Terima Kasih Ye.. SMS 0199517292..Diskaun Menarik Menanti Anda

^^ JOIN & DAPATKAN DISKAUN UTK SETIAP PEMBELIAN^^

JOM SINGGAH on Facebook



DOA

" YA ALLAH, DENGAN RAHMATMU YANG MAHA PEMURAH LAGI LUAS KASIH SAYANGMU...
AKU MOHON KEPADAMU, AMPUNKANLAH DOSA2 IBU YANG MENYUSUKAN ANAKNYA... LAPANGKANLAH REZEKI MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELAPANGKAN REZEKI AKU SEPERTI AKU MENYUSUKAN KEDUA2 ANAKKU. LANCARKAN REZEKI SUSU ANAK MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELANCARKAN REZEKI SUSU BUAT ANAK2KU.
SESUNGGUHNYA ENGKAU SANGAT KAYA DENGAN KASIHMU, PERKENANKANLAH DOAKU INI DAN SEMOGA ALLAH MENEMPATKAN KEDUA IBU BAPAKU KE DALAM SYURGAMU... AMIN..."

Khamis, 21 Mac 2013

Tips Penyusuan : Tips untuk ibu yang mengalami Inverted Nipple @ Puting Tenggelam



Inverted Nipple: Tips Penyusuan



Inverted nipple atau puting tenggelam adalah keadaan di mana puting seorang wanita masuk ke dalam (tenggelam) & bukannya berada di luar seperti puting wanita yang normal. Bagi ibu yang ingin menyusukan bayi, inverted nipple akan menjadi satu masalah. Malah ramai ibu yang mengalami masalah ini memilih untuk tidak menyusukan anak secara direct, tetapi mengepam susu & memberikan kepada anak melalui botol. Sebenarnya, ibu berkenaan masih mempunyai peluang untuk menyusukan anak secara direct. Bagi yang ada keinginan untuk pum susu, itu dah kira baik.. jang cepat putus asa ye ibu. Disebabkan puting tenggelam, terus tak bagi susu ibu untuk si manja..semoga tips kat bawah ni bermanfaat dan membantu ibu-ibu ye..

 Berikut adalah beberapa kaedah yang dapat membantu ibu-ibu yang mempunyai masalah inverted nipple, harap membantu untuk teruskan penyusuan ibu-ibu :

Lekapan yang betul
Ibu perlu ingat bahawa lekapan yang betul amat penting dalam menjayakan penyusuan susu ibu sehingga anak berumur 2 tahun. Semasa menyusukan, pastikan areola (kawasan hitam di sekeliling puting) juga masuk ke dalam mulut bayi. Bukan puting sahaja. Oleh itu, setiap kali menyusukan cuba masukkan sebanyak mungkin areola ke dalam mulut bayi. Ya, ianya sesuatu yang bukan mudah tetapi lama-kelamaan bayi akan pandai menyusu.


Picagari khas untuk mengeluarkan puting
Kaedah ini biasanya dilakukan oleh jururawat di hospital. Puting akan ditarik keluar dengan menggunakan picagari khas tersebut. Namun kaedah ini agak menyakitkan.

Kerap pam susu
Apabila kita mengepam susu, puting juga akan keluar sedikit demi sedikit. Makin kerap anda menyusu, makin banyak peratus puting yang keluar.

Gunakan nipple shield
Pakai nipple  shield semasa menyusukan anak. Ia akan membentuk puting dan memudahkan anak untuk menghisap susu.

Urutan
Terdapat teknik urutan yang boleh membantu mengeluarkan puting. Saya akan kongsi kaedah tersebut di masa hadapan.

Ibu yang mempunyai masalah puting tenggelam boleh cuba tips-tips yang saya berikan di atas. Mungkin perjalanan penyusuan anda agak sukar, tapi percayalah! Usaha anda untuk memberikan susu ibu kepada anak sangat besar manfaatnya, baik dari segi kesihatan, psikologi & minda anak anda

Set Penyusuan Shaklee juga membantu anda dalam memberikan susu yang terbaik untuk anak. Klik di sini untuk maklumat lanjut tentang set penyusuan yang saya tawarkan. Hubungi saya untuk mendapatkan set penyusuan anda sekarang.

kredit - http://vitaminbooth.blogspot.com/

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



Sila PM utk mendapatkan detail mengenai produk:


Email - pokoksena85@yahoo.com
SMS - 0199517292
FB - http://www.facebook.com/pokoksena85
Fan Page - http://www.facebook.com/JomSinggah09
Your Shaklee Independent Distributor (ID - 854784)

Untuk Jawapan Segera -->> ISI FORM INI   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...