Terima Kasih Ye.. SMS 0199517292..Diskaun Menarik Menanti Anda

^^ JOIN & DAPATKAN DISKAUN UTK SETIAP PEMBELIAN^^

JOM SINGGAH on Facebook



DOA

" YA ALLAH, DENGAN RAHMATMU YANG MAHA PEMURAH LAGI LUAS KASIH SAYANGMU...
AKU MOHON KEPADAMU, AMPUNKANLAH DOSA2 IBU YANG MENYUSUKAN ANAKNYA... LAPANGKANLAH REZEKI MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELAPANGKAN REZEKI AKU SEPERTI AKU MENYUSUKAN KEDUA2 ANAKKU. LANCARKAN REZEKI SUSU ANAK MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELANCARKAN REZEKI SUSU BUAT ANAK2KU.
SESUNGGUHNYA ENGKAU SANGAT KAYA DENGAN KASIHMU, PERKENANKANLAH DOAKU INI DAN SEMOGA ALLAH MENEMPATKAN KEDUA IBU BAPAKU KE DALAM SYURGAMU... AMIN..."
Memaparkan catatan dengan label Ciri-ciri Vitamin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ciri-ciri Vitamin. Papar semua catatan

Sabtu, 4 Ogos 2012

Jadual dan Masa Yang Sesuai Makan Vitamin



Persoalan yang sering ditanya oleh pengguna Shaklee terutama yang baru mengambilnya, atau baru menambah vitamin adalah ‘bila waktu yang sesuai nak makan vitamin?”

Sebelum makan ke, selepas makan ke, pagi ke, tengah hari ke, petang ke, malam ke…
Secara amnya..

Masa sesuai makan vitamin
1. Ambil vitamin selepas makan kerana penyerapan vitamin lebih baik jika diambil bersama makanan.
2. Vitamin sustained released bagus diambil bersama makanan kerana nutriennya dilepaskan perlahan-lahan. Makanan membantu fungsi sustained released tersebut.
3. Vitamin dan mineral terbaik diambil bersama2 untuk penyerapan optimum.

Fakta Menarik Tentang Kebaikan Vitamin C



FAKTA MENARIK TENTANG KEBAIKAN VITAMIN C

Asas yang perlu kita tahu tentang Vitamin C ialah ianya tergolong dalam kumpulan vitamin larut air. 
Bermakna ia perlu diambil harian kerana ia tidak boleh disimpan oleh badan dan akan keluar dalam 
tempoh masa 1 - 3 hari. Sumber vitamin C adalah daripada buah-buah sitrus, beri dan sayur-sayuran.


Fungsi Vitamin C Untuk Tubuh

  • ANTIOKSIDAN – diperlukan untuk memerangi radikal bebas dalam tubuh, mencegah kanser
  • MENINGKATKAN FUNGSI METABOLIK TUBUH – terlibat dalam membina dan memperbaiki tisu,                  meningkatkan fungsi kelenjar adrenal dan membina gusi yang sihat.
  • MENGELAKKAN ATHEROSCLEROSIS – arteri mengeras apabila timbunan kolesterol jahat                                          (LDL. vitamin C merendahkan paras LDL dan menaikkan paras HDL.
  • PEMBENTUKAN & PEMELIHARAAN KOLAGEN – kolagen tubuh memerlukan vitamin C
  • IMUNITI – meningkatkan imuniti
  • SERAP ZAT BESI
  • SINGKIR TOKSIN – Vitamin C bergabung dengan toksin dalam badan seperti logam berat                                         dan membuangnya dari tubuh

Rabu, 20 Jun 2012

Tahukah Anda ada 5 sebab Vitamin Anda Tidak Berkesan


Alhamdulillah seronoknya Mama Ina setiap hari dapat  berkongsi kebaikan vitamin Shaklee..

Ala tak payah la makan Vitamin..saya nie berbotol makan Vitamin tapi tak ada kesan pun..dah la Mahal Harga Vitamin nie...macam marah - marah jer kan

 ..kesimpulannya ..Jom kita lihat kenapa  pengamal vitamin yang merasakan tidak mendapat apa-apa manfaat dari pengambilan vitamin atau supplement mereka :

 1. Tak suka minum Air Putih


Inilah masalahnya ramai yang ada masalah untuk amalkan minum air putih dan tetapi  lebih suka yang bewarna dan berperisa.

