Terima Kasih Ye.. SMS 0199517292..Diskaun Menarik Menanti Anda

^^ JOIN & DAPATKAN DISKAUN UTK SETIAP PEMBELIAN^^

JOM SINGGAH on Facebook



DOA

" YA ALLAH, DENGAN RAHMATMU YANG MAHA PEMURAH LAGI LUAS KASIH SAYANGMU...
AKU MOHON KEPADAMU, AMPUNKANLAH DOSA2 IBU YANG MENYUSUKAN ANAKNYA... LAPANGKANLAH REZEKI MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELAPANGKAN REZEKI AKU SEPERTI AKU MENYUSUKAN KEDUA2 ANAKKU. LANCARKAN REZEKI SUSU ANAK MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELANCARKAN REZEKI SUSU BUAT ANAK2KU.
SESUNGGUHNYA ENGKAU SANGAT KAYA DENGAN KASIHMU, PERKENANKANLAH DOAKU INI DAN SEMOGA ALLAH MENEMPATKAN KEDUA IBU BAPAKU KE DALAM SYURGAMU... AMIN..."
Memaparkan catatan dengan label Alam Hamil. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Alam Hamil. Papar semua catatan

Khamis, 21 Mac 2013

Fakta mengenai kaedah bersalin dalam air


Bagi ibu-ibu nak due, ada terniat tak bersalin dalam air.. jom baca fakta bersalin dalam air nie.. semoga bermanfaat ye


* Ramai menganggap kemungkinan bayi dilahirkan boleh lemas di dalam air. Tanggapan itu salah kerana bayi baru dilahirkan tidak akan bernafas untuk beberapa saat. Ketika itu bayi pun akan terus disambut oleh bidan atau doktor.

* Mungkin ada yang geli kerana tab dipenuhi darah. Tanggapan itu tidak benar kerana darah ibu hanya akan keluar selepas uri dikeluarkan saja. Jadi air di dalam kolam bersalin akan bersih saja.

Khamis, 7 Februari 2013

Asid Lemak Omega 3 penting untuk Ibu Mengandung


Kepentingan OMEGA 3 Minyak Ikan (DHA & EPA) Untuk Ibu Mengandung



Penyelidikan saintifik sentiasa memperluaskan pengetahuan kita tentang keperluan pemakanan semasa kehamilan. Antara perkembangan terkini dalam bidang ini ialah kepentingan asid lemak omega 3 dalam perkembangan bayi dalam kandungan yang sihat dan kesihatan ibu hamil.

Apakah itu Acid Lemak Omega 3?
• Omega-3 adalah sebuah keluarga rantai panjang asid lemak poli tak tepu (polyunsaturated fatty acid) yang merupakan nutrien penting untuk kesihatan dan perkembangan badan. Malangnya, ini tidak disintesis oleh tubuh manusia dan mesti diperolehi dari diet, vitamin, suplemen atau makanan tambahan.

• Kajian menunjukkan bahawa kedua-dua komponen utama asid lemak omega 3 yang paling bermanfaat adalah EPA (Eicosapentaenoic acid) dan DHA (asid docosahexaenoic). Kajian menunjukkan bahawa setiap asid lemak mempunyai manfaat yang unik. 


EPA penting untuk mengurangkan risiko penyakit jantung, sistem imun, dan tindak balas keradangan. 

DHA membantu meningkatkan kepintaran otak, mata, dan sistem saraf utama iaitu penting untuk ibu mengandung, bayi dalam kandungan dan ibu yang sedang menyusu.  Ia juga amat berguna kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah di dalam pembelajaran.
 

Apakah kepentingan Omega 3 dan Apakah fungsinya?

• Pengambilan Omega 3 lemak yang mencukupi adalah penting untuk mengekalkan pengeluaran hormon yang seimbang seperti hormon prostaglandin. Prostaglandin membantu mengawal banyak fungsi fisiologi penting termasuk tekanan darah, pembekuan darah, penghantaran saraf, radang dan tindak balas alergi, fungsi buah pinggang dan saluran gastrousus dan pengeluaran hormon lain. Bergantung kepada jenis asid lemak dalam diet, jenis prostaglandin yang tertentu boleh dihasilkan dalam kuantiti yang besar. Ketidakseimbangan prostaglandin ini boleh membawa kepada penyakit.

