Terima Kasih Ye.. SMS 0199517292..Diskaun Menarik Menanti Anda

^^ JOIN & DAPATKAN DISKAUN UTK SETIAP PEMBELIAN^^

JOM SINGGAH on Facebook



DOA

" YA ALLAH, DENGAN RAHMATMU YANG MAHA PEMURAH LAGI LUAS KASIH SAYANGMU...
AKU MOHON KEPADAMU, AMPUNKANLAH DOSA2 IBU YANG MENYUSUKAN ANAKNYA... LAPANGKANLAH REZEKI MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELAPANGKAN REZEKI AKU SEPERTI AKU MENYUSUKAN KEDUA2 ANAKKU. LANCARKAN REZEKI SUSU ANAK MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELANCARKAN REZEKI SUSU BUAT ANAK2KU.
SESUNGGUHNYA ENGKAU SANGAT KAYA DENGAN KASIHMU, PERKENANKANLAH DOAKU INI DAN SEMOGA ALLAH MENEMPATKAN KEDUA IBU BAPAKU KE DALAM SYURGAMU... AMIN..."
Memaparkan catatan dengan label OsteMatrix. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label OsteMatrix. Papar semua catatan

Khamis, 14 Mac 2013

Ostemetrix Shaklee: Tiada Sembelit..! Tiada Kejang..! Hidup Lebih Sihat



Antara Kepentingan Kalsium dalam diet seharian : 
  • Kepentingan Kalsium untuk wanita hamil- kurangkan komplikasi semasa meneran
  • Osteoporosis penyakit senyap & serius. Mengapa terjadi dan bagaimana mencegahnya?
  • Peranan kalsium sebagai 'milk booster'
  • Masalah Migrain & apa peranan kalsium
Hari ni Jom baca perkongsian dari blog kak N. Pengalaman beliau dalam mengamalkan Shaklee Ostematrix. Sebelum itu, apa Ostematrix secara ringkasnya :

Ostematrix (Kalsium, Magnesium & Vitamin D) ~Ostematrix Shaklee mengandungi Kalsium, Magnesium,Vitamin D)

Tingkatkan Penyerapan Kalsium dengan OsteMatrix™





Bagaimana memilih supplemen kalsium yang betul?



  1. Pilih produk yang ada Vitamin D dan magnesium - Kenapa ek? Kerana Magnesium membantu penggabungan kalsium dengan tulang dan Vitamin D meransang penyerapan kalsium
  2. Elakkan produk yang dibuat dari tulang dan dolomite. Kenapa ek..? Untuk mengelakkan keracunan plumbum.
  3. Elakkan mineral chilated. Kenapa ek..? Kerana proses tersebut boleh menyebabkan tubuh menyerap logam berat tercemar dan toksin ketika dlm proses menyerap mineral.

Rabu, 6 Mac 2013

Tak suka SUSU?? Tanda-tanda Kekurangan Kalsium


Semua orang tahu bahawa kalsium penting utk kesihatan tulang.. bagi yang kurang ambik susu, anda sangat2 digalakkan mengambil kalsium dalam bentuk tablet utk kesihatan yang berpanjangan..

Nak tahu tips memilih kalsium yang premium tak?? KLIK SINI

Selain utk kesihatan tulang, kalsium juga bagus utk kesihatan yang menyeluruh... Jom baca 10 KEBAIKAN KALSIUM yang perlu anda tahu




"Kalsium adalah mineral yang terbanyak terdapat dalam badan kita iaitu lebih daripada 90% bahan keras dalam tulang dan gigi. Ia diperlukan untuk pembentukan dan bagi mengekalkan tulang yang kuat serta gigi yang sihat. Ia juga untuk pembekuan darah, penghantaran gerakbalas saraf, dan kontraksi otot. Peranan penting kalsium ialah mencegah penyakit osteoporasis. "

Berapa banyak kalsium diperlukan?? 

