Terima Kasih Ye.. SMS 0199517292..Diskaun Menarik Menanti Anda

^^ JOIN & DAPATKAN DISKAUN UTK SETIAP PEMBELIAN^^

JOM SINGGAH on Facebook



DOA

" YA ALLAH, DENGAN RAHMATMU YANG MAHA PEMURAH LAGI LUAS KASIH SAYANGMU...
AKU MOHON KEPADAMU, AMPUNKANLAH DOSA2 IBU YANG MENYUSUKAN ANAKNYA... LAPANGKANLAH REZEKI MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELAPANGKAN REZEKI AKU SEPERTI AKU MENYUSUKAN KEDUA2 ANAKKU. LANCARKAN REZEKI SUSU ANAK MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELANCARKAN REZEKI SUSU BUAT ANAK2KU.
SESUNGGUHNYA ENGKAU SANGAT KAYA DENGAN KASIHMU, PERKENANKANLAH DOAKU INI DAN SEMOGA ALLAH MENEMPATKAN KEDUA IBU BAPAKU KE DALAM SYURGAMU... AMIN..."

Ahad, 4 September 2011

Zat besi, susuibu dan berat anak yang ideal.

Jangan ketinggalan untuk mengetahui September Special Offer, boleh emailkan kepada pokoksena85[@]yahoo.com kerana ada diskaun menarik menanti anda

credit to KakN for sharing

Masih teringat 4 tahun dulu....masa Nasa masih dalam pantang. Waktu tu bulan raya dan saya terlalu excited makan kuih raya dan tat nenas menjadi pilihan saya. Bila makan tidak berpada...dan lupa yang diri tu menyusukan anak....yang merana si kecil la. Perut dia jadi meragam....bila ditanya pada mak bidan, makcik Maznah menjawab, nenas tu tajam...anak memang sakit perut sebab bisa nenas tadi. Lepas tu bidan saya terus berikan beberapa senarai makanan yang saya harus elakkan demi niat nak menyusukan anak. Selain nenas, ikan berduri juga tidak digalakkan. Sebab apa yang si ibu makan anak akan dapat sama bila anak itu menyusu sepenuhnya dengan susu badan ibunya.

Memula tu bidan saya tak percaya dengan vitamin terutama melihat banyak botol vitamin yang saya letakkan di meja makan untuk senang saya ambil selepas waktu makan. Tetapi beliau mula percaya apabila berat Nasa naik 2kg setiap bulan sehingga 3 bulan yang pertama.

Memang perkembangan Nasa hebat berbanding Addin. Mana tidaknya....kelahiran Nasa adalah melalui proses ceaser yang kedua bagi saya. Sudah pasti saya nak jahitan dalaman saya elok seterusnya penghasilan susu yang memberansangkan.

Masa dalam pantang saya amalkan makan vitalea 2 biji sehari, pagi dan malam. Memang disarankan pada botol 2 biji sehari tetapi bagi mereka yang sihat, sebiji dah memadai. Saya makan 2 biji masa dalam pantang sebab

1. saya perlukan cukup zat besi untuk gantikan kehilangan darah masa proses kelahiran anak.
2. saya tak makan makanan laut yang tinggi zat besi masa dalam pantang sebab takut protien makanan laut yang tinggi boleh hasilkan rasa gatal dan luka nanah dibahagian jahitan.
3. Saya pastikan badan saya mempunyai cukup vitamin dan semua garam galian yang diperlukan.
4. Saya menjaga diri saya dan anak semasa dalam pantang, maka saya perlu pastikan saya sihat dan kuat.
5. Saya nak pastikan jahitan dalaman saya benar-benar sembuh.

Tapi lepas habis pantang, saya amalkan vitalea sebiji sehari sahaja...pernah satu masa tu saya miss makan vitalea. Seminggu asyik pening dan rasa nak pitam. Bila check ngan doktor, kurang darah...mana taknya, ibu breastfeed memang perlukan zat besi. So doktor kata saya perlukan multivitamin dengan zat besi. Then saya jawab, tak pe doktor rumah saya ada multivitamin. Doktor tanya lagi..." Adakah mutlvitamin puan ada termasuk zat besi?" Saya mengangguk tanda ada. Ditambah saya bf Nasa masa tu yang berumur setahun lebih, so doktor pesan jangan tinggal multivitamin dan b com supaya tekanan darah saya stabil di samping anak pun dapat khasiat dari vitamin yang saya amalkan.

Masih ingat pertemuan dengan pakar kanak2 Dr Cheah....beliau sendiri berpendapat, sekiranya ingin meneruskan penyusuan susuibu sehingga 2 tahun, pastikan pengambilan zat besi dititikberatkan demi perkembangan dan pertumbuhan anak. Dr Cheah mengatakan bahawa biasanya selepas 6 bulan, kandungan zat besi dalam susuibu semakin berkurang disebabkan corak pemakanan si ibu yang tidak seimbang dan tidak mengikut piramid makanan. Apabila ini berlaku kesannya ialah pertumbuhan anak akan terbantut dan oleh kerana inilah ramai anak yang mempunyai berat yang tidak ideal dengan umur mereka. Namun pada sesetengah pendapat asalkan anak aktif , berat tidak menjadi masalah. Walaubagaimanapun sebagai ibu , kita bukan sahaja perlu prihatin dengan perkembangan dan pertumbuhan fizikal anak, tetapi kita juga perlu prihatin dengan perkembangan minda mereka. Berat yang ideal membantu pembesaran dan pertumbuhan otak yang sihat dan cerdas.

Sejak saya konsisten makan vitalea, saya tak de lagi masalah nak pengsan ke, nak pitam ke....alhamdulillah. Memang saya puashati la. Malah ramai ibu2 yang mengandung yang adalah masalah hb rendah...selepas disarankan amalkan set A [ set optimum] mereka sangat puashati kerana taraf kesihatan mereka meningkat dengan baik.

Pada saya, selama 11 tahun dah amalkan vitamin Shaklee, ini antara KILLER produk yang paling di minati ramai!

Vita-Lea® Iron Formula
Multivitamin & Multimineral


Multi yang Hebat

Makanan tambahan yang seimbang dan paling komprehensif di dalam sains Shaklee yang mampu dimiliki. Vita-Lea diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.
Mengandungi lebih nutrien, tenaga dan perlindungan

Pakar kesihatan mencadangkan semua orang dewasa mengambil makanan tambahan harian bagi menyokong kesihatan secara menyeluruh. Walau bagaimanapun, pengambilan makanan tambahan biasa menyebabkan tubuh mendapat nutrisi yang tidak seimbang. Vita-Lea adalah formulasi premium yang disokong oleh tujuh kajian klinikal serta turut menggabungkan ramuan-ramuan terbaik dan kualiti yang luar biasa.

Penggunaan harian, Vita Lea boleh:

* Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh*
* Menyokong jangka hayat hati, usus dan mata*
* Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi*
* Memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas*

Perbezaan Shaklee

Kemajuan Saintifik

* Disokong oleh tujuh kajian klinikal

Mengandungi Sistem Penyerapan Bioaktif

* Teknologi salutan mikro membantu dalam pembebasan segera di dalam perut untuk meningkatkan penyerapan asid folik dan vitamin B penting yang membantu menghasilkan dan memelihara sel-sel baru.

Kualiti yang luar biasa

* Lebih daripada 340 ujian kualiti dilakukan setiap kali Vita-Lea dihasilkan


Vitamin D - Menyokong penyerapan kalsium untuk tulang dan gigi yang sihat*
Beta Karotena - Meningkatkan kesihatan mata, kulit dan sistem imunisasi*
Vitamin E - Menyokong kesihatan sekular dan meningkatkan kesihatan hati, usus dan fungsi imunisasi*
Kalsium - Menyokong kekuatan tulang, pengaliran urat saraf dan otot-otot*
Boron - Membantu dalam metabolisma Vitamin D dan mineral yang terbabit dalam perkembangan tulang*
Magnasium - Menyokong kekuatan tulang, fungsi otot dan membantu dalam mengekalkan tekanan darah normal dan denyutan jantung*
Biotin - Membantu badan menghasilkan tenaga dari protein dan lemak*
Lain-lain - Tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, warna dan bahan pengawet*


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.


Artikel lain yang mungkin anda berminat :

Sabtu, 3 September 2011

Mengapa Asid Folik Penting Buat Ibu Hamil?

Email ke pokoksena85@yahoo.com utk mengetahui
PROMOSI EUPHORIA SEPT 2011
 
Q: Apakah asid folik?

