Bagi yang bercadang utk menderma, boleh menderma "SEHELAI BAJU BUAT MENYAPU SI AIR MATA". Semoga mendapat keberkatan dr NYA..AMIN
Kempen
Sehelai Baju Buat Menyapu Si Air Mata ialah satu program yang
dijalankan melalui medium sosial Facebook untuk mengumpul seberapa
banyak Baju Melayu (Baharu, bukan terpakai) dan Baju Kurung (Baharu,
bukan terpakai) untuk disedekahkan kepada Anak-Anak Yatim yang tinggal
di Rumah / Pusat Jagaan Anak Yatim dan juga Anak-anak Fakir Miskin
Asnaf Seluruh Malaysia( InsyaALLAH ). Baju-baju tersebut adalah untuk
keperluan Hari Raya AidilFitri 2012.
PENGENALAN:
Pada Ramadan dan Syawal 2010, sekumpulan Rakan Facebook telah memulakan
satu Kempen/Program yang dinamakan Team SEHELAI BAJU BUAT MENYAPU SI AIR
MATA yang diasaskan oleh Tuan Ahmad Sa'abun dan isteri.
Pada
Tahun 2010 dan 2011 kami berjaya mengumpul lebih dari 7000 pasang baju
Melayu (Baharu) dan Baju Kurung (Baharu) yang telah diagih-agih kepada
lebih 30 Rumah Anak Yatim dan Fakir Miskin Asnaf sekitar Selangor, Kedah
, Pulau Pinang , Johor, Terengganu , Kelantan, Perak, Negeri Sembilan
dan Pahang .
Menjelang Ramadan/Syawal 2012 ini , Team SEHELAI
BAJU BUAT MENYAPU SI AIR MATA akan bergerak buat Tahun ke 3. Mohon
kerjasama rakan-rakan semua untuk sama-sama berkempen program kebajikan
ini. Kami sasarkan tahun ini untuk kumpul 10,000 pasang Baju Melayu
(Baharu) dan Baju Kurung (Baharu)
Seperti juga Tahun 2010 dan
2011, Kempen Sehelai Baju Buat Menyapu Si Air Mata 2012 secara rasminya
menerima Akhbar Sinar Harian sebagai Rakan Media Cetak .
TEMPOH KEMPEN:
Kempen akan bermula dari 20hb Mei 2012 hingga 10hb ogos 2012 . kempen
diadakan awal agar urusan penyerahan dapat dilaksana menjelang Hari Raya
AidilFitri .
BAGAIMANA KAMI BEROPERASI?
Melalui
rakan Facebook dan juga sokongan rakan-rakan kita akan mengwar-warkan
untuk membeli sekurangnya sehelai Baju Melayu atau Baju Kurung yang akan
dipos / hantar ke Pusat Pengumpulan. Hasil sumbangan tersebut , akan
disaring dan diserah ke Anak-Anak Yatim terbabit berdasarkan bilangan
dan saiz .
SAIZ:
Golongan sasaran adalah Anak Yatim dan Anak Fakir Miskin dalam lingkungan umur bawah 18 tahun . (antara umur 1 -18 Tahun)
BAGAIMANA UNTUK TURUT SERTA?
Ada DUA cara :-
1. Menghubungi Rakan Facebook yang terlibat sebagai AJK Penyelaras dan serahan tangan.
1.1 Ahmad bin Saabun 016-2151192 ( Selangor & KL )
1.2 Zulastry bin Abdul Rahim 018-3912585 ( Negeri Sembilan dan sekitarnya )
1.3 Tuan Norakmal binti Abdullah 019-3652834 ( Selangor & KL )
1.4 Mohd Rozmie 012-4982295 ( Penang & sekitarnya )
2. Menghantar ke Pusat Pengumpulan samada serahan sendiri atau kaedah POS
TEAM SEHELAI BAJU BUAT MENYAPU SI AIR MATA
D/A: Tuan Norakmal bt Abdullah
Royale Millennium (M) Sdn Bhd
No 551, Tingkat 3, Wisma DMG,
Jalan Samudera Utara 1
Taman Samudera
68100 BATU CAVES SELANGOR
Tel. : 603-6186 3949 (waktu pejabat)
Setiap helai baju yang diterima melalui tangan akan diserahkan ke Pusat
Pengumpulan untuk disaring saiz dan penjumlahan untuk setiap Rumah Anak
Yatim
Pihak Penyelaras TIDAK MENERIMA WANG TUNAI
Hanya sumbangan Baju Melayu (BaHAru) dan Baju Kurung (BaHAru) sahaja.
Pihak Penyelaras juga TIDAK MENERIMA PAKAIAN TERPAKAI kerana program
ini adalah untuk sumbangan Baju Raya sempena Hari Raya AidilFitri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan