Terima Kasih Ye.. SMS 0199517292..Diskaun Menarik Menanti Anda

^^ JOIN & DAPATKAN DISKAUN UTK SETIAP PEMBELIAN^^

JOM SINGGAH on Facebook



DOA

" YA ALLAH, DENGAN RAHMATMU YANG MAHA PEMURAH LAGI LUAS KASIH SAYANGMU...
AKU MOHON KEPADAMU, AMPUNKANLAH DOSA2 IBU YANG MENYUSUKAN ANAKNYA... LAPANGKANLAH REZEKI MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELAPANGKAN REZEKI AKU SEPERTI AKU MENYUSUKAN KEDUA2 ANAKKU. LANCARKAN REZEKI SUSU ANAK MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELANCARKAN REZEKI SUSU BUAT ANAK2KU.
SESUNGGUHNYA ENGKAU SANGAT KAYA DENGAN KASIHMU, PERKENANKANLAH DOAKU INI DAN SEMOGA ALLAH MENEMPATKAN KEDUA IBU BAPAKU KE DALAM SYURGAMU... AMIN..."
Memaparkan catatan dengan label Diabetes (Kencing Manis). Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Diabetes (Kencing Manis). Papar semua catatan

Sabtu, 9 Jun 2012

Kaitan Diabetes (Kencing Manis) dengan Sakit Jantung & Darah Tinggi



Pernahkah anda dengar tentang Penyakit 3 Serangkai – diabetes atau kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung? Kata orang, kalau dah kena kencing manis memang tinggi risiko nak kena kembar dia, sakit jantung. 


Tahukah anda bahawa kencing manis sebenarnya tak menjadikan seseorang menghidap darah tinggi dan sakit jantung, sebaliknya ia adalah kesan sampingan daripada ubat kencing manis.
Ini kerana ubat adalah jenis drug (dadah) yang bukan komponen tubuh. Ia mengurangkan simptom sesuatu penyakit tapi mempunyai kesan sampingan.

Khamis, 29 Mac 2012

Bacaan Gula Turun Dari 24 Ke 9! (Testimoni Diabetes)



Sepanjang menjalankan bisnes Shaklee secara online, saya sememangnya jarang bertemu customer kerana segala urusan penghantaran produk diuruskan menggunakan khidmat national courrier (PosLaju/ CityLink/ GDex). Jika bertemu customer pun, biasanya saya berjumpa dengan customer yang muda jelita, ataupun diwakilkan oleh suami mereka.

tq to genkimomma.net for sharing info & testimonie

Namun, tanggal 4 Mac 2012 merupakan pertama kali saya berpeluang untuk bertemu dengan customer warga emas, iaitu bapa kepada salah seorang loyal customer saya, Puan Aznie. Pakcik ini menghidapi kencing manis, dan telah mencuba pelbagai produk di pasaran untuk merawat diabetes tersebut. Namun, hasilnya kurang menggembirakan.

Panggilan telefon dari Aznie pada pagi 4 Mac tue memang mengejutkan saya kerana beliau sanggup datang dari Gemas ke Nilai (hampir 2 JAM perjalanan!), semata-mata untuk self-pick up Shaklee Fiber Unflavored buat ayahnya. Beliau risau kerana bacaan gula ayahnya naik dengan mendadak dan amat tinggi, iaitu 24!

Jujurnya, saya tambah terkejut apabila melihat pakcik ini turun dari kereta. Pengalaman pertama buat saya memberi konsultasi secara terus kepada warga emas (selain daripada ibu & ibu mertua lah), dan pastinya tidak saya lupakan sampai bila-bila!

Selepas seminggu, saya bertanyakan kepada Aznie tentang keadaan ayahnya...

"ade kak dr 24 trun jd 16 kna byk gak trun tp ayh ambil 3 kali sehari, coz ambil 2 kali tu x berhasil nk tgu smgu ni trun lagi x bacaan gula tu" -Aznie, 12 Mac.