Institut kesihatan Kebangsaan mengesyorkan 1000mg sehari bagi wanita dan 1500mg bagi wanita pasca putus haid. Kecuali anda seorang "kaki susu" serta cermat memakan, adalah sukar untuk memperolehi jumlah kalsium ini menerusi diet sehari-hari. Kebanyakan wanita menghadkan pengambilan susu dan keju kerana kalorinya... tetapi sebenarnya, pengambilan purata bagi wanita hari ini ialah kurang dari 600mg kalsium sehari, inilah sebab utama kita wanita dilanda wabak osteoporosis.

Selasa, 5 Mac 2013

Supplement Vs Kesuburan :: 7 Supplemen asas untuk Meningkatkan Kesuburan

★ 7 Nutrisi untuk meningkatkan Kesuburan ★

Bagi yang susah mendapat anak, anda patuh cuba vitamin yang dicadangkan. Semoga bermanfaat untuk masalah kesuburan anda.. Sapa yang taknak anak kan?? Tujuan utama sebuah perkahwinan adalah untuk menyambung zuriatkan..


Semoga bermanfaat untuk anda::




Tentunya ramai yang sudah tahu bahawa untuk anda boleh hamil dengan mudah terdapat sejumlah nutrisi yang perlu dipenuhi untuk mendukung program hamil. Selain untuk kesihatan orgran reproduksi atau kesuburan secara keseluruhan, terpenuhinya dan nutrisi ini juga bermanfaat untuk calon bayi yang ada dikandung kelak. Nah, nutrisi apa sajakah itu?

Banyak mitos yang berkembang di masyarakat bahwa vitamin tertentu dapat menambah kesuburan. Misalnya, pasangan suami-istri dianjurkan banyak makan kacang cambah kerana mengandungi vitamin E yang baik untuk kesuburan.

Pendapat itu hanya separuh benar. Meskipun vitamin E diperlukan untuk kesuburan, vitamin tersebut bukanlah satu-satunya yang Anda perlukan. Anda memerlukan kombinasi sejumlah vitamin lain dan mineral untuk menjaga fertilitas. 


 Berikut adalah tujuh nutrisi yang bila diambil secara seimbang akan menambah kesuburan Anda:

► 1. Vitamin E



Jumaat, 1 Mac 2013

10 kebaikan Kalsium yang perlu anda tahu.. Jangan Abaikan Keperluaan KALSIUM



_____________________________
Apa kata harini luangkan masa 10min utk membaca info tentang kesihatan. Saya nak berkongsi info tentang kalsium. Biasanya, kalsium dikaitkan dengan tulang dan gigi..kan kan .. tetapi tahukah anda apa kebaikan kalsium yg lain?.. Mari baca

10 Kebaikan Kalsium:
Kalsium merupakan mineral yang penting bagi tulang, gusi dan gigi yang sihat. Doktor mungkin akan mencadangkan wanita untuk mengambil makanan tambahan kalsium apabila terdapat tanda-tanda awal masalah tulang seperti osteoporosis atau osteopenia.
  • Menguatkan Tulang – Kalsium menguatkan tulang belakang dan memastikan bentuk yang betul kepada badan selain daripada mengurangkan risiko sakit belakang. Kalsium membantu menjadikan tulang berada dalam keadaan yang baik dan mencegah sakit tulang seperti artritis dan   osteoporosis yang boleh menjejaskan pergerakan bebas selain dari menjadi amat menyakitkan.
  • Mencegah Obesiti - Kalsium dapat membantu dalam mengekalkan berat badan optimum bagi lelaki dan perempuan. Jika terdapat mana-mana kekurangan kalsium dalam diet anda, badan akan cenderung untuk melepaskan hormon paratiroid, yang seterusnya merangsang tulang untuk melepaskan kalsium ke dalam aliran darah anda untuk mengimbanginya. Dari segi lain, hormon paratiroid juga merangsang pengeluaran lemak dan mencegah pembuangannya, yang sekali lagi boleh membuat anda gemuk. Jadi pastikan anda mengambil jumlah kalsium yang betul, supaya obes tidak terjadi dengan bahaya kesihatan lain yang berkaitan.


