Kepada semua ibu yang berkerjaya dan berhasrat menyusukan anak sepenuhnya, anda perlu membuat persediaan ketika dalam tempoh kehamilan lagi. seterusnya memulakan misi mengumpul stok susu sebaik sahaja bayi dilahirkan. Sebaiknya 2 minggu selepas kelahiran anda boleh mula mengumpul stok susu. Untuk lebih jelas lagi saya sertakan beberapa tips yang anda boleh jadikan panduan macamna nak kumpul stok susu yang banyak semasa dalam pantang..Diharap ianya dapat membantu ibu-ibu sekalian ya..
- Semasa anda mengandung,anda haruslah berazam mahu menyusukan anak dengan susu ibu sepenuhnya
- Banyakkan membaca tentang info penyusuan,cara menyimpan susu,jenis pam yang bersesuaian dengan budjet anda dan juga beberapa keperluan yang anda perlukan seperi cooler bag,plastik storage dan lain-lain
- Mulakan penyimpanan stok susu beberapa hari selepas kelahiran.Lagi cepat lagi bagus,atau sekurang kurangnya 2 minggu selepas kelahiran.Sebaiknya bila bayi anda tidur,anda pam payudara untuk menggalakkan lebih banyak penghasilan susu berlaku
- Jika bayi anda memang suka 'melekat' ( DF) pada kebanyakan masa, anda boleh amalkan ' Tanderm Nursing'. Tanderm Nursing ialah keadaan dimana, bayi anda menyusu pada sebelah payudara dan sebelah lagi anda pam.Bila stimulasi kedua dua payudara serentak,anda akan dapati hasil perahan lebih banyak serta lebih cepat dari biasa
- Jauhi susu formula, air masak dan makanan tambahan pada 6 bulan pertama kelahiran,kerana ia boleh menggangu proses penghasilan susu badan dan bagi mengelakkan berlakunya jangkitan
- Beri kedua dua belah payudara setiap kali sesi penyusuan. Jika bayi anda tertidur ketika menyusu, jangan lupa pam yang sebelah lagi ya..
- Biar bayi habiskan sesi penyusuan pada sebelah payudara ~ He 's done bila dia let go mama's breast/lepaskan puting atau menghisap secara perlahan atau tertidur.Menyekat sesi penyusuan bayi ditengah-tengah penyusuan ibarat menyuruh bayi skip "desert"nya atau dalam erti kata lain, bayi tidak dapat susu akhir/hindmilk yang tinggi lemak (untuk mengeyangkannya) And please,ibu tentu tidak mahu bayinya put on diets, betul tak?
- Akhir sekali,pastikan ibu minum 3L atau lebih air sehari serta mengambil makanan seimbang dan berkhasiat yang boleh menambahkan penghasilan susu
- Jika sememangnya anda tidak dapat mengamalkan pemakanan yang seimbang, anda boleh pertimbangkan pengambilan supplement penyusuan. Dengan berkat doa dan usaha gigih anda, ia pasti boleh menjayakan penyusuan anda..
Berikut ialah pengakuan ibu-ibu yang telah mengamalkan supplement set penyusuan 3M.
Untuk melihat lebih banyak TESTIMONI SET3M KLIK SINI
kredit - http://mommyachel.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan