Terima Kasih Ye.. SMS 0199517292..Diskaun Menarik Menanti Anda

^^ JOIN & DAPATKAN DISKAUN UTK SETIAP PEMBELIAN^^

JOM SINGGAH on Facebook



DOA

" YA ALLAH, DENGAN RAHMATMU YANG MAHA PEMURAH LAGI LUAS KASIH SAYANGMU...
AKU MOHON KEPADAMU, AMPUNKANLAH DOSA2 IBU YANG MENYUSUKAN ANAKNYA... LAPANGKANLAH REZEKI MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELAPANGKAN REZEKI AKU SEPERTI AKU MENYUSUKAN KEDUA2 ANAKKU. LANCARKAN REZEKI SUSU ANAK MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELANCARKAN REZEKI SUSU BUAT ANAK2KU.
SESUNGGUHNYA ENGKAU SANGAT KAYA DENGAN KASIHMU, PERKENANKANLAH DOAKU INI DAN SEMOGA ALLAH MENEMPATKAN KEDUA IBU BAPAKU KE DALAM SYURGAMU... AMIN..."
Memaparkan catatan dengan label Kolesterol. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kolesterol. Papar semua catatan

Rabu, 21 Disember 2011

heart attack mula serang orang muda!!... kenapa kolestrol tinggi amat berbahaya?apa perisai anda?


Masih ingat tak dengan arwahFaizalYusof(exhubby artis nordiana)..dia ni pelakon siri adam maya dan manjalara antara yg glemer....Alfatihah..masih muda tapi ajal maut ditangan Tuhan....Punca kematian?Serangan sakit jantung..jantung gagal berfungsi..Hmm.Itulah serangan heart attact ni tak kira peringkat umur.. jadi mlm ni mari kita baca pasal jantung2 ni... sharing is caring...

PENYAKIT JANTUNG MULA SERANG ORANG MUDA.
Petikan dari Harian Metro 2 Oktober 2009
KUALA LUMPUR: Jika dulu, penyakit jantung sinonim dengan golongan berusia, tetapi kini ia mula menyerang golongan muda berusia di bawah 40 tahun kesan daripada corak pemakanan dan gaya hidup tidak sihat yang diamalkan mereka.
Ketua Unit Kardiologi Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) Prof Madya Dr Oteh Maskon berkata kegilaan golongan itu terhadap teh tarik, roti canai, nasi lemak dan merokok, ditambah pula sikap malas bersenam menyebabkan mereka mudah mendapat penyakit jantung.
Beliau berkata dengan gaya hidup seperti itu, golongan berkenaan terdedah kepada risiko obesiti, penyakit darah tinggi dan kencing manis yang menjadi faktor utama menyebabkan penyakit jantung.
Ini terbukti dengan kira-kira lima peratus daripada 450 pesakit yang dimasukkan ke wad di PPUKM dalam tempoh setahun terdiri daripada golongan yang berusia bawah 40 tahun, yang rata-ratanya pada masa sama didiagnosis menghidap darah tinggi dan kencing manis, selain perokok, katanya kepada pemberita selepas menghadiri Forum Awam bertajuk "Degupan Jantung, Hembusan Nafas, Jangan Biarkan Ianya Berakhir" di PPUKM di sini, hari ini.

Ni saya nak share ape yang dah sy share dlm entry2 dulu..

Kolestrol yang terkumpul kepada darah jika tidak dikawal akan membuatkan anda akan diserang tekanan darah tinggi akibat tekanan pengepamam pada jantung. Jantung akan mula bekerja keras mengepam darah untuk disalirkan ke seluruh tubuh. Proses ini pula akan menjadikan otot dan arteri jantung menjadi keras dan bermulalah penyakit lemah jantung. Lama kelamaan, jantung yang lemah membuat aliran darah berlaku dengan perlahan. Apabila darah mengalir perlahan, penimbunan lemak mula berlaku dalam darah. Ianya akan menjadikan salur darah semakin sempit dan penyumbatan akan berlaku pada bila-bila masa. Yang pasti itulah "SILENT KILLER". Dalam beberapa saat, apabila penyumbatan berlaku, usia kita ditentukan oleh Nya. Jika anda bernasib baik, anda selamat, jika tidak, secanggih manapun kelengkapan hospital, sudah tiada manafaatnya.

*.kolestrol yang tinggi..tekanan darah tinggi..semuanya membawa ke simptom2 serangan sakit jantung......
tahukah anda 90% pengidap tekanan darah tinggi tidak menunjukkan sebarang
gejala manakala 10% lagi ada menunjukkan simptom/tanda
.
Jadi rajin2lah jalani pemeriksaan kesihatan. kerana bacaan paras kolestrol/blood pressure level adalah indicator untuk anda melakukan sesuatu...Yang pasti gaya hidup sihat bukan lagi pilihan ...nak atau taknak ..gaya hidup sihat adalah satu kewajipan untuk kita patuhi... .Jadi kalau anda sayang diri anda dan keluarga anda..ambillah Fiber,Omega Guard, Lecithin, Vitamin E, Garlic...
ni antara supplemen yang disarankan didalam Shaklee khas untuk membekalkan nutrien yang penting dalam mengekalkan jantung yg kuat dan sihat pendek kata ,ia ,mengurangkan risiko sakit jantung dan strok,mengekalkan tahap kolestrol yg sihat dan mengekalkan tekanan darah normal..

Jumaat, 16 Disember 2011

Kelebihan bawang putih untuk mengawal tekanan darah, kencing manis, ulser dan cirit birit

Percaya tak bawang putih yang kita sering buat bahan tumisan tu mempunyai pelbagai khasiat semulajadi. Bukan sekadar merawat sakit-sakit biasa, malah penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi, kencing manis, ulser, cirit birit dan sebagainya. Berikut adalah penerangan mengenai bawang putih dan bagaimana ia bertindak sebagai penawar untuk merawat pelbagai jenis penyakit.


Bawang Putih dalam rawatan Tekanan Darah

Ada laporan yang mengatakan, beratus-ratus ahli perubatan mendapati bahawa bawang putih adalah salah satu tumbuhan yang paling selamat dan boleh diharapkan untuk melegakan masalah tekanan darah tinggi. Ini kerana bawang putih memenuhi semua keperluan agen terapeutik yang baik untuk mengurangkan tekanan darah.

Malah menurut pengarang buku yang bertajuk " My Experience with Living Food " menyatakan bawang putih telah menurunkan tekanan darah tinggi dan menaikkan tekanan darah apabila berada di tahap yang rendah.

Bawang putih dalam rawatan Diabetis @ kencing manis

Seseorang yang mendapat penyakit kencing manis mempunyai asid yang berlebihan (asidosis) dan asidosis ini akan bertindak mengambil kalium dari tubuh sehingga boleh berlaku keadaan tidak sedarkan diri atau koma pada pesakit.

Bawang putih pula mengandungi galian-galian yang tertentu yang terbukti bernilai dalam metabolisme karbohidrat. Bawang putih kaya dengan kalium, 529 mg bagi setiap 100 gm.
Selain kalium, bawang putih juga kaya dengan zink, mangan dan sulfur dan ke semua galian ini berupaya dalam merawat penyakit kencing manis.



Bawang Putih dalam rawatan Ulser

Bawang putih yang mengandungi vitamin C adalah baik dan berupaya untuk merawat masalah ulser. Beberapa orang penyelidik telah menunjukkan bahawa vitamin C adalah baik untuk kes-kes ulser. Kekurangan vitamin C akan menyebabkan ulser perut dan duodenum.





Bawang Putih dalam rawatan Cirit Birit


Bawang putih berkesan dalam mengubati cirit birit dengan bertindak dalam tiga cara iaitu menenang, membersih dan mengurangkan inflamasi. Bawang putih seakan-akan mempunyai kesan dadah. Bawang putih membuatkan sakit perut, cirit birit dan sakit usus sembuh tanpa menyebabkan sembelit.


Credit

Selain dari ini, bawang putih juga baik dan berkesan dalam terapi untuk merawat penyakit yang berkaitan permasalahan wanita, arthritis, anemia, sakit perut, pernafasan dan kolestrol.

Jika berminat untuk mencari alternatif panyakit kronik dengan bawang putih, boleh juga mendapatkan


Garlic dari Shaklee.




Istimewanya Garlic dari Shaklee ini adalah
  • Memelihara tahap kesihatan mikro organisma penting.* 
  • Formulasi Shaklee yang unik.* 
  • Menggabungkan faedah kesihatan bawang putih dengan faedah antioksidan spearmint dan rosemary.*
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Credit

Sabtu, 10 September 2011

TIPS JANTUNG SIHAT

Jantung manusia terdiri daripada serabut-serabut otot khusus yang bekerja untuk mengepam darah. Apabila otot jantung tidak mendapat bekalan darah yang cukup, seseorang itu dikatakan mengidap sakit jantung. Antara penyebab bekalan darah ke otot jantung tidak cukup, disebabkan saluran darah menjadi sempit kerana dinding sebelah dalam saluran darah dipenuhi lemak, terutamanya “kolesterol”.

credit Wanita Sihat



Sakit jantung adalah antara salah satu penyakit yang amat digeruni. Kalau boleh,cuba usaha elakkan ianya dari terkena kepada kita. Disini diperturunkan tips untuk memiliki jantung yang sihat.

1. Ketahui Sejarah Keluarga Anda
Ketahui sejarah perubatan keluarga anda dan beritahu doktor anda tentang sebarang risiko-risiko keturunan.
Jika salah seorang daripada datuk nenek, ibu bapa atau adik-beradik anda pernah mengalami penyakit jantung sebelum berusia 55 tahun, maka anda turut cenderung untuk turut mendapatnya.
Mengetahui maklumat sedemikian akan membantu anda mengambil langkah-langkah yang sepatutnya untuk mencegahnya daripada berlaku.

2. Di Meja Makan
Makan diet yang seimbang yang terdiri daripada buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh dan makanan tenusu rendah lemak. Amalkan masa makan yang tetap pada setiap hari dan elakkan dari terlebih makan.


Kesemua lemak mempunyai kalori yang tinggi dan akan meletakkan anda berisiko untuk mendapat kolesterol dan darah tinggi, jadi anda perlu mengehadkan pengambilannya. Jika anda mesti mengambil lemak, maka pilihlah lemak-lemak tidak tepu. Elakkan makanan yang mengandungi lemak tepu, asid lemak trans dan kolesterol.

3. Serat Larut : Senjata Rahsia Anda
Serat larut (terutama sekali beta-glukan) adalah karbohidrat kompleks yang sangat bermanfaat terutama sekali untuk kesihatan jantung. Ia telah terbukti secara klinikal akan menurunkan kolesterol darah dengan menggabungkan asid-asid hempedu (yang mengandungi kolesterol) di dalam saluran pencernaan anda.
Ia kemudiannya akan dikeluarkan bersama bahan buangan badan anda dan ini bermakna kolesterol akan diserap dengan lebih sedikit ke dalam aliran darah anda. Ini akan membawa kepada paras kolesterol darah yang lebih rendah serta mengurangkan risiko penyakit jantung.


Oleh kerana serat larut (seperti beta-glukan) merupakan makanan rendah GI (Indeks Glisemik), maka ia juga berkesan untuk menstabilkan paras glukosa darah anda. Ini dilakukan dengan memperlahankan pencernaan serta penyerapan agar glukosa (gula) akan mengambil masa yang lebih lama untuk memasuki aliran darah anda.

Ini akan mengelakkan paras glukosa darah naik secara mendadak.
Oleh yang demikian, memasukkan lebih banyak serat larut serta makanan karbohidrat rendah GI ke dalam makanan seharian anda adalah suatu langkah yang bijak. Sesetengah contoh makanan rendah GI termasuklah barli, beras perang, muesli dan roti rendah GI yang telah dirumus khas.

4. Mengawal Tekanan Darah
Tahukah anda bahawa hanya 6 daripada setiap 100 rakyat Malaysia dapat mengawal tekanan darah mereka? Jangan biarkan diri anda menjadi salah seorang daripada 94 orang tersebut!


Periksa tekanan darah anda sekurang-kurangnya 2 kali setahun dan pastikan anda mengekalkannya pada paras yang rendah (130/80 mmHg atau lebih rendah) tanpa mengira usia anda.

5. Awasi Berat Badan
Lakukan senaman selama sekurang-kurangnya 45 minit pada kebanyakan hari dalam seminggu (atau lebih baik lagi, lakukannya pada setiap hari).
Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai berat badan yang berlebihan atau obes, maka anda perlu lebih kerap melakukan senaman (dan dalam tempoh yang lebih lama) untuk menurunkan berat badan yang berlebihan.


Secara amnya, anda perlu mengekalkan Indeks Jisim Tubuh (BMI) pada lebih kurang 18-23 kg/m2. Bagi orang Asia, ukur lilit pinggang yang kurang dari 90sm bagi lelaki dan kurang dari 80sm bagi wanita adalah ideal.

6. Berhenti Merokok
Tembakau dalam rokok akan mengakibatkan saluran darah anda menjadi sempit serta mengurangkan bekalan darah ke jantung dan organ-organ penting anda yang lain. Jadi, hentikannya sekarang demi kebaikan jantung anda.

7. Jangan Lupa Berjumpa Doktor!
Dan akhir sekali, jangan terlepas daripada menjalani pemeriksaan kesihatan tahunan anda. Pemeriksaan yang kerap akan dapat mengesan serta merawat kes-kes awal penyakit jantung dan juga diabetes.

Selasa, 6 September 2011

Pengawalan kolesterol

Sumber : Utusan Online ( 4 /9/2011)


Jangan lupa untuk mendapatkan PROMOSI HEBAT SEPTEMBER terutama untuk multivitamin..Terdapat pelbagai diskaun hebat menanti anda. email ke pokoksena85@yahoo.com


sayur-sayuran antara pilihan makanan sihat.




SAYA membuat pemeriksaan kolesterol lebih kurang dua bulan yang lalu dan bacaan kolesterol total saya adalah 6.35 mmol/L dan dikatakan berada pada tahap tinggi.

Sebolehnya, saya ingin mencuba vitamin atau suplemen terlebih dahulu sebelum memulakan pengambilan ubat. Apakah yang sesuai untuk memandangkan saya juga sedang mengambil glukosamin untuk osteoartritis pada lutut?

JAWAPAN
Makanan seimbang yang disertai dengan aktiviti fizikal merupakan aspek yang harus diutamakan dalam usaha menangani kebanyakan penyakit masyarakat masa kini. Mungkin sesetengah dari kita sudah jemu mendengar cadangan ini, namun percayalah ia masih relevan dan terbukti berkesan hingga kini.

Kebanyakan daripada kita boleh melihat perubahan yang positif selepas sebulan berpuasa, terutamanya penurunan berat badan atau perut yang lebih kempis. Namun, ramai juga yang akan mengeluh apabila keadaan akan kembali kepada asal selepas sebulan hari raya. Begitu juga dengan masalah kesihatan lain seperti diabetes dan kolesterol.

Makan secara berlebihan dan tidak terkawal terutamanya dalam sebulan selepas hari raya dengan undangan rumah terbuka yang kebanyakannya menyajikan hidangan lazat yang sukar untuk ditolak. Makanan seperti kek, pelbagai biskut, kuih-muih yang seringkali menjadi hidangan wajib banyak mengandungi lemak trans akan meningkatkan pengambilan lemak yang tidak sihat. Tidak terkecuali hidangan lain seperti rendang ayam, daging, sate yang rata-ratanya mengandungi kolesterol dan lemak tepu yang sukar ditentukan kandungannya. Oleh yang demikian, hadkan pengambilannya dan makanlah secara sederhana.

Sementara mengawal pengambilan makanan adalah penting, mengambil suplemen untuk mengawal kolesterol mungkin berbaloi untuk dipertimbangkan. Red Yeast Rice yang mengandungi sejenis statin semula jadi hasil dari penapaian beras dan yis merah merupakan antara hasil penyelidikan yang bermanfaat dan seringkali disyorkan untuk pengawalan kolesterol.

Red yeast rice yang mengandungi monacolins merencatkan penghasilan kolesterol yang menyamai ubat statin dan dengan itu membantu mengurangkan paras kolesterol tubuh. Ia merupakan cara alternatif untuk menangani peningkatan paras kolesterol bagi mereka yang tidak mengambil ubat anti kolesterol.

Kita dinasihatkan agar menjauhi pengambilan lemak berbahaya, sebaliknya pengambilan lemak baik seperti asid lemak omega-3 akan memberi manfaat kesihatan. Asid lemak omega-3 tergolong dalam kumpulan asid lemak perlu yang tidak boleh dihasilkan tubuh, maka memperolehinya daripada makanan adalah perlu. Bagi masalah kolesterol, pengambilan asid lemak omega-3 seharusnya diambil sebagai suplemen harian kerana ia didapati memberi kesan tambahan dalam usaha mengawal peningkatan kolesterol. Hasil kajian menunjukkan bahawa pengambilan kombinasi Red yeast rice dan asid lemak omega-3 dengan dos yang sesuai boleh bantu mengawal peningkatan kolesterol setara dengan pengambilan ubat anti kolesterol.

Asid lemak omega-3 daripada ikan atau suplemen minyak ikan boleh membantu mencegah masalah jantung di kalangan individu yang sihat dan juga bermanfaat kepada mereka yang sudah ada penyakit jantung. Asid Eikosapentaenoik (EPA) dan Asid Dokosaheksaenoik (DHA) yang terkandung dalam minyak ikan dari kumpulan omega-3 dibuktikan bermanfaat kepada jantung dengan menstabilkan plak pada arteri dan tekanan darah.

Amalan pengambilan minyak ikan juga diketahui mengurangkan risiko aterosklerosis; iaitu pembekuan arteri akibat pemendapan lemak, serangan jantung dan kegagalan jantung. Sumber omega-3 yang baik termasuklah salmon, sardin, trout, herring dan beberapa lagi. Bagaimanapun, ramai yang mempertimbangkan pengambilan suplemen minyak ikan untuk memperolehi jumlah yang mencukupi untuk perlindungan jantung yang optimum.
Ingin mendapatkan Vitamin dengan harga diskaun 15%, sms 0199517292 or email pokoksena85@yahoo.com

Selasa, 23 Ogos 2011

Pembunuh dalam diam.



Dalam setahun mungkin beberapa kali kita akan bertemu dengan juadah ini namun hanya hari raya sahaja yang kita dapati meriah sekali.


Dalam kita seronok menjamah juadah raya, adakah kita prihatin dengan apa yang kita makan? Masih ingat lagi 14 tahun dahulu, arwah abah saya di serang strok pada malam raya yang kedua. Beliau mempunyai masalah darah tinggi secara kebetulan sehari sebelum raya arwah sangat suka makan satay. Rupa-rupanya dalam diam kadar kolestrolnya meningkat dan menyebabkan tekanan darah meningkat seterusnya merosakkan saraf dalam otaknya maka arwah paralyse selama 2 minggu sebelum terus meninggalkan kami 8 beranak buat selama-lamanya.

credit to Kak N for sharing

Kisah ini menjadikan iktibar buat saya dan suami. Bila nak makan rendang, lemang atau pulut, kami tak berani nak makan banyak sebab tahu kesannya ke atas kolestrol dan jantung. Makan berpada-pada. Sejak awal perkahwinan, keluarga mertua akan pastikan vitamin utama untuk mengurangkan kolestrol wajib ada untuk menampung seluruh keluarga.
Kami akan makan vitamin tersebut dan fokus pada kolestrol terutama musim perayaan yang banyak dengan jemputan rumah terbuka.

Tanpa kita sedari ada sesetengah juadah boleh menyebabkan kandungan lemak jahat dalam salur darah makin meningkat.

Apakah vitamin yang sekurang-kurangnya ada demi mengawal kandungan kolestrol dalam darah terutama dalam mengawal kolestrol jahat iaitu LDL.




Atau jika anda berkemampuan lebih berkemampuan



Secara ringkasnya kepentingan vitamin yang dinyatakan ialah :


Vitamin C sangat perlu dan penting untuk pembuluh darah. Salur darah yang kurang vitamin C ibarat getah paip yang reput dijemur matahari dan bila2 masa sahaja boleh pecah.

Lecithin penting untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids). Memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol. Menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL). Membantu kawal paras triglycerides. Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah. Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol

GLA ianya mengandungi vitamin E disamping ianya berfungsi untuk menstabilkan keadaan hormone di dalam tubuh badan kita. Ianya juga membantu membakar lemak di dalam salur darah. Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung. Mengawal kencing manis dan darah tinggi. Mengawal kolesterol dan bagus untuk fungsi saraf.

Vitamin E untuk menguatkan dinding arteri.Menguatkan imuniti tubuh.Memperlahankan proses penuaan.

Hubungi saya untuk dapatkan harga istimewa!

Selasa, 9 Ogos 2011

Kesihatan Jantung – Turunkan Kolesterol


Sekarang ni kita banyak mendengar tentang kematian mengejut yang disebabkan oleh serangan jantung. Kebanyakan kes serangan jantung dikaitkan dengan kadar kolesterol. Apakah itu kolesterol? Kolesterol dalam bahasa pasar ialah lemak yang terdapat dalam salur darah. Lemak yang terkumpul dalam salur darah ini boleh menyebabkan salur darah menjadi sempit dan mengeras. Inilah yang menjadi punca sakit jantung.

Masalah jantung ni adalah punca utama kematian di Malaysia, dan juga seluruh dunia. Kebiasaanya, penyakit ini tiada sebarang tanda. Itulah antara sebabnya mengapa orang yang kita kenali sebagai sihat (dan muda), meninggal tiba-tiba setelah serangan jantung. Serangan jantung yang pertama itu mungkin boleh jadi yang terakhir!

Program Love Your Heart Shaklee dicipta khas untuk membekalkan nutrien yang penting dalam mengekalkan jantung yang sihat dan kuat.

Antara yang dicadangkan ialah:

  • Omega Guard
  • Vita E Complex
  • Lecithin
  • Garlic
  • Fibre Plan Unflavoured
  • Energizing Soy Protein

—-> sila hubungi saya bagi mendapatkan khidmat nasihat untuk rangkaian yang paling ekonomi.

Antara kebaikan program Love Your Heart ini:

  • Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok
  • Membantu mengekalkan tahap kolesterol yang sihat
  • Membantu mengekalkan tekanan darah normal

Sayangi diri anda, sayangi keluarga anda, sayangi jantung anda.

Credit Mommy Lyna

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...