Ostematrix adalah antara vitamin suplemen kegemaran saya. Ostematrix membantu saya maintain production susu semasa menstrual, membantu saya maintain bertenaga di siang hari, penting untuk tulang dan gigi saya, membantu menghilangkan lenguh-lenguh sendi dan sakit pinggang (dengan bantuan Vitamin E) dan banyak lagi. Juga, Ostematrix penting sebab ada masanya saya kurang rajin nak bancuh susu. Hehe.
So, cakap pasal Ostematrix, saya nak kawan-kawan baca dulu artikel kat bawah ni pasal osteoporosis dan kepentingan kalsium kepada wanita.
source : Mingguan Malaysia, 25 Oktober 2008
HASIL penemuan penyelidikan bersama Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Otago, New Zealand menunjukkan kebanyakan wanita di Malaysia mendapat kurang daripada 50 peratus jumlah kalsium yang disarankan untuk kesihatan tulang.



