Terima Kasih Ye.. SMS 0199517292..Diskaun Menarik Menanti Anda

^^ JOIN & DAPATKAN DISKAUN UTK SETIAP PEMBELIAN^^

JOM SINGGAH on Facebook



DOA

" YA ALLAH, DENGAN RAHMATMU YANG MAHA PEMURAH LAGI LUAS KASIH SAYANGMU...
AKU MOHON KEPADAMU, AMPUNKANLAH DOSA2 IBU YANG MENYUSUKAN ANAKNYA... LAPANGKANLAH REZEKI MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELAPANGKAN REZEKI AKU SEPERTI AKU MENYUSUKAN KEDUA2 ANAKKU. LANCARKAN REZEKI SUSU ANAK MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELANCARKAN REZEKI SUSU BUAT ANAK2KU.
SESUNGGUHNYA ENGKAU SANGAT KAYA DENGAN KASIHMU, PERKENANKANLAH DOAKU INI DAN SEMOGA ALLAH MENEMPATKAN KEDUA IBU BAPAKU KE DALAM SYURGAMU... AMIN..."

Jumaat, 24 Februari 2012

Mencari vitamin untuk lelaki?



Siapa kata vitamin hanya perlu untuk wanita hamil atau ibu menyusu sahaja? Sebenarnya mereka yang hidup dalam tekanan, pemakanan dan cara hidup yang tidak sembang, mereka yang tidak sihat malah mereka yang ingin kekal sihat perlukan vitamin demi memastikan tubuh mendapat semua zat dan nutrisi yang diperlukan untuk atasi kekangan yang dihadapi termasuklah untuk mereka yang ingin terus sihat.

Ada yang bertanya dengan saya, adakah Shaklee hanya untuk para isteri? Adakah apa2 vitamin yang sesuai untuk para suami?

Jawapannya ialah semua vitamin Shaklee sesuai untuk para wanita mahupun lelaki. Namun saya tahu encik yang bernama lelaki ini biasanya tidak suka dengan pengambilan vitamin yang banyak....maka saya sarankan hanya dua ini sahaja dan ia sangat bagus untuk insan bernama lelaki....iaitu Ostematrix dan Vitamin E.

Jika anda mampu untuk membeli set penuh dan mengamalkan secara istiqamah...alhamdulillah. Namun pada saya 2 vitamin ini sebagai permulaan sudah memadai.

Apa kebaikan Ostematrix?
Ostematrix adalah kalsium, magnesium yang lengkap dengan vitamin D. Ia diperlukan oleh tubuh untuk membina darah, saraf serta pembentukan tulang dan gigi yang kuat. Apabila badan cukup kalsium, kita akan mudah bangun dari tidur malah tidur kita juga lebih nyenyak dan berkualiti. Suami saya sangat menyukai ostematrix....masih ingat lagi apabila beliau mudah mengalami jetlag yang berpanjangan apabila pulang dari outstation....tetapi kini dengan ostematrix, suami saya mudah rasa cergas walaupun pulang dari perjalanan yang jauh.


Apa pula kepentingan Vitamin E?
Kita biasa dengar Vitamin E sebagai anti penuaan. Ianya juga dikenali sebagai vitamin awet muda kerana vitamin E dikatakan membantu melambatkan proses penuaan. Namun vitamin E yang bagus adalah vitamin E asli yang boleh dilihat pada botolnya tertulis d-alpha tocopherol. Ia juga akan lebih berkesan apabila ianya dilengkapi dengan selenium yang bertindak senergi apabila diambil bersama. Pengambilan vitamin E dikatakan dapat membantu kesihatan prostat*, Membantu mengekalkan tekanan darah* , membantu menurunkan trigliceride, serta membantu mendapatkan kulit yang cantik dan muda*.
Pada saya, vitamin E ini ibarat tonik untuk para lelaki. Ada juga pendapat yang mengatakan suami mereka lebih bertenaga selepas pengambilan vitamin ini....ianya balik pada diri masing-masing ....selepas mengambilnya baru dapat tahu kesannya :)

credit

Memang ada yang menyarankan 3 ini ...iaitu Omega - bagus untuk kesihatan jantung, Zinc- kesuburan dan kestabilan hormon, serta Vitamin E- seperti yang ditulis di atas....namun pada saya balik kepada budget individu.

