Masih tercari set pantang yang sesuai.. jom tengok apa kelebihan vitamin shaklee yang dicadangkan untuk shaklee.. ingat dulu masa pantang, zaman tak kenal lagi shaklee, memang mak mertua suh makan jamu tapi macam tak serasi je sebab macam gatal2 sket.. pastu terus tak makan jamu..huhu.. kenal shaklee pun time breastfeeding anak, dan sampai sekarang guna dah 2 tahun 1bulan.. alhamdulillah rezeki anak.
Berbalik semula pada vitamin yang dicadangkan untuk pantang.. melaluk tadi kan..Antara vitamin yang dicadangkan adalan - vitalea, b com, c, zinc. Kalu ada budget lebih baik ambil ESP dan ostematrik terus .. memang best. Ramai yang jatuh cinta vitamin pantang shaklee nie.. Jom pantang secara sihat dan cergas ye..
Kenapa set berpantang shaklee sangat laris dan popular? kerana ramai ibu-ibu di luar sana yang sangat berpuas hati dengan hasilnya. Luka cepat sembuh, tenaga cepat pulih, emosi lebih ceria, penyusuan lancar,berat pon in sha ALLAH cepat turun :).. Tadaaa.. nie pic vitamin yang dicadangkan untuk pantang ye
SET PANTANG SHAKLEE |
Apakah kepentingan mengambil vitamin-vitamin ini?
1) Vitamin B Complex Dengan Asid Folik
B Complex bertindak sebagai penenang dan mengelakkan stress atau meroyan di kalangan ibu berpantang. Ia juga berupaya meningkatkan pembentukkan sel darah merah dan sangat penting untuk menukarkan makanan yang kita ambil menjadi tenaga. Justeru, ibu-ibu akan merasa lebih bertenaga dan kurang letih. Vitamin ini juga memelihara kulit dari dalam dan penting untuk kecantikkan, sesuai dengan namanya 'B' for Beauty.
2) Vitalea / Multivitamin Dengan Zat Besi
Sangat penting untuk diambil oleh ibu berpantang kerana Vitalea membekalkan 23 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh tetapi sukar diperolehi sewaktu berpantang kerana kebanyakkan makanan perlu dielakkan semasa berpantang (pantang makan). Zat besi pula sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghasilkan sel darah merah, bagi menggantikan kehilangan darah semasa proses kelahiran. Ibu-ibu yang kekurangan vitamin ini akan kelihatan pucat, letih dan tidak bermaya.
3) Vitamin C
Sangat penting untuk penyembuhan luka jahitan serta membaik pulih tisu yang rosak selepas bersalin. Juga penting untuk meningkatkan sistem pertahanan badan kerana sebiji vitamin C Shaklee menyamai 7 biji setengah kita memakan buah oren. Vitamin C juga penting dalam membentuk kolagen dan penting dalam kecantikkan kulit.
4) Zink
Sangat penting untuk membaik pulih luka jahitan dan luka dalaman. Makanan yang kaya dengan zink ialah ikan haruan. Agak sukar untuk memasak ikan haruan setiap hari, ditambah pula dengan harganya yang agak mahal. Justeru, pengambilan zink setiap hari adalah pilihan yang tepat bagi ibu berpantang. Zink juga membantu mengatasi masalah 'kedinginan' selepas bersalin, dan pengambilan zink oleh ibu menyusu akan menjamin bayi membesar dengan optimum.
Tips memilih set berpantang yang selamat -- KLIK SINI
Jom layan testimoni ibu2 yang suka dan jatuh cinta terus dengan vitamin berpantang nie..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan