Terima Kasih Ye.. SMS 0199517292..Diskaun Menarik Menanti Anda

^^ JOIN & DAPATKAN DISKAUN UTK SETIAP PEMBELIAN^^

JOM SINGGAH on Facebook



DOA

" YA ALLAH, DENGAN RAHMATMU YANG MAHA PEMURAH LAGI LUAS KASIH SAYANGMU...
AKU MOHON KEPADAMU, AMPUNKANLAH DOSA2 IBU YANG MENYUSUKAN ANAKNYA... LAPANGKANLAH REZEKI MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELAPANGKAN REZEKI AKU SEPERTI AKU MENYUSUKAN KEDUA2 ANAKKU. LANCARKAN REZEKI SUSU ANAK MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELANCARKAN REZEKI SUSU BUAT ANAK2KU.
SESUNGGUHNYA ENGKAU SANGAT KAYA DENGAN KASIHMU, PERKENANKANLAH DOAKU INI DAN SEMOGA ALLAH MENEMPATKAN KEDUA IBU BAPAKU KE DALAM SYURGAMU... AMIN..."
Memaparkan catatan dengan label Info Kesihatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Info Kesihatan. Papar semua catatan

Isnin, 17 Jun 2013

Makanan untuk Kecerdasan Anak, Tingkatkan Fungsi Otaknya

Kecerdasan si manja yang selalu menjadi keutamaan mak ayah kan. Bila anak sihat dan cergas, mak ayah yang paling gembira. Jom la baca info untuk kecerdasan minda si manja

Makanan untuk kecerdasan anak memberikan nutrisi yang baik untuk perkembangan minda sikecil. Dari kecil perlu jaga segala pemakanan untuk kesan yang akan datang.. semoga bermanfaat ye



1. Ikan Salmon
Salmon memiliki kandungan omega-3 yang sangat tinggi. Omega-3 dapat membantu menurunkan tingkat kolesterol, membantu pertahanan tubuh dari serangan kanker dan radang sendi. Ikan salmon merupakan sumber protein, kalsium, fosfor, dan vitamin D yang bermanfaat bagi tubuh. 
(Kalau anak xnak makan ikan, boleh Omega Guard Shaklee senang, antara vitamin yang si manja)

Selasa, 11 Jun 2013

Tips Penjagaan Mata ::: Penjagaan mata sepanjang hayat


(Sumber: Weblog PAPISMA Terengganu)

Mata adalah  satu dari lima pancaindera anugerah dari Allah yang  amat  penting. Organ yang  kecil ini telah mula terbentuk di alam rahim di peringkat awal pembentukan janin  iaitu pada minggu keempat kandungan. Pada masa itu biasanya ibu  belum lagi menyedari kehamilannya. Ia  berfungsi seperti kamera  yang sangat sempurna dan   menakjubkan yang membuktikan kebesaran dan  kebijaksanan Allah s.w.t. Dengan organ tersebut   dapatlah kita  mengetahui  perkara yang berlaku  di sekeliling   bagi  membantu  kita menjalankan dua  amanah yang besar  iaitu sebagai hamba yang perlu membuat amal ibadat dan  sebagai khalifah bagi membangun serta memakmurkan alam ini.

Struktur mata

Apabila  kita melihat sesuatu objek, melalui anak mata yang boleh menukar saiz untuk mengawal cahaya yang memasuki mata. Gelombang  cahaya  dari objek tersebut akan memasuki  bola mata dan akan  di fokus  ke retina  yang  akan  menukarkan cahaya  kepada bentuk  gelombang eletrik. Melalui saraf optik, signal  akan dihantar ke otak bagi proses pengecaman dan penterjemahan  serta memberi maklumat yang bermakna tentang objek yang dilihat. Proses yang sangat rumit ini berlaku dalam kadar lebih pantas dari sekelipan mata. 


Sabtu, 25 Mei 2013

Kebaikan Energizing Soy Protein (ESP) kepada semua golongan



ESP ni memang menjadi antara killer product Shaklee, bukan sahaja di kalangan ibu menyusu. Walaupun blog saya lebih terarah kepada audiens di kalangan ibu menyusu, tapi sebenarnya, kebaikan Shaklee ini adalah untuk semua. Untuk wanita  berkerjaya yang perlukan tenaga untuk uruskan rumah tangga, untuk wanita yang ingin menjaga keremajaan kulit, untuk pembesaran janin yang lebih baik, dan macam-macam lagi lah.. So, apa sebenarnya kepentingan Protein kepada kita?


KEPERLUAN PROTEIN DALAM DIET HARIAN


Protein hakikatnya boleh didapati dalam makanan harian kita seperti ikan, ayam, daging, kekacang dan banyak lagi. Namun protein ini mudah musnah apabila berada dalam suhu masakan yang tinggi. Apabila ini berlaku, tubuh kita akan menyerap saki baki protein yang ada dan selebihnya badan kita menyerap minyak hasil masakan seperti ikan goreng, ayam goreng atau apa jua masakan terutama yang bergoreng.

Badan kita terdiri daripada sel. Dari sel membentuk tisu. Dari tisu membentuk organ. Dari organ membentuk sistem. Protein merupakan makanan kepada sel. Jika sel mendapat cukup protein ditambah dengan protein yang bagus, sel yang sihat akan mudah terbentuk demi menggantikan sel yang lama dan mati.

Selain itu, protein sangat penting untuk proses pertumbuhan. Susuibu mengandungi sebahagian besar protein. Ibu yang mengamalkan makanan yang seimbang dan lengkap dengan protein dan semua zat akan mendapati anaknya membesar dengan sihat dan perkembangannya sangat hebat insyaALLAH.



Jumaat, 24 Mei 2013

Multivitamin terbaik :: 10 Sebab Mengapa Anda Harus Mengambil 1 biji Multivitamin Sehari





1) Nutrien yang Mencukupi Ketika Menurunkan Berat Badan 

Kuning telur, tak dinafikan merupakan makanan paling tinggi nutriennya, dan tak keterlaluan jika saya katakan kuning telur merupakan ‘multivitamin’ yang di ambil oleh orang zaman dahulu pada sebelah pagi. Namun sayangnya, kuning telur tinggi kandungan kolestrolnya, disamping nilai kalorinya juga tinggi memandangkan ia kaya dengan lemak. 

Kebanyakan mereka yang mengamalkan diet untuk turun berat badan pasti akan mengelak makanan-makanan berkalori tinggi seperti ini. Itu baru saya ambil contoh satu jenis makanan, bagaimana pula dengan yang lain? Tubuh badan kita sememangnya memerlukan nutrien yang mencukupi untuk terus berfungsi. Kadar metabolisma pastinya terjejas apabila kekurangan nutrien tertentu, sekaligus ia menjadi rendah dan akhirnya progres untuk turun berat badan akan menjadi semakin perlahan! 

Pernah tak anda dengar ungkapan ini, 

“Ko ni aku tengok lemah lesu, macam tak cukup makan..”.

Salah satu faktornya adalah disebabkan kekurangan micronutrient dalam diet. 

2) Faktor Sibuk 

Khamis, 16 Mei 2013

Kenapa Perlu Minum Banyak Air Bila Ambil Suplemen?




KES 1:
Serena sering mengadu berasa panas dan dahaga sejak mengambil vitamin-vitamin dalam set breastfeeding Shaklee.

KES 2:
Azman mengadu pening, sakit pinggang dan lemah badan sejak mengambil vitamin dalam set Shaklee untuk lelaki.

KES 3:
Rini mengadu susu badannya semakin berkurangan sejak mengamalkan vitamin dalam set breastfeeding Shaklee.