A: Asid folik adalah salah satu vitamin kumpulan B. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah, dan juga yis and ekstrak daging lembu.

Q: Kenapakah saya perlukan asid folik?
A: Asid folik menolong mencegah kecacatan tiub saraf seperti spina bifida. Spina bifida terjadi apabila pelindung yang menutupi korda spina bayi tidak menutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal.

Pada 12 minggu yang pertama dalam kehamilan anda, otak dan sistem saraf bayi anda sedang membentuk dan berkembang pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu.

Dalam trimester kedua, iaitu dari minggu ke-13 kehamilan anda, anda boleh menghentikan asid folik. Namun begitu, jika anda mengambil asid folik sepanjang kehamilan anda, ia tidak akan menjejaskan kesihatan anda atau bayi anda.

Q: Berapakah jumlah asid folik yang saya perlukan?
A: Sebelum anda hamil, anda dinasihatkan supaya mengambil 400 mikrogram (mcg) asid folik setiap hari. Kemudian, teruskan mengambilnya untuk 12 minggu yang pertama kehamilan. Adalah baik jika anda makan makanan yang kaya dengan folat.



"Di Shaklee: 1 biji Vita-Lea + 1 biji B-Complex = 200mcg folic acid dari Shaklee B-Complex + 200mcg folic acid dari Shaklee Vita-Lea = 400mcg folic acid."

Testimoni terbaru : 5 kesan dari set 3M: ....Terima kasih kak Hajah Noor!


Terima kasih buat kak Hajah Noor atas testimoni yang bagus ini! Beliau mencuba set Tripple M...dan hasilnya, alhamdulillah!!!

Beliau menyusukan anak ketiganya yang kini berusia 6 bulan....dan mahu meneruskan perjuangan penyusuannya selama yang mungkin kerana dua anaknya yang sebelum ini tidak berpeluang mendapatkannya....

Assalamualaikum

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi
Sesungguhnya yang baik datang drNya
Rezeki yang berkat dtg dariNya
Kita hanya merancang

Seminggu sudah akak menggunakan Shaklee
seminggu juga akak follow panduan /jadual makan vitamin
selain berusaha mencapai sasaran lebih dari 5kali pam sehari

Hasilnya

1. susu kelihatan likat sikit. yang kelakar sehari selepas minum ESP yang terbancuh pekat, kelihatan susu tu amat2 pekat ler.warna kehijauan2 sikit.

2. selepas pam, <>2 jam terasa penuh sahaja cik B akak nie. seronok sangat.

3. peningkatan susu dlm sehari <>30 oz (kalau sebotol 5oz * 6 btl) stok susu fresh utk hari keesokkan anak bersekolah.

4. stok ebm dpt buat dlm 6 btl saja last week (khamis malam dan separuh jumaat) coz kena balik kgggg.. kalau dok rumah sendiri rasanya dah kembali penuh peti ais tu ngan ebm. Tp syukur stok dah jadi 20 btl kembali.target buat 50 botol this week then next week boleh puasa ganti.

5. keadaan badan. ada rasa macam bertenaga sikit.segar n senang bangun. cuma bila dah tidor jam 1am tu akak cuba tak nak bangun gak jam 3am coz akak pun nak rehat gak. coz waktu2 lain dah marathon buat itu ini heheh..nak gak bagi badan rehat dr melakukan kerja2 rumah. actually rasa badan ok sikit nie tp tak nak gak buat kerja2 rumah tu boleh tak??


sasaran KPI hehehe


1. nak kerapkan pam. kosong jer nnt cik B akan penuh cepat. tp kekangan masa tu bila ada meeting.kalau takde metingg..berbahagiaa..


2. buat stok ebm 50 btl dlm minggu ini (klu boleh)so nak gantikan poso juga next monday Insyaallah. so this week cuti 3 hari jangan kemana2. kecuali pakai Madela Free style.blh pam dimana2 dan masa. hehhe


3.nak kekalkan daya tenaga badan ini.klu tak mmg dah pengsan coz terletih sgt. tp kot tak letih pun mmg akak nak tido gak.

credit KakN for sharing

Jumaat, 2 September 2011

Cerita pesakit diabetes yang mencuba Shaklee Fiber Unflavored


Pagi ni saya nak berkongsi info ttg diabetes,dipetik dari blog Lyana ni..
______________________________________________________
Diabetes tidak boleh dipandang ringan..kerana bagi pengidap diabetes atau kencing manis, pada satu tahap tertentu sekiranya paras gula dalam badan mereka tidak terkawal, ia akan boleh menjejaskan semua organ dan sistem badan seperti kegagalan ginjal, mata, jantung, hati dan pelbagai lagi yang kadangkala boleh membawa maut. Sebab itulah diabetes digelar sebagai "Silent Killer" atau Pembunuh Senyap. Kebiasaannya diabetes lebih senang menyerang golongan yang berusia...namun kini golongan muda juga kanak-kanak ada yg mengidap diabetes disebabkan faktor pemakanan yang tidak sihat
___________________________________________________
Dan ini, kisah ibu Puan Intan, juga dipetik dari blog Lyana..
Jom baca testimoni ibu Puan Intan (Pasir Gudang) yang bacaan gula dalam darah beliau turun hanya selepas 3 hari mengamalkan Fiber Plan Unflavoured.

"Mak dan ayah merupakan penghidap diabetes. Namun, paras gula dalam darah mak lebih tinggi berbanding ayah. Dah lama mak saya menghidap sakit ini, iaitu sejak hamil adik saya yang bongsu, berterusan hingga sekarang. Kedua-duanya bergantung kepada ubat. Bermakna ianya masih terkawal kerana masih mampu bergantung pada ubat dan belum lagi suntikan insulin. Mungkin berkat mak dan ayah menjaga pemakanan mereka sehari-hari. Ketika menjalani pemeriksaan bakal Haji, mak saya didapati paras kolesterol mak saya juga melebihi tahap yang sepatutnya. Mak telah dinasihati mengambil pula ubat mengawal kolesterol.

Namun saya terfikir, alangkah baiknya kalau mak dan ayah tidak bergantung lagi kepada ubat kencing manis itu atau paling tidak mengurangkan dosnya.
Akhirnya saya mengambil keputusan untuk membelikan ini sebagai bekalan untuk mak dan ayah.....Performance Drink dan Fibre Plan Unflavoured dari Shaklee...


Minuman Fiber ini merupakan serbuk serat semulajadi yang tidak berperisa dan kaya dengan Vitamin C. Setiap hidangan Fiber Plan ini mengandungi 4 g serat larut air. Ianya juga dipercayai dapat mengawal kandungan gula dalam darah dan paras kolesterol serta dapat memperbaiki kesihatan jantung.
Sudah 3 hari mak dan ayah mengamalkan meminum Fiber ini setiap pagi sebelum mengambil sarapan. Hari ini, sepulangnya saya dari sekolah tadi, mak memberikan saya khabar gembira. "Tadi mak check darah, gula mak turun 4.6!!! Selalunya paling rendah pun mak dapat 7 atau 8, tak pernah dapat sampai macam ni.... " beritahu mak yang nampak gembira sangat dengan paras gula dalam darahnya. (Mak ayah saya memang ada kit pemeriksaan darah untuk diabetes. Jadi mereka boleh periksa kandungan gula sendiri secara teratur)
SubhanAllah!!!! Saya yang dengar macam nak melompat kesukaan. Alhamdulillah... setelah pelbagai petua, ubatan dan minuman yang mak ayah saya cuba.. akhirnya hari ini dia berjumpa dengan yang sesuai dengannya. Saya memang gembira. Apatah lagi nampaknya tiada kesan sampingan daripada minuman ini.Tenang sikit hati saya bila mengetahui minuman Fiber ini sesuai dengan kedua orang tua saya. Tidaklah saya susah hati mengenangkan keadaan kesihatan mak dan ayah di Mekah nanti.
___________________________
Gembira bukan.. gembira rasanya melihat yang tersayang sihat dan ceria dgn apa yang kita berikan.. Dan suplemen ni sekadar usaha atau ikhtiar kita kerana selebihnya adalah ketentuan Ilahi jua...Usha,doa,tawakal.. Akhir kata, Sekiranya ada di kalangan ahli keluarga anda mahupun saudara mara atau rakan-rakan yang mengidap diabetes, anda bolehlah syorkan beberapa produk Shaklee yang boleh membantu mengurangkan tahap gula dalam darah pesakit. InsyaAllah! Kesihatan itu adalah anugerah tak ternilai..Ia adalah nikmat yg tersembunyi ,bagaikan mahkota di atas kepala org yg sihat yg hanya dapat dilihat oleh orang2 yg sakit.. renung2kan...


credit to MamaFAiz


Fiber dan Zinc Membantu Turunkan Paras Gula Dalam Darah

Alhamdulillah syukur kepada Allah apabila ibu mendapat khabar berita yang menggembirakan. Auntie Sarimah yang masih di Miri mengkhabarkan bahawa teman pendidiknya yang mengidapi kencing manis kini dalam proses sembuh.

Teman Auntie Sarimah ini mengidap kencing manis dengan bacaan gula yang sangat tinggi iaitu 19 dan sering turun naik kandungan gulanya. Dek kerana bacaan gula yang sangat tinggi, teman Auntie Sarimah ini perlu menyuntik sendiri insulin ke dalam tubuhnya. Bayangkan betapa teruk keadaan temannya ini.

Maka Auntie Sarimah meminta pandangan ibu mengenai ini dan bertanya apakah supplement yang mudah dapat membantu temannya ini dapat mengawal kandungan gula dalam darahnya memandangkan telah banyak ubat dan supplement yang dicuba namun masih gagal. Ibu hanya menyarankan teman Auntie Sarimah ini mengambil zinc dan fiber unflavoured Shaklee sebagai tambahan memandangkan pihak hospital telah membekalkan vitamin lain seperti multivitamin dan b complex.

Mengapa zinc? Zinc membantu pankreas mengeluarkan insulin. Insulin penting untuk mengawal kandungan gula dalam darah. Manakala Fiber penting untuk menyerap semua lebihan gula dan lemak LDL dalam tubuh untuk disingkirkan semasa proses perkumuhan.

Gambar ihsan dr YSM

Percaya atau tidak, dalam masa 2 minggu, teman Auntie Sarimah ini bersungguh meminum fiber bersama zinc yang diberi oleh Auntie Sarimah. Bacaan gulanya sebelum mencuba adalah 19 dan hasilnya setelah 2 minggu kini bacaannya menjadi 6. Doktor sendiri terkejut apabila beliau mampu mengatasi masalah gula yang sangat tinggi yang memang menjadi masalah besar kerana turun naiknya bacaan gula selama ini. Kini teman Auntie Sarimah membuat pesanan kedua untuk zinc dan fiber unflavoured Shaklee demi memastikan gulanya di paras normal. Beliau sangat gembira kerana ditemukan dengan pemakanan yang membantunya mendapatkan kesihatan yang optimum.

Ibu doakan bagi mereka yang mencari supplement untuk ibubapa yang mengidap kencing manis boleh mencuba 2 supplement ini sebagai permulaan. Buat pengetahuan semua, zinc memang penting dalam kebanyakan proses dalam tubuh kita. Namun fiber adalah supplement yang tidak mengandungi apa2 zat selain membantu badan menyingkirkan lemak dan gula yang berlebihan dalam tubuh kita.

Bagi Auntie Sarimah pula, yang telah melahirkan anaknya yang ketujuh baru2 ini sangat gembira apabila anaknya kini hampir 2 bulan usianya telah mencapai berat hampir 5kg. Baby auntie Sarimah ini lahir dengan berat 3.1kg, dan auntie Sarimah memang seorang yang concern dengan perkembangan anak2nya. Memandangkan beliau telah melahirkan anak yang ke 7 beliau memang memastikan anak kecilnya mendapat khasiat yang cukup dari susuibu. Auntie Sarimah memberitahu kepuasannya kali ini adalah kerana beliau mengambil Shaklee sebagai set selepas bersalin berbeza dengan anak2 yang terdahulu. Yang penting zinc banyak membantu dalam pembesaran anak selama penyusuan susu ibu. Ia membantu agar proses pembesaran anak sentiasa meningkat.

Ibu doakan agar ramai ibu yang akan bersalin selepas ini mengambil vitamin dalam proses penyembuhan sekaligus dapat membekalkan vitamin yang berkualiti kepada si kecil melalui susuibu. Alhamdulillah ibu sendiri melalui proses penyembuhan selepas bersalin dengan hanya pengambilan vitamin lengkap dan hasilnya sangat membanggakan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...