Terima Kasih Ye.. SMS 0199517292..Diskaun Menarik Menanti Anda

^^ JOIN & DAPATKAN DISKAUN UTK SETIAP PEMBELIAN^^

JOM SINGGAH on Facebook



DOA

" YA ALLAH, DENGAN RAHMATMU YANG MAHA PEMURAH LAGI LUAS KASIH SAYANGMU...
AKU MOHON KEPADAMU, AMPUNKANLAH DOSA2 IBU YANG MENYUSUKAN ANAKNYA... LAPANGKANLAH REZEKI MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELAPANGKAN REZEKI AKU SEPERTI AKU MENYUSUKAN KEDUA2 ANAKKU. LANCARKAN REZEKI SUSU ANAK MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELANCARKAN REZEKI SUSU BUAT ANAK2KU.
SESUNGGUHNYA ENGKAU SANGAT KAYA DENGAN KASIHMU, PERKENANKANLAH DOAKU INI DAN SEMOGA ALLAH MENEMPATKAN KEDUA IBU BAPAKU KE DALAM SYURGAMU... AMIN..."

Selasa, 13 Mac 2012

Tips : 10 makanan pembakar lemak








Salam sejahtera. Monday blues?..Rilekss... Jgn stress2.. byk penyakit datang nanti.. Apa kata pagi2 ceria ni jom kita baca tips sihat... ketahui 10 makanan yg membantu membakar lemak... Bab bakar2 lemak dan weight management ni mmg ramai yg suker kan... Jom baca

sumber: Blog Adda

1. Epal
Epal dianggap raja buah-buahan yang boleh mengawal paras kolestrol secara semula jadi. Fiber dalam epal pectin tinggi dan ia boleh bergabung dengan kolestrol serta membuang lemak tidak baik sebelum lemak diserap ke dalam badan.

2. Bawang putih
Bawang putih mengandungi antibakteria yang membantu mengurangkan kolesterol dan lemak yang tidak sihat. Minyak atau jus bawang putih mempunyai kualiti sama untuk membantu mengurangkan lemak. Bahan berkenaan juga berfungsi membersihkan badan dari dalam.

3. Kacang soya
Kacang soya mengandungi lecitin yang mampu menghalang pembentukan lemak. Protein di dalam kacang soya pula mengandungi isoflavon yang dapat mengurangkan kadar kolesterol dalam tubuh, khususnya oxidation of Low Destiny Lecithin (Kolesterol Jahat).

4. Buahan sitrus seperti oren, anggur dan lemon
Buahan sitrus seperti oren, anggur dan lemon mengandungi vitamin C serta dikenali sebagai asid ascorbik yang berfungsi untuk membakar lemak dan menghalang pembentukan lemak.

5. Bawang merah
Mengandungi mineral seperti minyak dan sulfur yang membantu untuk memecahkan lemak dan meningkatkan metabolisme badan.

6. Tauge
Tauge mengandungi banyak khasiatnya terutama vitamin C dan kaya dengan protein yang membantu mempertingkatkan sistem metabolisme. Tauge juga kaya dengan thiamin, magnesium dan fosforus. Malah mengandungi vitamin E yang dikatakan boleh meningkatkan kesuburan.

7. Lobak merah
Mengandungi karotina iaitu sejenis vitamin A yang membantu membersihkan sistem penghadaman dalam badan dan mampu membuang sisa lemak dengan cepat.

8. Tomato
Tomato mempunyai vitamin C dan asid citricmalic-oxalic yang tinggi, ia mempercepatkan proses metabolik. Untuk kebaikan buah pinggang, asid berkenaan membantu seseorang membuang air berlebihan.

9. Oat
Membantu membersihkan organ dalam badan kerana mengandungi sulfur dan iodin. Ia juga membantu membersihkan membran dalam perut dan intestin.

10. Teh hijau
Teh hijau mengandungi kafein yang boleh mengurangkan tahap 'plasma triglycerides' dan membakar lemak.
_______________
Haa... best kan tips ni.. Jadi bolehlah kerapkan pengambilan makanan2 di atas.. dan saya nak selitkan juga.. suplemen hot yg membantu membakar lemak... Lecitin.. yg ni mmg hot stuff bagi customer2  yg nak kurus...tapi ni bukan pil kurus yaaa..

Fungsi Lecitin:
-Untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah
-Menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik
-Membantu kawal paras triglycerides.
-Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yg tersendat di pembuluh darah.
-Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol.
Okey... sekian utk hari ini.. nanti kita sambung cerita di entry yg lain...
________________________________________________________________


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Credit 

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Bg yang kekangan kewangan, sila contact utk mendapat harga istimewa:



Email - pokoksena85@yahoo.com
SMS - 0199517292
Fanpage - JOM SINGGAH 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...