Dari sudut diet dan nutrisi, terdapat dua faktor utama dalam penghasilan susu:
1. minum air secukupnya(susu,
jus atau pun air kosong). Anda akan menghasilkan dalam 20 hingga 40 oz
susu sehari,agak banyakkan? Merasa dahaga adalah tanda utama anda
perlukan tambahan cecair dalam badan anda. Cubalah disiplinkan diri anda
dengan meminum lebih air.
2. Menyusukan anak secara kerap
atau pumping secara kerap. Ingatlah bahawa pengeluaran susu ibu adalah
berdasarkan kepada permintaan. Lebih kerap anda menyusu/pump susu, tubuh
akan menghantar isyarat bahawa bayi memerlukan lebih susu..seterusnya
akan meningkatkan pengeluaran susu ibu.
kredit for share info ni.. http://www.yourfabulousmama.com
Tips untuk memastikan penghasilan susu badan yang banyak;
• kerapkan menyusu bayi ataupun kerapkan memerah susu.
• Banyakkan mengambil cecair (air, jus buah, susu)
• Makan makanan berkhasiat terutama protein
• Rehat yang secukupnya
• makan mengikut masa, jangan berdiet kerana akan menyebabkan toksin dirembeskan kedalam susu- bahaya untuk bayi
• berurut dengan bidan.
Ibu yang menyusukan anak memerlukan
500 kalori lebih dari orang biasa sehari. Ibu yang yang menyusukan anak
yang dalam proses diet menurunkan berat badan akan mengalami masalah
kekurangan tenaga bagi menghasilkan susu
Carta di bawah merupakan perbandingan
keperluan nutrisi antara wanita biasa, wanita mengandung dan wanita
menyusu. Ia boleh membantu kita mendapatkan sumber makanan yang tepat
untuk penyusuan. So ibu menyusu..anda memerlukan lebih banyak lagi
nutrisi berbanding dengan wanita lain ye..pastikan badan anda cukup
dengan keperluan vitamin.
Sekarang
ni dah tahu sebab apa mama ambil vitamin shaklee?? Mama memerlukan
lebih vitamin atau nutrisi daripada wanita lain yang tidak menyusukan
anak beliau. Vitamin bukan membuat susu mama menjadi banyak
melimpah2..tapi vitamin membantu mama untuk terus sihat, cergas dan
bertenaga
antara sebab susu ibu berkurangan adalah:
a) tekanan/stress
-
tekanan memang tidak dapat lari dari kehidupan kita. Stress tu perlu
sebenarnya dalam kehidupan..baru la kita ni normal..tp kalau terlalu
stress..memang tidak baik utk kesihatan. tambah-tambah pula untuk ibu
yang menyusukan bayi. untuk menggalakkan pengeluaran susu secara optimum
mesti tenangkan fikiran.... cuba bayangkan perkara yang indah2 dan
peluk bayi anda dengan penuh kasih sayang...kalau bayi tiada depan
mata..pandang gambar pun xpe…
b) keletihan atau kurang tidur
-
siapa yang cakap menjadi seorang ibu itu mudah. nak jadi ibu ni bukan
senang tau..hanya wanita yang pernah menjadi ibu aje tahu betapa
sukarnya menjadi ibu. Bayangkan kena bangun malam untuk menyusukan bayi /
menenangkan bayi yang terjaga disebabkan oleh lampin basah…atau pernah
terjadi dekat saya bayi meragam…sepanjang malam saya tak tidur…bila
masuk subuh baru dia tidur..ohhh.sangat meletihkan..tp perkara ini tak
boleh dijadikan alasan.seelok2nya bila bayi tidur, ibu pun digalakkan
utk tidur supaya mendapat rehat yang secukupnya... sebab bila bayi
jaga…kita kena beri perhatian pada mereka sepenuhnya…selain itu, system
pencernaan juga akan terganggu jika ibu x cukup rehat.
c) kurang minum air – untuk
orang biasa.. pengambilan air kena sekurang-kurangnya 2 liter (lebih
kurang 8 gelas) tetapi ibu perlulah mengambil sekurang2nya 3 liter air
sehari.
d) pengambilan pil perancang –
pengambilan pil perancang akan turut menjejaskan pengeluaran susu
ibu.sila dapatkan konsultasi dari Dr anda sebelum mengambil pil
perancang jika anda menyusukan bayi anda.
Dibawah ini ada beberapa jenis makanan yang mudah dan senang diambil.
1. Sayur-sayuran Hijau
2. ulam-ulam macam pucuk kaduk, jantung pisang
3. Lobak Putih- Mengandungi Vitamin C dan serat yang tinggi. ianya membantu dalam penghasilan susu dan meningkatkan sistem imunisasi Ibu dan secara tidak langsung sistem imunisasi bayi atau anak juga dapat ditingkatkan.
