Terima Kasih Ye.. SMS 0199517292..Diskaun Menarik Menanti Anda

^^ JOIN & DAPATKAN DISKAUN UTK SETIAP PEMBELIAN^^

JOM SINGGAH on Facebook



DOA

" YA ALLAH, DENGAN RAHMATMU YANG MAHA PEMURAH LAGI LUAS KASIH SAYANGMU...
AKU MOHON KEPADAMU, AMPUNKANLAH DOSA2 IBU YANG MENYUSUKAN ANAKNYA... LAPANGKANLAH REZEKI MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELAPANGKAN REZEKI AKU SEPERTI AKU MENYUSUKAN KEDUA2 ANAKKU. LANCARKAN REZEKI SUSU ANAK MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELANCARKAN REZEKI SUSU BUAT ANAK2KU.
SESUNGGUHNYA ENGKAU SANGAT KAYA DENGAN KASIHMU, PERKENANKANLAH DOAKU INI DAN SEMOGA ALLAH MENEMPATKAN KEDUA IBU BAPAKU KE DALAM SYURGAMU... AMIN..."

Selasa, 5 Mac 2013

Supplement Vs Kesuburan :: 7 Supplemen asas untuk Meningkatkan Kesuburan

★ 7 Nutrisi untuk meningkatkan Kesuburan ★

Bagi yang susah mendapat anak, anda patuh cuba vitamin yang dicadangkan. Semoga bermanfaat untuk masalah kesuburan anda.. Sapa yang taknak anak kan?? Tujuan utama sebuah perkahwinan adalah untuk menyambung zuriatkan..


Semoga bermanfaat untuk anda::




Tentunya ramai yang sudah tahu bahawa untuk anda boleh hamil dengan mudah terdapat sejumlah nutrisi yang perlu dipenuhi untuk mendukung program hamil. Selain untuk kesihatan orgran reproduksi atau kesuburan secara keseluruhan, terpenuhinya dan nutrisi ini juga bermanfaat untuk calon bayi yang ada dikandung kelak. Nah, nutrisi apa sajakah itu?

Banyak mitos yang berkembang di masyarakat bahwa vitamin tertentu dapat menambah kesuburan. Misalnya, pasangan suami-istri dianjurkan banyak makan kacang cambah kerana mengandungi vitamin E yang baik untuk kesuburan.

Pendapat itu hanya separuh benar. Meskipun vitamin E diperlukan untuk kesuburan, vitamin tersebut bukanlah satu-satunya yang Anda perlukan. Anda memerlukan kombinasi sejumlah vitamin lain dan mineral untuk menjaga fertilitas. 


 Berikut adalah tujuh nutrisi yang bila diambil secara seimbang akan menambah kesuburan Anda:

► 1. Vitamin E



Vitamin E sangat penting bagi sistem pembiakan lelaki dan wanita. Bagi wanita, vitamin E menjaga sistem endokrin dan pengeluaran hormon-hormon yang baik. Bagi lelaki, vitamin E menyokong pengeluaran sperma dan hormon-hormon seks serta mencegah kerosakan DNA sperma.

Kerosakan yang menyeluruh pada DNA sperma boleh menyebabkan infertilitas. Kerosakan DNA tersebut terutama disebabkan oleh radikal bebas. Vitamin E sebagai antioksidan dapat mencegah kerosakan DNA sperma.


Vitamin E yang disyorkan adalah 400 UI satu hari. Sumber utama vitamin E adalah kecambah, soya, hati, dan sayur-sayuran berwarna hijau tua.



Cadangan dari saya, anda boleh ambik Vitamin E complex dari Shaklee, complex dengan Selenium (item 5). So, dah kurangkan 1 jenis vitamin..


►2. Vitamin C


Vitamin C penting bagi lelaki dan wanita. Bagi wanita, vitamin C bermanfaat menjaga keseimbangan hormon meningkatkan kesuburan, memperkuatkan sistem imun, dan membantu penyerapan zat besi. Bagi lelaki, vitamin C mencegah penggumpalan sperma dan meningkatkan mobiliti sperma.

Sumber utama vitamin C adalah buah-buahan seperti jambu, sirsak, betik, jeruk, mangga, strawberi dan sayuran seperti cili dan bayam. Pengambilan harian vitamin C yang disyorkan adalah 750-1000 mg.

Meskipun terlalu banyak mengambil vitamin C tidak berbahaya kerana vitamin ini larut dalam air sehingga bila berlebihan akan dibuang melalui air seni, kelebihan vitamin C boleh menurunkan pH tubuh yang kurang menguntungkan bagi sperma dan telur.

►3. Vitamin B

Ada dua jenis vitamin B yang bermanfaat menambah kesuburan, satu untuk lelaki dan satu untuk wanita. Vitamin B12 dapat menambah dan meningkatkan kualiti sperma manakala vitamin B6 dapat meningkatkan kesuburan wanita. Jenis vitamin B yang lain seperti asid folik juga penting untuk proses penyatuan sperma dan sel telur (konsep).

Pengambilan vitamin B6 dan B12 yang disyorkan adalah 1.3 dan 2.4 mikrogram per hari. Sumber vitamin B6 adalah lobak, telur, ayam, ikan, pisang, brokoli dan beras merah. Sedangkan sumber vitamin B12 adalah hati, susu dan ikan.

►4. Zat besi



Zat besi penting untuk pengangkutan darah dan oksigen di dalam tubuh. Kaum wanita memerlukannya untuk menjaga keseimbangan proses ovulasi. Sebuah kajian menunjukkan bahawa 40% anggota kumpulan wanita yang mengalami masalah ovulasi menjadi subur setelah menambah pengambilan zat besi.

Pengambilan zat besi yang disyorkan bagi lelaki dan wanita dewasa masing-masing adalah 8 mg dan 18 mg per hari. Zat besi yang paling baik diperoleh dari sumber semula jadi seperti kangkung, bayam, hati dan daging.

►5. Selenium



Kajian yang dilakukan Universiti Padua, Itali, menunjukkan bahawa kekurangan selenium boleh menyebabkan infertilitas pada lelaki. Seperti halnya vitamin E, sebagai antioksida selenium berperanan mencegah pengoksidaan sel-sel sperma.

Sumber utama selenium adalah daging merah, hati dan makanan laut. Pengambilan harian yang disyorkan untuk lelaki dewasa adalah 70 mikrogram.

►6. Zinc



Zinc atau seng adalah mineral yang sangat penting bagi kesuburan. Mineral ini terdapat pada lebih dari 200 enzim dan protein dan penting sekali bagi lelaki untuk membantu menjaga fungsi organ seksual dan pengeluaran sperma. Kekurangan zinc menyebabkan penurunan hormon testosteron, penyusutan testis dan pengurangan pengeluaran sperma yang sihat.

Kerang mengandungi paling banyak zinc berbanding makanan yang lain. Namun berhati-hatilah bagi anda yang tinggal di Kuala Lumpur dan sekitarnya kerana kerang dari teluk Jakarta disyaki banyak tercemar logam berat seperti timbal dan cadmium. Alih-alih bertambah sihat, anda justeru boleh menjadi sakit kerananya. Zinc juga terdapat pada hati, daging lembu, ketam, daging kambing, telur dan ayam. Jumlah pengambilan zinc yang disyorkan adalah 15 mikrogram per hari.

►7. Kalsium


Untuk mempersiapkan kehamilan, anda perlu cadangan kalsium yang cukup. Kalsium juga meningkatkan pH tubuh anda, yang menguntungkan bagi sperma dan telur yang sudah disenyawakan serta sejumlah manfaat lain. Sumber kalsium yang terbaik adalah susu segar, sayur-sayuran hijau dan daging. Satu gelas susu segar mengandungi sekitar 800 mg kalsium.


Kalsium pada makanan lebih mudah diserap tubuh. Namun, suplemen kalsium memberikan alternatif yang lebih praktikal. Wanita yang ingin menambah kesuburannya harus mengambil 1000 mg kalsium sehari.


Semoga bermanfaat ya bonda :)



Kredit - http://www.facebook.com/akuingincepathamil


Vitamin yang dicadangkan utk meningkatkan kesuburan -- KLIK SINI



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.







Sila PM utk mendapatkan detail mengenai produk:

Email - pokoksena85@yahoo.com
SMS / Whatsapp - 0199517292
FB - http://www.facebook.com/pokoksena85
Fan Page - http://www.facebook.com/JomSinggah09
Your Shaklee Independent Distributor (ID - 854784)

Untuk Jawapan Segera -->> ISI FORM INI   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...