1. Fungsi penghadaman akan terganggu. Ini kerana ketika stress, pengaliran darah ke sistem penghadaman akan terjejas dan hormon stress akan melambatkan proses pembebasan asid gastrik dan pengosongan gastrik di dalam perut. Akibatnya, apabila kita stress, kita mungkin akan sakit perut, cirit birit atau sembelit.
2. Sesetengah ciri sistem imun akan terabai jika tekanan yang kronik terjadi dan ini memudahkan kita diserang penyakit. Namun, ciri-ciri imun sistem yang lain terus berfungsi tanpa kawalan menyebabkan risiko penyakit autoimun meningkat, situasi dimana sistem imun kita menyerang sel-sel tubuh kita sendiri. Penyakit autoimun yang disebabkan gangguan sistem imun badan adalah seperti lupus dan tiroid lebih kerap menyerang wanita biasanya ketika waktu subur.
3. Sistem kardivaskular dan saraf juga akan terima kesannya. Bagaimana? Hormon stress yang diaktifkan akan meningkatkan kadar denyutan jantung juga tekanan darah dan lipid lipid darah, yang semuanya akan menambah risiko serangan jantung dan angin ahmar. Apabila stress yang kronik melanda operasi dan struktur sel otak yang berfungsi sebagai daya ingatan turut boleh terjejas.
4. Kesukaran untuk tidur kerana perasaan bimbang yang melanda menyebabkan badan dan minda tidak mendapat rehat secukupnya.
5. Kegemukan dan penambahan berat badan. Macam mana ya? Bila kita kurang tidur, ia mempunyai kesan langsung dengan hormon metabolik yang mengawal rasa kenyang dan lapar. Kortisol yang dibebaskan apabila stress pula, memainkan peranan dalam pengumpulan lemak di bahagian perut yang menjadikan sesetengah orang bertubuh epal. Dengan membawa berat berlebihan ini, kita bukan saja boleh jadi gemuk, malah berisiko menghadapi serangan jantung dan kencing manis.
Sekadar berkongsi info untuk kegunaan sendiri juga. Semoga kita mendapat manfaat daripadanya. Tak sangkakan begitu caranya stress mengganggu fungsi badan. Sama2lah kita berusaha menangani stress dan jangan lupa mendekatkan diri pada yang Esa.
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Email - pokoksena85@yahoo.com
SMS - 0199517292
Fanpage - JOM SINGGAH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan