Terima Kasih Ye.. SMS 0199517292..Diskaun Menarik Menanti Anda

^^ JOIN & DAPATKAN DISKAUN UTK SETIAP PEMBELIAN^^

JOM SINGGAH on Facebook



DOA

" YA ALLAH, DENGAN RAHMATMU YANG MAHA PEMURAH LAGI LUAS KASIH SAYANGMU...
AKU MOHON KEPADAMU, AMPUNKANLAH DOSA2 IBU YANG MENYUSUKAN ANAKNYA... LAPANGKANLAH REZEKI MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELAPANGKAN REZEKI AKU SEPERTI AKU MENYUSUKAN KEDUA2 ANAKKU. LANCARKAN REZEKI SUSU ANAK MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELANCARKAN REZEKI SUSU BUAT ANAK2KU.
SESUNGGUHNYA ENGKAU SANGAT KAYA DENGAN KASIHMU, PERKENANKANLAH DOAKU INI DAN SEMOGA ALLAH MENEMPATKAN KEDUA IBU BAPAKU KE DALAM SYURGAMU... AMIN..."

Selasa, 6 Ogos 2013

Tips Berpantang : Kelebihan Berpantang dengan Natural Supplemen SHaklee


 Masih tercari set berpantang yang sesuai untuk berpantang nanti. Jangan pening2 ye sebab, saya nak perkenalkan set berpantang yang dicadangkan untuk kesihatan dalaman dan luaran dengan mengunakan natural supplemen shaklee. Yang pasti selamat, mesra alam dan berkesan, insyaallah.

Sebelum cerita lebih lanjut tentang vitamin yang dicadangkan untuk set berpantang, apa kata baca kelebihan sset berpantangg nie.

Tips Berpantang :: Pantang Larang semasa Pantang

Satu harini asyik update mengenai pantang selepas bersalin sebab utama adalah ramai sangat yang bertanyakan tentang set berpantang shaklee, saya doakan semua ibu2 yang akan berpantang akan berpantang dengan jayanya. Tu yang teruja sangat nak sharing info mengenai pantang. Khas untuk ibu yang bakal berpantang ye. Walaupun mood raya tapi masih ramai yang bertanya tentang set pantang yang ditawarkan.. terbaik dengan vitamin shaklee..

Jom la baca pantang larang semasa berpantang ye. Semoga bermanfaat ye::



Dilarang Tidur Tidak Berbantal

Tidur tidak berbantal akan mengakibatkan seorang yang berada dalam pantang akan mengalami sakit kepala, ini juga berkemungkinan darah kotor sukar untuk keluar dan angin naik ke kepala menyebabkan sakit meroyan kepada ibu yang masih lemah.

Khamis, 4 Julai 2013

Vitamin Untuk Kulit Cantik secara luaran dan dalaman

Bila sebut pasal vitamin e tentu sume orang akan terbayang untuk kulit cantik, penyelesaian masalah parut2 jerawat sume. Sebenarnya vitamin e banyak kelebihan tahu dan dikenali juga sebagai vitamin untuk sexuality.

Vitamin e juga penting untuk kemantapan lelaki, apa2 pun kita baca kelebihan vitamin e untuk kecantikan luaran dan dalaman. Memang tak menyesal la kalu ambik vitamin e (tapi kena pilih yang terbaik la ye)

Vitamin E adalah vitamin larut lemak yang disimpan di dalam organ tubuh seperti hati, jantung, kelenjar pituitari, testis, uterus, darah dan otot. Namun, yang menariknya vitamin E ini ialah, 60-70% darinya akan disingkirkan dari tubuh setiap hari (tidak semua disimpan dalam badan) dan ia tidak menjadi toksik seperti vitamin A.



Khasiat Vitamin E

-Menjadikan anda tampak lebih muda dengan membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas.

-mencantikkan dan menampakkan wajah lebih muda dari usia. pengambilan yang berterusn akan mampu menghilangkan kedut, parut dan jeragat.

Mealshake sentiasa menjadi pilihan ibu untuk kesihatan si manja





Apa Kelebihan MEALSHAKE sampai ramai ibu2 luar sana berikan untuk si manja mereka. Ibu mana yang tak suka, sejak mengamalkan MEALSHAKE anak2 dah berselera makan, kurang deman, tak sembelit, yang ada asma makin ok. Apa lagi yang diperlukan selain kesihatan si manja yang tersayang.. nak keje pun senang hati.

Ragu-ragu? Jom lihat testimoni mereka yang telah mencuba

Zalina Abdul Wahad

" Alhamdullillah, syukur pada ALLAH ..setelah dekat sebulan bagi anak2 mealshake, 2-3 hari baru nampak ada perubaha, seronok sgt tghari td duk tgk dorang makan nasi n sup ayam..sebelum ni susah sgt nk makan nasi..bole kira berapa kali je makan dalam sebulan nie.. tgh2 duk makan..kakak mintak malam nati nak makan nasi ngan telur dadar..huhu..
suka sgt2..tenkiu SHAKLEE

Isnin, 17 Jun 2013

Masalah kurang selera makan?? Picku eater?? Meal shake adalah jawapannya

Ramai ibu yang mendapat tahu tentang mealshake bila anak2 ada masalah kurang selera makan.. nak susah nak makan.. pasti en. google laju je search tentang mealshake nie kan.. masalah kurang selera makan di kalangan si manja memang kritikal, kekadang kena paksa makan..hahah. sabar je la. Tapi bila jumpa dengan mealshake, selera makin menjadi lak.. Anak pun makin sihat. ibu2 tentu sukakan


Ibu mana yang tidak risau sekiranya anak yang dikasihi sangat sukar untuk makan dan sangat memilih. Walaupun anda telah cuba mempelbagaikan jenis makanan serta cara hiasan makanan yang mungkin boleh menarik minat meraka untuk makan, namun semuanya tidak berhasil. Jika ini berlarutan, masalah ini akan menjadi lebih kronik kerana anak anda akan kekurangan nutrisi dan seterusnya akan menyebabkan anak anda semakin kurang selera untuk makan.

Meal Shake untuk meningkatkan antibodi si manja




Ibu mana yang tidak sayangkan anak mereka. Ibu mana yang sanggup melihat anak mereka dalam kesakitan. Betul kn? Kegembiraan & keceriaan anak-anak ini buatkan ibu merasa sangat tenang. Dengan itu, ramai ibu yang sentiasa berikhtiar memberi makanan tambahan untuk memastikan kesihatan anak sentiasa terjamin. 

Ketika ini, kerap kita dengar kanak-kanak mudah demam, batuk & selesema. Ini disebabkan faktor persekitaran yang tercemar dengan pembangunan industri yang tidak terancang sehingga menyebabkan kesan buruk pada alam sekitar. Ia turut menyebabkan mereka yang kekuatan antibodi yang rendah akan kerap tidak sihat, terutamanya kanak-kanak.

Testimoni si manja - anak sendiri:


"Alhamdulillah, dah pejam celik almost setahun lebih amalkan mealshake untuk syuhada, sepanjang ambik mealshake memang ketara dah tak deman lg.. suka sangat. Maklum je time deman, anak nie memang merengek je, sian lak.. Mealshake adalah jawapan yang terbaik untuk tingkatkan antibodi si manja ye.. tahan lama lak tu"

Shaklee telah mencipta produk berbentuk minuman protin untuk menguatkan antibodi sebagai perlindung dari sebarang serangan virus berbahaya ketika ini


Makanan untuk Kecerdasan Anak, Tingkatkan Fungsi Otaknya

Kecerdasan si manja yang selalu menjadi keutamaan mak ayah kan. Bila anak sihat dan cergas, mak ayah yang paling gembira. Jom la baca info untuk kecerdasan minda si manja

Makanan untuk kecerdasan anak memberikan nutrisi yang baik untuk perkembangan minda sikecil. Dari kecil perlu jaga segala pemakanan untuk kesan yang akan datang.. semoga bermanfaat ye



1. Ikan Salmon
Salmon memiliki kandungan omega-3 yang sangat tinggi. Omega-3 dapat membantu menurunkan tingkat kolesterol, membantu pertahanan tubuh dari serangan kanker dan radang sendi. Ikan salmon merupakan sumber protein, kalsium, fosfor, dan vitamin D yang bermanfaat bagi tubuh. 
(Kalau anak xnak makan ikan, boleh Omega Guard Shaklee senang, antara vitamin yang si manja)

Selasa, 11 Jun 2013

Promosi JUNE 2013 :: MealShake untuk kesihatan si manja anda..

Offer of da month adalah Mealshake, promosi yang selalu ditunggu bagi pengemar vitamin shaklee..hahah (beli 6 percuma 1, time nie dapat harga murahkan..sapa nak bag free kan)


Jom baca apa kelebihan Meal Shake yang patut anda tahu.. dan rasai kehebatannya untuk kesihatan jangka masa panjang..


Mealshake bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak, malah seisi keluarga. Macam-macam kebaikan Mealshake ini. Ia sesuai juga untuk ibu yang menyusu, mengandung, mereka yang berdiet,atlit dan macam-macam lagi. Jom baca sekilas fakta tentang Mealshake ni..




6 fakta tentang Mealshake:


1. Nutrisi Lengkap
Menyediakan 24 jenis vitamin A- Z ,mineral dan ‘Trace Mineral’.Kekurangan ‘trace mineral’ akan memberi kesan kepada penyerapan vitamin-vitamin dan menyebabkan enzim tidak aktif. Ia juga mengandungi soya lecithin yang bertindak dengan vitamin larut lemak.
*Sesuai untuk mereka yang ‘susah’ menelan pil dan juga mereka yang ingin menjaga berat badan.
2. Membekalkan Nutrien Kepada Sel-sel
Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa) yang membantu dalam membentuk kulit, kuku, rambut,organ-organ, darah, sel-sel imunisasi dan sebagainya.
*Badan lebih sihat. Malah Protien juga penting untuk penghasilan susu badan.Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang menyusukan anak.

Tips Penjagaan Mata ::: Penjagaan mata sepanjang hayat


(Sumber: Weblog PAPISMA Terengganu)

Mata adalah  satu dari lima pancaindera anugerah dari Allah yang  amat  penting. Organ yang  kecil ini telah mula terbentuk di alam rahim di peringkat awal pembentukan janin  iaitu pada minggu keempat kandungan. Pada masa itu biasanya ibu  belum lagi menyedari kehamilannya. Ia  berfungsi seperti kamera  yang sangat sempurna dan   menakjubkan yang membuktikan kebesaran dan  kebijaksanan Allah s.w.t. Dengan organ tersebut   dapatlah kita  mengetahui  perkara yang berlaku  di sekeliling   bagi  membantu  kita menjalankan dua  amanah yang besar  iaitu sebagai hamba yang perlu membuat amal ibadat dan  sebagai khalifah bagi membangun serta memakmurkan alam ini.

Struktur mata

Apabila  kita melihat sesuatu objek, melalui anak mata yang boleh menukar saiz untuk mengawal cahaya yang memasuki mata. Gelombang  cahaya  dari objek tersebut akan memasuki  bola mata dan akan  di fokus  ke retina  yang  akan  menukarkan cahaya  kepada bentuk  gelombang eletrik. Melalui saraf optik, signal  akan dihantar ke otak bagi proses pengecaman dan penterjemahan  serta memberi maklumat yang bermakna tentang objek yang dilihat. Proses yang sangat rumit ini berlaku dalam kadar lebih pantas dari sekelipan mata. 


Sabtu, 25 Mei 2013

Tips Kehamilan :: Kepentingan Asid Folic Sepanjang Kehamilan


Q: Apakah asid folik?

A: Asid folik adalah salah satu vitamin kumpulan B. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah, dan juga yis and ekstrak daging lembu.

Q: Kenapakah saya perlukan asid folik?
A: Asid folik menolong mencegah kecacatan tiub saraf seperti spina bifida. Spina bifida terjadi apabila pelindung yang menutupi korda spina bayi tidak menutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal.

Pada 12 minggu yang pertama dalam kehamilan anda, otak dan sistem saraf bayi anda sedang membentuk dan berkembang pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu.

Dalam trimester kedua, iaitu dari minggu ke-13 kehamilan anda, anda boleh menghentikan asid folik. Namun begitu, jika anda mengambil asid folik sepanjang kehamilan anda, ia tidak akan menjejaskan kesihatan anda atau bayi anda.

Kebaikan Energizing Soy Protein (ESP) kepada semua golongan



ESP ni memang menjadi antara killer product Shaklee, bukan sahaja di kalangan ibu menyusu. Walaupun blog saya lebih terarah kepada audiens di kalangan ibu menyusu, tapi sebenarnya, kebaikan Shaklee ini adalah untuk semua. Untuk wanita  berkerjaya yang perlukan tenaga untuk uruskan rumah tangga, untuk wanita yang ingin menjaga keremajaan kulit, untuk pembesaran janin yang lebih baik, dan macam-macam lagi lah.. So, apa sebenarnya kepentingan Protein kepada kita?


KEPERLUAN PROTEIN DALAM DIET HARIAN


Protein hakikatnya boleh didapati dalam makanan harian kita seperti ikan, ayam, daging, kekacang dan banyak lagi. Namun protein ini mudah musnah apabila berada dalam suhu masakan yang tinggi. Apabila ini berlaku, tubuh kita akan menyerap saki baki protein yang ada dan selebihnya badan kita menyerap minyak hasil masakan seperti ikan goreng, ayam goreng atau apa jua masakan terutama yang bergoreng.

Badan kita terdiri daripada sel. Dari sel membentuk tisu. Dari tisu membentuk organ. Dari organ membentuk sistem. Protein merupakan makanan kepada sel. Jika sel mendapat cukup protein ditambah dengan protein yang bagus, sel yang sihat akan mudah terbentuk demi menggantikan sel yang lama dan mati.

Selain itu, protein sangat penting untuk proses pertumbuhan. Susuibu mengandungi sebahagian besar protein. Ibu yang mengamalkan makanan yang seimbang dan lengkap dengan protein dan semua zat akan mendapati anaknya membesar dengan sihat dan perkembangannya sangat hebat insyaALLAH.



Kepentingan Kalsium Kedapa Wanita.. jangan ambik ringan kepentingan kalsium yee



Ostematrix adalah antara vitamin suplemen kegemaran saya. Ostematrix membantu saya maintain production susu semasa menstrual, membantu saya maintain bertenaga di siang hari, penting untuk tulang dan gigi saya, membantu menghilangkan lenguh-lenguh sendi dan sakit pinggang (dengan bantuan Vitamin E) dan banyak lagi. Juga, Ostematrix penting sebab ada masanya saya kurang rajin nak bancuh susu. Hehe.

So, cakap pasal Ostematrix, saya nak kawan-kawan baca dulu artikel kat bawah ni pasal osteoporosis dan kepentingan kalsium kepada wanita.


source : Mingguan Malaysia, 25 Oktober 2008
HASIL penemuan penyelidikan bersama Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Otago, New Zealand menunjukkan kebanyakan wanita di Malaysia mendapat kurang daripada 50 peratus jumlah kalsium yang disarankan untuk kesihatan tulang.

Jumaat, 24 Mei 2013

17 Kelebihan Zinc Complex


Zinc ni memang jarang diceritakan tapi YaALLAH, banyak kelebihan ZINC nie ye..Zinc ni femes untuk ibu berpantang dan masalah jerawat yang kritikal, memang sangant berkesan la..

jom la baca kelebihan zin nie dulu, copy blog mama cery 



Sebelum itu tahukah anda bahawa zinc merupakan vitamin yg diperlukan dlm aktiviti metabolisma badan sebagai komponen penting enzim.Ia memainkan peranan penting dlm sistem imunisasi , pertumbuhan dan perkembangan seksual seseorang



Okey sekarang jom baca 17 kelebihan zinc 
  • Penjagaan Kulit: Kajian telah menunjukkan zink berkesan untuk menyembuhkan jerawat atau akne. Ia adalah lebih berkuasa daripada placebo dan penggunaan ubat-ubatan antibiotik masih dianggap lebih berkesan.
  • Ekzema: Juga dipanggil sebagai dermatitis atopik, adalah gangguan keradangan dan kulit yang kronik. Ia adalah sebahagian besarnya disebabkan oleh kekurangan zink di dalam badan. Zink memainkan peranan yang penting dalam penyembuhan jangkitan kronik dan membantu badan memulihkan keupayaan untuk sembuh dengan sempurna.

