Terima Kasih Ye.. SMS 0199517292..Diskaun Menarik Menanti Anda

^^ JOIN & DAPATKAN DISKAUN UTK SETIAP PEMBELIAN^^

JOM SINGGAH on Facebook



DOA

" YA ALLAH, DENGAN RAHMATMU YANG MAHA PEMURAH LAGI LUAS KASIH SAYANGMU...
AKU MOHON KEPADAMU, AMPUNKANLAH DOSA2 IBU YANG MENYUSUKAN ANAKNYA... LAPANGKANLAH REZEKI MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELAPANGKAN REZEKI AKU SEPERTI AKU MENYUSUKAN KEDUA2 ANAKKU. LANCARKAN REZEKI SUSU ANAK MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELANCARKAN REZEKI SUSU BUAT ANAK2KU.
SESUNGGUHNYA ENGKAU SANGAT KAYA DENGAN KASIHMU, PERKENANKANLAH DOAKU INI DAN SEMOGA ALLAH MENEMPATKAN KEDUA IBU BAPAKU KE DALAM SYURGAMU... AMIN..."
Memaparkan catatan dengan label Tazkirah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tazkirah. Papar semua catatan

Ahad, 21 Ogos 2011

Jom Tolong Famili Kembar 3 Ni...


Semoga dapat ringan beban mereka sekeluarga..amin

Salam dears,
Bayangkan camna susah payah yang terpaksa dihadapi untuk membesarkan anak kembar tiga dengan pendapatan hanya RM400 sebulan? Nak beli pampers, susu and keperluan lain untuk tiga orang bayi serentak, mana laa nak cukup dengan RM400 tu je kan.

Tapi itulah realiti yang dihadapi oleh En Mansor & keluarganya, seperti yang dilaporkan dalam berita Utusan Malaysia baru baru ni. Berita leh baca kat sini: Dibelenggu masalah kewangan

Mansor Ibrahim meriba Nurul Farisha dan Yusniza Yusof memangku Nurul Fasihah dan Nurul Farishah bersama Mohd. Adam Haikal di rumahnya di Kampung Kubang Rusa, Kampung Lalang, Baling, Kedah, semalam. – BERNAMA

First time Mama baca berita tu, Mama yang termenung memikirkan membayangkan camna dia sara hidup sekeluarga dengan hanya RM400 tu? Especially sebab Mama sendiri ada anak kembar tiga gak, and RM400 is definitely not enough. Dah laa dia ada lagi sorang anak umur 3 tahun...

Hati tersentuh bila En Mansor tu kata dia langsung tak dapat nak buat apa apa persiapan untuk raya ni. Di kala kita semua tengah sibuk pikir nak shopping baju baru, nak beli kuih muih itu ini, tapi dia and family camna? Maybe dia hanya pikir camna nak survive nak beli susu untuk anak anaknya esok? :-(

Jadi jom laa kita sama sama hulurkan bantuan untuk keluarga En Mansor. Tak banyak pun takpa. Kalau setiap seorang yang baca blog ni derma RM5 je pun, kalau 300 orang dah RM1,500 dah kan?

Cam kata Abah AMRAFAHAN, moga moga dengan usaha yang kecil ini dapat membantu keluarga beliau menyara dan menjaga anak-anaknya dengan sempurna. InsyaAllah.

Bantuan boleh diberikan melalui:

Akaun Bank Islam En. Mansor Bin Ibrahim: 02-048-02-051121-2



Atau disalurkan terus ke


Alamat: Jalan Telekom, Kubang Rusa, Kampung Lalang, Mukim Siong, 09100 Baling, Kedah.



No HP: 013-4214573


**********************************
Nota (copied from blog AMRAFAHAN):

Isnin, 25 Julai 2011

Ubah nasib dengan 4 perkara

Mungkinkah pengambilan vitamin untuk penjagaan kesihatan benar-benar trend masa kini? Dikatakan ramai ibu yang menyusu anak sedar tentang kepentingan vitamin bagi memastikan diri mereka sihat serta anak mendapat khasiat vitamin tersebut melalui susuibu. Namun bagi ibu-ibu yang baru dengan dunia penyusuan akan membuat kesimpulan mungkin vitamin ini boleh membantu mereka menambah produktiviti susu mereka tanpa memahami konsep sebenar penyusuan. Semakin hari ianya berlarutan dan pengambilan vitamin untuk penyusuan menjadi trend kerana si ibu menganggap vitamin itu yang banyakkan susu mereka sehingga menimbulkan banyak reaksi.

Walau bagaimanapun , sebenarnya secara peribadi saya yakin ramai ibu-ibu yang mengambil vitamin adalah untuk kesihatan diri mereka kerana ingin terus berjuang dalam penyusuan susuibu buat bayi mereka. Mungkin hanya segelintir yang membuat tanggapan vitamin itu yang membanyakkan susu mereka ditambah mereka masih baru dalam dunia penyusuan susuibu.

Meminjam kata-kata seorang ibu ini :
" supplement tu bukan lah menjana kepada penambahan hasil susu, tapi menjana khasiat pada yang memakannya. Dengan keadaan kita ibu2 yang bekerja dan bekerjaya sampai kadang2 skip makan dan ambil maknan yg sambil lewa, maka adalah penting sekiranya kita ambil suplement sebagai sumber pemberi tenaga juga vitamin lengkap untuk diri kita sendiri.. tak kira lah dari produk mana sekali pun.. secara tak langsung vit yg kita perolehi ni dapat juga di salurkan terus kepada anak kita melalui susu ibu.. Memang lah betul sumber semula jadi adalah vitamin yang paling bagus dan terbaik untuk kita.. tp kalau makan pun dah mcm2, n belum tentu completenya dengan zat2 yang sepatutnye.. tak guna juga kan?? apa pun, tepuk dada tanya lah selera.."

credit kak Ann

Ramai ibu yang bekerjaya hari ini mnedapati pemakanan mereka tidak teratur apatah lagi untuk memenuhi keseimbangan yang dicadangkan dalam piramid makanan, maka pengambilan vitamin membantu mereka sihat, ceria, bertenaga dan mampu meneruskan pekerjaan rumah selepas pulang dari kerja. Maka keperluan vitamin adalah keutamaan demi memastikan mereka dapat meneruskan perjuangan dalam penyusuan secara tidak langsung.

Allah telah berfirman di dalam Al-Quran: “….Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka….” (Ar-Ra’du:11)

Bagi ibu-ibu yang sedang struggle untuk menjayakan penyusuan, peganglah kepada 4 perkara ini:

Pertama, IKHTIAR,ALLAH memberikan kepada kita tenaga, akal fikiran, dan perasaan yang merupakan proses untuk ikhtiar, berusaha, berjuang, bekerja, dan bergerak. Kita dianjurkan untuk selalu berikhtiar, berjuang, sabar dalam ikhtiar. Mahasabah diri dan memperbaiki keadaan dengan berjihad. Sebagaimana yang dijelaskan dalam Al-Qur’an : “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum,kecuali kaum itu sendiri mengubah keadaan dirinya.” (Al-Ra’du [13]:11)

Kedua DOA.“Tidak ada yang mampu mengubah qadhanya ALLAH kecuali doa.” (H.R. Tirmidzi)Doa yang dimaksud dalam hadits di atas adalah doa yang ikhlas dan sungguh-sungguh. ALLAH menegaskan dalam firman-Nya; “Berdoalah kalian kepada-Ku, niscaya doa kalian Aku mahkbulkan.” (Al-Mu’min [40]:60)

ALLAH sangat senang menatap hamba-Nya yang mengemis, merayu kepada-Nya, memohon kepada-Nya, agar Dia campur tangan dalam urusan kita. Menangis dalam berdoa. Puncak kekhusyukan doa adalah saat kita berdoa sambil menangis. Kerana khusyuk, mereka menangis, karena menangis mereka bertambah khusyuk. Berdoa saat sujud, karena itu adalah posisi yang terbaik untuk berdoa. Oleh kerana itu, perbanyaklah berdoa saat sujud.

Ketiga, KHUSNUZHAN (berbaik sangka) “Aku bagaimana prasangka atau praduga hamba-Ku.” (H.R. Bukhari) Baik sangka merupakan akhlak yang terpuji, ada hikmahnya, dan banyak kebaikannya. Kita harus selalu berbaik sangka bahwa dalam setiap peristiwa ada rahmat ALLAH. Subhanallah! Dengan berbaik sangka bahwa di balik sakit ada rahmat, di setiap musibah ada hikmah dan di dalam kematian ada ridha ALLAH, maka kita akan bertambah dekat dengan Allah. Dengan baik sangka, takdir itu akan menjadi lebih baik, akan diterimanya dengan ikhlas, dan percaya bahwa takdir itu merupakan qudrah dan iradah Allah. Semua takdir yang diberikan oleh Allah adalah yang terbaik. Hanya saja kita sering melihatnya dengan nafsu dan emosi. Sedangkan dalam nafsu ada dunia, dosa, dan kepentingan-kepentingan sesaat yang menyebabkan kita tidak nyaman melihat takdir dan selalu menyalahkan.

Keempat, TAWAKKAL kepada ALLAH s.w.t., Setelah kita berikhtiar, berdoa dan berbaik sangka kemudian yang terakhir kita harus tawakkal.Allah berfirman dalam Al-Qur’an:

“Siapapun yang menyerahkan urusannya kepada Allah (Setelah ia berikhtiar, berdoa dan berkhusnuzhan) niscaya Allah akan mencukupi kebutuhannya (urusan berikutnya adalah urusan Allah).” (At-Thalaq [65]: 3)Allah sangat senang terhadap hamba-Nya yang setelah berjuang dengan maksimal, lalu ia menyerahkan sepenuhnya kepada Allah, apa pun yang diberikan Allah ia terima dengan lapang dada. Allah berfirman dalam Al-Qur’an: “Allah senang/cinta/sayang kepada hamba-hamba-Nya yang menyerahkan urusannya kepada Allah.” (Ali-Imran [3]: 159)

Sebagai manusia kita tidak ada apa-apanya, lemah, dan dha’if. Karena itu, setelah berikhtiar kita serahkan segalanya kepada Allah. Usaha wajib, tapi Allahlah yang menentukan hasilnya. Apa pun keputusan Allah, itulah yang terbaik.

Maka pada saya, mereka yang amalkan vitamin hanyalah kerana mereka ingin mengubah nasib mereka kepada yang lebih baik. Tidak dinafikan kelebihan pengambilan vitamin atau sesetengah produk milk booster memang mempengaruhi kepekatan susuibu kerana pengambilan supplement meningkatkan kepekatan darah namun biarlah ianya menjadi rahsia pencipta. Bagi yang diberi kelebihan merasa nikmat ini dimana mereka mendapati susu pekat membuatkan anak mereka kenyang ditambah banyak urusan lain dapat dilakukan apabila anak tidur nyenyak merupakan satu anugerah ALLAH semata-mata bukanlah disebabkan oleh vitamin atau milk booster tadi.

Maka balik kepada diri individu, mengapa mereka mengambil vitamin. Mereka pastinya mempunyai sebab tersendiri untuk mengambilnya. Seperti yang pernah saya nyatakan dalam entry2 saya sebelum ini, jika kita tidak mampu membeli rumah banglo mewah maka jangan kita pandang serong pada yang memiliki banglo mewah. Malah jika kita menaiki kereta ke tempat kerja, jangan dihina mereka yang menaiki bas. Setiap orang punya kemampuan tersendiri. Sama juga dalam hidup ini....hati perlu bersih, baru rezeki akan datang. Tidak perlu cemburu pada hasil orang lain tetapi jadikan inspirasi untuk kita lebih maju. Iri hati dan dengki adalah penyakit hati yang lambat laun akan menutup banyak pintu rezeki dan rahmat ALLAH.

* jom ubah nasib kita...jadikan hari ini lebih baik dari semalam. Letakkan usaha.

Rabu, 29 Jun 2011

Berniaga : Etika dan keberkatan


Saya dibesarkan dalam keluarga yang sederhana. Nak kata susah tak juga, nak kata senang pun tak juga. Ayah saya berniaga, dari menjual kereta, buka kedai makan , buka bengkel sehinggalah menjual ayam daging. Jadi darah berniaga telah wujud dalam diri saya apabila saya dan adik beradik kami didedahkan cara berniaga sejak dari kecil.


Arwah abah mendidik kami dengan penuh disiplin dan beliau sangat tegas. Masing ingat lagi, perniagaan terakhir arwah sebelum beliau meninggalkan kami buat selama-lamanya...beliau berniaga ayam daging. Arwah dan adik lelaki saya akan menyembelih ayam apabila ada permintaan, manakala emak dan adik-adik saya yang lain menjadi tukang potong serta membersihkan ayam sebelum diserahkan kepada pelanggan/pembeli. Saya pula abah lantik sebagai cashier. Namun apabila pelanggan terlalu ramai, saya akan turut serta dengan mak dan adik-adik memotong ayam. Kami dilatih menjadi seorang yang pantas agar pelanggan tidak bosan akibat menunggu.

Arwah abah selalu mengajar kami dan tekankan bahawa perniagaan adalah salah satu yang disukai ALLAH. Namun perlulah dilakukan dengan penuh berhemah dan beretika kerana ia mempengaruhi keberkatan duit yang kita terima. Duit inilah yang menjadi darah daging pada ahli keluarga kita. Abah pernah juga cakap, hasilnya kita tak nampak sekarang tetapi di masa akan datang.

Saya selalu melihat dunia perniagaan ini ibarat menangkap ikan di lautan. Rezeki setiap orang takkan sama. Cara menarik ikan pula bergantung pada umpan yang kita gunakan. Besar umpan besarlah ikan yang akan kita dapat. Namun balik juga pada rezeki ALLAH dan kurniaan ALLAH jua.

Kalau dulu kita tak pernah memancing, sebab melihat ramai yang pergi memancing, kita pun teruja nak turut serta. Seperti yang kita tahu dalam mendapatkan hasil laut, ada orang guna joran moden, ada orang guna joran biasa tidak lupa yang guna jala ikan yang besar....jangan pula kita yang baru nak cuba nak turut serta menangkap ikan maka kita terus menuba ikan semata-mata kerana nak dapat ikan dengan lebih banyak dan cepat.

Tuba adalah sejenis racun yang digunakan untuk membunuh atau memabukkan ikan. Menuba ikan ialah dengan menyebarkan tuba di dalam air untuk menangkap ikan. Ikan yang terkena tuba akan mati dan terapung.

Ini akan menjejaskan hasil tangkapan orang lain juga. Tidakkah ini mengganggu periuk nasi orang lain? Apabila ini berlaku kita mungkin akan lihat kita berjaya kerana berjaya menangkap banyak ikan dengan cepat, namun hanyalah sebagai seorang yang tiada etika dan hilang keberkatan kerana memasukkan pasir dalam periuk nasi orang lain.

Dalam dunia yang serba moden ini, ramai antara kita yang ingin mencuba nasib dalam perniagaan secara online. Ianya lebih memudahkan kerana dengan online, dunia wujud tanpa batasan. Ramai yang menggunakan facebook, web dan blog untuk berniaga. Alhamdulillah kerana ramai yang sedar tentang kebaikan melalui berniaga. Namun malangnya terdapat segelintir manusia yang mengambil kesempatan dengan menipu disebalik barangan yang dipamerkan. Setelah duit diperolehi mereka hilang begitu sahaja. Tidak kurang dengan mereka yang menjual barangan yang sama tetapi dengan harga yang lebih murah agar dengan mudah mendapat pelanggan. Tidak salah untuk berniaga, namun NIAT tidak menghalalkan cara. Tidakkah dengan berbuat demikian sama seperti menabur tuba untuk menangkap ikan? Jika nak berniaga barangan yang sama, berniagalah dengan adil tanpa memasukkan pasir dalam periuk nasi orang lain. Hasil berniaga inilah yang akan membentuk hati dan darah daging kita dan ahli keluarga kita.

Saya teringat dengan kisah seorang kawan baik saya yang mesra dipanggil Kak Mar, beliau telah bertahun membuat kek. Oleh kerana jiran barunya berminat untuk belajar resepi kek tersebut, Kak Mar dengan senang hati mengajarnya. Dalam diam, jirannya juga menjual kek tersebut. Bertambah hebat lagi si jiran menjual dengan harga yang lebih murah dari harga kak Mar. Kak Mar tak marah. Beliau yakin rezeki ni datangnya dari ALLAH jua. Si jiran tadi sangat bangga kerana ramai pelanggan kak Mar kini membeli dari dia berbanding kak Mar. Selepas 6 bulan, anak si jiran tadi mendapat demam panas dan menyebabkan anaknya menjadi terencat akal sehinggalah sekarang. Nauzubillah. Sejak dari itu, si jiran tadi tidak mampu untuk membuat dan menjual kek kerana terpaksa menjaga anaknya yang terencat itu.

"Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala ni'mat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut dengan bala bencana yang membinasakan, maka mereka pun berputus asa dari mendapat sebarang pertolongan". ( al-An’aam ayat 44).

Saya benar-benar mengambil tauladan dari cerita kak Mar. Adakala dalam apa yang kita lakukan kita terlupa tentang ETIKA dan KEBERKATAN. Namun jika kita berpegang pada AL Quran dan Sunnah, insyaALLAH dalam apa yang kita usahakan kita fikirkan tentang kesan dan akibat.

Bagi yang berniaga, berniagalah dengan adil dan berhemah serta yakinlah dengan rezeki ALLAH. Moga ALLAH memberi sebaik-baik balasan kepada mereka yang berbuat kebaikan dan menjauhi kemungkaran.

" Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama suka di antara kamu dan janganlah kamu membunuh dirimu; Sesungguhnya ALLAH adalah Maha Penyayang kepadamu. " ( An- Nissa 4: 29)

credit

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...