Khamis, 27 September 2012

Tahniah, Anda Hamil! Apa Yang Perlu Anda Tahu Seterusnya?


kredit - http://pama.karangkraf.com
pama1
Tahniah, Anda Hamil! Apa Yang Perlu Anda Tahu Seterusnya?
Anda mesti mempunyai banyak soalan. Tidak kira jika ini adalah kehamilan anda yang pertama atau anda ingin menambah ahli keluarga anda. Salah satu daripadanya ialah tentang penjagaan kesihatan. Sepanjang 40 minggu hamil, pelbagai perubahan fizikal dan mental yang anda dihadapi.  Oleh yang demikian, siapkan diri dengan segala info agar anda seronok sepanjang kehamilan.
8 Perkara Perlu Tahu Untuk Kehamilan Sihat :
1. Pemeriksaan Antenatal
Penjagaan antenatal sangat penting untuk memastikan anda dan bayi sihat sepanjang kehamilan. Berjumpa doktor O&G sejak awal kehamilan membolehkan mereka memantau kesihatan dan perkembangan bayi dan anda dari semasa ke semasa.

Jumaat, 14 September 2012

Lambat Mendapat Zuriat?? Pelbagai usaha telah dilaku tapi tak berhasil..Ketahui punca2 nya, makanan kesuburan & tips untuk cepat hamil


Lumrah bagi pasangan yang berkahwin, mesti nak dapat anak cepat-cepat. Lebih-lebih lagi bila rakan seangkatan yang berkahwin lebih kurang tempoh yang sama, semua dah menimang cahayamata, bunting pelamin misalnya. Tertekan juga kadangkala, apabila teman2 semua dah bertiga, berempat.. kita masih berdua...macam2 petua untuk hamil search kat google nie.. dengan kata lain sume petua mudah hamil la dah try tapi tetap tak ada rezeki lagi.



Antara penyebab biologi sukar hamil di kalangan wanita:
  • Tiub fallopian tersumbat
  • Endometriosis
  • Mempunyai hormon prolaktin yang tinggi (prolaktin ialah hormon penghasilan susu yang mengganggu penghasilan telur)
  • Menghidap PCOS (mempunyai hormon kelelakian yang tinggi menyebabkan telur tidak matang)
  • Masalah hormon
  • Tumor pituitari yang mengganggu penghasilan telur
  • Menopous sebelum waktunya
  • Masalah tiroid
  • Fibroid

Khamis, 2 Ogos 2012

INFO UNTUK IBU HAMIL

Ibu Hamil

Ibu hamil memerlukan makanan lebih banyak daripada biasa. Selain untuk keperluan dirinya, ibu hamil juga harus makan untuk janin yang dikandung. Agar janin dapat berkembang dan membesar dengan baik, makanan ibu hamil harus memenuhi keperluan gizi berikut.

Protein.
******
Selain sebagai sumber kalori, protein juga diperlukan untuk pembentukan sel dan darah. Ibu hamil memerlukan protein sebanyak 60 gram setiap hari (lebih banyak 10 gram dari biasanya), yang dapat diperoleh dari daging, ikan, putih telur, kacang-kacangan, tahu dan tempe.
~~untuk lebih mudah dan khasiat yang terpelihara, consume jek ESP..kan senang...:-)

Khamis, 5 Julai 2012

Beza antara vitamin dengan jamu/herba

ramai yang bertanya kenapa kami cadangkan vitamin berbanding dengan jamu dan apa beza keduanya..

Bezanya....