4. Jintan - Jintan Hitam (Habbatus Sauda.) / Jintan Manis
5. Tauge Alfalfa- Tauge alfalfa ini memang mudah untuk diperolehi dan juga harganya sangat2 murah. Alfalfa merupakan agen "Milk Booster" tersangat bagus untuk ibu-ibu yang menyusu. Bayi dan anak anda memang sentiasa kekenyangan jika mengambilnya bole beli dekat Jaya Jusco
6. Kurma- Kurma membekalkan kalori segera kepada badan Untuk ibu-ibu menyusu, kurma wajib ada dirumah masing-masing kerana Ibu menyusu memerlukan kalori tambahan.
7. Susu - Susu membekalkan protein, kalsiun, vitamin dan zat galian yang diperlukan oleh badan.
8. Keju - Berkhasiatnya dari segi kalsium, protein, vitamin dan zat galian. ia mudah diserap oleh badan.
9. Tempe - tinggi kandungan protein. disamping itu ia juga memekatkan air susu.
10. Halba - Nama inggerisnya Funegreek. juga popular sebagai agen untuk meningkatkan penghasilan susu tapi mungkin tidak serasi untuk sesetengah ibu dan bayi kerana ia dari herba.
Makanan yang perlu dielakkan
- ais (x bgus tuk bby..jg x bagus tuk ibu)
- any kekacang (mnmbhkn angin dlm bdn..bby pun leh kembung perut)
- air kelapa muda (bisa urat)
- jambu batu (kembang urat)
- keladi (bisa urat, kurang susu)
- labu (kmbang urat, angin)
- laksa/mee/bihun (kembang urat)
- KACIP FATIMAH (buat susu jd BERTOKSIN)
- Kafein (merangsang pengeluaran susu badan namun ia juga merangsang bayi anda. ia akan bercampur dengan susu anda dan akan bertidak balas ke atas bayi anda. Bayi mungkin akan mendapat kesan sampingan seperti, tidak lena tidur, mengamuk dan sebagainya.)
Selain itu..banyak-banyakkan berdoa ye…
Berikut adalah doanya : Surah Al-Baqarah, ayat 60.
Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu". Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air. Sungguh tiap-tiap suku telah mengetahui tempat minumnya (masing-masing). Makan dan minumlah rezeki (yang diberikan) Allah, dan janganlah kamu berkeliaran di muka bumi dengan berbuat kerosakan.
Bacalah bila-bila masa yang sesuai
disertakan dengan niat (mohon perbanyakkan susu badan); selepas solat
fardhu, semasa menyusukan anak, semasa mengepam susu, insyaAllah.
Ibu-ibu
yang bekerja dan berada jauh daripada anak dalam tempoh masa yang lama.
anda digalakkan untuk mengepam susu secara kerap bagi menggalakkan
penghasilan susu.
Bagi ibu-ibu yang tidak bekerja.
anda pula digalakkan menyusu anak secara kerap. kerana proses hisapan
akan meningkatkan lagi penghasilan susu apabila kilang susu dikosongkan.
dan yang paling penting adalah
niat kita untuk menyusu. Jangan mudah rasa putus asa dan kuatkan
semangat. kerana cabaran sebagai ibu menyusu ini banyak. terutama jika
kita berada didalam kelompok yang tidak menyokong penyusuan susu ibu
********************************************
Namun
begitu, jika anda menghadapi kekangan masa dan berasa tidak mampu
menyediakan diet pemakanan yang bersesuaian untuk ibu yang menyusukan
bayi, Shaklee InsyaAllah dapat membantu.
Antara suplemen yg saya cadangkan adalah
• vitalea@multivitamin
• energizing soy protein (milkbooster)
Namun
begitu tidak semestinya anda mengambil semua suplemen di atas. Tetapi
jika anda mempunyai kewangan yang lebih, saya sarankan agar anda
mengambil semua suplemen tersebut.
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Sila PM utk mendapatkan detail mengenai produk & Harga:
Email - pokoksena85@yahoo.com
SMS - 0199517292
FB - http://www.facebook.com/pokoksena85
Fan Page - http://www.facebook.com/JomSinggah09
kak..kalau minum air alfalfa yang ada dijual kat pasaran boleh tak? sebab saya bab makan ulam-ulam ni xpandai sgt....
BalasPadamboleh je la dear.. milk booster nk kena try n error gak la..
BalasPadamKenapa makan jambu batu bleh kembang urat? Sy cari info bkenaan khasiat jambu batu....jambu batu la buah yg paling bkhasiat tinggi vitamin c n zat besi...
BalasPadamAlangkah baiknya jika ibu di rumah menyusui masih bisa menjalankan bisnis sampingan tanpa mengganggu aktivitas utamanya.
BalasPadam