Terima Kasih Ye.. SMS 0199517292..Diskaun Menarik Menanti Anda

^^ JOIN & DAPATKAN DISKAUN UTK SETIAP PEMBELIAN^^

JOM SINGGAH on Facebook



DOA

" YA ALLAH, DENGAN RAHMATMU YANG MAHA PEMURAH LAGI LUAS KASIH SAYANGMU...
AKU MOHON KEPADAMU, AMPUNKANLAH DOSA2 IBU YANG MENYUSUKAN ANAKNYA... LAPANGKANLAH REZEKI MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELAPANGKAN REZEKI AKU SEPERTI AKU MENYUSUKAN KEDUA2 ANAKKU. LANCARKAN REZEKI SUSU ANAK MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELANCARKAN REZEKI SUSU BUAT ANAK2KU.
SESUNGGUHNYA ENGKAU SANGAT KAYA DENGAN KASIHMU, PERKENANKANLAH DOAKU INI DAN SEMOGA ALLAH MENEMPATKAN KEDUA IBU BAPAKU KE DALAM SYURGAMU... AMIN..."

Selasa, 19 Februari 2013

Tips Hamil : Fakta Mengenai Kehamilan




Saje google pasal tips kehamilan, rupa-rupa ada banyak pasal tips kehamilan nie.. saya sejak jadi pengedar shaklee nie ramai yang bertanya pasal kesuburan sebab semua nak hamil kan.. Insyallah, kalau kita berusaha.. ALLAH akan bantu hamba2nya.. yang penting usaha, doa & tawakal
Jom la fakta kehamilan, semoga bermanfaat utk ibu2 kat luar sana

Omega 3 vs Asma?? Bagaiamana Omega 3 mencegah & mengurangkan serangan Asma..

Asma/ Asthma: Bagaimana Omega 3 Membantu Mencegah & Mengurangkan Serangan Bagi Yg Menghidapinya?





Asma adalah penyakit kronik berpunca daripada kekejangan otot di cabang tenggorok yang menyebabkan saluran pernafasan bengkak dan sempit.
Meskipun ia tidak boleh diubati, asma boleh dikawal dengan cara mengurangkan serangan melalui penjagaan rapi.
Malah, pakar-pakar turut menganggarkan 80 peratus daripada kematian di kalangan penghidap asma boleh dicegah jika mereka diberi pendidikan yang sempurna bagi menangani penyakit berkenaan.

Khamis, 7 Februari 2013

Keputihan?? Ketahui punca dan cara-cara mengatasi keputihan..




“Keputihan’ yang disebabkan oleh keluaran lendir dari faraj seringkali menimbulkan kerunsingan dan ketakutan di kalangan wanita-wanita. 

Perkara yang paling ditakuti sekali ialah jangkitan kuman (venereal disease) seperti siplis dan gonorrhea iaitu penyakit –penyakit yang dijangkitkan menerusi hubungan seks. Perkara lain yang merunsingkan wanita ialah kemungkinan beliau mengidap penyakit kanser pada bahagian peranakan.  Bagi gadis-gadis yang belum berkahwin, pengeluaran keputihan menimbulkan persoalan samadamereka mengidap penyakit yang mengancam kesuburan mereka di masa hadapan kelak.

1. Peranan lendir di dalam faraj

Pengeluaran lendir keputihan dari kemaluan tidak semestinya menandakan penyakit. Disebaliknya ia mungkin tanda seperkara yang biasa sahaja. Lendir dikeluarkan oleh faraj dan pangkal rahim untuk tujuan tertentu. Ia dikeluarkan oleh sel-sel dan kilang-kilang khas pengeluar lendir. 

Lendir ini mempunyai tugas pelindung kepada sel-sel dan dinding saluran faraj. Jika tanpa lendir, sel-sel tersebut akan menjadi kering dan rosak. Kekeringan faraj sering dialami oleh wanita-wanita yang telah putus haid (menopause) dan iini boleh menimbulkan masalah seperti rasa sakit sewaktu bersetubuh dan terkeluarnya darah dari dinding faraj.

Asid Lemak Omega 3 penting untuk Ibu Mengandung


Kepentingan OMEGA 3 Minyak Ikan (DHA & EPA) Untuk Ibu Mengandung



Penyelidikan saintifik sentiasa memperluaskan pengetahuan kita tentang keperluan pemakanan semasa kehamilan. Antara perkembangan terkini dalam bidang ini ialah kepentingan asid lemak omega 3 dalam perkembangan bayi dalam kandungan yang sihat dan kesihatan ibu hamil.

Apakah itu Acid Lemak Omega 3?
• Omega-3 adalah sebuah keluarga rantai panjang asid lemak poli tak tepu (polyunsaturated fatty acid) yang merupakan nutrien penting untuk kesihatan dan perkembangan badan. Malangnya, ini tidak disintesis oleh tubuh manusia dan mesti diperolehi dari diet, vitamin, suplemen atau makanan tambahan.

• Kajian menunjukkan bahawa kedua-dua komponen utama asid lemak omega 3 yang paling bermanfaat adalah EPA (Eicosapentaenoic acid) dan DHA (asid docosahexaenoic). Kajian menunjukkan bahawa setiap asid lemak mempunyai manfaat yang unik. 


EPA penting untuk mengurangkan risiko penyakit jantung, sistem imun, dan tindak balas keradangan

DHA membantu meningkatkan kepintaran otak, mata, dan sistem saraf utama iaitu penting untuk ibu mengandung, bayi dalam kandungan dan ibu yang sedang menyusu.  Ia juga amat berguna kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah di dalam pembelajaran.
 

Apakah kepentingan Omega 3 dan Apakah fungsinya?

• Pengambilan Omega 3 lemak yang mencukupi adalah penting untuk mengekalkan pengeluaran hormon yang seimbang seperti hormon prostaglandin. Prostaglandin membantu mengawal banyak fungsi fisiologi penting termasuk tekanan darah, pembekuan darah, penghantaran saraf, radang dan tindak balas alergi, fungsi buah pinggang dan saluran gastrousus dan pengeluaran hormon lain. Bergantung kepada jenis asid lemak dalam diet, jenis prostaglandin yang tertentu boleh dihasilkan dalam kuantiti yang besar. Ketidakseimbangan prostaglandin ini boleh membawa kepada penyakit.

Jumaat, 1 Februari 2013

Omega Guard Shaklee antara yang terbaik didunia



Kelebihan Omega 3: Omega Guard Shaklee Terbaik!


Untuk bulan february, dapatkan Omega guard shaklee dengan harga runtuh ye.. beli 6 percuma 1..

Kelebihan anda perlu memilih Omega Guard shaklee berbanding Brand lain.


1. Minyak Ikan Terbaik Di Dunia
OmegaGuard Shaklee terdiri daripada 7 asid lemak Omega-3 semulajadi iaitu
EPA (Eicosa Pentaenoic Acid), DHA (Docosa Hexaenoic Acid), ALA dan lain-lain 
lagi. Satu hidangan OmegaGuard (3 biji) menyediakan 990mg Asid Lemak Omega-3.
2. Ultratulen & Bergred Farmaseutikal
Omega Guard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari 3 
molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat di bawah 
suhu rendah yang terjaga. Proses ini menumpukan kepada penghasilan asid 
lemak Omega-3 yang asli dan menghilangkan pencemaran termasuk logam berat, merkuri, kadmium dan sebagainya yang terdapat di dalam kebanyakan 
jenis ikan.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...