Jamu
sebenarnya diletakkan dalam rangkaian herba dan pada masa ini kandungan jamu banyak 'unknown' dalam kandungannya dan jika kita lihat secara detail dilabel jamu mereka hanya meletakan nama bahan yang terdapat didalam jamu tersebut bukan peratusannya.Jadi sekarang kita perlu fahami fungsi badan, jamu apabila memasuki perut kita ia akan terurai menjadi vitamin dan mineral kerana badan tidak pernah menerima kacip fatimah atau lain2 tetapi ia mencari vitamin dan mineral yang terdapat didalamnya dan disinilah PERBEZAAN UTAMANYA.

Jika kita mengambil jamu maka perut kita yang bekerja keras utk menguraikan dan menyerap vitamin dan mineral yg terdapat didaalm jamu..dan jika perut kita tip top kita dapat kesemuanya kalau tidak hanya sebahagian ...di sini yang rasi dan tak rasi serta rasa panas itu...

Beza dgn vitamin SHAKLEE (ini utk Shaklee shj bukan semua vitamin) ia menjamin penyerapan 100% zat vitamin dan mineral ke dalam badan kita. jadi perut kita tidak perlu kerja keras utk mengurai vitamin lagi...maka ia hanya perlu serap shj...inilah yg menjadikan badan kita cepat sihat dan baik serta bertenaga kerana badan kita dapat vitamin dan mineral yang mencukupi untuk proses pemulihan


kredit - http://www.yourfabulousmama.com

Isnin, 2 Julai 2012

Vitamin Tambahan Untuk Wanita Mengandung.


Testimoni dari Kak Farah Wahida.
Klik untuk saiz image lebih besar. :)
Siapa tak nak kesihatan yang baik sepanjang mengandung kan? Kurang alahan, tak ada masalah kurang darah, happy, tidak stress, bersemangat dan bertenaga. Siapa tak nak? Ha? Siapa tak nak? Cuba angkat tangan. Aku nak tengok siapa. 
I don't have any experience pon mengandung bersama Shaklee. Saya bercinta dengan Shaklee selepas bersalin. Sebab masa tu kurang ilmu tak tahu yang Shaklee ada vitamin untuk pregnancy jugak. Bila dah join Shaklee dan gali ilmu, baru tahu yang Shaklee sangat pelbagai untuk macam-macam masalah kesihatan. Sampaikan untuk pregnancy pon ada. Sangat rugi terasa diri. I promise to myself yang saya akan gunakan Shaklee sebagai vitamin saya jika saya mengandung yang akan datang. Ewah ewah. Macam ada hati je nak bagi Najah adik? Jeng jeng jeng. :p
Jadi, apa yang ada dalam vitamin pregnancy Shaklee?
Set J1 (1st Trimester)
1. Vita-Lea with Iron
2. Vitamin C
3. B Complex
4. Ostematrix

Set J2 (2nd Trimester and above)
1. Vita-Lea with Iron
2. Vitamin C
3. B Complex
4. Ostematrix
5. Omega

Isnin, 25 Jun 2012

Pandangan Kabur dan Pengsan Tanda Ibu Hamil Kurang Darah

sumber - PaMA
hamil
Ibu hamil ada kalanya boleh pengsan dengan tiba-tiba saja. Ketika sedang berdiri di pejabat ataupun mungkin juga di pusat membeli belah ada masanya ibu hamil mungkin berasa pening-pening disertai dengan pandangan kabur. Tubuh juga terasa longlai hingga seterusnya menyebabkan diri rebah dan tidak sedarkan diri.

Sekiranya berlaku di pejabat, anda mungkin boleh selamat kerana ada yang boleh memberi pertolongan, tapi bagaimana sekiranya anda sendirian di dalam lif ataupun ketika sedang menaiki tangga. Ia mungkin boleh membahayakan.

Info Hamil : Kenali Perubahan Kulit Ketika Hamil

Sumber - PA& MA
kehamilan

Perubahan hormon yang dialami sepanjang kehamilan menyebabkan kulit turut terkena tempiasnya. Dr Helena @ Yun Hsuen Lim, doktor pakar sakit puan dan perbidanan dari KL Fertility& Gynaecology Centre, Kuala Lumpur menjelaskan isu ini dengan lebih lanjut.

Lazimnya, ada pendapat menyatakan wanita akan kelihatan lebih berseri ketika hamil. Ada juga yang beranggapan sebaliknya. Ketahuilah, keadaan ini bergantung kepada gen dan jenis kulit yang mana ia berbeza antara satu individu dengan individu yang lain. Perubahan ini mungkin mencemaskan kerana ia mengubah rupa paras fizikal anda. Walau bagaimanapun, ia hanya bersifat dan akan hilang selepas kelahiran berlaku.

Topeng Kehamilan/ Chloasma
Pasti ada sebahagian daripada anda yang sedar terdapat peningkatan pigmentasi kecoklatan di keseluruhan wajah terutamanya di bahagian pipi dan dahi. Bagi mengatasinya daripada menjadi lebih teruk, pastikan anda mengurangkan pendedahan diri kepada cahaya matahari, memakai topi atau payung ketika berada di bawah sinaran matahari dan menyapu losyen pelindung matahari sekurang-kurangnya dengan nilai SPF 15. Untuk makluman, pigmentasi ini akan berkurangan tiga bulan selepas kelahiran bayi.

Anda juga pasti perasan dengan perubahan pada tahi lalat, jeragat sedia ada dan puting payu dara. Semua perubahan itu disebabkan oleh hormon kehamilan. Oleh itu, tiada apa-apa yang boleh anda lakukan untuk membolehkan ia kelihatan seperti lazimnya.

Jumaat, 25 Mei 2012

Buat Ibu Hamil.. Berikan Bayi Anda Permulaan yang Baik~


Bulan ini bulan Omega Guard. Ramai yang dah berpusu-pusu membelinya. Jadi saya pun teruja nak share lebih banyak tentang kebaikan Minyak ikan / Omega 3 ni. Omega Guard ni sesuai untuk semua xkira bayi, kanak-kanak, pelajar, ibu mengandung dan menyusu, lelaki mahu pun orang tua. 



Sumber : FB Page MummyMaira
Mamacergas
_____________________________________________________
Omega 3 Dalam Diet Amat Membantu Perkembangan Janin.

DHA adalah asid lemak perlu yang dijumpai dalam badan kita terutamapada otak. DHA adalah sangat penting dalam perkembangan otak, serta aspek-aspek lain perkembangan janin. DHA juga asid lemak utama yang ditemui dalam retina mata, serta organ-organ badan yang lain.

DHA Kaya Dalam Susu Ibu.
Bayi tidak mampu menghasilkan DHA mereka sendiri, mereka memperoleh DHA daripada susu ibu. Sebelum mereka dilahirkan, DHA didapati dari ibu melalui plasenta. Dengan itu, ibu akan mengalami kekurangan DHA. Atas sebab ini pakar mencadangkan supliment Omega 3 kepada ibu-ibu yang mengandung dan ibu-ibu yang menyusu. Ini adalah untuk menambah DHA untuk perkembangan fetus dan untuk mengekalkan kuantiti DHA untuk diri ibu sendiri. Selain itu, suplimen lain yang disyorkan untuk ibu mengandung atau menyusu, seperti asid folik, tetapi Omega 3 lemak tidak terkecuali untuk penbangunan otak janin, pembangunan mata, dan lain-lain aspek perkembangan janin.

Selasa, 22 Mei 2012

Tips Cepat Hamil Dengan GLA Complex

Ramai pasangan samada yang baru berumahtangga, atau dah lama berumahtangga tanpa cahayamata, tercari2 tips cepat hamil. Sejak GLA Complex dikatakan salah satu cara cepat hamil, ramai yang mencari2 tips cepat hamil dengan GLA Complex.

Bagaimana GLA Complex membantu anda untuk cepat hamil?

GLA (gamma linolenic acid) menurunkan kolesterol dan ia membantu melegakan sindrom pra haid (PMS) seperti senggugut, dan membantu meningkatkan lendir servik yang berkualiti untuk kesuburan. Ia juga membantu dalam melegakan kesakitan dan kekejangan kerana GLA ditukarkan kepada prostagdalin E1.

Bagaimana GLA Complex membantu dalam PMS (senggugut)?

 Ini kerana, apabila seseorang mengalami senggugut, ia melibatkan kekejangan pada otot dalam rahim dan sekitarnya. Menurut kajina, keadaan ini berlaku apabila tubuh seseorang kekurangan GLA (gamma linolenic acid) itu tadi. Jadi sebagai memenuhi GLA yang kurang tadi, pengambilan GLA complex adalah perlu.

Bagaimana GLA Complex membantu untuk cepat hamil? 
GLA membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang bewarna putih telur. Perasan tak sebulan sekali seorang wanita akan mengeluarkan cecair yang sebegitu, yakni sewaktu subur. NAmun, tak semua orang mendapati cecair yang dihasilkannya sebegitu ‘subur’. 
Di sinilah fungsi GLA untuk membantu dalam penghasilan cecair yang melambangkan kesuburan ini, yang membantu sperma untuk berenang ke uterus, terus ke tiub falopio untuk bersenyawa dengan sel ovum.Bukan itu saja, cecair ini juga membantu sperma untuk terus hidup dalam tiub falopio sehingga 5 hari. Jadi, kalau tak ‘kena’ hari subur pun masih ada can sebab sperma masih ada di situ sampai hari ke-5 ^__^


Bagaimana pula kalau dah subur, adakah akan terlebih subur bila ambil GLA complex? Jawapannya tidak, GLA complex membantu mereka yang kurang subur, tapi kalau dah subur tu takdelah sampai sebulan 2-3 kali bertelur :P
 


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit




Sila PM utk mendapatkan detail mengenai produk:
Email - pokoksena85@yahoo.com
SMS - 0199517292
FB - http://www.facebook.com/pokoksena85
Fan Page - http://www.facebook.com/JomSinggah09

Jumaat, 18 Mei 2012

Ostematrix (Kalsium) Milk Booster Terbaik Selain Alfafa



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kredit : Norita



Ramai ibu yang bertukar milk booster halba a.k.a fenugreek terutama apabila suami mula menegur bau badan isterinya kurang enak. Ditambah apabila si ibu mendapati anaknya tidak serasi dengan susu badan setelah si ibu mula consume  halba. Ramai yang memilih jalan singkat dengan menukar kepada alfalfa dan Energizing Soy protien untuk dapatkan hasil yang lumayan dan segera namun akhirnya ibu itu mengalah kerana tidak mampu mengatasi masalah tekanan dari luar disebabkan faktor bebanan kerja serta keletihan yang melampau.

Mengapa alfalfa dikatakan milk booster sebenarnya?
 
Ini kerana Alfalfa mengandungi sumber protein dan kalsium serta galian lain yang diperlukan oleh tubuh si ibu untuk menghasilkan susuibu. Namun kandungan protein dan kalsium yang terdapat di dalam alfalfa adalah pada takat minima sedangkan ibu yang menyusu memerlukan protien dan kalsium yang lebih memandangkan ia diperlukan oleh tubuh ibu sendiri untuk membina darah dan memastikan ketumpatan tulang di samping keperluan penghasilan susu ibu demi perkembangan dan pembesaran anak yang dikandung ataupun disusukan.

Namun tidak dinafikan, pengambilan Alfalfa adalah tidak digalakkan untuk diteruskan oleh ibu menyusu sekiranya ia memberi mudarat pada bayi terutama apabila mendapati bayi cirit-birit serta ibu mempunyai masalah tidak lawas membuang air besar. Maka pilihan lain bagi ibu yang tidak mengambil alfalfa adalah pengambilan kalsium yang mencukupi di samping pemakanan  harian diet yang kaya dengan protein.

Tahukah anda?

Isnin, 14 Mei 2012

Buat bakal ibu...Mengandung + Menyusu




Mahukah anda mempunyai stok sebegini?

Gambar Ehsan Noor Hani dari FB


Ibu kenali Hani dari AyuKhairy... Hani menelefon ibu untuk mencuba trial pack B semasa beliau dalam berpantang. Sejak mencubanya beliau mendapati susunya pekat dan mempunyai peningkatan. Alhamdulillah dalam berpantang sahaja Hani telah dapat menyediakan 130 pack stok EBM nya...dan gambar ini ibu minta kebenarannya dari FB beliau.


Bagi ibu2 yang sedang mengandung dan mempunyai matlamat serta niat untuk menyusukan bayi, pastikan anda telah mempunyai persediaan mental dan fizikal yang sempurna. Pengambilan vitamin semasa mengandung turut membantu. 


tq anakkuwiraku.com for sharing

Set manakah yang sesuai sekiranya saya dalam berpantang?

Jujurnya ibu akan suggest mengambil set C iaitu mengandungi multivitamin, B complex, Vitamin C dan Zinc. Zinc seperti yang kita sedia maklum bahawa ia sangat penting dalam membantu mempercepatkan proses baik luka disebabkan kelahiran.

a) Vita-Lea Iron Formula/multivitamin

Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Kebiasaannya, sekitar usia anak mencecah 6 bulan, kita di syorkan untuk memperbanyakkan sumber zat besi ke dalam makanan anak...contoh terbaik ialah ikan bilis dan bagi ibu menyusu multivitamin atau nama lain vitalea telah di lengkapi dengan iron bagi membantu pembesaran anak dengan lebih baik lg...Ada sesetengah doktor menasihatkan agar ibu yang menyusu perlu memastikan pengambilan zat besi dalam menu harian agar si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas memerah mahupun menyusukan anak. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Walaubagaimanapun multivitamin beserta formula zat besi ini tidak disarankan diambil dengan  minuman susu kerana ianya akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan.

b) B Complex

Khamis, 10 Mei 2012

Kanser Payu Dara & Penyusuan

Sumber - pama.karangkraf.com

kehamilan1
Dianggarkan satu daripada 1,000 wanita hamil didiagnosis dengan kanser setiap tahun. Bolehkah anda meneruskan kehamilan dan seterusnya menyusukan bayi sebaik dilahirkan?

Sekiranya disahkan menghidap kanser payu dara ketika hamil, anda biasanya hanya berjaya didiagnosis pada tahap berikutnya dan amat jarang sekali ia dikenalpasti di awal kehamilan. Hal ini kerana perubahan hormon menjadikan payu dara menjadi lebih besar, lembut dan berketul. Inilah yang membuatkan anda dan doktor sukar mengesan benjolan di payu dara sehinggalah ia terus membesar. Perubahan awal yang disebabkan oleh kanser amat mudah disalahtafsir kerana ia sering terselindung di sebalik perubahan normal yang berlaku sepanjang tempoh kehamilan.

Dalam kes tertentu, mamogram dapat mengesan kanser. Walaupun kebanyakan doktor khuatir tentang aspek keselamatan, ia tetap selamat untuk anda melakukan ujian ini. Amaun radiasi untuk ujian mammogram masih kecil kerana ia lebih tertumpu kepada payu dara. Oleh yang demikian, ia tidak tersebar ke seluruh bahagian tubuh. Untuk perlindungan tambahan, perisai khas dipakai di bahagian bawah perut untuk menghalang radiasi daripada mengenai rahim. Jadi, berbincanglah dengan doktor tentang pemeriksaan payu dara dan waktu terbaik untuk melakukan ujian ini.

Sekiranya doktor tidak yakin dengan tahap keselamatan untuk anda menjalani mammogram, adalah lebih baik untuk menangguhkannya. Ujian pengimejan lain yang tidak menggunakan radiasi seperti ultrasound payu dara boleh digunakan sebagai ganti. Ia lebih selamat berbanding mammogram jika diperlukan ketika hamil.

Ketulan di payu dara yang dirasai atau keputusan ujian pengimejan yang abnormal akan menimbulkan kebimbangan tetapi biopsi perlu dilakukan untuk mengetahui adakah benar, ia kanser payu dara. Sewaktu biopsi, tisu akan diambil daripada bahagian terlibat. Ia biasanya dilakukan menggunakan jarum yang panjang dan berongga menerusi pembedahan kecil. Doktor akan menggunakan ubat untuk mengebaskan bahagian payu dara yang terlibat sahaja. Namun, biopsi yang dilakukan di bawah penggunaan bius yang menyebabkan anda tertidur boleh meninggalkan risiko kecil ke atas fetus.

Kenal Pasti Tahap Kanser
Jika kanser payu dara ditemui, ujian lain diperlukan untuk mengetahui sama ada sel kanser merebak di keseluruhan payu dara atau bahagian tubuh yang lain. Proses ini dikenali sebagai staging. Ujian ini sangat penting untuk wanita hamil yang menghidap kanser payu dara kerana kanser cenderung untuk menjadi lebih besar dan merebak di luar bahagian payu dara.

Sematkan di fikiran bahawa bayi tidak terdedah kepada radiasi dengan ujian-ujian seperti ultrasound dan magnetic resonance imaging (MRI). Secara umumnya, ujian sebegini selamat dan boleh digunakan. Namun MRI yang menggunakan contrast dye tidak digalakkan ketika hamil kerana boleh menjejaskan bayi dalam kandungan.

X-ray dada kadang-kala diperlukan untuk membantu keputusan dibuat. Ia menggunakan radiasi yang kecil namun masih selamat untuk wanita hamil jika bahagian perut dilindungi. Ujian lain seperti imbasan tulang atau computed tomography (CT) di bahagian dada, perut atau pelvis boleh mendedahkan fetus kepada radiasi. Walau bagaimanapun, ujian ini amat jarang diperlukan. Dalam sesetengah kes, apabila ujian seperti ini perlu dilakukan, doktor akan mengabaikan ujian ini bagi mengelakkan kesan sampingan kepada fetus.

Dalam sesetengah kes, kanser boleh sampai ke plasenta. Jadi, ia boleh memberi kesan kepada amaun nutrisi yang diperoleh bayi namun setakat ini tiada kes yag dilaporkan menunjukkan kanser payu dara boleh dipindahkan oleh ibu ke bayinya.

Rawatan Ketika Hamil
Merawat wanita hamil dengan kanser payu dara sama matlamatnya dengan merawat wanita bukan hamil iaitu mengawal kanser di mana ia bermula dan mengelakkannya daripada terus merebak. Namun usaha untuk melindungi bayi yang dikandung menjadikan usaha mencapai matlamat ini menjadi lebih kompleks.

Jika anda memerlukan kimoterapi, terapi hormon atau radiasi untuk merawat kanser, anda mungkin diminta untuk menggugurkan kandungan. Ini kerana rawatan sebegini boleh memudaratkan bayi. Namun, tiada kajian membuktikan dengan mengakhiri kehamilan untuk melakukan rawatan membolehkan anda untuk terus bertahan hidup. Namun, ini adalah pilihan yang perlu dibincangkan apabila melibatkan jenis rawatan yang bakal dipilih.

Dalam pada itu, sebelum mengambil keputusan untuk melakukan rawatan, doktor terlebih dahulu perlu menyelidiki saiz tumor, kedudukannya, sejauh mana kanser merebak, tempoh kehamilan dan jenis rawatan yang mahu anda pilih.

1.  Pembedahan
Apabila perlu, pembedahan adalah rawatan pertama untuk dilakukan dengan mengeluarkan tumor (lumpectomy) atau keseluruhan payu dara (mastectomy), dan/atau mengeluarkan nodus limfa di bawah lengan. Di sesetengah waktu dalam kehamilan, bius yang digunakan dalam pembedahan mungkin berisiko untuk bayi. Oleh itu, doktor O&G, pakar bedah dan pakar bius perlu bekerjasama untuk menentukan masa terbaik ketika hamil untuk melakukan pembedahan agar anda dan bayi sama-sama selamat.