Bagi para isteri yang ingin mencari supplement untuk suami tercinta, sebagai permulaan boleh mencuba Ostematrix dan Vitamin E. Boleh hubungi saya untuk maklumat lebih lanjut.


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui

Email Yahoo : pokoksena85@yahoo.com
SMS : 019-9517292

Kenapa saya kata B complex bagus untuk kurus?*


 Antara vitamin Shaklee yang tarawal saya makan ialah Kalsium Magnesium, Instant Protien [ nama lama bagi Energizing Soy Protien ESP],  Vitamin B complex, Lecithin dan Vitalea. Produk ini masih saya amalkan sehingga hari ini. Namun ada sesuatu yang ingin saya share kan, apakah sebenarnya manfaat pengambilan B complex?

Vitamin B complex Shaklee terdiri dari kumpulan lapan (8) vitamin B iaitu  

1. Thiamin (B-1), 
2. Riboflavin (B-2), 
3. Niacin (B-3), 
4. Pantothenic acid (B-5), 
5. Pyridoxine (B-6), 
6. Folic acid (B-9)
7. Cobalamin (B-12) dan 
8. Biotin.


Setiap kumpulan B ini mempunyai fungsi yang tertentu. Bila diambil lengkap 8 kumpulan ini, akan saling melengkapkan  keperluan B dalam tubuh kita.



Minda kita telah diterapkan kononnya Vitamin B complex adalah punca kegemukkan. Namun setelah saya kenali Shaklee dan amalkan vitamin ini dah masuk 13 tahun, saya dapati ianya tidak seperti yang digembar gemburkan.

Mengapa sebenarnya orang kata vitamin B itu menggemukkan ya? Saya rasa ini kerana vitamin B Complex akan membuatkan individu itu cepat lapar. Bila cepat lapar kita intend to eat more and more. Maka lama kelamaan akan menyebabkan kegemukkan. Namun mengapa ada sesetengah orang walau kuat makan, tapi dia tak mudah gemuk? Keadaan ini akan dikaitkan pula dengan kadar metabolisme yang tinggi dalam badan akan membantu mencernakan lemak dan karbohaidrat kepada tenaga dan tidak disimpan di dalam badan.

Saya telah amalkanVitamin B complex selama hampir 13 tahun, jika benar ia menggemukkan...saya pasti mereka yang dah amalkan 20 tahun pasti mempunyai badan yang sangat besar sehingga tidak mampu menyokong tubuh badan mereka. Namun ada sesuatu yang tidak kita sedari....fungsi setiap vitamin B di dalam vitamin itu tadi....

Saya beri contoh :

B12 adalah ko faktor dalam metabolisme karbohaidrat

B1 penting untuk pecahan karbohaidrat dan membantu menukarkan glukos[ gula ringkas] dan karbohaidrat kepada tenaga.

Kekurangan vitamin B1 untuk akan menyebabkan glukos dan karbohaidrat hanya tersimpan dalam badan. Apabila ia berterusan, ia akan menjadi salah satu punca berat badan bertambah, kegemukkan dan hilang bentuk tubuh badan yang asal.

B6 sangat penting dan diperlukan untuk penukaran glikogen[ tenaga yang tersimpan ] kepada glukos[ gula dalam darah].


Maka pada saya secara peribadi vitamin B complex memang membantu dalam pembakaran glukos dan karbohaidrat menjadi tenaga. Pengambilan air sangat penting dalam membantu proses berjalan dengan lebih lancar.

Memang benar kita akan mudah terasa lapar, namun tak salah jika makan sedikit yang makanan  berkhasiat tetapi BUKAN kudapan ringan yang kaya dengan msg, bahan pengawet, perasa dan pewarna tiruan.

Saya sendiri amalkan makan pagi [ jika sibuk sangat baru saya breakfast dengan ESP, MS dan PD], lunch dan dinner. In between meal kalau lapar makan biskut dengan air, makan buah dan paling banyak saya amalkan minum air kosong aje. Pada saya nafsu makan ini hanya boleh dikawal oleh minda yang rasional. Kalau ikutkan nafsu lapar memang takkan buat kerja lain selain makan dan makan sepanjang hari.

Saya memang sukaVitamin B complex Shaklee kerana saya yakin dengan pengambilan vitamin b ini membantu menukarkan segala [tenaga yang tersimpan @ stored energy ] kepada tenaga sepanjang saya aktif.

Hakikat nya berat badan kita meningkat/ bertambah apabila banyak karbohaidrat , lemak dan gula yang diambil hanya disimpan di dalam badan dan tidak digunakan.

Ia berpunca kurangnya Vitamin B complex dalam badan yang berfungsi sebagai spark plug untuk membakar glukos/ karbohaidrat kepada tenaga.

Bagi saya jika cukup vitamin B complex dalam badan, insyaALLAH penukaran glukos kepada tenaga dapat berjalan dengan lancar dan tidak hanya disimpan di dalam tubuh semata-mata.

Maka jika anda ibu yang menyusu dan risau berat akan naik tidak turun2, amalkan makan vitamin B complex dengan konsisten selain pengambilan Lecithin dan Omega yang memang bagus untuk membakar lemak.

B complex sangat membantu kepada ibu menyusu aktif sepanjang hari, mood yang baik, dapat mengawal stress dan ia jua perlu dan penting untuk keperluan bayi yang membesar.
Boleh baca SINI untuk ketahui kebaikan dan manfaat B complex.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui

Email Yahoo : pokoksena85@yahoo.com
SMS : 019-9517292

Cara Nak Kurus dengan Omega*


Ramai yang call tidak kurang yang email/ pm bertanya pasal Omega. Mungkin sebelum ini jarang saya menulis tentang Omega, tapi personally saya pastikan Omega memang sentiasa di rumah kerana ia adalah kegemaran anak-anak saya. Saya bekalkan suami saya Omega supaya ia membantu meningkatkan HDL dalam tubuh.

Seorang customer saya ini tidak menyusukan anak. So pada beliau Lecithin tak membantu  untuk kurus dan tak seperti yang diharapkan. Saya suggestkan Omega ini kerana Omega juga bagus untuk rendahkan kolestrol dan bakar lemak - salah satu supplemen untuk kurus secara selamat

credit

Sebelum ini, masa berat dan bentuk badan saya berubah, saya memang fokus nak kurus dengan Lecithin selain Alfalfa sebab satu sebagai pembakar lemak dan satu yang perlu angkut keluar lemak iaitu serat.

Tapi selepas customer saya sorang ni fokus dengan Omega, saya sendiri baru mencuba dengan pengambilan seperti yang disarankan. Kata customer saya, bila makan Omega, memang tak rasa lapar. Hmm saya jadi teruja. Sebelum ini saya memang makan Omega tapi sebiji aje, sebab saya tak fokus untuk bakar lemak melalui Omega.

Saya cuba amalkan Omega 3 bj sehari as customer saya buat. Dia tak bf so Lecithin slow pada dia. Dia makan Omega 3 biji sehari pagi atau tengahari. Omega tak digalakan amik malam, kalau kurang air boleh buat kita demam.

Pengambilan perlukan alfalfa atau buah 2-3 potong sehari. Alfalfa hanya 1-2 biji sahaja. Banyak alfalfa akan perlu banyak air atau kita akan sembelit.

Herb Lax amik hujung minggu sahaja, iaitu sabtu malam ahad. Amik 4-5 biji. Kalau badan besar 5 bj. Bagus amik sebelum tidur sebab Herb Lax bertindak selama 6 jam dan kalau kurang air, perut memulas mcm nak terbalik. Saya pernah makan jam 9mlm, jam 3 pagi saya bangun ke toilet. So kalau nak makan waktu siang, pastikan 6 jam selepas itu kita di rumah.

Apa yang boleh saya kongsikan bila saya mula fokus dengan Omega....

Hari pertama saya amik 3 biji selepas lunch....sepanjang petang sehingga malam saya merasa sangat dahaga , hanya ALLAH sahaja yang tahu. Saya tak de rasa lapar tetapi saya rasa sangat dahaga. Air botol 1.5Liter peneman ke mana saya pergi. Dah minum 3 botol, tekak masih dahaga. Malam pun sama. Hmm  memang pelik. Hari pertama lupa makan buah....so tak best ke toilet.

Hari kedua, saya cuba makan pagi pula, unik, sebab tengari saya cuma makan nasi 3 suap dah rasa kenyang tapi saya rasa sangat dahaga. So saya banyak minum air. Saya bancuh ESP, Meal Shake dan PD supaya saya lebih kenyang pada waktu tengahari. Malam memang tak berapa makan sebab dah kenyang dengan air.

Hari ketiga, makan waktu pagi juga dan lebih kurang dengan hari sebelum ini. So saya dapati saya perlukan buah yang banyak supaya tak mudah sembelit ke tandas nanti. Apa yang best, perut senang kenyang.

Berbanding saya amik lecithin dulu, saya mudah rasa lapar bila lambat makan. Mungkin sebab ia bakar lemak jadi badan perlu kalori untuk menggantikan yang telah dibakar. Beza amik Omega, mungkin sebab pengambilan 3 biji sehari buat badan panas, tekak juga beri signal dahaga agar minum lebih air. Bila kenyang air, kita tak berapa nak makan.

Namun saya masih amalkan lecithin sebab ia bagus untuk elakkan bloated....kembung perut atau senak.

Bagi yang takut gemuk kerana air, saya sarankan seminggu atau 2 kali sebulan pergi berurut. Ia sangat membantu selain bersenam setiap hari.

Mungkin ada sesetengah orang boleh kurus sebab senam setiap hari dan amalkan cara hidup sihat terutama mereka yang mempunyai metabolisme yang sangat tinggi, tapi bagi saya, saya tetap perlukan ejen pembakar lemak ini iaitu Omega dan Lecithin. Bagi yang serius nak slim, sila dapatkan allfalfa dan herb lax untuk proses detox yang best!

Namun apa pun perlu ingat, nak kurus, slim TAK BOLEH hanya bergantung pada supplement semata-mata , kita perlu amalkan cara hidup yang sihat, makanan yang sihat, serat yang banyak serta air yang mencukupi barulah semuanya seimbang.

InsyaALLAH dalam entry akan datang, saya sharekan senaman ringan 10 minit yang boleh kita amalkan untuk dapatkan bentuk badan yang menarik.


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui

Email Yahoo : pokoksena85@yahoo.com
SMS : 019-9517292

Khamis, 23 Februari 2012

4 Sebab sarapan itu penting


nasi-lemak
Sarapan pagi baik untuk menurunkan berat badan 

Setiap orang tentunya perlu untuk mengisi perutnya sebelum memulakan hari, namun, tidak jarang pula orang yang melupakan kebiasaan ini dan membiarkan pagi hari diisi dengan perut yang kosong. Sebenarnya ada beberapa alasan yang menyebabkan pentingnya sarapan di pagi hari untuk kesehatan.  Mereka yang berpikir bahawa sarapan tidak penting dan keliru. Riset di Harvard University AS menunjukkan, orang yang teratur sarapan pagi memiliki kecenderungan hingga 50 persen tidak mengalami kegemukan apabila mereka menimbang berat mereka, berbanding mereka yang melewatkan sarapan.

Supaya anda lebih paham manfaatnya, berikut adalah penjelasan mengapa  sarapan memberi kebaikan bagi tubuh serta tips bagaimana menjadikannya sebagai gaya hidup :
1.  Sarapan dapat memenuhi nutrisi yang diperlukan.Menunda sarapan membuat anda sulit memperoleh nutrisi dan vitamin yang direkomendasikan.  Menu sarapan seperti sereal dengan susu atau yogurt rendah lemak plus granula akan memberi cukup kalsium dan serat.

2.  Sarapan boleh menurunkan berat badan.Ketika Anda beraktiviti dengan perut kosong, tubuh akan membakar kalori secara lambat. Menurut ahli nutrisi penulis buku The F-Factor Diet Tanya Zuckerbrot, R.D., sarapan pagi setelah perut kosong semalaman dapat meningkatkan metabolisme, ini bererti pembakaran kalori sepanjang hari menjadi lebih efisien.   Namun Zuckerbrot menekankan bahawa kunci dari semuanya adalah jenis makanan yang anda ambil.  Makanan dengan kandungan karbohidrat sederhana seperti donat akan membuat glukosa melonjak, kemudian turun secara drastik.  Ini juga menyebabkan Anda merasa lapar pada jam 11-an.  Cara yang lebih baik adalah mengambil makanan jenis berkarbohidrat kompleks seperti oatmeal atau roti gandum murni. Makanan dengan kadar serat tinggi dan rendah gula akan dicerna dengan lambat, sehingga menyediakan energi yang konstan dan membuat anda tidak cepat lapar.        

3.  Sarapan tingkatkan kemampuan otak.  Riset para ahli dari Universitas Swansea Wales membuktikan bahawa pelajar yang selalu sarapan mencatat rata-rata skor 22% lebih tinggi berbanding mereka yang tidak sarapan. Ketika anda bangun pagi,  sebahagian besar energi  - dalam bentuk glukosa dan glikogen - telah habis digunakan oleh aktiviti sehari sebelumnya.  Menurut para ahli, glukosa adalah satu-satunya bahan bakar yang diperlukan otak. Tanpa glukosa yang cukup, Anda merasa lelah dan melayang-layang
 4.  Perlindungan terhadap sakit jantung.Riset menunjukkan, wanita sihat yang melewatkan sarapan selama dua jam memiliki kadar kolesterol buruk LDL lebih tinggi berbanding mereka yang bersarapan semangkuk sereal plus susu di pagi hari.  Zuckerbrot menjelaskan, serat dapat mengikat kolesterol dan mempercepat eksresinya sebelum mencapai pembuluh arteri. Oleh sebab itu pula, penelitian 10 tahun yang dilakukan Harvard Nurses Health menyimpulkan bahwa pengambilan serat tinggi berkaitan dengan penurunan risiko penyakit jantung hingga mencapai 50%. 

Tips sarapan sihat :1. Sarapan sebaiknya mengandungi sekurang-kurangnya 5 gram serat, satu hidangan kalsium (setara dengan segelas susu atau yogurt) plus protein dan lemak. Elakkan pengambilan gula hingga 6 gram (satu sendok setara 4 gram).

2. Jika  tak ada waktu sarapan di rumah, Anda boleh membawa roti isi dan susu untuk dinikmati  semasa perjalanan atau pun setelah sampai di tempat kerja.

3. Telur dadar bahan makanan yang relatif praktis dan mudah disajikan. Kandungan nutrisi dalam telur iaitu vitamin A, B2, B6, B12, zat besi, kalium, kalsium, dan zat lain, sangat diperlukan tubuh kita.

4. Untuk mempelbagaikan sarapan, kita boleh mengambil buah kesukaan untuk keperluan  vitamin bagi tubuh.  Jika ada waktu di malam hari, blenderlah buah dicampur yogurt atau susu dan simpanlah di peti ais untuk diambil pagi harinya.

5. Bila Anda selalu tidak merasa lapar saat pagi hari, Zuckerbrot menyarankan agar Anda menghentikan makan setelah pukul 8 malam hari. Dalam dua atau tiga jam ke depan, jam biologis nafsu makan anda akan berubah.  Setiap bangun pagi hari, anda akan merasa lapar. (kompascom)

Sumber : Artikel gaya hidup 

Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui

Email Yahoo : pokoksena85@yahoo.com
SMS : 019-9517292

Rahsia cergas walau dalam pantang.


Alhamdulillah memang secara peribadi saya rasakan vitamin sangat membantu...terutama bila selepas melahirkan, kita akan kehilangan banyak darah. Pengambilan vitamin yang dilengkapi dengan b com, vitamin c, zat besi dan kalsium sangat perlu selain protien untuk binaan asas sel.

Jika anda adalah bakal ibu, saya sarankan anda mengambil beberapa vitamin penting jika mahu meneruskan penyusuan kepada si manja.

Apa kata salah seorang customer kami?



Vitamin yang saya sarankan saya amalkan sehingga kini walau tidak menyusu...dan pada saya sangat berbaloi. Terutama bila usia makin meningkat, saya mahu kekalkan stamina dan kecantikan sebab tak mahu la anak nak membesar, kita dah nampak macam 50 an....senyum selalu antara rahsia awet muda.

Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui

Email Yahoo : pokoksena85@yahoo.com
SMS : 019-9517292

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...