1. Melengah-lengah
Lengahkan tindak balas ke atas keinginan merokok seperti melambat-lambatkan mencari rokok. Sekiranya rokok ada di tangan, jangan dinyalakan terus, tunggu sekurang-kurangnya 5 minit.
Keinginan untuk merokok ini kesudahannya akan hilang juga. Katakan pada diri anda “rokok membakar paru-paru” setiap kali anda ingin merokok.
2. Menarik Nafas Panjang
Tarik nafas anda dengan panjang sekurang-kurangnya tiga kali dengan perlahan-lahan.
3. Minum Air Dengan Banyak
Minumlah air banyak-banyak. Sebaik-baiknya air galian atau air masak suam. Jangan minum air berkafein seperti kopi atau teh, kerana minuman ini biasanya akan membuatkan anda ingin merokok selepas meminumnya.
4. Membuat Sesuatu
Buatlah sesuatu yang boleh mengalihkan fikiran anda daripada rokok. Contohnya bersiar-siar makan angin, telefon kawan, membaca buku, bermain muzik, membuat silang kata, berkebun dan sebagainya.
5. Menguyah Sesuatu
Mengunyah sesuatu seperti gula-gula getah,lobak merah,buah epal dan sebagainya. Elakkan sesuatu yang manis seperti gula-gula biasa.
6. Mandi atau Basuh Tangan
Sekiranya berada di rumah, mandilah seberapa kerap atau basuh tangan setiap kali terasa hendak merokok.
7. Melakukan Senaman Regangan
Lakukan senaman regangan setiap kali anda merasa mengantuk kerana tidak merokok.
8. Memohon Doa
Mohonlah doa kepada Tuhan agar azam dan usaha anda untuk berhenti merokok itu berjaya.
9. Mengaku dan Menghebohkan
Jangan segan untuk mengaku dan hebohkan kepada kawan-kawan bahawa anda telah berhenti merokok. Langkah ini akan dapat meningkatkan keyakinan diri anda untuk terus berhenti merokok. Insyallah kawan-kawan akan memahami hasrat suci anda itu.
Mungkin akan ada kawan-kawan yg cuba menguji hasrat anda dengan memberi rokok percuma kepada anda. Abaikan saja godaan tersebut. Tetapkan hati anda.
10. Mencabar Kawan-Kawan
Anda jangan takut untuk mencabar kawan-kawan anda dengan ganjaran tunai. Janjikan kepada kawan-kawan anda setiap sebatang rokok yg anda hisap selepas anda istihar anda telah berhenti merokok ialah rm10. Sekiranya mereka melihat / bertembung dengan anda sedang menghisap rokok , on the spot mereka boleh meminta wang tunai dari anda Rm=10 untuk sebatang rokok yg sedang anda hisap. Dengan cara ini, anda akan semakin jauh dengan tabiat merokok.
credit - ~Ku Pohon HidayahMU~
11. Pengambilan Vitamin C - utk mengurangkan rasa ketagih rokok
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Bg yang kekangan kewangan, sila contact utk mendapat harga istimewa:
Email - pokoksena85@yahoo.com
SMS - 0199517292
Tiada ulasan:
Catat Ulasan