DTX Shaklee untuk kesihatan hati



Mungkin jarang kita mendengar nama DTX Complex Shaklee ini di sebut-sebut, kerana, kita sering mengaitkan supplemen untuk perkara-perkara yang sering berkaitan dengan kehidupan seharian kita sahaja. DTX Complex Shaklee tergolong dalam kumpulan sebagai supplemen cadangan untuk kesihatan hati.
Jadi, apa kata kita terokai apakah perbezaan DTX Shaklee… (^_^)
Sumber : Buku Nutrisi Shaklee
Perbezaan DTX Shaklee
  • Kajian menunjukkan bahawa kandungan utama di dalam DTX Complex Shaklee; ekstrak biji benih pokok susu tisel menyokong keupayaan badan menghasilkan protein bagi membantu menjana semula sel-sel hati.
  • DTX Complex Shaklee mengandungi bahan ekstrak yang sangat penting dari biji benih pokok susu tisel yang menghasilkan 80% silymarin.
  • Ia turut mengandungi bahan-bahan yang digabungkan secara unik dan saintifik; ekstrak daripada Schizandra dan cendawa Reishi (herba yang kaya dengan anti-oksida) dan ekstrak daripada dandelion, kunyit, dan articok (herba yang membantu mengekalkan aliran hempedu)
Formulasi yang dipatenkan untuk DTX Complex
1. Ekstrak Biji Benih Pokok Susu Tisel (Milk thistle seed)
  • Proses ekstrak ini mendapatkan 80% silymarin – kaya dengan bahan antioksida
  • Melindungi hati daripada toksin, termasuklah dadah, racun dan bahan kimia
  • Merawat masalah hati seperti hepatitis dan sirosis
  • Mengurangkan kadar kerosakan hati akibat lebihan alkohol
  • Membantu mencegah dan merawat masalah batu karang
  • Membantu masalah kulit seperti psoriasis dan ekzema

Multivitamin terbaik :: 10 Sebab Mengapa Anda Harus Mengambil 1 biji Multivitamin Sehari





1) Nutrien yang Mencukupi Ketika Menurunkan Berat Badan 

Kuning telur, tak dinafikan merupakan makanan paling tinggi nutriennya, dan tak keterlaluan jika saya katakan kuning telur merupakan ‘multivitamin’ yang di ambil oleh orang zaman dahulu pada sebelah pagi. Namun sayangnya, kuning telur tinggi kandungan kolestrolnya, disamping nilai kalorinya juga tinggi memandangkan ia kaya dengan lemak. 

Kebanyakan mereka yang mengamalkan diet untuk turun berat badan pasti akan mengelak makanan-makanan berkalori tinggi seperti ini. Itu baru saya ambil contoh satu jenis makanan, bagaimana pula dengan yang lain? Tubuh badan kita sememangnya memerlukan nutrien yang mencukupi untuk terus berfungsi. Kadar metabolisma pastinya terjejas apabila kekurangan nutrien tertentu, sekaligus ia menjadi rendah dan akhirnya progres untuk turun berat badan akan menjadi semakin perlahan! 

Pernah tak anda dengar ungkapan ini, 

“Ko ni aku tengok lemah lesu, macam tak cukup makan..”.

Salah satu faktornya adalah disebabkan kekurangan micronutrient dalam diet. 

2) Faktor Sibuk 

Kesalahan dalam mejaga kesihatan..patut sebaliknya



Kesihatan diri bukan soal kesempurnaan. Yang penting adalah keseimbangan dan masing-masing mempunyai keseimbangan yang tersendiri. Tapi apa sekalipun, cubalah elak 8 kesalahan kesihatan yang berikut:

1. Tak cukup atau terlebih Tidur!

Dengan kesibukan kerjaya zaman sekarang, terutama dengan kos kehidupan yang makin meningkat di Malaysia, ramai yang tidak dapat cukup tidur. Bukankah itu bagus untuk tingkatkan pembakaran kalori? Memang tak. Walaupun anda terjaga lebih lama, badan tidak bertenaga. Dari situ anda sendiri tidak bermaya dan kurangkan aktiviti. Malah nafsu makan akan meningkat kerana badan akan perlukan boost kalori untuk teruskan aktiviti. Inilah punca penambahan berat badan bagi mereka yang tidak cukup tidur 8jam.
Selain peningkatkan berat badan, amalan tak cukup tidur boleh akitbatkan sakit jantung, kecerderaan (kerana kecuaian mental), depression, stes dan lain-lain.
Tidak kira kesibukkan kerjaya dan lain-lain, cuba yang terbaik untuk mengatur masa supaya dan cukup rehat. Kalau tidak, yang menjadi mangsa adalah diri anda sendiri bukan kerjaya. Keseimbangan work-life itu memang penting.


Sabtu, 18 Mei 2013

Tips Penyusuan : Susu merudum?? Susu makin kurang?? Vitamin yang dicadangkan untuk support penyusuan

Susu merudum or makin kurang setiap hari. Jangan stress sangat ye ibu2 sbbnya stress adalah salah satu punca utama susu merudum. Apa yang penting apply konsep penyusuan iaitu supply and demand, banyakkan minum air kosong, doa dan tawakal.