Sabtu, 19 Mei 2012

APA BERLAKU BILA KEKURANGAN NUTRISI & CADANGAN VITAMIN SHAKLEE UTK ANDA




APA BERLAKU BILA KEKURANGAN NUTRISI  & CADANGAN VITAMIN SHAKLEE UTK ANDA


RAMBUT KERING, MENIPIS, MUDAH GUGUR, BERCABANG & RAPUH
Anda mungkin kekurangan nutrisi
: Protein, asid lemak, zat besi.
Makanan yang perlu anda ambil
: Dua sajian daging(tanpa lemak) sehari, dua biji telur seminggu, susu setiap hari, dua hingga tiga sajian ikan dan cuba ambil tiram untuk menambahkan zat besi.
Anda juga boleh mengambil susu kocak atau suplemen tinggi protein
Vitamin SHAKLEE untuk anda
: Anda mungkin boleh mempertimbangkan di dalam diet anda untuk mengambil suplemen seperti :
- ZINC
- VITA-LEA @ multivitamin
- VITA-E COMPLEX
- ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)
- ALFAFA COMPLEX


KULIT KERING, MUDAH SELSEMA,'GINGIVAL HEMORRHAGE'- cth: gingivitis
Anda mungkin kekurangan nutrisi
:Vitamin C
Makanan yang perlu anda ambil
: Banyakkan sayuran dan buah-buahan terutamanya buah-buahan jenis sitrus
Vitamin SHAKLEE untuk anda
: Anda mungkin boleh mempertimbangkan di dalam diet anda untuk mengambil suplemen seperti :
-VITA-C 500mg
-VITA-E COMPLEX
-ALFAFA COMPLEX


MUDAH LETIH, BADAN LEMAH (OTOT TIDAK KUAT) & RENDAH TAHAP METABOLISME & MUDAH MEMBAWA KEPADA BERAT BADAN BERLEBIHAN
Anda mungkin kekurangan nutrisi
: Protein
Makanan yang perlu anda ambil
: Pastikan anda minum susu empat gelas sehari, banyakkan pengambilan ikan, ayam (tanpa kulit), produk kacang soya & produk tenusu
Vitamin SHAKLEE untuk anda
: Anda mungkin boleh mempertimbangkan di dalam diet anda untuk mengambil suplemen seperti :
-ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)
-B-COMPLEX
-PERFORMANCE DRINK
-LECITHIN
-ALFAFA COMPLEX


KURANG DERIA RASA DAN BADAN SERING LESU
Anda mungkin kekurangan nutrisi
: Zat Besi
Makanan yang perlu anda ambil
: Daging merah, tiram, kekapis, kerang, bayam dan brokoli
Vitamin SHAKLEE untuk anda
: Anda mungkin boleh mempertimbangkan di dalam diet anda untuk mengambil suplemen seperti :
-ZINC
-B-COMPLEX
-PERFORMANCE DRINK
-VITA-LEA @ Multivitamin
-ALFAFA COMPLEX


GLOSSITIS, LIDAH TERASA KASAR ATAU BERLAKU EDEMA
Anda mungkin kekurangan nutrisi
: Vitamin B
Makanan yang perlu anda ambil
: Daging dan sayur-sayuran. Anda juga boleh mengambil suplemen vitamin B dengan nasihat pakar
Vitamin SHAKLEE untuk anda
: Anda mungkin boleh mempertimbangkan di dalam diet anda untuk mengambil suplemen seperti :
-B-COMPLEX
-VITA-LEA @ Multivitamin
-ALFAFA COMPLEX


MATA SERING MERAH
Anda mungkin kekurangan nutrisi
: Vitamin A & B2
Makanan yang perlu anda ambil
: Produk tenusu, daging, buah atau sayuran berwarna oren dan hijau
Vitamin SHAKLEE untuk anda
: Anda mungkin boleh mempertimbangkan di dalam diet anda untuk mengambil suplemen seperti :
-B-COMPLEX
-VITA-LEA @ Multivitamin
-VITAMIN C


MATA MENJADI KABUR TERUTAMA DI WAKTU MALAM
Anda mungkin kekurangan nutrisi
: Vitamin A
Makanan yang perlu anda ambil
: Lebihkan pengambilan makanan seperti lobak merah, minyak sayuran, minyak ikan kod, brokoli dan tembikai susu
Vitamin SHAKLEE untuk anda
: Anda mungkin boleh mempertimbangkan di dalam diet anda untuk mengambil suplemen seperti :
-B-COMPLEX
-VITA-LEA @ Multivitamin
-VITAMIN C


TERASA KURANG SELERA MAKAN, BERAT BADAN TIDAK BERTAMBAH, MUDAH SAKIT & BADAN TERASA LEMAH, KULIT MUDAH DIDATANGI RUAM
Anda mungkin kekurangan nutrisi
: Iodin
Makanan yang perlu anda ambil
: Ikan, daging, telur, susu, ayam, itik dan rumpai laut
Vitamin SHAKLEE untuk anda
: Anda mungkin boleh mempertimbangkan di dalam diet anda untuk mengambil suplemen seperti :
-ALFAFA COMPLEX
-B-COMPLEX
-VITA-LEA @ Multivitamin
-VITAMIN C
-ENERGISING SOY PROTEIN


BIBIR & MULUT MENJADI KERING & KULIT SEKITARNYA MUDAH MENGELUPAS
Anda mungkin kekurangan nutrisi
: Riboflavin(Vitamin B) dan 'nicotonic acid'
Makanan yang perlu anda ambil
: Telur kuning, susu, kekacang,bijirin dan nasi dari beras perang
Vitamin SHAKLEE untuk anda
: Anda mungkin boleh mempertimbangkan di dalam diet anda untuk mengambil suplemen seperti :
-B-COMPLEX
-VITA-LEA @ Multivitamin
-VITAMIN C
-ALFAFA COMPLEX

Sumber : Ruangan Ektsra diet dari Majalah Rapi edisi 15 Julai 2011 & diari vitamin Shaklee.




* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Sila PM utk mendapatkan detail mengenai produk:
Email - pokoksena85@yahoo.com
SMS - 0199517292
FB - http://www.facebook.com/pokoksena85
Fan Page - http://www.facebook.com/JomSinggah09

Khamis, 26 April 2012

Testimoni Meal Shake~Anak anda Picky Eater?



Benarkah Meal Shake boleh membantu menambah selera makan anak-anak anda? 


 
Mari kita lihat apa kata ibu2 yang telah mencuba!
FB Name: Azra Balqis Irdina
“bgus jugak mealshake nie ye..ank sy dlu x mo mkn..ble nk bg mkn msti nyorok blakang pintu..skrg lepas sy bg die mealshake..mkn mcm x ingt dunia..ble x bg mkn msti mrh..skrg sayur2 pon die mkn..dlu die paling benci kt sayur..gembira hati sy tgk die da berselera..pipi pon da berisi..”
FB Name: Zabrina Ar.
“Baru 2 hari bagi zara mealshake…selera makan dia bertambah..asyik nak nyam2 je…hehehe…”
FB Name: Haslina Hamat
“anak sy 5 thn sblm ni pun mmg xnak mkn ns..lepas amik mealshake , terus ada slera mkn.alhamdulillah..tp bdn xder la terus gemukss..ok la..slera mkn mbuak2 tu ada..siap kul 12 mlm minta ns lg…huhu..sahur pun bgn mkn ns..kuikuikui…thank to Nur Hidayu.”
FB Name: Lydzar Rusman
“Sambil-sambil saya bervitamin, saya beri juga anak-anak saya vits for kids. Vitalea, chewable vita-C, mealshake dan Omega guard. Saya suka sgt sbb since dorang makan mealshake, selera anak dah mula bertambah. Tak perlu dh saya kejar sane sini nk suapkan makan. Malah dorang boleh duduk dan makan sendiri..Alhamdulillah..”
FB Name: Rini Shariff.
“Anak saya mikail mmg susah sgt nak makan.sgt2 cerewet…nasi tu mmg tak makan la…badan mmg kurus sgt 6 tahun. so saya bancuh mealshake + susu dugro coklat bagi dia minum…alhamdulillah selera semakin ok..”
Anda mempunyai masalah yang sama dengan saya dan ibu-ibu ini? Apa kata anda cuba berikan anak anda Vanilla Meal Shake ini.. Rasa dan Aromanya yang lazat mampu membuka selera makan anak-anak anda.



Jum dapatkan harga ISTIMEWA untuk offer MEALSHAKE.


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Bg yang kekangan kewangan, sila contact utk mendapat harga istimewa:
Email - pokoksena85@yahoo.com
SMS - 0199517292
Fanpage - JOM SINGGAH 

Jumaat, 13 April 2012

Hati² Vitamin ~ Boleh Rosakkan Buah Pinggang? ?



Ramai yang takut untuk makan vitamin kerana dikhuatiri ia akan merosakkan buah pinggang. Ayat ini yang menjadikan pengamal tidak konsisten bila consume vitamin....dengan alasan " makan sekali sekali pun dah ok sebab kalau makan selalu nanti rosak kidney" jawab salah seorang kawan saya.

Vitamin boleh memberi kesan yang buruk dalam badan apabila
 --------------------------------------------------------------------------------------------------

1. Kurang minum air, ini kerana air diperlukan untuk penyerapan secara optimum.2. Pengambilan melebihi dos yang disarankan....terutama untuk vitamin yang bukan larut air. Pengambilan vitamin A yang berlebihan akan membuatkan toksik dalam badan dan ia boleh dilihat pada tapak tangan kelihatan kuning-kuningan.3. Pengambilan yang banyak dalam satu satu masa....ini kerana ia boleh membebankan fungsi buah pinggang.Maka jika anda seorang pengamal vitamin tegar....elakkan 3 perkara ini demi menjaga kesihatan yang optimum terutama untuk kebaikan buah pinggang kita. Sebelum membeli, pastikan anda mendapat konsultasi dari pengedar.Saya juga ingin kongsikan bahawa ubat sangat berbeza dengan vitamin. 

Perbezaan Pertama
------------------------------------

SUPPLEMENT : Bahan berkhasiat semuanya semulajadi dan penting kepada tubuh badan. Jika kita kurang mengambilnya, kita akan sengsara akibat kelemahan ogran berfungsi dengan baik.UBAT : sama sekali ganjil dengan tubuh badan. Mereka tidak menjadi sebahagian dari tisu2 kita. Tidak juga menyumbang bahan2 berkhasiat.

 Perbezaan Kedua
 ---------------------------

SUPPLEMENT: Membantu tindakan biokimia dan pemprosesan enzim.UBAT: ianya adalah ejen bahan kimia yang kuat yang boleh mengubah fiungsi2 secara mengganggu tindakan bahan biokimia dan proses2 enzim. 

Perbezaan Ketiga
-------------------------- 

SUPPLEMENT: Tidak menimbulkan kesan sampingan. Menggunakannya berlebihan hanya terganggu sementara. Oleh kerana badan membina sistem2 enzim untuk menghadapi bahan berkhasiat, ianya bersedia menghadapi kelebihan.UBAT: boleh menyebabkan kesan sampingan , kebanyakan boleh kekal dalam badan. Malahan aspirin boleh kekal menyebabkan gangguan dalam perut, pendarahan dalam perut, loya, gannguan penglihatan, gangguan mental, bintik2 merah, telinga berdengung, gangguan penghadaman dan akhirnya kematian.

 Perbezaan Keempat
 ------------------------------------

SUPPLEMENT : bertindak lebih baik secara bersatu antara satu sama lain , ianya ibarat rantai. Kesemuanya bergabung menghasilkan kesan yang lebih baik.UBAT: bertindak baik hanya secara berasingan. Ianya boleh terganggu satu sama lain dan berkebolehan menghasilkan kesan2 sampingan.Walau bagaimanapun Vitamin dalam pasaran ada banyak jenis. Sila Klik di sini : Vitamin sintetik dan Vitamin Asli. Bagaimana untuk mengetahui perbezaan kedua dua ini? Cuba amik dan belek, untuk mengetahui yang Vitamin Asli biasanya
  • tidak terdapat silika gel di dalam botol vitamin
  • vitamin itu tidak mempunyai perasa 
  • vitamin itu tiada dengan pewarna tambahan. Apabila digenggam melebihi 5 minit, tangan tidak melekit dengan pewarna.
  • vitamin itu tidak mempunyai pengawet tambahan 
Namun benarkah pengambilan vitamin baik asli atau sintetik merosakkan buah pinggang? Jika ubat mungkin benarlah sebab kandungan ubat itu tidak dapat diserap oleh badan dan menjadi sebahagian dari tisu sel. Tetapi bagaimana pula dengan vitamin?
Credit - MamaQaireen 
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Bg yang kekangan kewangan, sila contact utk mendapat harga istimewa:
Email - pokoksena85@yahoo.com
SMS - 0199517292
Fanpage - JOM SINGGAH 

Isnin, 27 Februari 2012

Waktu & Aturan sesuai utk mengambil Vitamin - Pantang Larang

Selalunya saya akan mencadangkan kepada pengguna untuk ambil vitamin pada pada waktu malam atau selepas makan malam kerana nutrien lebih mudah menyerap pada waktu tidur kerana badan sedang berehat. Namun, kalau kita boleh berdisplin, sesetengah vitamin lebih sesuai di makan pada waktu-waktu berbeza.

Sebagai panduan buat semua, di bawah adalah aturan asas pengambilan vitamin yang baik mengikut sifatnya.

VITAMIN LARUT AIR (B dan C) : Seeloknya diambil bersama segelas air dan elakkan pengambilan bersama makanan berlemak/berminyak.

VITAMIN LARUT LEMAK (A,D,E,K) : Vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan. Sebaiknya diambil selepas anda mengambil makanan berlemak/berminyak.

Ostematrix (Kalsium) : Seeloknya diambil bersama minuman bersusu, atau diambil sebelum tidur. Sebagaimana susu dikatakan sebagai minuman untuk membantu kita tidur, kalsium dikatakan ada fungsi yang sama.

Lecithin : Diambil bersama2 vitamin larut lemak lain.

Pantang Larang Semasa Pengambilan Vitamin

Mengambil alfalfa bersama-sama vitamin E kerana ia boleh mengganggu penyerapan alfalfa.

Mengambil supplement zat besi (Iron) bersama-sama Ostematrix kerana zat besi boleh mengganggu penyerapan kalsium. Walau bagaimanapun kini zat besi sudah dilengkapi ke dalam VitaLea Shaklee. Oleh itu jika boleh, ambil kedua2nya pada masa berlainan untuk mengelakkan gangguan penyerapan di antara kedua-duanya.

Pengambilan vitamin disarankan pada waktu selepas makan bagi membantu penyerapan. Ambillah vitamin & mineral dalam kadar yang telah dicadangkan, kerana pengambilan vitamin/mineral yang berlebihan, terutama vitamin larut lemak boleh membahayakan kesihatan kerana ia disimpan di dalam badan dan boleh menjadi toksik.

Credit

Sekiranya anda merasakan praktik anda mengambil vitamin sekarang berjalan lancar dan membuahkan hasil, sila teruskan. Namun jika tidak memuaskan, anda boleh cuba mengambilnya mengikut cadangan di atas. Walaubagaimanapun, ia bukanlah muktamad dan masih bergantung kepada tubuh badan kita.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Bg yang kekangan kewangan, sila contact utk mendapat harga istimewa:



Email - pokoksena85@yahoo.com
SMS - 0199517292
Fanpage - JOM SINGGAH 


Selasa, 2 Ogos 2011

Vitamin B & Vitamin C - Keperluan Atau Sebalik nya??

Assalamualaikum…

Jika anda lihat kandungan multivitamin, vitamin B dan C telah pun terkandung dalam multivitamin. Tetapi kenapa masih perlu ambil extra Vitamin C dan B jika semuanya boleh didapati dari Multivitamin atau VitaLea.

Mari kita ikuti kupasan yang lebih mendalam dari seorang yang arif tentang nutrisi:

Multivitamin yang lengkap mengandungi 12 vitamin dan 7 galian. Inilah pada asasnya diperlukan oleh tubuh badan manusia. Bagaimanapun kehidupan seharian yang kini telah banyak mempengaruhi cara pemakanan kita telah membuatkan keperluan vitamin C dan B complex semakin menjadi perhatian umum. Adakah benar walaupun telah mengambil multivitamin kita masih perlu menambah vitamin C dan B complex? Dalam coretan kali ini ibu akan mengupas satu persatu agar kita mudah memahami dan tanpa ada kekeliruan yang berpanjangan.

Adakah dalam 12 vitamin tersebut meliputi vitamin b complex dan vitamin C?

Jawapannya adalah ya. Namun mengapakah kita masih perlu mengambil vitamin C dan B complex lagi seandainya kita mengambil multivitamin?

Ini kerana kandungan vitamin C dan B complex yang diperlukan oleh badan melebihi daripada yang dibekalkan di dalam multivitamin. Mungkin ada sesetengah doktor berpendapat multivitamin sudah memadai… hakikatnya doktor adalah golongan yang sangat pakar dalam ubat-ubatan iaitu untuk merawat penyakit namun hakikatnya golongan ini bukanlah pakar dalam bidang nutrisi yang lebih kepada pencegahan penyakit.

Sesungguhnya vitamin C dan B complex adalah vitamin yang larut air. kedua-dua vitamin ini dalam kategori fragile atau erti kata lain mudah musnah akibat banyak faktor antaranya, stress. Stress boleh memusnahkan vitamin C dan B complex dalam tubuh kita. Asap rokok dan kenderaan juga boleh menyebabkan kemusnahan vitamin ini. Terdedah kepada matahari juga menyebabkan kerosakan kepada kedua-dua vitamin ini dalam tubuh manusia. Mereka yang kurang keyakinan diri, mudah letih, mudah marah, sensitif adalah golongan yang sangat kurang vitamin c dan b complex.

Seperti yang kita semua sedia maklum, vitamin C sangat penting bagi tubuh kita terutama dalam melawan penyakit kerana ia merupakan salah satu vitamin yang dikenali sebagai antioksidan. Ianya dikatakan dapat membantu meningkatkan immune system badan kita. Bagi ibu yang cukup vitamin C, insyaAllah anak susuannya akan kurang mendapat jangkitan batuk mahupun selsema dari pembawa penyakit tersebut.

VITAMIN C SANGAT RAPUH (FRAGILE)


1. Vitamin C larut air dan tidak disimpan dalam badan pada bila-bila masa pun. Ia mesti sentiasa diganti –malah setiap hari.

2. Vitamin C mudah dimusnahkan oleh pencemaran udara & air. Contohnya merokok sekotak boleh membakar 500 mg Vit C.

3. Mudah musnah kerana stress (tekanan ) – physikal dan mental.

4. Vitamin C mudah teroksida oleh oksigen. Contoh makanan pemotongan sayur-sayuran, buah-buahan yg terdedah terlalu lama sebelum digunakan akan mengurangkan kandungan Vit.C. Contoh lain ialah cara memasak yang terlalu lama atau dengan suhu yang tinggi.

Faktor-faktor lain…. Pemilihan makanan, penyusuan anak, umur, aktiviti dan penyakit juga memainkan peranan dalam pengambilan B complex dan vitamin C dalam diet seharian.
Last but not least: Satu soalan cepu emas dari seorang doctor….

Kalau anda begitu berhati-hati bila sakit , kenapa tidak anda berhati-hati ketika sihat-supaya anda tidak jatuh sakit?

Bagaimana pula dengan vitamin B complex?


SEBAB-SEBAB KEMUSNAHAN B COMPLEX

• jenis larut air – perlu sentiasa di ganti
• Boleh musnah oleh matahari/ heat/haba – process memasak.
• Memakan banyak gula boleh menghabiskan B complex. Eg satu botol Coca-cola perlu 5 kali vitamin B untuk menukarkan Coca-Cola ke bentuk tenaga.
• Alkohol boleh memusnahkan simpanan B Complex.
• Stress – tekanan mental dan fizikal musnahkan B Complex.
• Kegunaan anti-biotik, pil penenang perasaan, pil tidur dan racun serangga memusnahkan vitamin B Complex.
• Pil perancang meningkatkan keperluan Vitamin B.

FUNGSI B-COMPLEX

• Peranan Utama – membantu dalam pengeluaran Tenaga.
• Membantu memetabolismekan
- karbohidrat
- Lemak
- Protein
• Anti stress
• Mengurangkan risiko kecacatan kelahiran seperti kecacatan otak dan kecacatan saraf tunjang.
• Asid Folik, B6 dan B12 membantu merendahkan paras homosisteina dalam darah
• “B” for beauty – True beauty radiates from within.
• Perlu bagi urat saraf (essential to initiate nerve transmission).
• Membantu meninggikan sistem pertahanan badan

Jika kita lihat pada kuantiti yang dibekalkan di dalam sebiji multivitamin, vitamin C yang disertakan rata2 dalam lingkungan 100g sedangkan minima keperluan tubuh kita ialah 500mg sehari untuk seorang yang sihat. Begitu juga kuantiti yang disertakan untuk 8 kumpulan B yang membentuk B complex, tidak mencukupi dengan keperluan tubuh kita.

Ada juga persoalan yang timbul….Bagaimana jika saya meningkatkan dos pengambilan multivitamin saya? Adakah ianya memadai? Jawapannya tidak kerana ini hanya akan meningkatkan pengambilan vitamin dan garam mineral lain yang mana ianya hanya akan disingkirkan oleh badan apabila melebihi dari keperluan yang sepatutnya. Ini boleh merugikan kos apa yang kita bayar.

Ingin juga saya selitkan tiada istilah pengambilan terlebih atau excessive dalam pengambilan supplement kecuali untuk vitamin A (atau lebih dikenali Beta Carotene) dan Vitamin E kerana kebanyakkan vitamin selain ini akan disingkirkan dalam sistem perkumuhan apabila tidak diperlukan oleh tubuh badan.

sumber : beauifulaisyahhumairah & Hanis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...