Setelah diselidiki ketiga2 kes di atas, hanya satu jawapan saja:



Isnin, 13 Mei 2013

4 tips kesihatan dari Nabi Muhammad SAW



1. Nabi melarang umatnya minum berdiri. Ini kerana ternyata secara perubatan, dalam tubuh kita terdapat penapis dipanggil sfringer. Saringan tersebut dapat terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri. Air yg kita minum belum 100% steril untuk di olah oleh badan. Bila kita minum sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh sfringer kerana tertutup. Air yg tidak tersaring oleh sfringer terus masuk ke pundi kencing, boleh menyebabkan penyakit batu karang. 
 
2. Nabi juga melarang meniup air yg panas.. Logiknya kerana terdapat karbon dioksida (CO2) pada udara hembusan tersebut. Jika ditiup ke air maka CO2 itu akan larut didalam air akan menghasilkan cecair bersifat asid, H2CO3 (asam karbonat) yg menyebabkan penyakit jantung dan masaalah perut tidak selesa.
 
3. Nabi menggalakkan mandi sebelum waktu subuh kerana suhu air pada waktu tersebut dapat membantu membuang lemak-lemak degil dalam badan. 
 
4. Nabi melarang makan diselang-seli dengan minum air kerana ia menyebabkan banyak udara terperangkap di dalam badan dan menyebabkan badan berangin. 
 
Sentiasa ada hikmah disebalik larangan dan suruhan Rasulullah SAW. Jadi ikutlah walaupun sedikit, kerana sedikit yang dilakukan secara beristiqamah (berterusan) adalah lebih baik dari banyak tanpa istiqamah.
 
Wallahua'lam.

Tips Memberi Ubat kepada Si manja anda




::Cara Beri Ubat Pada Bayi::


Anak tidak mahu makan ubat? Pastinya ramai di kalangan ibubapa menghadapi masalah ini. Pelbagai reaksi pernah anda hadapi, antaranya nampak sahaja ubat terus geleng kepala, tutup mulut, memuntahkannya dan tidak kurang juga yang menangis serta memberontak.

Sedangkan hampir semua ubat kanak-kanak berupa sirap yang manis dan berperisa buah-buahan, namum kebanyakkan kanak-kanak tetap fobia bila sebut sahaja minum ubat. Maka wajarlah kalau anda terpaksa bersabar bila memberikan anak ubat.

Khamis, 21 Mac 2013

Siapa yang perlukan Shaklee Omega Guard Fish Oil ni!!!


Walaupun Offer utk beli 6 percuma 1, tapi rasa nak info pasal Omega Guard Shaklee nie juga la..hah

Kali nak share sapa yang patut ambik Omega Guard Shaklee nie..semua orang boleh ambik kebaikan yang ada dalam Omega Guard Shaklee tapi keutamaan pada siapa.. meh la kita tengok2 dulu.. mana tau anda tergolong dalam golongan yang memang memerlukan Omega Guard Shaklee nie . 
a) Ibu hamil



- sebab ia akan membantu perkembangan otak bayi semasa di dalam kandungan

- mengurangkan risiko kelahiran bayi pra matang
- mengurangkan risiko gila meroyan selepas kelahiran

- mengawal kenaikan berat badan yang akan mencanak naik semasa hamil




b) ibu yang menyusukan




- Omega akan menyalurkan khasiat omega-3 untuk sistem imunisasi badan kanak-kanak serta membantu perkembangan otak kanak-kanak.

- sangat membantu penurunan berat badan ibu tanpa menjejaskan penyusuan ( ibu-ibu yang dalam pantang wajib ambik ni tau..nak slim kan??)

Fakta mengenai kaedah bersalin dalam air


Bagi ibu-ibu nak due, ada terniat tak bersalin dalam air.. jom baca fakta bersalin dalam air nie.. semoga bermanfaat ye


* Ramai menganggap kemungkinan bayi dilahirkan boleh lemas di dalam air. Tanggapan itu salah kerana bayi baru dilahirkan tidak akan bernafas untuk beberapa saat. Ketika itu bayi pun akan terus disambut oleh bidan atau doktor.

* Mungkin ada yang geli kerana tab dipenuhi darah. Tanggapan itu tidak benar kerana darah ibu hanya akan keluar selepas uri dikeluarkan saja. Jadi air di dalam kolam bersalin akan bersih saja.

Jumaat, 1 Mac 2013

10 kebaikan Kalsium yang perlu anda tahu.. Jangan Abaikan Keperluaan KALSIUM



_____________________________
Apa kata harini luangkan masa 10min utk membaca info tentang kesihatan. Saya nak berkongsi info tentang kalsium. Biasanya, kalsium dikaitkan dengan tulang dan gigi..kan kan .. tetapi tahukah anda apa kebaikan kalsium yg lain?.. Mari baca

10 Kebaikan Kalsium:
Kalsium merupakan mineral yang penting bagi tulang, gusi dan gigi yang sihat. Doktor mungkin akan mencadangkan wanita untuk mengambil makanan tambahan kalsium apabila terdapat tanda-tanda awal masalah tulang seperti osteoporosis atau osteopenia.
  • Menguatkan Tulang – Kalsium menguatkan tulang belakang dan memastikan bentuk yang betul kepada badan selain daripada mengurangkan risiko sakit belakang. Kalsium membantu menjadikan tulang berada dalam keadaan yang baik dan mencegah sakit tulang seperti artritis dan   osteoporosis yang boleh menjejaskan pergerakan bebas selain dari menjadi amat menyakitkan.
  • Mencegah Obesiti - Kalsium dapat membantu dalam mengekalkan berat badan optimum bagi lelaki dan perempuan. Jika terdapat mana-mana kekurangan kalsium dalam diet anda, badan akan cenderung untuk melepaskan hormon paratiroid, yang seterusnya merangsang tulang untuk melepaskan kalsium ke dalam aliran darah anda untuk mengimbanginya. Dari segi lain, hormon paratiroid juga merangsang pengeluaran lemak dan mencegah pembuangannya, yang sekali lagi boleh membuat anda gemuk. Jadi pastikan anda mengambil jumlah kalsium yang betul, supaya obes tidak terjadi dengan bahaya kesihatan lain yang berkaitan.


Selasa, 26 Februari 2013

11 Manfaat Omega 3 untuk Kesihatan Wanita




Kita sedia maklum yang Omega-3 diperlukan oleh janin dalam kandungan, kanak-kanak yang sedang membesar. Tapi adakah terdapat manfaat minyak ikan yang eksklusif untuk wanita? Ya, semestinya! Dan manfaat minyak ikan untuk wanita boleh membuat hidup wanita tersebut secara mendadak akan menjadi yang lebih baik. Anda akan menjadi lebih gembira dan sihat. Bukankah itu impian setiap wanita?


Yang pasti jika anda mengambil supplemen minyak ikan Omega-3 anda daripada sumber yang tulen dan berkualiti tinggi, anda akan mendapat manfaat omega 3 yang terbaik untuk tubuh badan.

Mengapa minyak ikan tulen begitu berbeza daripada sumber omega-3 yang lain? Kualiti omega 3 minyak ikan adalah sumber terkaya dan terbaik EPA, DHA dan DPA - tiga Omega 3 asid lemak yang terbukti dalam kajian penyelidikan saintifik demi kajian untuk menghasilkan omega berikut menakjubkan 3 faedah.


Minyak Ikan Omega 3 dan Manfaatnya untuk Wanita


1. Perlindungan terhadap kanser payudara: 

Kajian menunjukkan wanita dengan pengambilan  asid lemak minyak ikan yang tinggi mempunyai sehingga 50% peluang kurang mendapat kanser payudara, yang adalah satu kebimbangan utama bagi kebanyakan wanita. DHA adalah semulajadi anti-radang yang menghalang transformasi selular dan membunuh sel-sel kanser.


