Tahukah anda kajian mendapati bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya lebih bijak apabila mereka meningkat dewasa. Kanak-kanak tersebut didapati memiliki tahap IQ yang lebih tinggi iaitu antara tujuh hingga sepuluh peratus berbanding dengan bayi yang meminum susu formula. Angka tersebut mewakili secara keseluruhan pada beratus orang kanak-kanak dan bukannya pada individu. Oleh itu, jika anak ingin mencapai tahap kepintaran yang tinggi untuk anak-anak, mudah sahaja kerana anda perlu menyusukan bayi secara eksklusif tanpa mengeluarkan kos yang mahal.
Kajian juga mendapati kanak-kanak yang menyusu susu ibu memperolehi gred yang baik semasa zaman persekolahan mereka. Selain itu, kelebihan yang diperolehi daripada susu ibu semakin meningkat bergantung kepada berapa lama bayi disusukan. Sebenarnya, daripada penyelidikan yang dilakukan mereka menemui beberapa khasiat yang ada dalam susu ibu membantu pertumbuhan otak yang lebih baik.
Smarter fats
---------------
Kandungan utama dalam susu ibu membantu mengembangkan lemak pada otak iaitu DHA (docasahexaenoic acid), sejenis asid lemak pada Omega-3. DHA adalah zat makanan paling penting untuk pertumbuhan, perkembangan dan penyelenggaraan tisu otak. Analisis autopsi tisu otak daripada bayi yang meminum susu ibu dan susu formula menunjukkan bayi minum susu ibu memiliki otak yang tinggi DHAnya. Selain itu, bayi yang lebih lama minum susu ibu bermakna lebih tinggi tahap DHAnya.
Nutrisi

Untuk
memastikan bayi mendapat cukup khasiat untuk perkembangan otak, oleh itu
adalah penting bagi ibu yang menyusukan anak memperoleh DHA yang cukup
dalam diet mereka. Sumber yang kaya dengan DHA adalah ikan (terutamanya
salmon dan tuna). Peningkatan DHA memberikan banyak kebaikan kepada
kesihatan ibu juga.
Kolestrol
Kolestrol
---------------
Lemak lain yang diperlukan untuk
perkembangan otak yang optimal adalah kolestrol. Susu ibu mengandungi
banyak kolestrol sementara susu formula pula didapati tiada kandungan
kolestrol yang diperlukan. ‘Rendah kolestrol’ mungkin berita baik untuk
diet orang dewasa tetapi bagi bayi, kolestrol diperlukan sebagai
komponen asas untuk menghasilkan saraf tisu dalam pertumbuhan otak.
DHA, kolestrol dan lain-lain lemak dalam susu ibu menyediakan bahan untuk menghasilkan myelin iaitu sarung lemak yang mengelilingi saraf fiber. Myelin berfungsi sebagai bahan penebat, memudahkan saraf membawa maklumat daripada sebahagian daripada otak atau badan kepada bahagian lain. Oleh itu, pentingnya lemak-lemak membina otak. Sekiranya diet ibu tidak menyediakan jumlah lemak-lemak tersebut dalam susunya, payudara dapat menyediakannya serta-merta.
Smarter sugars

Laktosa
adalah gula utama dalam susu ibu. Tubuh badan manusia memecahkan ia
kepada dua jenis gula ringkas iaitu glukosa dan galaktosa. Galaktosa
adalah zat makanan yang bernilai untuk perkembangan tisu otak. Ahli
antropologi telah menunjukkan spesis mamalia yang bijak adalah mereka
yang mempunyai jumlah laktosa dalam susu mereka. Susu manusia
mengandungi konsentrasi laktosa yang tertinggi dalam kategori susu
mamalia. Susu lembu dan sesetengah susu formula (susu lembu) mengandungi
laktosa tetapi tidak sebanyak susu manusia. Susu soya dan lain-lain
susu formula yang bebas laktosa langsung tidak mengandungi laktosa dan
hanya gula biasa dan sirap jagung.
Perhubungan bijak
Perhubungan bijak
---------------
Ketika
dua tahun pertama kehidupan bayi, otak membesar dengan pantas dan
pengalaman harian bayi membantu menajamkan perkembangan otaknya. Sel
otak yang dipanggil neuron, berganda dan berhubung di antara satu sama
lain sehingga litaran otak menyamai wayar elektrik yang berselirat.
Setiap kali bayi berinteraksi dengan persekitaran, otaknya akan membuat
perhubungan baru. Oleh kerana susu ibu dihadamkan dengan pantas, maka
bayi yang minum susu ibu dengan kerap akan lebih kerap berinteraksi
dengan ibunya.
Penyusuan susu ibu sendiri membentuk perhubungan kulit ke kulit, aliran susu yang kepelbagaian dan hubungan rapat antara ibu dan bayi adalah lebih menarik. Ia merupakan pengalaman yang lebih interaktif berbanding bayi yang menyusu botol. Ini adalah cara semula jadi untuk memastikan bayi mendapat stimulasi yang diperlukan untuk perkembangan otak yang optimal.
Para ibu bapa perlu mengetahui bahawa tiada makanan yang diperkayakan dengan DHA dan ARA sebaik yang terdapat dalam susu ibu. Malahan banyak pembuat susu formula berusaha untuk menghasilkan susu yang mengandungi DHA dan ARA seperti mana zat makanan istimewa yang terdapat dalam susu ibu.
Jadi, mengapa anda bersusah payah membeli susu yang mahal jika anda berkemampuan menyusukan sendiri bayi anda tanpa perlu membayar dengan wang ringgit. Tambahan pula selain memiliki khasiat penting berikut, susu ibu turut mengandungi kelebihan yang lain.
Selain dari itu, kajian dalam The Journal of the American Medical Association, The Association Between Duration of Breastfeeding and Adult Intelligence, menunjukkan peningkatan IQ antara bayi yang menyusu kurang dari sebulan dan bayi yang menyusu sekurang-kurangnya 7-9 bulan. Ini adalah perbezaan yang penting. Malahan setakat ini tiada kajian yang dapat menunjukkan kelebihan yang sama pada makanan tambahan yang dicipta mengandungi DHA dan ARA.
Bagi penganut agama Islam tentunya telah sedia maklum seperti mana yang diterangkan dalam Al-Quran tentang fadhilat seorang ibu yang menyusukan anaknya dengan susu badan sekurang-kurangnya sehingga anak berusia dua tahun.
Jadi, semuanya bergantung kepada ibu untuk memberikan yang terbaik kepada bayi mereka. Untuk menghasilkan anak yang bijak dan pintar tentulah dari pemakanan yang sihat dan berkhasiat. Susu ibu adalah makanan awal yang terbaik untuk bayi anda.

--------------------------
Jom berikan susu ibu untuk bayi anda!
http://www.mamacergas.com
Jika anda berminat nak mendapatkan vitamin yang kaya dengan DHA, ana boleh mencuba Omega Guard Shaklee.. ;)
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Sila PM utk mendapatkan detail mengenai produk:
Email - pokoksena85@yahoo.com
SMS - 0199517292
FB - http://www.facebook.com/pokoksena85
Fan Page - http://www.facebook.com/JomSinggah09
Tiada ulasan:
Catat Ulasan