Terima Kasih Ye.. SMS 0199517292..Diskaun Menarik Menanti Anda

^^ JOIN & DAPATKAN DISKAUN UTK SETIAP PEMBELIAN^^

JOM SINGGAH on Facebook



DOA

" YA ALLAH, DENGAN RAHMATMU YANG MAHA PEMURAH LAGI LUAS KASIH SAYANGMU...
AKU MOHON KEPADAMU, AMPUNKANLAH DOSA2 IBU YANG MENYUSUKAN ANAKNYA... LAPANGKANLAH REZEKI MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELAPANGKAN REZEKI AKU SEPERTI AKU MENYUSUKAN KEDUA2 ANAKKU. LANCARKAN REZEKI SUSU ANAK MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELANCARKAN REZEKI SUSU BUAT ANAK2KU.
SESUNGGUHNYA ENGKAU SANGAT KAYA DENGAN KASIHMU, PERKENANKANLAH DOAKU INI DAN SEMOGA ALLAH MENEMPATKAN KEDUA IBU BAPAKU KE DALAM SYURGAMU... AMIN..."

Jumaat, 9 September 2011

Psoriasis : Bagaimana Cara Menanganinya?


Psoriasis?? Apa tu?

Sejujurnya saya sendiri tertanya-tanya apakah sebenarnya penyakit yang dinamakan "Psoriasis". Jika anda sedang mengalami masalah psoriasis ini, anda wajib baca artikel ini!

Psoriasis

Psoriasis adalah keadaan kulit yang tidak normal dimana kulit penghidap menebal lebih cepat dari kulit yang normal. Ia adalah keadaan kulit yang tidak berjangkit. Kawasan yang biasa dihidapi adalah kulit kepala, lutut dan siku tetapi boleh juga menjangkiti pada bahagian badan lain termasuk kuku dan tulang.

Tanda-tanda
Ianya berlainan bagi setiap orang dan termasuklah :
  • Keguguran sisik pada kulit
  • Tompok-tompok merah pada kulit kepala, siku, lutut dan bahagian lain badan.
  • Gatal tetapi pada tahap yang berbeza-beza
Jenis-jenis psoriasis
  • Paling lazim adalah psoriasis yang bertompok
  • Dikalangan kanak-kanak biasanya terdapat guttate psoriasis.
  • Jenis teruk yang memerlukan rawatan dihospital dipanggil erythrodermic psoriasis
  • Lampin psoriasis
  • Pustular psoriasis- adalah bentuk psoriasis yang sangat teruk dimana ia boleh menimbulkan kesakitan
Guttate psoriasis
Plaque psoriasis (bertompok dan timbul)

Komplikasi
Psoriasis boleh menyebabkan arthritis yang dikenali sebagai arthritis psoriatik. Gejala adalah sakit atau bengkak pada sendi. Sendi yang biasanya terlibat adalah:
  • Sendi hujung pada jari tangan atau kaki
  • Bahagian belakang, pergelangan tangan, lutut atau pergelangan kaki
Rawatan (Bergantung kepada lokasi dan keterukan kulit terlibat)
Krim dan ubatan yang boleh melegakan.

Pelembab
  • Ia adalah penting untuk menjaga kulit supaya lembap sepanjang masa. Anda seharusnya :
    • Menggunakan pengganti sabun contohnya krim akueus atau salap pelembap
    • Menggunakan sarung tangan
    • Memotong pendek kuku jari tangan dan kaki untuk mengelakkan daripada menggaru supaya kulit tidak rosak
Dimana untuk mendapat rawatan?
Pergi ke klinik kesihatan yang berdekatan dan berjumpa kepada doktor anda. Doktor anda akan menilai keadaan anda dan mulakan rawatan yang sesuai. Jika diperlukan anda akan dirujuk kepada pakar kulit bergantung kepada betapa teruk penyakit anda.

Ingat!!
Psoriasis bukan penyakit berjangkit. Ia tidak berjangkit melalui sentuhan kulit ke kulit dengan pesakit psoriasis. Namun ia boleh dijangkiti dari ibu kepada anak melalui faktor genetik. Psoriasis tidak boleh sembuh tetapi rawatan jangka panjang boleh mengawal masalah ini. 

*Artikel dari Info Sihat

Sebagai alternatif lain untuk membantu psoriasis dari terus merebak ke bahagian tubuh badan yang lain, ada beberapa supplement Shaklee yang disarankan untuk pesakit psoriasis amalkan. Namun harus diingat yer...supplement bukanlah ubat untuk merawat sesuatu penyakit. Sebaliknya ia membantu mengurangkan simptom2 penyakit tersebut dari terus melarat.

Supplement Shaklee yang dicadangkan:

(Dalaman)
  • Nutriferon - sebagai immune booster dalam badan. (Diambil setiap hari)
  • B-Complex - membantu mengurangkan rasa stress. Stress boleh menyebabkan psoriasis mudah merebak. (1-2 biji sehari)
  • Vitamin C - mengandungi kolagen. Mengikat sel-sel yang terbentuk. Ini membolehkan kulit itu tidak terlalu mengelupas. (Sebiji sehari)
  • GLA - untuk menstabilkan hormon dalam badan. (Sebiji sehari)
  • ESP - mengandungi protein yang merupakan bahan asas pembentukan sel kulit baru dalam badan. Ia juga merupakan milk booster bagi pesakit psoriasis yang menyusukan anak.
(Luaran)
  • Herbal Blend Cream - krim herba serbaguna yang boleh disapu di kulit yang bermasalah untuk memberi kelembapan dan melembutkan kulit yang kasar.
  • Basic-H - membantu mengekalkan kelembapan pada kulit secara semulajadi. Titis kan beberapa titik cecair Basic-H dalam air mandian. Boleh juga diamalkan oleh mereka yang mengalami eczema.
Anda boleh baca pengalaman Puan Yusrina, pengalaman seorang pesakit psoriasis di sini!

Semoga info ini dapat membantu mengurangkan psoriasis anda dari terus merebak. Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjut tentang penyakit ini, sila email kepada saya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...