Selain itu, vitamin pun banyak membantu utk support penyusuan dan kesihatan ibu2 sepanjang menjayakan penyusuan selama 2 tahun

Jom baca seimbas lalu apa kelebihan setiap vitamin yang dicadangkan

Set Penyusuan
Set Penyusuan

Protin( Energizing Soy Protein/ESP)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
-meningkatkan tenaga. Penting untuk ibu untuk mengekalkan tenaga kerana kesibukan tugas harian.
- protin merupakan komposisi susu ibu yang utama. Jadi, pengambilan protin yg berkualiti mampu merangsang pengeluaran susu ibu- banyak maklum balas pelanggan mengatakan ESP membantu memekatkan susu ibu dan membuatkan payudara rasa penuh dengan lebih cepat untuk sesi penyusuan berikutnya.
-Bonus: protin mencantikan kulit dan memberi rasa kenyang jadi lebih mudah bagi ibu menyusu yg berniat menurunkan berat badan

Kalsium (Ostematrix)
~~~~~~~~~~~~~
- kalsium sangat penting untuk pertumbuhan bayi. Supplemen kalsium mengganti semula kalsium yg telah disalurkan ke bayi melalui susu ibu.
- sejak dari dalam perut, khasiat kalsium dari ibu sudah disalurkan ke bayi.
- jadi, jika ibu mengambil kalsium yang tidak cukup, badan ibu akan menunjukkan tanda-tanda kekurangan kalsium seperti sakit pinggang, sakit belakang, kekurangan susu ibu dan cramp.-lebih parah, jika tahap kekurangan kalsium lebih teruk, bayi akan mengalami kekurangan kalsium juga dan pertumbuhan tulang dan gigi boleh terjejas.

Khamis, 16 Mei 2013

Kenapa Perlu Minum Banyak Air Bila Ambil Suplemen?




KES 1:
Serena sering mengadu berasa panas dan dahaga sejak mengambil vitamin-vitamin dalam set breastfeeding Shaklee.

KES 2:
Azman mengadu pening, sakit pinggang dan lemah badan sejak mengambil vitamin dalam set Shaklee untuk lelaki.

KES 3:
Rini mengadu susu badannya semakin berkurangan sejak mengamalkan vitamin dalam set breastfeeding Shaklee.

Setelah diselidiki ketiga2 kes di atas, hanya satu jawapan saja:



9 Tips Motivasi Penyusuan Susuibu

Bagi seorang individu itu berjaya dalam apa yang diusahakan beliau perlukan motivasi. Apa dia motivasi itu? Ia hakikatnya adalah sesuatu yang membakar semangat kita untuk terus berusaha dan jangan putus asa.


Bagi ibu menyusu juga kita perlu motivasi untuk teruskan penyusuan sehingga dua tahun.

Antara perkara yang membantu ibu itu bermotivasi adalah

1. Kata- kata semangat.
Tidak dinafikan kita memerlukan kata-kata semangat seperti 'saya boleh' , 'moga berjaya', ' selamat mencuba' namun adakala kita menerima kata-kata seperti ' Boleh ke berjaya?', ' Susu sikit pun nak pam ke?' atau ' Pam susu kerana tak mampu beli fm ke?' juga sebenarnya membantu kita meransang untuk terus berjaya jika kita lihat dari sudut positif dan menganggap ia satu CABARAN.


Tips Kulit Cantik :: Punca dan Cara Mengatasi Kulit Kusam Agar Kembali Cerah dan Berseri



" Kulit wajah anda kusam? "

" Dah cuba pelbagai produk kecantikan, tapi kulit masih kusam "

Jom baca punca yang menyebabkan kulit wajah anda kusam, dan cara untuk merawatnya secara semulajadi dari dalam agar kulit kembali cerah dan berseri.







First of all, kita perlu tahu kenapa kulit menjadi kusam dan tidak berseri
Jawapan kepada sebab yang yang diberikan pastinya berkaitan dengan zat yang diperolehi oleh kulit seseorang. Kulit wajah kita boleh bertukar dalam masa 3 minggu. Ini kerana sel kulit wajah akan hidup selama 21 hari dan kemudian akan bertukar kepada sel baru. Namun jika kita tidak mengambil makanan yang berzat, masakan kolagen boleh terbentuk? Masakan sel baru boleh keluar disamping menyingkirkan sel lama atau sel mati? Sel terbentuk dari protien. Mana datangnya sumber protein? dari ikan, ayam, telur, kekacang.

Langkah berjaga-jaga untuk elakkan cyst & fibroid berulang





Anda mungkin sering mendengar mengenai pesakit kanser yang telah menjalani pembedahan bagi membuang tumor namun ianya berulang semula selepas satu ketika samada bertahun-tahun selepas pembedahan atau segera. Begitu juga dengan keadaan mereka yang menghidapi cyst atau fibroid di mana pertumbuhan semula itu juga berlaku. Walaupun telah dibedah untuk membuang cyst tersebut, kebarangkalian untuk cyst tersebut tumbuh semula masih ada.

Mentor saya, Pn Norita adalah bekas pesakit twisted ovarian cyst semasa mengandungkan anak sulungnya. Alhamdulillah ianya tidak berulang dengan izin Allah serta pengamalan vitamin yang berkenaan. Perkongsian daripada Pn Norita yang diharapkan dapat membantu rakan-rakan yang menghadapi masalah yang sama.

--------------------------------------------------------
Apa yang saya belajar tentang cyst ni ialah ianya adalah salah satu ketumbuhan abnormal sel dalam badan yang disebabkan oleh faktor radikal bebas. Sama juga dengan fibroid.Ia boleh tumbuh semula jika radikal bebas tidak dikawal baik oleh antioksidan. Masih ingat lagi dengan seorang kawan yang melalui 3 kali operation membuang cyst. Ianya boleh recurrent jika antioksidan dalam badan kita tidak mencukupi.

Isnin, 13 Mei 2013

4 tips kesihatan dari Nabi Muhammad SAW



1. Nabi melarang umatnya minum berdiri. Ini kerana ternyata secara perubatan, dalam tubuh kita terdapat penapis dipanggil sfringer. Saringan tersebut dapat terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri. Air yg kita minum belum 100% steril untuk di olah oleh badan. Bila kita minum sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh sfringer kerana tertutup. Air yg tidak tersaring oleh sfringer terus masuk ke pundi kencing, boleh menyebabkan penyakit batu karang. 
 
2. Nabi juga melarang meniup air yg panas.. Logiknya kerana terdapat karbon dioksida (CO2) pada udara hembusan tersebut. Jika ditiup ke air maka CO2 itu akan larut didalam air akan menghasilkan cecair bersifat asid, H2CO3 (asam karbonat) yg menyebabkan penyakit jantung dan masaalah perut tidak selesa.
 
3. Nabi menggalakkan mandi sebelum waktu subuh kerana suhu air pada waktu tersebut dapat membantu membuang lemak-lemak degil dalam badan. 
 
4. Nabi melarang makan diselang-seli dengan minum air kerana ia menyebabkan banyak udara terperangkap di dalam badan dan menyebabkan badan berangin. 
 
Sentiasa ada hikmah disebalik larangan dan suruhan Rasulullah SAW. Jadi ikutlah walaupun sedikit, kerana sedikit yang dilakukan secara beristiqamah (berterusan) adalah lebih baik dari banyak tanpa istiqamah.
 
Wallahua'lam.

Tips Memberi Ubat kepada Si manja anda




::Cara Beri Ubat Pada Bayi::


Anak tidak mahu makan ubat? Pastinya ramai di kalangan ibubapa menghadapi masalah ini. Pelbagai reaksi pernah anda hadapi, antaranya nampak sahaja ubat terus geleng kepala, tutup mulut, memuntahkannya dan tidak kurang juga yang menangis serta memberontak.

Sedangkan hampir semua ubat kanak-kanak berupa sirap yang manis dan berperisa buah-buahan, namum kebanyakkan kanak-kanak tetap fobia bila sebut sahaja minum ubat. Maka wajarlah kalau anda terpaksa bersabar bila memberikan anak ubat.

Kulit Halus, Gebu & Mulus dengan ESP Shaklee




Bagaimana Energizing Soy Protein (ESP) membantu kulit jadi halus mulus berseri ?
Keyword nya adalah PROTEIN

Protein sangat penting untuk
  • MEMBINA sel-sel baru
  • MERAWAT sel- sel rosak@cedera
  • MENGGANTIKAN sel-sel lama@tua

Cara Mudah Hilangkan Stretch Marks Selepas Bersalin




Proses mengandung dan bersalin memang merupakan detik terindah dalam hidup seorang wanita. Namun, kesan yang ditinggalkan merupakan igauan ngeri. Ya, stretch mark atau tanda regangan!

                  


Stretch marks marks merupakan tanda parut berupa urat-urat putih yang muncul pada permukaan kulit dan biasanya muncul pada bahagian perut, lengan, pinggul, paha, punggung dan juga payudara.

Stretch mark terjadi adalah disebabkan oleh pengaruh hormon kehamilan, yang mana ianya terbentuk apabila terjadi regangan kulit secara cepat hingga merosakkan jaringan tisu-tisu kulit sehingga kulit mengalami regangan secara berlebihan.

Jumaat, 29 Mac 2013

Supplement Vs Kesuburan :: 7 Supplemen asas untuk Meningkatkan Kesuburan

★ 7 Nutrisi untuk meningkatkan Kesuburan ★

Bagi yang susah mendapat anak, anda patuh cuba vitamin yang dicadangkan. Semoga bermanfaat untuk masalah kesuburan anda.. Sapa yang taknak anak kan?? Tujuan utama sebuah perkahwinan adalah untuk menyambung zuriatkan..


Semoga bermanfaat untuk anda::





Tentunya ramai yang sudah tahu bahawa untuk anda boleh hamil dengan mudah terdapat sejumlah nutrisi yang perlu dipenuhi untuk mendukung program hamil. Selain untuk kesihatan orgran reproduksi atau kesuburan secara keseluruhan, terpenuhinya dan nutrisi ini juga bermanfaat untuk calon bayi yang ada dikandung kelak. Nah, nutrisi apa sajakah itu?

Banyak mitos yang berkembang di masyarakat bahwa vitamin tertentu dapat menambah kesuburan. Misalnya, pasangan suami-istri dianjurkan banyak makan kacang cambah kerana mengandungi vitamin E yang baik untuk kesuburan.

Pendapat itu hanya separuh benar. Meskipun vitamin E diperlukan untuk kesuburan, vitamin tersebut bukanlah satu-satunya yang Anda perlukan. Anda memerlukan kombinasi sejumlah vitamin lain dan mineral untuk menjaga fertilitas. 


 Berikut adalah tujuh nutrisi yang bila diambil secara seimbang akan menambah kesuburan Anda:

► 1. Vitamin E


Vitamin E sangat penting bagi sistem pembiakan lelaki dan wanita. Bagi wanita, vitamin E menjaga sistem endokrin dan pengeluaran hormon-hormon yang baik. Bagi lelaki, vitamin E menyokong pengeluaran sperma dan hormon-hormon seks serta mencegah kerosakan DNA sperma.

Kerosakan yang menyeluruh pada DNA sperma boleh menyebabkan infertilitas. Kerosakan DNA tersebut terutama disebabkan oleh radikal bebas. Vitamin E sebagai antioksidan dapat mencegah kerosakan DNA sperma.


Vitamin E yang disyorkan adalah 400 UI satu hari. Sumber utama vitamin E adalah kecambah, soya, hati, dan sayur-sayuran berwarna hijau tua.

Tips Penyusuan Susu Ibu : Kebaikan susu ibu kepada bayi




Bagi ibu2 yang memang full bf anak, bila anak dah besar tentu selalu tengok anak anda nak menyusu anak patung kan?? Gelak bila anak selalu buat macam tu, kekadang suh kita lak bagi susu kat patung tu.. Anak kita pun terikut dengan cara kita untuk memberi susu ibu..

Tidak diragui susu ibu mmg susu terbaik di dunia. Tak boleh dipersoalkan lagi kerana Allah sendiri menyuruh kita untuk menyusukan anak dan tertulis di dalam Al-Quran. Jadi selagi termampu, kita patut berusaha untuk memberi manfaat dan khasiat susu ibu untuk anak kita.

Antara khasiat dan kebaikkan susu ibu untuk bayi kita adalah:

1. Susu ibu baik untuk pertumbuhan otak bayi
-susu ibu mengandungi AA dan DHA. AA dan DHA ni sememangnya dapat merangsang otak bayi
-protin, laktosa dan lemak secukupnya wujud dalam susu ibu dan penting pertumbuhan otak bayi
-IQ bayi yang diberikan susu ibu lebih tinggi disebabkan nutrisi dari susu ibu tetapi harus disertai dengan rangsangan yang berterusan

Berpantang dengan Vitamin Shaklee : Tampil Sihat dan cergas..


Masih tercari set pantang yang sesuai.. jom tengok apa kelebihan vitamin shaklee yang dicadangkan untuk shaklee.. ingat dulu masa pantang, zaman tak kenal lagi shaklee, memang mak mertua suh makan jamu tapi macam tak serasi je sebab macam gatal2 sket.. pastu terus tak makan jamu..huhu.. kenal shaklee pun time breastfeeding anak, dan sampai sekarang guna dah 2 tahun 1bulan.. alhamdulillah rezeki anak.

Berbalik semula pada vitamin yang dicadangkan untuk pantang.. melaluk tadi kan..Antara vitamin yang dicadangkan adalan - vitalea, b com, c, zinc. Kalu ada budget lebih baik ambil ESP dan ostematrik terus .. memang best. Ramai yang jatuh cinta vitamin pantang shaklee nie.. Jom pantang secara sihat dan cergas ye..

Kenapa set berpantang shaklee sangat laris dan popular? kerana ramai ibu-ibu di luar sana yang sangat berpuas hati dengan hasilnya. Luka cepat sembuh, tenaga cepat pulih, emosi lebih ceria, penyusuan lancar,berat pon in sha ALLAH cepat turun :).. Tadaaa.. nie pic vitamin yang dicadangkan untuk pantang ye
SET PANTANG SHAKLEE
Set berpantang ini mampu bertahan selama 4 bulan. Set ini bukan sahaja boleh di gunakan ketika pantang sahaja, lepas habis pantang pon boleh makan untuk kesihatan badan yg optimum. haaaa, kan bagus tuh :)

Apakah kepentingan mengambil vitamin-vitamin ini?

Khamis, 21 Mac 2013

Siapa yang perlukan Shaklee Omega Guard Fish Oil ni!!!


Walaupun Offer utk beli 6 percuma 1, tapi rasa nak info pasal Omega Guard Shaklee nie juga la..hah

Kali nak share sapa yang patut ambik Omega Guard Shaklee nie..semua orang boleh ambik kebaikan yang ada dalam Omega Guard Shaklee tapi keutamaan pada siapa.. meh la kita tengok2 dulu.. mana tau anda tergolong dalam golongan yang memang memerlukan Omega Guard Shaklee nie . 
a) Ibu hamil



- sebab ia akan membantu perkembangan otak bayi semasa di dalam kandungan

- mengurangkan risiko kelahiran bayi pra matang
- mengurangkan risiko gila meroyan selepas kelahiran

- mengawal kenaikan berat badan yang akan mencanak naik semasa hamil




b) ibu yang menyusukan




- Omega akan menyalurkan khasiat omega-3 untuk sistem imunisasi badan kanak-kanak serta membantu perkembangan otak kanak-kanak.

- sangat membantu penurunan berat badan ibu tanpa menjejaskan penyusuan ( ibu-ibu yang dalam pantang wajib ambik ni tau..nak slim kan??)

Fakta mengenai kaedah bersalin dalam air


Bagi ibu-ibu nak due, ada terniat tak bersalin dalam air.. jom baca fakta bersalin dalam air nie.. semoga bermanfaat ye


* Ramai menganggap kemungkinan bayi dilahirkan boleh lemas di dalam air. Tanggapan itu salah kerana bayi baru dilahirkan tidak akan bernafas untuk beberapa saat. Ketika itu bayi pun akan terus disambut oleh bidan atau doktor.

* Mungkin ada yang geli kerana tab dipenuhi darah. Tanggapan itu tidak benar kerana darah ibu hanya akan keluar selepas uri dikeluarkan saja. Jadi air di dalam kolam bersalin akan bersih saja.

Tips Penyusuan : Tips untuk ibu yang mengalami Inverted Nipple @ Puting Tenggelam



Inverted Nipple: Tips Penyusuan



Inverted nipple atau puting tenggelam adalah keadaan di mana puting seorang wanita masuk ke dalam (tenggelam) & bukannya berada di luar seperti puting wanita yang normal. Bagi ibu yang ingin menyusukan bayi, inverted nipple akan menjadi satu masalah. Malah ramai ibu yang mengalami masalah ini memilih untuk tidak menyusukan anak secara direct, tetapi mengepam susu & memberikan kepada anak melalui botol. Sebenarnya, ibu berkenaan masih mempunyai peluang untuk menyusukan anak secara direct. Bagi yang ada keinginan untuk pum susu, itu dah kira baik.. jang cepat putus asa ye ibu. Disebabkan puting tenggelam, terus tak bagi susu ibu untuk si manja..semoga tips kat bawah ni bermanfaat dan membantu ibu-ibu ye..

 Berikut adalah beberapa kaedah yang dapat membantu ibu-ibu yang mempunyai masalah inverted nipple, harap membantu untuk teruskan penyusuan ibu-ibu :

Lekapan yang betul
Ibu perlu ingat bahawa lekapan yang betul amat penting dalam menjayakan penyusuan susu ibu sehingga anak berumur 2 tahun. Semasa menyusukan, pastikan areola (kawasan hitam di sekeliling puting) juga masuk ke dalam mulut bayi. Bukan puting sahaja. Oleh itu, setiap kali menyusukan cuba masukkan sebanyak mungkin areola ke dalam mulut bayi. Ya, ianya sesuatu yang bukan mudah tetapi lama-kelamaan bayi akan pandai menyusu.


Selasa, 19 Mac 2013

Bagaimana GLA Complex membantu anda untuk cepat hamil?




Ramai pasangan samada yang baru berumahtangga, atau dah lama berumahtangga tanpa cahayamata, tercari2 tips cepat hamil. Sejak GLA Complex dikatakan salah satu cara cepat hamil, ramai yang mencari2 tips cepat hamil dengan GLA Complex.

Bagaimana GLA Complex membantu anda untuk cepat hamil?

GLA Complex (gamma linolenic acid) menurunkan kolesterol dan ia membantu melegakan sindrom pra haid (PMS) seperti senggugut, dan membantu meningkatkan lendir servik yang berkualiti untuk kesuburan. Ia juga membantu dalam melegakan kesakitan dan kekejangan kerana GLA Complex ditukarkan kepada prostagdalin E1.

Tips Penjagaan Mata : Cara Penjagaan & Nutrisi untuk Kesihatan Mata


mataPenjagaan kesihatan mata adalah penting bagi memastikan tahap penglihatan dapat dijaga dengan baik. Kesihatan mata perlu diambil kira sebagai salah satu daripada penjagaan kesihatan. Untuk memastikan kita dapat menikmati nikmat penglihatan dengan lebih lama adalah lebih baik jika kita menitikberatkan soal kesihatan mata.



TIPS PENJAGAAN KESIHATAN MATA

Kita mestilah sentiasa memastikan kesihatan mata sentiasa terjaga. Antara tips yang boleh dikongsikan di sini ialah:-

 tickGunakan kaca mata hitam apabila berada di luar terutama apabila matahari sangat terik. Pastikan juga kaca mata anda mempunyai perlindungan UV
tickPastikan memakai perlindungan mata atau pon goggles apabila melakukan kerja-kerja pertukangan di rumah bagi mengelakkan habuk atau pon benda asing masuk ke dalam mata
tickGunakan pencuci mata yang khas apabila membersihkan mata daripada kotoran make up
tickApabila duduk di hadapan skrin komputer terlalu lama boleh menyebabkan mata letih. Oleh itu rehatkan lah mata anda sekurang-kurang 5 minit dengan melihat pandangan lain
tickJumpalah pakar mata dan lakukan pemeriksaan berjadual untuk memeriksa tahap kesihatan mata

MAKANAN UNTUK NUTRISI MATA

Kita boleh memperolehi kesihatan mata melalui amalan pemakanan seharian. Antara 10 jenis makanan yang dapat memelihara kesihatan mata daripada katarak, macular degeneration (masalah mata yang boleh menyebabkan buta) dan lain-lain masalah ialah:-

Khamis, 14 Mac 2013

Ostemetrix Shaklee: Tiada Sembelit..! Tiada Kejang..! Hidup Lebih Sihat



Antara Kepentingan Kalsium dalam diet seharian : 
  • Kepentingan Kalsium untuk wanita hamil- kurangkan komplikasi semasa meneran
  • Osteoporosis penyakit senyap & serius. Mengapa terjadi dan bagaimana mencegahnya?
  • Peranan kalsium sebagai 'milk booster'
  • Masalah Migrain & apa peranan kalsium
Hari ni Jom baca perkongsian dari blog kak N. Pengalaman beliau dalam mengamalkan Shaklee Ostematrix. Sebelum itu, apa Ostematrix secara ringkasnya :

Ostematrix (Kalsium, Magnesium & Vitamin D) ~Ostematrix Shaklee mengandungi Kalsium, Magnesium,Vitamin D)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...