Semalam saya terjumpa satu website yang mengatakan bovine gelatine yang digunakan oleh Shaklee Malaysia tidak halal. Si penulis telah mendapatkan kesahihan hal ini daripada Shaklee Canada. TETAPI, yang menjadi persoalannya kenapa perlu tanya pada Shaklee Canada sedangkan Shaklee menghasilkan produk untuk setiap Negara adalah berbeza. Produk yang dipasarkan di Malaysia, tidak sama dengan produk yang dipasarkan di Amerika, Kanada, Japan dan Negara-negara lain. Penghasilan untuk produk Negara Islam dan produk bukan Negara Islam juga berbeza. Saya bukan berkata-kata kosong kerana seorang daripada upline saya berkesempatan pergi ke kilang di US dan melihat sendiri proses pembuatan produk.
Mari ikuti kaji selidik yang dilakukan oleh rakan saya Hanis Amin
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Baru-baru ni bila saya baca tulisan pada botol OmegaGuard, dan perasan ianya ditulis
Manufactured by : Banner Pharmacaps (Canada) Ltd., 5807 47th Ave, Olds, Alberta, T4H1S7,Canada.
Manufactured for : Shaklee Corporation, Pleasonton, CA 9588 USA
Lantas saya terus teringat, suatu ketika dulu timbul isu tentang Halal-Haram bovine gelatine Shaklee bila ada seorang sahabat menjumpai satu blog yg mengandungi surat ditulis kepada Shaklee Canada tentang kehalalan bovine gelatine Shaklee. Pada masa tu, saya terfikir ‘Kenapa la orang itu pergi jauh-jauh bertanya pada Shaklee Canda sedangkan dia boleh bertanya pada Shaklee Malaysia’. Bila nampak tulisan di atas terus terfikir, mungkin ini penyebabnya, kerana tulisan di botol Shaklee bahawa ianya dibuat di Kanada. Kandungan blog tersebut menyatakan, Shaklee Canada tidak menjamin bovine gelatinenya halal tanpa mengetahui penghasilan vitamin Shaklee bagi setiap negara adalah berbeza.