Ostematrik .. bukan sekadar kalsium tetapi kalsium terbaik.. No more Cramp & Sakit Gigi..huhu


Offer of the month adalah OSTEMATRIK (Beli 6 percuma 1)... suka sangat.. bulan nie nak kena simpan stok ostematrik banyak.

Kenapa saya sukakan OSTEMATRIK nie, sebab utamanya x more cramp waktu malam.. no more sakit gigi (sengal gigi gitu).. dah jadi macam pain killer lak.. time2 sengal gigi menyerang, telang 2bj Ostematrik..alhamdulillah terus hilang..

Jom baca apa kelebihan ostematrik shaklee nie.. kalsium yang lengkap dengan vitamin D dan magnesium


Perbezaan Shaklee

-   Kalsium yang isinya seimbang memastikan kadar penyerapan sehingga 99%.

-   Formulanya unik dibuat dari mineral semeulajadi dan garam mineral dari Laut Mati, mengandungi Kalsium, Magnesium, fosforus, dan vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron.

-   Nutrient- nutrient ini perlu diambil bersama-sama untuk penyerapam oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral.

-    Kajian membuktikan supplemen kalsium akan meningkatkan ketumpatan tulang wanita yang berumur secara berkesan.

Jumaat, 5 Oktober 2012

Buasir oh Buasir.. Ketahui punca dan cara penyelesaian



Hari ni nak share sikit tentang buasir yang diambil dari Facebook Nurul. Info yang sangat menarik…


Buasir merupakan penyakit yang terjadi pada bahagian dubur. Ia dapat dikesan dengan adanya pembengkakan pada saluran dubur. Selalunya, pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit. Bengkak yang terjadi adalah disebabkan oleh pengembangan saluran darah pada bahagian dubur atau ketumbuhan sel-sel yang melapisi saluran dubur. Selain bengkak pada saluran dubur, pendarahan semasa membuang air besar juga terjadi disebabkan oleh luka yang terjadi apabila najis keras bergesel dengan buasir.
Pada kebiasaannya buasir terjadi selepas mencapai umur 50 tahun. Namun, ada juga di antara kita yang mengalami masalah buasir di usia muda….dan buasir juga sering terjadi di kalangan ibu-ibu mengandung disebabkan oleh janin yang membesar di dalam rahim ibu menekan saluran darah pada kawasan dubur sehingga menyebabkan berlakunya buasir..
Beberapa cadangan supplement disarankan untuk membantu masalah buasir anda…Antaranya ialah…OSTEMATRIX, OMEGA GUARD dan ZINC COMPLEX…Mari kita lihat apa kata mereka yang dah cuba….happy

♥ OMEGA GUARD : Baik untuk sendi/otot…Pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit. Jadi, OMEGA membantu untuk mengecutkan otot yang bengkak tersebut.

Selasa, 11 September 2012

Tips Hilangkan Lenguh & Kebas Kaki Ketika Mengandung..


gambar : ihsan Mr. Google


Wanita yang hamil kebiasaanya akan mengalami lenguh kaki atau kebas pada kaki.

Mengikut Danforth's Obstetrics and Gynecology, wanita yang memasuki trimester 3 akan mula mengalami lenguh kaki atau kebas pada kakinya.

Kenapa ini berlaku?

Mekanismanya mudah sahaja kerana berlakunya pertambahan berat badan akibat daripada pembesaran bayi. Pertambahan berat badan ini telah menganggu kitaran darah untuk sampai ke sel-sel kaki dengan sempurna.
Dan tindakan refleks daripada saraf pada sel kaki inilah akan mencetuskan rasa lenguh dan kebas.


Sabtu, 1 September 2012

Pengalaman penyusuan Azie, syukur ditemukan dengan Shaklee.



Salam sejatera.

Tersenyum saya sampai ke telinga. Gembira! Alhamdulillah.
Memang, antara perkara yang membahagikan saya bila saya dapat membuat orang lain merasa gembira. Feedback yang diterima dari ibu-ibu menyusu yang merasa lebih sihat, cergas dan lebih yakin untuk meneruskan penyusuan selepas mengamalkan Shaklee. Salah seorang dari mereka yang saya nak share pada entry kali ni. Saya kongsikan pengalaman Azie dari JB, saya ambil dari blog beliau. Asalnya cuma sebagai pengguna, jatuh hati, yakin dan terus menjadi wakil Shaklee di Johor Bahru. Pada mulanya Azie hanya mencuba set asas kemudian mencuba tambahan oste & ESP, set terbaik untuk ibu-ibu menyusu.

Jom layan....

********

Post kali ni Azie nk share experience masa memula kenal produk Shaklee.. Maklum la, masa dapat anak pertama dulu, kurang mahir sikit dunia internet ni.. Jadi kurang la didedahkan dengan khasiat baby dengan susu ibu, apatah lagi masa tu usia tengah remaja la kononnya..


Lepas bersalin anak kedua ni, hati berkobar2 la nk BF sbb da tau khasiat susu ibu yang Allah bagi ini mmg terlalu bernilai untuk dibazirkan. Tapi hajat terbantut sebab susu memang kurang, dan akhirnya baby mcm meradang.. Last2 bagi jugek la susu formula bagi mengelak baby terus meradang.

ala, tomeinyaaa...

Khamis, 16 Ogos 2012

Vitamin Shaklee Buat Ibu Hamil.. Berikan terbaik untuk anda dan baby anda




Cadangan vitamin untuk ibu hamil.


OsteMatrix(calcium magnesium) - 4 biji sehari

Ibu yang mengandung memerlukan 1000mg-1300mg sehari. Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Kiranya 3 in 1 la..Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium. Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya..vitmain D pula untuk merangsang penyerapan kalsium. Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu. Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna. Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.Sekiranya ibu mengandung kekurangkan kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua.


Energizing Soy Protein - minum sehari sekali

Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui se-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit. ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah. Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3 bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus.

Jumaat, 20 Julai 2012

Suplemen Untuk Perokok


Jika anda seorang perokok, adalah PERLU untuk melindungi badan anda sebanyak mungkin daripada kesan-kesan negative akibat merokok. Vitamin-vitamin penting seperti vitamin B, vitamin C, D dan E akan ’hilang’ dengan merokok. Vitamin ini mengawal fungsi badan yang penting dan membantu mencegah perkembangan penyakit.

 

Kenapa perlunya Vitamin C untuk perokok?
 
Oksida di dalam asap rokok mempercepatkan metabolisme vitamin C, menyebabkan bekalan vitamin ini menjadi berkurangan. 
Pengambilan tambahan Vitamin C boleh mengembalikan tahap Vitamin C pada darah perokok kepada normal. 

Penyelidik di Hospital Veterans Pentadbiran di Pennsylvania mendapati bahawa tahap normal vitamin C boleh melindungi perokok tegar dari keracunan darah. Kerana vitamin C juga membantu mengawal jumlah kolesterol  di dalam darah, kekurangan Vitamin C boleh merosakkan keupayaan badan untuk menukar kolesterol ke 
hempedu. 


Jumaat, 13 Julai 2012

10 Sebab Kenapa Anda Perlukan Set Penyusuan





Alhamdulillah saban hari ramai ibu2 yang berpuas hati dengan set penyusuan. Rata-rata menyatakan kesan yang sangat baik dari segi kuantiti dan  kualiti susu ibu itu sendiri. Antaranya ada yang memberitahu sesu bertambah pekat & banyak. Set penyusuan bukan sekadar MILK BOOSTER semata-mata tetapi mempunyai banyak kebaikan yang lain apabila anada mengambil set penyusuan.

D i antara kelebihannya adalah :

Vitamin C - Berupaya meningkatkan sistem imun untuk ibu & baby, di mana badan ibu dan baby akan menjadi lebih kuat dan sukar dijangkiti penyakit. Jika deman sekali pun, kita akan cepat sembuh. Ianya juga sangat penting untuk membentuk kolegen yang penting utk kulit cantik berseri.

Vitamin B  - "B for Beauty", vitamin yang menjadikan kulit anda lebih berseri dan pada masa yang sama bertindak sebagai penenang dan berupaya menstabilkan emosi ibu

Multivitamin dengan Zat Besi (Vitalea) - Multivitamin terbaik yang mampu memberikan tenaga kepada ibu, mengurangkan masalah cepat letih dan lesu dan menjadikan ibu segar bertenaga sepanjang hari selain memastikan ibu dan baby dalam keadaan sihat.

Alfafa - bertindak sebagai MILK BOOSTER, juga sangat bagus dalm menyelesaikan banyak masalah wanita termasuk keputihan, kekering ketika bersama, mampu melawaskan dan juga membuang toksin dalam badan serta membantu mengurangkan eczema

Isnin, 2 Julai 2012

Vitamin Tambahan Untuk Wanita Mengandung.


Testimoni dari Kak Farah Wahida.
Klik untuk saiz image lebih besar. :)
Siapa tak nak kesihatan yang baik sepanjang mengandung kan? Kurang alahan, tak ada masalah kurang darah, happy, tidak stress, bersemangat dan bertenaga. Siapa tak nak? Ha? Siapa tak nak? Cuba angkat tangan. Aku nak tengok siapa. 
I don't have any experience pon mengandung bersama Shaklee. Saya bercinta dengan Shaklee selepas bersalin. Sebab masa tu kurang ilmu tak tahu yang Shaklee ada vitamin untuk pregnancy jugak. Bila dah join Shaklee dan gali ilmu, baru tahu yang Shaklee sangat pelbagai untuk macam-macam masalah kesihatan. Sampaikan untuk pregnancy pon ada. Sangat rugi terasa diri. I promise to myself yang saya akan gunakan Shaklee sebagai vitamin saya jika saya mengandung yang akan datang. Ewah ewah. Macam ada hati je nak bagi Najah adik? Jeng jeng jeng. :p
Jadi, apa yang ada dalam vitamin pregnancy Shaklee?
Set J1 (1st Trimester)
1. Vita-Lea with Iron
2. Vitamin C
3. B Complex
4. Ostematrix

Set J2 (2nd Trimester and above)
1. Vita-Lea with Iron
2. Vitamin C
3. B Complex
4. Ostematrix
5. Omega

Rabu, 13 Jun 2012

Testimoni Set 3M: Super Duper Milk Booster


* Testimoni ini adalah pengalaman customer dan hasil dari setiap consumer mungkin berbeza. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan penyakit. Sila konsult dengan pengedar anda untuk lebih lanjut.


Salam semua...sekadar berkongsi pengalaman seorang pelanggan Wondermum, Hazlina Din...


fb


Sudah tentunya beliau mengamalkan Set 3M: Super Duper Milk Booster...


Set ini terdiri daripada:
  1. Set B : Breastfeeding (B Complex, Alfalfa, Vitalea dan Vitamin C)
  2. Energizing Soy Protein
  3. Ostematrix

Sabtu, 2 Jun 2012

Atasi masalah keletihan Si Suami..Set utk suami - Vitamin E & Ostematrik Shaklee


 Anda mahupun pasangan anda sering keletihan? Sering sakit belakang, susah tidur malah sukar bangun tidur? Keletihan yang melampau secara berterusan begini akan menjejaskan keintiman suami isteri. Tidakkah anda mahu mendapatkan pemakanan tambahan yang membantu anda atasi masalah ini?


Ramai isteri yang bertanya apakah supplement yang sesuai untuk suami yang sering keletihan malah selalu mengadu sakit belakang....jom dapatkan dua vitamin ini untuk anda dan pasangan.

Dapatkan vitamin utk yang tersayang, utk bulan June dengan HARGA RUNTUH




* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.







Sila PM utk mendapatkan detail mengenai produk:

Email - pokoksena85@yahoo.com
SMS / Whatsapp - 0199517292
FB - http://www.facebook.com/pokoksena85
Fan Page - http://www.facebook.com/JomSinggah09
Your Shaklee Independent Distributor (ID - 854784)

Untuk Jawapan Segera -->> ISI FORM INI   




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...