Wah banyak kelebihan susu ibu ni kan.. jalan2 jumpa info ni kat lifefit.my. Semoga bermanfaat untuk semua terutama untuk ibu menyusu ye.. boleh share info kat ibu2 lain gak.. Hepi breastfeeding ye..
Rata-rata mengetahui betapa tingginya khasiat susu ibu dalam menyokong perkembangan mental dan fizikal bayi. Tiada susu lain setanding susu ibu kan. Tapi tahukah anda selain untuk si comel kita, susu ibu itu amat unik dan boleh digunakan pelbagai cara. Jom lihat apakah 10 kegunaan lain susu ibu yang boleh digunakan baik pada bayi, anak-anak yang sudah besar mahupun anda sendiri.
1) Merawat ruam lampin
- Tidak seperti krim lain di pasaran, susu ibu tidak mempunyai risiko untuk allergik yang mana boleh menerukkan lagi simptopm ruam. Sapukan beberapa titik susu ibu di kawasan ruam dan biarkan beberapa minit untuk ia kering sebelum memakaikan semua lampin pada bayi anda.
2) Merawat puting kering dan melecet
- Rata-rata ibu akan mengalaminya lebih-lebih lagi beberapa minggu pertama menyusukan bayi. Susu ibu adalah yang terbaik, cepat dan selamat dalam merawat putting luka dan melecet. Di hujung penyusuan, picit sedikit dan sapukan saki-baki susu anda di sekeliling puting dan biarkan kering seketika.
3) Merawat jangkitan hidung, telinga dan mata
- Titiskan beberapa titik susu ibu di kawasan yang sakit dan susu ibu akan membersihkannya. Susu ibu mengandungi antibodi semulajadi untuk melawan jangkitan tanpa kesan sampingan dan boleh digunakan bila-bila masa tanpa risiko terlebih dos.
4) Mencuci make-up
- Susu ibu boleh digunakan untuk menanggalkan make-up dan melembapkan kulit wajah pada masa yang sama. Sapukan pada muka dan bersihkannya.
5) Merawat ekzema dan jerawat
- Susu ibu mengandungi pelembap semulajadi yang akan mempercepatkan proses penyembuhan. Sapukan sedikit susu ibu dan biarkan kering seketika. Ulang sekerap mungkin bila memerlukan.
6) Merawat gigitan nyamuk, luka dan kesan cakar
- Susu ibu melegakan gatal-gatal akibat gigitan nyamuk dengan lebih cepat berbanding ubat sapu. Sapukan sedikit susu ibu di kawasan luka atau cakar untuk melawan jangkitan kuman dan mempercepatkan penyembuhan luka.
7) Sakit tekak
- Susu ibu amat cepat dalam melegakan sakit tekak. Bayi akan lega setiap kali menyusu, manakala untuk anak yang sudah besar atau orang dewasa, 1 cawan susu ibu akan membantu.
8) Merawat pesakit kemoterapi
- Setiap kali selepas sesi kemoterapi pesakit biasanya akan mengalami mual yang teruk. Susu ibu akan mengurangkan rasa mual, membantu pencernaan dan meningkatkan sistem imunisasi badan yang lemah.
9) Merawat luka terbakar
- Lemak di dalam susu ibu merupakan pelembut dan pelembap kulit yang bagus dan antibodi semulajadi dalam susu ibu melindungi pesakit dari jangkitan kuman.
10) Melindungi penerima dan pemberi organ
- Selepas proses pemindahan organ, susu ibu biasa digunakan oleh si penerima organ untuk membantu mereka melawan jangkitan kuman selepas pemindahan. Susu ibu juga membantu si pemberi organ dengan meningkatkan sistem imunisasi badan agar cepat sembuh.
11) Merawat ketuat
- Basahkan bebola kapas dengan susu ibu dan tampal di kawasan ketuat. Tinggalkan beberapa minit dan lakukannya 2x sehari sehingga ketuat itu kering. Antibodi dalam susu ibu akan mempercepatkan proses penyembuhan.
12) Merawat ‘Chicken Pox’
- Anda boleh gunakan susu ibu untuk melegakan kegatalan.
13) Merawat ulcer
- Titiskan susu ibu ke atas ulcer untuk membersihkannya. Antibodi dalam susu ibu akan mengelakkan jangkitan kuman dan mempercepatkan penyembuhan luka.
Ajaibkan susu ibu ini. Siapa sangka tubuh seorang wanita mampu menghasilkan sesuatu yang mempunyai pelbagai kegunaannya dengan izin Allah. Itulah kehebatan seorang wanita dan itulah keajaiban susu ibu.
kredit - http://www.lifefit.my
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Sila PM utk mendapatkan detail mengenai produk:
Email - pokoksena85@yahoo.com
SMS / Whatsapp - 0199517292
FB - http://www.facebook.com/pokoksena85
Fan Page - http://www.facebook.com/JomSinggah09
Tiada ulasan:
Catat Ulasan