Rabu, 20 Februari 2013

Tips Memilih Untuk Si Manja anda



Lama tak update untuk vitamin untuk anak nie, banyak fokus pada kecantikan ( yang pasti tips kulit cantik, tips kulit gebu), tips kurus. Yang pasti ramai ibu-ibu kat luar sangat risau bila anak-anak mereka tak suka menjamah makanan sihat tapi lebih kepada makanan segera. 

Bila tak cukup nutrisi, tentu anak-anak kita cepat deman, selsema, yang pasti dalam sebulan tentu jatuh sakit. Jalan-jalan kat google tadi terjumpa lak post mengenai tips memilih vitamin untuk anak, berikan yang terbaik untuk anak anda..

Sharing dr website Mommy Lyna, http://vitaminsemulajadi.com
Semoga bermanfaat ye dalam memilih vitamin untuk anak

Picky Eater, memilih makanan.. Mealshake adalah penyelesaian

Perlukah anak2 diberi makan vitamin tambahan?

~75% perkembangan otak anak berlaku semasa usia di bawah 3 tahun~
~90% perkembangan otak kanak2 berlaku semasa usia 5 tahun~
~85% kanak2 tidak mendapat zat makanan secukupnya dari sajian harian. Belum masuk yang suka makan makanan ringan, makanan segera, gula2, dsb~

Kanak2 sepatutnya makan lebih banyak buah, sayur, serat, protin dan kurangkan pengambilan lemak, terutama lemak tak tepu. Sayangnya jarang kanak2 yg suka makan buah dan sayur, malah ada yang enggan makanan makanan yang disediakan di rumah. Sebaliknya mereka suka makanan segera.

Selasa, 19 Februari 2013

13 Kegunaan Susu Ibu yang perlu anda tahu..



woman_pumped_breastmilk

Wah banyak kelebihan susu ibu ni kan.. jalan2 jumpa info ni kat lifefit.my. Semoga bermanfaat untuk semua terutama untuk ibu menyusu ye.. boleh share  info kat ibu2 lain gak.. Hepi breastfeeding ye..


Rata-rata mengetahui betapa tingginya khasiat susu ibu dalam menyokong perkembangan mental dan fizikal bayi. Tiada susu lain setanding susu ibu kan. Tapi tahukah anda selain untuk si comel kita, susu ibu itu amat unik dan boleh digunakan pelbagai cara. Jom lihat apakah 10 kegunaan lain susu ibu yang boleh digunakan baik pada bayi, anak-anak yang sudah besar mahupun anda sendiri.


1) Merawat ruam lampin
  • Tidak seperti krim lain di pasaran, susu ibu tidak mempunyai risiko untuk allergik yang mana boleh menerukkan lagi simptopm ruam. Sapukan beberapa titik susu ibu di kawasan ruam dan biarkan beberapa minit untuk ia kering sebelum memakaikan semua lampin pada bayi anda.
2) Merawat puting kering dan melecet
  • Rata-rata ibu akan mengalaminya lebih-lebih lagi beberapa minggu pertama menyusukan bayi. Susu ibu adalah yang terbaik, cepat dan selamat dalam merawat putting luka dan melecet. Di hujung penyusuan, picit sedikit dan sapukan saki-baki susu anda di sekeliling puting dan biarkan kering seketika.

Bahaya Ponstan aka Ubat tahan sakit untuk masa depan

Sejak lama dulu, kalau demam, senggugut atau sakit kepala, tentu saja kita akan carik ubat. To be specific memang ramai yang gemar ambil ubat tahan sakit utk mengurangkan gejala kesakitan. Sama juga la macam saya dulu, sakit kepala sket, carik Panadol. Sakit perut pon carik Panadol. Memang Panadol tu sentiasa ada je dalam rumah.

Tapi tahukan anda, ada bahayanya jika terlalu kerap mengambil ubat tahan sakit. Sejak saya tahu bahayanya, memang saya sangat menahan diri dari mengambil pil tahan sakit ni. Menurut Pengarah Klinik Pakar, Hospital Mount Elizabeth Singapura, Dr Alex Yeo ada yang beranggapan penyakit “remeh” seperti pening kepala dan sengal-sengal badan mampu diubati dengan pantas melalui pengambilan Panadol dan sebagainya. 

Namun, penyakit yang dianggap “remeh” ini berisiko menjadi penyakit lebih kronik dan berbahaya jika pengambilan yang tidak terkawal serta tanpa mendapatkan rawatan yang betul. Kata Dr. Alex, penggunaan ubat tahan sakit secara berpanjangan boleh menyebabkan kesan sampingan terutama berkaitan dengan gastrousus dan masalah buah pinggang.


Tips Hamil : Fakta Mengenai Kehamilan




Saje google pasal tips kehamilan, rupa-rupa ada banyak pasal tips kehamilan nie.. saya sejak jadi pengedar shaklee nie ramai yang bertanya pasal kesuburan sebab semua nak hamil kan.. Insyallah, kalau kita berusaha.. ALLAH akan bantu hamba2nya.. yang penting usaha, doa & tawakal
Jom la fakta kehamilan, semoga bermanfaat utk ibu2 kat luar sana

Omega 3 vs Asma?? Bagaiamana Omega 3 mencegah & mengurangkan serangan Asma..

Asma/ Asthma: Bagaimana Omega 3 Membantu Mencegah & Mengurangkan Serangan Bagi Yg Menghidapinya?





Asma adalah penyakit kronik berpunca daripada kekejangan otot di cabang tenggorok yang menyebabkan saluran pernafasan bengkak dan sempit.
Meskipun ia tidak boleh diubati, asma boleh dikawal dengan cara mengurangkan serangan melalui penjagaan rapi.
Malah, pakar-pakar turut menganggarkan 80 peratus daripada kematian di kalangan penghidap asma boleh dicegah jika mereka diberi pendidikan yang sempurna bagi menangani penyakit berkenaan.

Jumaat, 1 Februari 2013

Omega Guard Shaklee antara yang terbaik didunia



Kelebihan Omega 3: Omega Guard Shaklee Terbaik!


Untuk bulan february, dapatkan Omega guard shaklee dengan harga runtuh ye.. beli 6 percuma 1..

Kelebihan anda perlu memilih Omega Guard shaklee berbanding Brand lain.


1. Minyak Ikan Terbaik Di Dunia
OmegaGuard Shaklee terdiri daripada 7 asid lemak Omega-3 semulajadi iaitu
EPA (Eicosa Pentaenoic Acid), DHA (Docosa Hexaenoic Acid), ALA dan lain-lain 
lagi. Satu hidangan OmegaGuard (3 biji) menyediakan 990mg Asid Lemak Omega-3.
2. Ultratulen & Bergred Farmaseutikal
Omega Guard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari 3 
molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat di bawah 
suhu rendah yang terjaga. Proses ini menumpukan kepada penghasilan asid 
lemak Omega-3 yang asli dan menghilangkan pencemaran termasuk logam berat, merkuri, kadmium dan sebagainya yang terdapat di dalam kebanyakan 
jenis ikan.


Selasa, 29 Januari 2013

Tips Kurus : Nak kurus?? Jom Baca tips kurus dengan cepat





Ramai yang tertanya tips kurus, siap tanya ada tips kurus dengan cepat tak?? huhu.. Metabolism setiap orang berlainan.. ada yang jenis, makan banyak pun tapi badan still maintain kurus. Jenis yang tak makan, tapi susah nak kurus.

Jom layan tips kurus, semoga bermanfaat ye utk tampil kurus:

1. Pastikan anda makan lima kali sehari dan makan dengan kerap dan kuantiti yang kecil supaya kurang berasa lapar.Pilih makanan yang rendah kalori. Anda digalakkan mengambil makanan seperti biasa dan pengetahuan tentang kalori adalah penting.Ramai yang beranggapan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran sahaja boleh menurunkan berat badan. Ini adalah perkara yang silap. Tubuh badan anda masih memerlukan kabohidrat dan lain-lain unutk membakar lemak yang berlebihan didalam badan. 


2. Banyakkan minum air masak sehari. Sekurang-kurang 3-4 liter sehari.Lebih banyak adalah lebih baik. Mengapa perlu minum air banyak? Tubuh badan manusia memerlukan air.Oleh itu dengan pengambilan air,toksin dalam badan dapat dikeluarkan dengan cepat. Ini adalah satu rahsia kurus dan turunkan berat badan dengan cepat dan berkesan dan harga amat murah.

Tips kurus -->> KLIK SINI

Tips Kurus dengan Lecitin Shaklee.. Turun 15kg dalam 2 bulan



Tips nak kurus dengan natural supplement -- Lecitin. Yang pasti selamat, mesra alam dan berkesan. Sapa yang nak kurus sila angkat tangan..

Sharing testimoni ni dari website http://www.sayamahusihat.com/  

Semoga menjadi inspirasi untuk anda yang ada keinginan nak kurus ye..Jom la kita sama-sama kurus ye : 

SUNGGUH TERUJA! 

Shaklee Lecithin Turun Berat Badan 15 Kg dalam 2 Bulan 

Apa yang berlaku sehingga ramai anda diluar sana ingin mendapatkannya?? Berikut ialah Pengakuan BENAR dari seorang teman istimewa yang juga merupakan loyal customer saya, Datin Walis :)

Ya BENAR!! 15 KG dalam masa 2 BULAN! Datin Walis merupakan ibu gigih yang ingin menjayakan penyusuan esklusif beliau, seorang wanita jelita (memang cun!) dan sgt menjaga penampilan beliau. Apa yang beliau amalkan?

Jumaat, 5 Oktober 2012

JAWAPAN: KACANG SOYA MENGALIH PEMAKANAN SUNNAH?





Sekali sekala pasti akan ada yang mengajukan kepada kami tentang 'fakta' bahayanya kacang soya, memberi link artikel, mahupon memforwardkan email yang berkaitan. Acapkali itu jugalah kami akan gigih mengeluarkan semula fakta sebenar Soy Protein dari Shaklee, walaupun adakalanya, kandungan artikel tersebut telah banyak kali dikongsikan di laman ini.

Nahhh, jika anda sedang membaca artikel ini tatkala ini, sudi-sudikanlah untuk turut membaca artikel yang lepas di bawah kategori Energizing Soy Protein (ESP), ya!

Walaubagaimanapun, sejujurnya saya bersyukur! Dengan adanya lambakan artikel tentang 'fakta' bahayanya kacang soya di alam maya ini, customer akan mula mencari kami untuk bertanyakan tentang status Shaklee ESP. Dan setelah kami kongsikan fakta sebenar, lebih ramai yang akan memilih untuk terus mengkonsumsi Shaklee ESP ini.

Dengan kata lain (di dalam bahasa bisnes), jualan Shaklee ESP akan meningkat! ;)

Berbalik kepada isu 'Kacang Soya Mengalih Kita Dari Pemakanan Sunnah', ini jawapan yang pernah dikongsikan oleh mysuperkidssebelum ini...

Tahukah anda apakah ciri-ciri kacang soya yang sepatutnya kita ambil?

(1) Ditanam secara organik.
(2) Tidak menjalani proses genetik (non-GMO).
(3) Mengandungi 9 asid amino penting.
(4) Dalam proses pembuatan untuk menghasilkan soya yang mengasingkan, kepingan soya dihancurkan dan dibasuh dengan air, bukan alkohol.
(5) Bahan anti-thyroid/anti-pertumbuhan disingkirkan
(6) Diproses tanpa dipanaskan.
(7) Ditambah dengan kalsium? (ketika minyak dikeluarkan, ia menjadi makanan berasid ? dineutralkan bila kalsium ditambah)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...