Terima Kasih Ye.. SMS 0199517292..Diskaun Menarik Menanti Anda

^^ JOIN & DAPATKAN DISKAUN UTK SETIAP PEMBELIAN^^

JOM SINGGAH on Facebook



DOA

" YA ALLAH, DENGAN RAHMATMU YANG MAHA PEMURAH LAGI LUAS KASIH SAYANGMU...
AKU MOHON KEPADAMU, AMPUNKANLAH DOSA2 IBU YANG MENYUSUKAN ANAKNYA... LAPANGKANLAH REZEKI MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELAPANGKAN REZEKI AKU SEPERTI AKU MENYUSUKAN KEDUA2 ANAKKU. LANCARKAN REZEKI SUSU ANAK MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELANCARKAN REZEKI SUSU BUAT ANAK2KU.
SESUNGGUHNYA ENGKAU SANGAT KAYA DENGAN KASIHMU, PERKENANKANLAH DOAKU INI DAN SEMOGA ALLAH MENEMPATKAN KEDUA IBU BAPAKU KE DALAM SYURGAMU... AMIN..."

Selasa, 16 Ogos 2011

Vitamin Tambahan Untuk Orang Sihat, Ubat Untuk Orang Sakit


sharing info dr Mommy Lyna

“Vitamin tambahan untuk orang sihat, ubat untuk orang sakit”

Demikian adalah catitan Allahyarham bapa mentua saya yang telah pergi hampir 3 tahun lepas, pada usia 52 tahun akibat kanser darah.

Arwah adalah seorang yang sangat baik, masih muda ketika itu. Seorang pengurus bank, yang menjadikan aktiviti bersenam sebagai rutinnya. Setiap petang, apabila pulang dari pejabat, arwah akan berjogging di sekitar rumah. Arwah juga sangat menjaga pemakanan, hanya makanan berkhasiat sahaja. Malah arwah tidak menggemari makanan segera, apa lagi makanan di tepi-tepi jalan. Minyak masak pun dari jenis yang terbaik, apa lagi barang-barang basah, harus dari yang segar-segar sahaja. Setiap kali makan mesti cukup semua sajian dengan apa yang disarankan oleh pakar nutrisi dan piramid makanan.

Namun takdir Allah mengatasi segala-galanya, apabila Arwah disahkan menghidap kanser darah peringkat keempat (final stage). Berita itu merupakan satu kejutan buat kami sekeluarga. Kerana Arwah bukan orang sebarang-sebarang yang langusng tak ambil kisah soal kesihatan.

Semasa sakit, Arwah mengambil keputusan untuk mencuba alternatif sebelum mengikut saranan doktor, iaitu menjalani kimoterapi lanjutan. Antara ikhtiar yang dibuat ialah mengambil vitamin tambahan (supplement) anti kanser dan rawatan kanser. Namun keadaan makin memburuk, akhirnya Arwah bersetuju untuk menjalani kimoterapi tersebut. (Ceritanya lebih panjang tapi saya cuma ringkaskan sahaja).

Namun keadaan sudah terlambat apabila ubat kimoterapi tidak memberi kesan kepada Arwah. Akhirnya Arwah meninggalkan kami seminggu sebelum Aidilfitri.

Antara tinggalan Arwah ialah catitan yang dibuat sepanjang Arwah sakit. Antaranya ialah pesan-pesan kepada anak-anak.. antaranya ialah supaya:

  • menjaga kesihatan
  • selalu buat routine check-up
  • mengambil supplement (vitamin tambahan) sebagai ikhtiar untuk menguatkan ketahahan badan

Arwah menyambung “Bila dah sakit, supplement bagus macamana pun dah tak guna, sebab sistem badan kita dah lumpuh. Ia akan ambil masa untuk sembuh. Kita dah tak sempat nak tunggu sebab badan kita terlalu lemah. Jadi kita terpaksa bergantung kepada ubat”.

Dari situ saya menyedari, ramai yang keliru antara vitamin dan ubat. Biasanya dah sakit baru nak cari vitamin, alasan kerana dalam makanan kita dah cukup membekalkan vitamin harian. Benar, saya tak nafikan fakta ini, sekiranya kita mampu makan 7 biji oren organik setiap hari untuk mendapatkan vitamin C, makan ulam setiap hari untuk dapatkan vitamin B dan makan ikan mentah untuk protein. Tapi mampukah kita untuk menyediakan semua itu? Ditambah dengan proses semulajadi tubuh dan persekitaran yang menghasilkan radikal bebas, tubuh kita memerlukan anti oksidan.

Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik, agar tidak perlu bergantung pada ubat untuk mengatasi penyakit yang datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...