"3 kali sehari 1 teh fiber kak, mugkin yah sy dah berumur tu lambt skit darah nk trun, ari ni bacaan da jd 9 sblm bfst, alhamdullah kak, kalau ada produk yg lebih kurang mcm fiber yg ayah sy amik tu akak bg tau ye terima kasih byk2 ka arnie.." -Aznie, 14 Mac.


Alhamdulillah, syukur kepada Allah!

Sekali lagi ingin saya ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada Aznie di atas kesudiaannya drive jauh-jauh selama 2 JAM untuk mendapatkan stok Shaklee Fiber Unflavored dari saya, demi ayah kesayangan!

Uniknya, itu merupakan stok terakhir Shaklee Fiber Unflavored yang ada di tangan saya, dan sudah pastinya menjadi kenangan manis sepanjang menjalankan bisnes online Shaklee ini. Seperti ramai yang sudah maklum, penjualannya telah ditamatkan di atas sebab-sebab tertentu.

Semoga lepas ini akan ada produk yang setanding atau lebih baik dari Shaklee Fiber Unflavored yang mempunyai permintaan tinggi ini... Insya Allah! (^_-)

*
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Bg yang kekangan kewangan, sila contact utk mendapat harga istimewa:



Email - pokoksena85@yahoo.com
SMS - 0199517292
Fanpage - JOM SINGGAH

Rabu, 1 Februari 2012

Diabetis / Supplemen untuk pesakit kencing manis


Dalam badan, gula ditukar pada glukos. Glukos masuk ke dalam saluran darah dan dalam sel badan untuk ditukar kepada tenaga.

Insulin merupakan hormon tunggal untuk menukarkan gula ke glukos. Biasanya pankreas akan bertindak merembeskan insulin dengan sendirinya mengikut keadaan.

1. Apabila paras gula tinggi- insulin dikeluarkan
2. Apabila paras gula rendah - insulin tidak dikeluarkan.

Namun, diabetis berlaku apabila insulin tidak melakukan tugasnya.

Diabetis type 1:
Imun sistem menyerang pankreas dan memusnahkan kebolehan untuk menghasilkan insulin. Pesakit akan bergantung pada suntikan insulin.

Diabetis type 2:
Pesakit tidak boleh menggunakan semua insulin yang dihasilkan. Bagi wanita, penghasilan hormon testosteron yang berlebihan mungkin menjadi faktornya.

Kadar metabolisma dan diabetis
Diabetis menyebabkan kita berasa lapar walaupun sebenarnya kita sudah kenyang.

Selalunya bile kita makan, insulin akan menukarkan gula menjadi glukos dan masuk ke dalam sel dan kita bertenaga. Jika kekurangan insulin, otot dan muscle gagal mendapat gluskos ini. Kita penat dan lapar.

Cut the risk:
1. Buat pemeriksaan kesihatan.

2. Turunkn berat badan ke berat ideal.

3. Kurangkan lemak dalam diet harian.

4. Bersenam.

Supplement yang boleh membantu pesakit diabetis

Vitamin C : Meningkatkan penghasilan insulin
Zink : Memperkuatkan insulin
Fiber Unfloured: Mengawal paras gula dan kolestrol dalam darah

credit 

Jumaat, 16 Disember 2011

Kelebihan bawang putih untuk mengawal tekanan darah, kencing manis, ulser dan cirit birit

Percaya tak bawang putih yang kita sering buat bahan tumisan tu mempunyai pelbagai khasiat semulajadi. Bukan sekadar merawat sakit-sakit biasa, malah penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi, kencing manis, ulser, cirit birit dan sebagainya. Berikut adalah penerangan mengenai bawang putih dan bagaimana ia bertindak sebagai penawar untuk merawat pelbagai jenis penyakit.


Bawang Putih dalam rawatan Tekanan Darah

Ada laporan yang mengatakan, beratus-ratus ahli perubatan mendapati bahawa bawang putih adalah salah satu tumbuhan yang paling selamat dan boleh diharapkan untuk melegakan masalah tekanan darah tinggi. Ini kerana bawang putih memenuhi semua keperluan agen terapeutik yang baik untuk mengurangkan tekanan darah.

Malah menurut pengarang buku yang bertajuk " My Experience with Living Food " menyatakan bawang putih telah menurunkan tekanan darah tinggi dan menaikkan tekanan darah apabila berada di tahap yang rendah.

Bawang putih dalam rawatan Diabetis @ kencing manis

Seseorang yang mendapat penyakit kencing manis mempunyai asid yang berlebihan (asidosis) dan asidosis ini akan bertindak mengambil kalium dari tubuh sehingga boleh berlaku keadaan tidak sedarkan diri atau koma pada pesakit.

Bawang putih pula mengandungi galian-galian yang tertentu yang terbukti bernilai dalam metabolisme karbohidrat. Bawang putih kaya dengan kalium, 529 mg bagi setiap 100 gm.
Selain kalium, bawang putih juga kaya dengan zink, mangan dan sulfur dan ke semua galian ini berupaya dalam merawat penyakit kencing manis.



Bawang Putih dalam rawatan Ulser

Bawang putih yang mengandungi vitamin C adalah baik dan berupaya untuk merawat masalah ulser. Beberapa orang penyelidik telah menunjukkan bahawa vitamin C adalah baik untuk kes-kes ulser. Kekurangan vitamin C akan menyebabkan ulser perut dan duodenum.





Bawang Putih dalam rawatan Cirit Birit


Bawang putih berkesan dalam mengubati cirit birit dengan bertindak dalam tiga cara iaitu menenang, membersih dan mengurangkan inflamasi. Bawang putih seakan-akan mempunyai kesan dadah. Bawang putih membuatkan sakit perut, cirit birit dan sakit usus sembuh tanpa menyebabkan sembelit.


Credit

Selain dari ini, bawang putih juga baik dan berkesan dalam terapi untuk merawat penyakit yang berkaitan permasalahan wanita, arthritis, anemia, sakit perut, pernafasan dan kolestrol.

Jika berminat untuk mencari alternatif panyakit kronik dengan bawang putih, boleh juga mendapatkan


Garlic dari Shaklee.




Istimewanya Garlic dari Shaklee ini adalah
  • Memelihara tahap kesihatan mikro organisma penting.* 
  • Formulasi Shaklee yang unik.* 
  • Menggabungkan faedah kesihatan bawang putih dengan faedah antioksidan spearmint dan rosemary.*
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Credit

Selasa, 4 Oktober 2011

Fiber & Lechtin Shaklee pilihan bijak untuk diet sihat


Pengambilan supplemen yang betul membantu anda untuk kekal sihat dan menjayakan program menurunkan berat badan anda. Tak percaya? Jom baca testimonial ini.





"seronok sebab ade orang tegur semalam baju kurung yang yana pakai nampak longgar..! suke..suke..suke...!!!!! ~kata Lyana Shaklee (turuun 4kg dlm 4hari)

"waktu pregnantkan Adam dan Eilman, kena Gestational Diabetes (diabetes waktu mengandung) rasa seksa je nak tahan makan ABC, coklat, nasik hehe yelah, selera org pregnant, nk yg sedap2 aje..so, Adaa ambil lah Fiber..lepas makan bende2 manis yang agak2 boleh menaikkan bacaan gula dlm darah ( nk mkn jugak tuh bende manis hehe) adaa ambil Fiber dan Alhamdulillah bacaan terkawal je n baby lahir pon x besar sgt..3.2kg.. now, Fiber bantu nk slim lak 2kg dh dibuang yes!! LOVE IT hehe berbaloi baloi.. " ~Noor Syuhada

"Sudah 3 hari mak dan ayah mengamalkan meminum Fiber ini setiap pagi sebelum mengambil sarapan. Hari ini, sepulangnya saya dari sekolah tadi, mak memberikan saya khabar gembira. "Tadi mak check darah, gula mak turun 4.6!!! Selalunya paling rendah pun mak dapat 7 atau 8, tak pernah dapat sampai macam ni.... "" ~Customer rakan ShakleeGBS

Credit

Mak mertua saya pun begitu juga. Semasa raya yang lepas, saya telah menghadiahkannya Fiber untuk diamalkan. Weekend baru ni, dia cerita hasil check up doktor, paras gula dan tekanan darah ok. Tak ada kencing manis, tak ada darah tinggi, tak ada tekanan darah. Syukur Alhamdulillah.

Order jangan tak order!!!

Gabungan Fiber & Lecitin Shaklee sesuai untuk

  • program turunkan berat badan
  • diet pesakit kencing manis
  • kurangkan kolestrol dalam badan

Berminat utk mendapatkan vitamin dengan harga murah..SMS 0199517292 or email pokoksena85@yahoo.com.

    Jumaat, 2 September 2011

    Cerita pesakit diabetes yang mencuba Shaklee Fiber Unflavored


    Pagi ni saya nak berkongsi info ttg diabetes,dipetik dari blog Lyana ni..
    ______________________________________________________
    Diabetes tidak boleh dipandang ringan..kerana bagi pengidap diabetes atau kencing manis, pada satu tahap tertentu sekiranya paras gula dalam badan mereka tidak terkawal, ia akan boleh menjejaskan semua organ dan sistem badan seperti kegagalan ginjal, mata, jantung, hati dan pelbagai lagi yang kadangkala boleh membawa maut. Sebab itulah diabetes digelar sebagai "Silent Killer" atau Pembunuh Senyap. Kebiasaannya diabetes lebih senang menyerang golongan yang berusia...namun kini golongan muda juga kanak-kanak ada yg mengidap diabetes disebabkan faktor pemakanan yang tidak sihat
    ___________________________________________________
    Dan ini, kisah ibu Puan Intan, juga dipetik dari blog Lyana..
    Jom baca testimoni ibu Puan Intan (Pasir Gudang) yang bacaan gula dalam darah beliau turun hanya selepas 3 hari mengamalkan Fiber Plan Unflavoured.

    "Mak dan ayah merupakan penghidap diabetes. Namun, paras gula dalam darah mak lebih tinggi berbanding ayah. Dah lama mak saya menghidap sakit ini, iaitu sejak hamil adik saya yang bongsu, berterusan hingga sekarang. Kedua-duanya bergantung kepada ubat. Bermakna ianya masih terkawal kerana masih mampu bergantung pada ubat dan belum lagi suntikan insulin. Mungkin berkat mak dan ayah menjaga pemakanan mereka sehari-hari. Ketika menjalani pemeriksaan bakal Haji, mak saya didapati paras kolesterol mak saya juga melebihi tahap yang sepatutnya. Mak telah dinasihati mengambil pula ubat mengawal kolesterol.

    Namun saya terfikir, alangkah baiknya kalau mak dan ayah tidak bergantung lagi kepada ubat kencing manis itu atau paling tidak mengurangkan dosnya.
    Akhirnya saya mengambil keputusan untuk membelikan ini sebagai bekalan untuk mak dan ayah.....Performance Drink dan Fibre Plan Unflavoured dari Shaklee...


    Minuman Fiber ini merupakan serbuk serat semulajadi yang tidak berperisa dan kaya dengan Vitamin C. Setiap hidangan Fiber Plan ini mengandungi 4 g serat larut air. Ianya juga dipercayai dapat mengawal kandungan gula dalam darah dan paras kolesterol serta dapat memperbaiki kesihatan jantung.
    Sudah 3 hari mak dan ayah mengamalkan meminum Fiber ini setiap pagi sebelum mengambil sarapan. Hari ini, sepulangnya saya dari sekolah tadi, mak memberikan saya khabar gembira. "Tadi mak check darah, gula mak turun 4.6!!! Selalunya paling rendah pun mak dapat 7 atau 8, tak pernah dapat sampai macam ni.... " beritahu mak yang nampak gembira sangat dengan paras gula dalam darahnya. (Mak ayah saya memang ada kit pemeriksaan darah untuk diabetes. Jadi mereka boleh periksa kandungan gula sendiri secara teratur)
    SubhanAllah!!!! Saya yang dengar macam nak melompat kesukaan. Alhamdulillah... setelah pelbagai petua, ubatan dan minuman yang mak ayah saya cuba.. akhirnya hari ini dia berjumpa dengan yang sesuai dengannya. Saya memang gembira. Apatah lagi nampaknya tiada kesan sampingan daripada minuman ini.Tenang sikit hati saya bila mengetahui minuman Fiber ini sesuai dengan kedua orang tua saya. Tidaklah saya susah hati mengenangkan keadaan kesihatan mak dan ayah di Mekah nanti.
    ___________________________
    Gembira bukan.. gembira rasanya melihat yang tersayang sihat dan ceria dgn apa yang kita berikan.. Dan suplemen ni sekadar usaha atau ikhtiar kita kerana selebihnya adalah ketentuan Ilahi jua...Usha,doa,tawakal.. Akhir kata, Sekiranya ada di kalangan ahli keluarga anda mahupun saudara mara atau rakan-rakan yang mengidap diabetes, anda bolehlah syorkan beberapa produk Shaklee yang boleh membantu mengurangkan tahap gula dalam darah pesakit. InsyaAllah! Kesihatan itu adalah anugerah tak ternilai..Ia adalah nikmat yg tersembunyi ,bagaikan mahkota di atas kepala org yg sihat yg hanya dapat dilihat oleh orang2 yg sakit.. renung2kan...


    credit to MamaFAiz


    Fiber dan Zinc Membantu Turunkan Paras Gula Dalam Darah

    Alhamdulillah syukur kepada Allah apabila ibu mendapat khabar berita yang menggembirakan. Auntie Sarimah yang masih di Miri mengkhabarkan bahawa teman pendidiknya yang mengidapi kencing manis kini dalam proses sembuh.

    Teman Auntie Sarimah ini mengidap kencing manis dengan bacaan gula yang sangat tinggi iaitu 19 dan sering turun naik kandungan gulanya. Dek kerana bacaan gula yang sangat tinggi, teman Auntie Sarimah ini perlu menyuntik sendiri insulin ke dalam tubuhnya. Bayangkan betapa teruk keadaan temannya ini.

    Maka Auntie Sarimah meminta pandangan ibu mengenai ini dan bertanya apakah supplement yang mudah dapat membantu temannya ini dapat mengawal kandungan gula dalam darahnya memandangkan telah banyak ubat dan supplement yang dicuba namun masih gagal. Ibu hanya menyarankan teman Auntie Sarimah ini mengambil zinc dan fiber unflavoured Shaklee sebagai tambahan memandangkan pihak hospital telah membekalkan vitamin lain seperti multivitamin dan b complex.

    Mengapa zinc? Zinc membantu pankreas mengeluarkan insulin. Insulin penting untuk mengawal kandungan gula dalam darah. Manakala Fiber penting untuk menyerap semua lebihan gula dan lemak LDL dalam tubuh untuk disingkirkan semasa proses perkumuhan.

    Gambar ihsan dr YSM

    Percaya atau tidak, dalam masa 2 minggu, teman Auntie Sarimah ini bersungguh meminum fiber bersama zinc yang diberi oleh Auntie Sarimah. Bacaan gulanya sebelum mencuba adalah 19 dan hasilnya setelah 2 minggu kini bacaannya menjadi 6. Doktor sendiri terkejut apabila beliau mampu mengatasi masalah gula yang sangat tinggi yang memang menjadi masalah besar kerana turun naiknya bacaan gula selama ini. Kini teman Auntie Sarimah membuat pesanan kedua untuk zinc dan fiber unflavoured Shaklee demi memastikan gulanya di paras normal. Beliau sangat gembira kerana ditemukan dengan pemakanan yang membantunya mendapatkan kesihatan yang optimum.

    Ibu doakan bagi mereka yang mencari supplement untuk ibubapa yang mengidap kencing manis boleh mencuba 2 supplement ini sebagai permulaan. Buat pengetahuan semua, zinc memang penting dalam kebanyakan proses dalam tubuh kita. Namun fiber adalah supplement yang tidak mengandungi apa2 zat selain membantu badan menyingkirkan lemak dan gula yang berlebihan dalam tubuh kita.

    Bagi Auntie Sarimah pula, yang telah melahirkan anaknya yang ketujuh baru2 ini sangat gembira apabila anaknya kini hampir 2 bulan usianya telah mencapai berat hampir 5kg. Baby auntie Sarimah ini lahir dengan berat 3.1kg, dan auntie Sarimah memang seorang yang concern dengan perkembangan anak2nya. Memandangkan beliau telah melahirkan anak yang ke 7 beliau memang memastikan anak kecilnya mendapat khasiat yang cukup dari susuibu. Auntie Sarimah memberitahu kepuasannya kali ini adalah kerana beliau mengambil Shaklee sebagai set selepas bersalin berbeza dengan anak2 yang terdahulu. Yang penting zinc banyak membantu dalam pembesaran anak selama penyusuan susu ibu. Ia membantu agar proses pembesaran anak sentiasa meningkat.

    Ibu doakan agar ramai ibu yang akan bersalin selepas ini mengambil vitamin dalam proses penyembuhan sekaligus dapat membekalkan vitamin yang berkualiti kepada si kecil melalui susuibu. Alhamdulillah ibu sendiri melalui proses penyembuhan selepas bersalin dengan hanya pengambilan vitamin lengkap dan hasilnya sangat membanggakan.

    Isnin, 18 Julai 2011

    Kaitan B-Complex dan Diabetes

    Selama ini jika sekiranya ada rakan yang minta konsultasi tentang diabetes, saya akan sarankan untuk mengambil Fiber (serap & kawal kandungan gula, kolesterol etc dalam darah) & Alfalfa (kawan baik buah pinggang! Bantu buah pinggang memproses & menghadam dengan baik). Jika tidak mampu untuk ambil keduanya, cukuplah sekadar mengambil FIber sahaja dahulu.

    Namun, artikel di Utusan Malaysia pada hari Ahad (Nov 8th) yang lepas menaik perhatian saya. Bersempena dengan Hari Diabetes Sedunia (Nov 14th setiap tahun), ada satu artikel khas tentang mengawal diabetes dengan Mecobalamin (vitamin B12).

    credit




    Berikut ialah sebahagian dari artikel tersebut…

    ———————————————

    Diabetes merupakan penyakit yang sangat melemahkan, di mana paras gula atau glukosa darah meningkat terlampau tinggi. Glukosa datangnya dari makanan. Insulin pula adalah sejenis hormon yang membantu glukosa memasuki sel untuk menjadikannya tenaga. Jika anda menghidapi Diabetes Jenis 1, badan anda tidak mampu untuk menghasilkan insulin. Diabetes Jenis 2 pula adalah jenis yang lebih biasa dijumpai, di mana badan anda tidak mencipta atau menggunakan insulin dengan baik. Tanpa insulin yang cukup dan berkesan, glukosa akan terus memendap di dalam darah.

    Lama kelamaan, ia akan mengundang beberapa masalah serius sekiranya terlampau banyak glukosa menimbun di dalam darah. Ia boleh merosakkan mata, buah pinggang, dan urat saraf. Diabetes juga boleh menyebabkan penyakit jantung, angin ahmar, bahkan pemotongan anggota. Gejala Diabetes Jenis 2 termasuk keletihan, dahaga, penurunan berat badan, penglihatan yang kabur, serta kencing yang kerap. Namun, sesetengah orang tidak mengalami apa-apa gejala. Ujian darah akan menunjukkan sama ada seseorang itu menghidapi diabetes atau tidak.

    Pencegahan Pilihan Terbaik

    Nyata sekali, rawatan paling baik untuk segala penyakit ialah pencegahan awal. Bolehkah diabetes Jenis 2 dicegah? Pasti sekali boleh! Adalah agak jelas cara terbaik untuk mencapai matlamat ini ialah melalui pendidikan tentang gaya hidup, pemakanan, dan kaedah pengambilan suplemen nutrisi. Tentang rawatan diabetes atau pra-diabetes, rawatan perubatan konvensional semasa sememangnya telah dapat memberikan ramai penghidap diabetes kehidupan yang lebih sihat dan hayat yang lebih panjang. Namun begitu, rawatan yang paling berkesan bagi diabetes dan masalah gula darah yang lain memerlukan penggunaan strategi yang melibatkan perubahan gaya hidup, kaedah pemakanan dan pengambilan suplemen nutrisi.

    Suplemen harian yang mengandungi multivitamin dan mineral berkuasa tinggi direkabentuk untuk menyokong keperluan nutrisi khas mereka yang mempunyai paras gula darah tinggi, termasuk pesakit diabetes. Dengan membekalkan pesakit diabetes dan pra-diabetes nutrien penting tambahan, terbukti dapat meningkatkan pengawalan gula dan juga mencegah atau merencatkan perkembangan komplikasi-komplikasi utama diabetes.

    Contoh nutrien penting yang diperlukan oleh pesakit diabetes dengan jumlah yang agak tinggi dari biasa ialah vitamin B1, B6, B12, Biotin, Niacinamide, vitamin C, vitamin E, Mangan, Vanadium Sulfate, Zink, dan Kromium. Pesakit diabetes juga memerlukan lebih banyak Asid Alfa Lipoik (ALA), sejenis antioksidan sejagat yang mampu berfungsi dalam kedua-dua bahagian yang berair dan berlemak dalam sel.

    Asid alfa lipoik

    Asid Alfa Lipoik (ALA) ialah sejenis antioksidan semulajadi yang amat berkuasa dan ia menghalang radikal bebas daripada menyebabkan kerosakan terhadap saraf jika pengawalan gula darah (glukosa) tidak memuaskan. ALA telahpun digunakan selama lebih 30 tahun di Eropah (terutama sekali di Jerman) untuk menentang kerosakan saraf termasuk retinopati (kerosakan retina) pada mereka yang menghidapi diabetes (Jenis 1 dan 2). ALA juga membantu meningkatkan penggunaan glukosa oleh otot, suatu tindakan yang amat penting bagi pesakit diabetes. Mereka yang menghidapi pra-diabetes dan diabetes dinasihatkan mengambil tambahan ALA antara 400 hingga 600 miligram (mg).

    Vanadium sulfate

    Vanadium Sulfate mungkin dapat memperbaiki kawalan glukosa pada mereka yang menghidap diabetes Jenis 2. Vanadium Sulfate diketahui dapat meningkatkan sensitiviti insulin. Oleh kerana vanadium mempunyai kesan menyerupai insulin, maka kehadiran mineral surih ini dalam jumlah kecil tidak mencukupi bagi mereka yang mengalami keabnormalan gula dalam darah.

    Kromium

    Kromium membantu pesakit diabetes dan pra-diabetes meningkatkan sensitiviti insulin dengan meningkatkan kedua-dua bilangan reseptor insulin dalam sel dan juga aktiviti reseptor tersebut. Mengambil suplemen kromium akan mewujudkan pengawalan gula yang lebih baik dengan hanya menggunakan sedikit insulin sahaja.

    Mecobalamin untuk saraf

    Para saintis Jepun telah mengenal pasti bentuk aktif vitamin B12 yang boleh melindungi kita dari penyakit neurologi (saraf) dan penuaan, dikenali sebagai mecobalamin. Sesetengah gangguan yang mungkin boleh dicegah atau dirawat dengan menggunakan terapi mecobalamin – termasuklah neuropati periferal (peripheral neuropathies).

    Manfaat Mecobalamin untuk kesihatan saraf termasuklah melindungi dari kerosakan saraf, membantu pertumbuhan semula jalinan saraf dan mengurangkan kesakitan saraf.

    Perkataan neuropati merujuk kepada saraf (neuro) dan penyakit (pathy). Maka neuropati periferal merupakan keadaan melibatkan saraf yang berada di luar sistem saraf pusat, kebanyakannya di lengan dan kaki.

    Urat saraf merupakan talian komunikasi badan kita. Isyarat elektrik dari otak dipancar melalui saraf dan memberi arahan kepada berbagai bahagian badan kita. Badan juga menerima maklumat dari alam sekitar melalui deria dan menghantar maklumat tersebut kepada otak melalui saraf.

    Sebahagian besar saraf periferal bertanggungjawab terhadap deria rasa seperti sentuhan, kesakitan dan sejuk atau panas suhu. Sebenarnya terdapat berjuta hujung saraf ini pada jari tangan anda, tangan, jari kaki dan kaki yang direka bentuk untuk melindungi diri dari segala bahaya dan menjauhkan kita dari suasana atau objek yang panas, sejuk, tajam dan lain-lain.

    Gejala Neuropati Periferal termasuk:

    • Kebas atau tidak sensitif terhadap rasa sakit atau suhu.
    • Rasa berdenyut-denyut, panas atau menyucuk-nyucuk.
    • Rasa sakit yang meruncing atau kekejangan.
    • Sensitif yang amat sangat terhadap sentuhan, sekalipun sentuhan yang ringan.
    • Kehilangan imbangan dan koordinasi.

    Membeli suplemen

    Pesakit diabetes mudah terdedah kepada jangkitan dan luka yang lambat sembuh. Satu kajian penting menunjukkan pesakit diabetes yang mengambil suplemen harian selama satu tahun mengalami kadar keuzuran dan jangkitan. Jika anda seorang pesakit diabetes atau pra-diabetes, maka keperluan nutrisi anda adalah berlainan.

    Oleh itu, jangan lupa untuk mendapatkan suplemen harian multivitamin dan mineral yang mempunyai semua bahan disebut di atas dengan kandungan yang lebih tinggi. Ambil suplemen yang dirumuskan khas untuk pesakit diabetes dan pra-diabetes untuk membantu mengoptimumkan kesihatan dan mencegah penyakit.

    Selain suplemen multivitamin dan mineral harian yang baik, adalah disyorkan anda menggabungkannya dengan vitamin B-12 (mecobalamin) yang aktif dari segi neurologi, kerana keupayaannya untuk membantu mencegah dan menumbuhkan semula jalinan saraf yang rosak – satu komplikasi biasa bagi mereka dengan paras gula darah yang tinggi.

    * Source : Utusan Malaysia.

    ———————————————

    Bagaimana pula dengan kandungan Shaklee B-Complex?

    * Shaklee B-Complex’s Supplement Facts
    Lengkap dengan B1, B6, B12, Biotin & Niacinamide*

    Yep, Shaklee B-Complex lengkap dengan 8 kumpulan vitamin B, termasuklah B1, B6, B12, Biotin & Niacinamide, iaitu nutrien penting untuk pesakit diabetes.

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...