Siapa dah baca latest majalah Shaklee Today?.. Bukan nak cite ttg gambar siapa dlm tu.. (hehe).. tapi nak cite yg part Healthy BOdy kat last page tu... Bila baca tentang topik2 tulang ni.. hmm.. risau gak rasa..lagi2 bila baca artikel ni kat Utusan Online tadi. Cuba baca ni
___________________________
Osteoporosis adalah satu keadaan kehilangan tisu tulang, mengakibatkan tulang-tulang rapuh dan mudah patah. Ia biasa berlaku di kalangan mereka yang meningkat usia dan golongan wanita berikutan menopaus, bila badan tidak lagi dapat menggantikan tisu-tisu tulang yang lama dengan tisu baru yang lebih sihat. Apabila usia meningkat, anda juga akan mengalami kekurangan jumlah tisu-tisu tulang, menyebabkan tulang menipis. Tulang akan mudah jadi rapuh dan mudah patah, terutamanya tulang belakang, pergelangan tangan dan tulang pinggul.
Tulang adalah tisu hidup yang membaiki sendiri secara berterusan. Ia terdiri dari bahagian luar yang keras, mengandungi jaringan kolagen ( serat elastik yang kuat ) bahan mineral salur darah dan sum-sum tulang. Tulang yang sihat biasanya amat padat dan ruangan di antara tulang adalah kecil.Dalam kes osteoporosis, ruangan adalah besar, menjadikan tulang lemah dan kurang elastik. Perubahan pada paras hormon boleh memberi kesan ke atas kekuatan tulang. Sebagai contoh, hormon estrogen bagi wanita boleh mencegah osteoporosis. Selepas menopos, paras estrogen menurun, menyebabkan tulang menipis dengan cepat. Osteoporosis lebih kerap berlaku dan boleh menjadi lebih teruk.
Tanda dan Gejala
Osteoporosis mengambil masa beberapa tahun untuk berkembang. Gejala pada mulanya tidak begitu ketara pada peringkat awal dan boleh mengambil beberapa bulan dan tahun untuk muncul.Tanda osteoporosis termasuklah sakit sendi, sukar untuk berdiri lurus atau duduk atau kepatahan tulang tanpa hentaman atau hentakan. Apabila tulang menjadi nipis (rendah dalam jisim tulang) , perpecahan tulang pergelangan tangan, tulang pinggul atau tulang spinal (vertebra) lebih senang patah. Batuk atau bersin mungkin menyebabkan patah tulang dada (rib) atau berpotensi untuk tulang belakang reput.
Kepatahan tulang dalam usia lanjut boleh menjadi serius, kerana tulang tidak boleh membaiki diri sendiri dengan berkesan. Ini boleh menyebabkan kepada artritis dan mungkin menyebabkan kecacatan. Artikel tambahan:Masih belum terlambat untuk menyelamatkan masa depan anda walaupun anda sudah melebihi usia 30 tahun. Anggap tulang anda seperti akaun bank dan kalsium sebagai 'duit' yang disimpan di dalamnya. Tulang anda menyerap kalsium paling banyak sebelum umur 18 tahun dan inilah masanya akaun bank tulang anda akan mengumpulkan simpanan terbanyak. Lagi banyak anda simpan, lagi banyak anda akan ada apabila semakin tua.
_________________________________________________
Bila baca artikel ni.. rasa nak telan sebotol Ostematrix.. (aci tak?)...Usia saya masuk 32thn next year..dahla kurus ni.. huhu.. . tapi ape2 pun better late than never ..kan kan... Sebelum ni takdelah hairan sgt bab2 tulang ni sebab bila rasa segar sihat.. mmg tak ingat ape.. (lupe diri kannn) .. tapi bila pinggang rasa sakit.. lenguh2.. rasa mcm nak patah.. hmm.. baru sedar dirii.. Apa yg saya baca salah satu cara utk mengekalkan tulang yg sihat adalah pengambilan nutrien yg seimbang.. salah satunya pengambilan kalsium dari sumber susu,etc... Kalau nak harap minum susu je.. of course tak cukup rasanya.. jadi pilihan saya adalah Shaklee ostematrix..
Tahukah anda penggunaan hanya 2kaplets (2bj) Ostematrix sahaja berupaya menghasilkan peningkatan dari segi statistik dalam paras kalsium darah yg disukat dlm tempoh 12jam
*Kene disiplin mkn Ostematrix semula ni.. (saya biasa mkn weekdays je.. tp kadang terlupa.. tapi tu lah Ostematrix ni bagus mkn sbelum tidur.. tapi kadang2 ni bila dah landing nak tidur.. terus tidur....alasannnnn)
Gbr :ihsan majalah Shaklee Today..
Supplemen di atas adalah yg dicadangkan dlm memenuhi diet nutrien tulang anda..
Ostematrix, Omega, Vivix..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan