba dan mencuba untuk kurus. Saya pernah ditegur oleh seorang customer yang juga ibu menyusu yang mana ia sebenarnya buatkan hati saya agak terguris tetapi saya mengambil ia dari sudut positif dan kini saya akan bermula sekali lagi. Bagi saya PERMULAAN itu tidak penting tetapi bagaimana PENGAKHIRANNYA. Sebelum saya share testimoni saya dahulu, ingin saya share dahulu rakan-rakan saya yang berjaya. Untuk testimoni saya pula, Insyaallah saya akan kongsikan apabila usaha-usaha yang dilakukan ini membuahkan hasil. Doakan saya ye! tq mamayangcekal.com for share info nie

Saya yakin ramai wanita, isteri dan para ibu tidak mahu menjadi seperti ini.....

atau seperti ini (im becoming like this or already like this huhu)
NO NO NO NO
Maka pengambilan makanan dan cara hidup kita perlu seimbang.... walaupun banyak pusat kecantikan yang boleh membantu namun kosnya pastilah tinggi.


Namun bagi saya, Omega, Alfalfa dan Herb Lax sangat membantu. Harganya cukup berpatutan. Namun pengambilan buah sangat membantu sistem pembuangan lebih lancar.


Memang antara tips yang bagus kita amalkan untuk elakkan perut buncit ialah kurangkan minum ais, jangan mandi selepas makan serta bersenam setiap hari. Namun supplement turut membantu melancarkan proses itu.


Alhamdulillah telah hampir sebulan makan Omega sebagai pembakar lemak, ia memang memberi kesan yang sangat hebat pada selera makan saya. Alhamdulillah saya dapat rasakan perbezaannya. Memang setelah amalkan makan Omega, kita banyak rasa dahaga dari lapar. Dapat rasa berbanding makan Lecithin. Memang ada yang amalkan Lecithin sahaja sudah dapat merasa bentuk badan yang lebih slim dan cantik terutama bagi ibu menyusu kerana penyusuan itu sendiri membantu si ibu membakar banyak kalori.

Jumaat, 4 Mei 2012

Sabtu, 28 April 2012

Vitamin untuk Kesihatan Lelaki (Men's Vital Health)





Dengan cara hidup zaman sekarang ditambah dengan pemakanan yg tidak seimbang, kurang rehat, stress dan pencemaran udara/air, lelaki tidak terkecuali dalam menghadapi pelbagai masalah kesihatan seperti penyakit jantung, penyakit kencing manis, obesiti, strok dan banyak lagi. Ada di antara mereka yang mengalami perubahan hormon seawal usia 30 tahun yang membawa kepada masalah kesihatan yang rumit dalam hidup mereka seperti:

#Mati pucuk
#Pembesaran prostat
#Kelesuan
#Kurang tenaga dan stamina

Program Men's Vital Health Shaklee membekalkan nutrisi terbaik untuk kesihatan lelaki.

Kebaikan:

1. Memelihara kesihatan prostat*
2. Meningkatkan kecergasan dan kesihatan badan*
3. Memelihara jantung yang sihat*
4. Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal
5. Mengawal tahap kolesterol yang sihat*

**vitamin E juga digelar vitamin malam jumaat (utk yg sudah berkahwin aje tau!!!)

Set ini mengandungi:

1. Omega Guard
2. Vita-E Complex
3. Zinc Complex

credit- hani-dex.blogspot.com

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit


Sila PM utk mendapatkan detail mengenai produk:
Email - pokoksena85@yahoo.com
SMS - 0199517292
FB - http://www.facebook.com/pokoksena85
Fan Page - http://www.facebook.com/JomSinggah09
Your Shaklee Independent Distributor (ID - 854784)

Khamis, 5 April 2012

Inginkan Kesihatan Yang terbaik utk Anak2??

Cuaca tak menentu skarang ni kan... tapi bukan salah cuaca jika anak-anak sering sakit - demam, selsema, batuk & etc.. Sakit itu lumrah kehidupan, tapi menjadi masalah untuk ibu bapa berkerjaya bila anak sering demam dan tak sihat kan? Alhamdulillah Genius Damia & Genius lil Dzakirah sekarang jarang demam... tapi sesekali mereka pasti kena selsema dan batuk... normallah tu sesekali mesti demam atau flu utk badan mereka membina antibodi sihat semulajadi... mereka bukan superKid yang tak demam langsung...

Salah satu penyebab anak sering demam ialah berkait dengan sistem imunitinya. Sistem imun merupakan salah satu sistem paling sensitif dan kompleks dalam tubuh badan kita. Ia bekerja untuk menghapuskan bahan asing dan merbahaya dalam tubuh kita, kemudian menghapuskan atau meneutralkan bahan asing itu.


Senang kata, sistem imune itu umpama tentera yang menjaga tubuh kita dari dirosakkan oleh elemen luar yang boleh menjadikan kita sakit ~ Suka dgn perumpamaan Mommylyna ni...
Hari ini kita hidup selalu dikelilingi oleh berbagai ancaman penyakit/pencemaran maka memiliki dan memelihara Sistem imun yang sihat & optimal menjadi keutamaan kita


Apakah vitamin shaklee untuk tingkatkan imuniti terutama untuk atasi masalah anak sering sakit - demam, selsema, batuk ni?
 
-UNTUK KANAK-KANAK 1-3 TAHUN ==> Mealshake & Omega Guard  
Gambar ihsan dr Ida
-UNTUK KANAK-KANAK 4-12 TAHUN ==> Vita C Chewable, Vitalea for Children, Mealshake, Omega, Nutriferon 
-12 TAHUN KE ATAS ==> Nutriferon, B-Complex, Carotomax, Vita-C, Vita-E, Vitalea
Ibu bapa yang prihatin tentunya mahukan yang terbaik untuk anak-anak. Jangan sembarangan memberikan mereka makanan tambahan. Pastikan ianya dari sumber semulajadi yang tidak memberi kesan jangka panjang kepada kesihatan mereka. Details boleh rujuk sini.

credit Alin


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Bg yang kekangan kewangan, sila contact utk mendapat harga istimewa:



Email - pokoksena85@yahoo.com
SMS - 0199517292
Fanpage - JOM SINGGAH 

Rabu, 4 April 2012

'Lemak tepu berlebihan boleh menyebabkan saluran darah tersumbat, strok, serangan jantung' . Jom baca 7 TIPS kurangkan pengambilan lemak tepu



Okey bawak bertenang, saya pun dah cuak ni... mari kita sejukkan suasana dgn membaca 7 tips dibwh.. 7 cara utk mengurangkan pengambilan lemak tepu dlm badan... saya ringkaskan ya ikut apa yg sy baca.. (sumber dan diolah dari:iluvislam.com) 

1. Kurangkan makan daging merah. Especially kat bahagian berlemak seperti tulang rusuk dan bacon... pergh mmg bestt tapiii sendiri mkn sendiri mahu ingat okey...Optionnya, sila ganti dgn ayam (daging putih), tapi ingat bahagian peha dan kepak biasanya byk lemak.   

2. Gunakan lebih banyak minyak zaitun di dalam masakan. Minyak zaitun mengandungi lemak tak tepu yang mana boleh membantu menurunkan kadar kolesterol serta boleh menggantikan lemak tepu dalam masakan anda. 

3. Ketahui berapa jumlah lemak yang anda perlukan 

4. Elakkan makanan beku. kalau rasa tak dpat nak elak langsung.. sekurang2nya kurangkan.. tahukan anda frozen food cthnya nuget,sosej,etc mengandungi kandungan lemak tepu yang sangat tinggi. 

5. Panggang daging yang anda ingin makan.Haa ni sy baru tau..selama ni org kata panggang better daripada goreng2 tapi tak tahu kenapa kan kan... Tahukah anda, kalau anda menggoreng daging, daging tersebut akan menyerap semula lemak dan minyak yang digunakan untuk menggoreng. Sebaliknya, apabila anda memanggang daging, lemak pada daging tersebut akan mengalir keluar dan tidak akan diserap semula. 

6. Tambahkan suplemen Omega-3 dlm diet harian. Omega-3 adalah sejenis asid lemak yang baik. Ia mengurangkan radang sendi, menguatkan jantung, membantu penglihatan yang baik plus bakar lemak gak..:-)).. Omega-3 ini boleh didapati dari beberapa jenis ikan seperti salmon, ikan kembung, tuna,.. Apa kata cuba suplemen Shaklee Omega guard. Ia kaya dgn Omega-3.... :-) 

7. Kurangkan pengambilan harian produk tenusu. keju, susu fullcream haaa mmg lemak tepu tinggi.. Bukan minyak je ye yg ada lemak tepu.. jadi peminat2 keju dan susu full creaam tu berhati2 dan berpada2 yer.. Kalau nak amik keju, pilih keju yg berasaskan susu rendah lemak

~~~~~~~~~~~~~~~~~
selamat mengamalkan tips2 di atas (ia peringatan utk diri saya gak..sbb baru je lepas goreng nuget.. huwaaa)..tapi takpe.lepas tu kami telan Shaklee Omega guard 3bj..hehe.

Ultratulen dan Bergred Farmaseutikal
OmegaGuard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.*

Minyak Ikan Terbaik Di Dunia
Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak.*

sumber: Shaklee website

credit - mamafaiz.com

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Bg yang kekangan kewangan, sila contact utk mendapat harga istimewa:



Email - pokoksena85@yahoo.com
SMS - 0199517292
Fanpage - JOM SINGGAH 

Bakar lemak dengan cara sihat !



Tips mudah untuk diamalkan! Kos tak sampai beribu. Paling penting cuma rajin minum air, wajib makan buah-buah setiap hari dan berdisiplin makan vitamin.

Dapatkan 3 produk vitamin* Shaklee ini hari ini dari kami atau pengedar anda dan JANGAN LUPA MINTA KONSULTASI  supaya anda mendapat kesan yang OPTIMUM!
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Bg yang kekangan kewangan, sila contact utk mendapat harga istimewa:



Email - pokoksena85@yahoo.com
SMS - 0199517292
Fanpage - JOM SINGGAH 

Isnin, 19 Mac 2012

Vitamin untuk Anak. Pelaburan terbaik untuk masa depan




Seawal usia berapa tahun perlu diberikan vitamin kepada anak2? ..Hmm.... Rasanya semua tahu pemakanan yg berzat dan berkualiti amat penting supaya otak dapat berkembang. Untuk menjawab soalan tadi, ianya subjektif kerana setiap ibu tahu ape yg terbaik utk anak masing2..Karang kalau saya kata seawal usia 1thn or 2thn or 4thn..byk pulak hujah2 kena jawab karang... jadi sila nilaikan sendiri gaya hidup pemakanan anak2 anda.. 

Cuma utk anak saya, Faiz dah stop bfeed sejak umur 2thn, jadi start dari umur tu saya dah selitkan skit2 makanan tambahan utk beliau. Dalam hidup serba moden ni, tak boleh nak lari daripada makanan2 berproses or pelbagai jenis makanan lagi.. (melainkan saya mmg duduk dikelilingi ladang sayur buah ,ayam itik dimana sah2 la tak dpt kan..).... 

Lagi2 si Faiz anak saya tak makan sayur dan buah.. (aisehh,bukan salah ibu mengandung okay.. ahha) .. Sebab tu, saya berikan beliau makanan tambahan seawal usia menghampiri 2thn sehingga lah ke hari ini dah nak masuk 6thn umurnya.. Saya hanya berikan OmegaGuard (kapsul minyak ikan), Meal Shake .. dan apabila dia berusia 4thn++, saya konsisten berikan tambahan vita C chewable.. Dan ingat ya vitamin untuk anak ni hanyalah sebagai makanan tambahan, bukan makanan utama. Ia berfungsi menampung mana yg kurang, melengkap2kan mana2 nutrisi yg tak lengkap... Dan alhamdulillah..saya berpuas hati dengan perkembangannya... Hasilnya bukan dalam sekelip mata.. Seperti bayi, bukan membesar sekelip mata.. Begitu juga kesan makanan tambahan kanak2...
 
Ini lah favorite saya...mmg ramai customer2 saya yang belikan utk anak masing2.. Inilah vitamin lengkap untuk anak2.. Makanan tambahan ni hanya menampung mana2 yg kurang..

 
  • Penting bagi perkembangan dan fungsi otak dan keupayaan retina (mengoptimakan pengelihatan untuk proses berfikir & melihat).
  • Menapis segala virus dan bacteria daripada badan.
  • Utk sistem imun badan, membaik pulih sel, sistem pencernaan,mengawal suhu badan.

Berikut sebahagian feedback Ibu2 yg gembira dgn perkembangan anak2 mereka yg mengambil makanan tambahan di atas: (dipetik dari group ekslusif customer2 kami di Shaklee Golden Lounge)

FB : Iffah Anuar :"Alhamdulillah... saya juga berikannya pada Faheem.. alhamdulillah, travel from Sgr - Cherating- Tgn - Melaka - Sgr...ke ladang ayah, berpanas hujan..main lumpur..Faheem tidak demam/selesema/muntah2 spt sepupu yg lain.. Alhamdulillah...Sy juge dah tidak bermusuh dengan matahari :) kalo dulu x boleh kne matahari migrain+rashes..+ demam + sakit2 sendi smp x boleh bgn..syukur.. setelah 1 Yr+ tekun amalkan shaklee"
 
FB : Beeha Yunos :"Since saya bg anak saya meashakes+omega, mmg dia jarang selsema (kalau tak sebulan sekali sure g pakar kanak2) dan susu mmg abis aje..dan makan pon selera..alhamdulillah..sayur sume makan, dah tak de masalah tak nak makan..and kalau demam atau selsema, 2 hari dah baik..alhamdulillah..akhirnya saya temui supplement yg serasi utk anak saya :)

FB : Rafaliah :" Irfan salah satu contohnya..dulu every mth demam, batuk n selsema pastu siap kena asthma attack. AlhamduLILLAH skang ni sgt better..:-) "
FB : Azra Balqis Irdina :"bagus jugak mealshake nie ye..ank sy dlu x mo mkn..ble nk bg mkn msti nyorok blakang pintu..skrg lepas sy bg die mealshake..mkn mcm x ingt dunia..ble x bg mkn msti mrh..skrg sayur2 pon die mkn..dlu die paling benci kt sayur..gembira hati sy tgk die da berselera..pipi pon da berisi.."
credit to MommaMia yg mengcompilekan feedback ini.. 
Anda bagaimana? Masih tercari2 vitamin untuk anak anda? 


credit - mamafaiz.com


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit



Sila PM utk mendapatkan detail mengenai produk:
Email - pokoksena85@yahoo.com
SMS - 0199517292
FB - http://www.facebook.com/pokoksena85
Fan Page - http://www.facebook.com/JomSinggah09
Your Shaklee Independent Distributor (ID - 854784)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...