Mastectomy biasanya menjadi rawatan pilihan pertama untuk kanser tahap awal. Nodus limfa di bawah lengan mungkin dikeluarkan jika terdapat prasangka kanser boleh merebak di bahagian itu. Dalam kes tertentu, sentinel lymph node biopsy (SNLB) juga dilakukan untuk membolehkan doktor mengeluarkan sedikit nodus.

Tetapi, terdapat kebimbangan pengesanan radioaktif yang digunakan untuk SNLB akan memberi kesan kepada bayi jika digunakan ketika perkembangan organnya sedang berlaku.

Bergantung kepada tahap kanser, anda mungkin akan mendapat lebih banyak rawatan seperti kimoterapi, radiasi dan/atau terapi hormon selepas pembedahan untuk mengurangkan risiko kanser daripada berulang. Ia dikenali sebagai rawatan adjuvant.

Bagi anda yang melalui pembedahan yang tidak memerlukan pembuangan payu dara seperti lumpectomy biasanya memerlukan terapi radiasi selepas pembedahan untuk mengurangkan risiko kanser daripada kembali.

2.  Kimoterapi
Kimoterapi lazimnya digunakan bersama pembedahan sebagai rawatan adjuvant untuk sesetengah kes payu dara di peringkat awal. Ia juga mungkin digunakan secara bersendirian untuk kes yang lebih teruk. Rawatan ini biasanya tidak diberi sepanjang tiga bulan pertama kehamilan kerana ketika ini organ bayi biasanya sedang berkembang. Apatah lagi, risiko keguguran adalah sangat tinggi ketika trimester pertama.

Apabila anda memerlukan rawatan kimoterapi adjuvant selepas pembedahan, ia biasanya ditangguhkan sehingga trimester kedua. Jika anda sudah berada di trimester ketiga apabila kanser ditemui, kimoterapi akan dilakukan selepas melahirkan. Anda mungkin perlu bersalin dengan bantuan ubatan pencetus kontraksi beberapa minggu lebih awal.

Kimoterapi tidak sepatutnya dilakukan tiga ke empat minggu sebelum melahirkan. Ini kerana salah satu kesan sampingan kimoterapi boleh menyebabkan tekanan darah anda rendah. Ia juga boleh menyebabkan pendarahan dan meningkatkan jangkutan sewaktu melahirkan.

Kajian menunjukkan sesetengah ubat kimoterapi yang digunakan dalam rawatan di trimester kedua dan ketiga tidak meningkatkan risiko kecacatan lahir, kematian lahir atau masalah kesihatan selepas melahirkan. Namun, penyelidik tidak mengetahui sama ada bayi ini akan mendapat kesan dalam jangka masa panjang.

3. Terapi Hormon
Terapi ini sama seperti tamoxifen yang digunakan sebagai rawatan adjuvant selepas pembedahan. Penggunaannya di kalangan wanita hamil belum dikaji, maka kesannya tidak diketahui.

Namun, terdapat laporan bahawa keguguran, kematian bayi dalam kandungan serta kecacatan kepala, muka dan alat kelamin boleh berlaku jika bayi lahir bagi ibunya yang mengambil tamoxifen di awal kehamilan. Oleh kerana itu, terapi hormon untuk kanser payu dara perlu ditangguhkan sehingga selepas anda melahirkan.

4. Terapi Radiasi
Perlu diketahui bahawa dos radiasi yang tinggi boleh memudaratkan bayi bila-bila masa sahaja sepanjang tempoh hamil. Ia boleh menyebabkan keguguran, kecacatan lahir, perkembangan fetus yang perlahan selain meningkatkan risiko kanser pada anak. Jadi, doktor tidak akan menyarankan terapi ini ketika hamil.

Rabu, 9 Mei 2012

Kerap hamil jejas tulang..atasinya sebelum terlambat ..



WANITA disaran supaya menjarakkan kehamilan sekurang-kurangnya selama dua tahun.



MEMILIKI zuriat yang ramai selalunya mampu memberikan kebahagiaan dalam kehidupan berkeluarga. 

Namun, kehamilan yang kerap dan dalam jarak masa yang singkat turut mengundang risiko kepada ibu mengandung.

Seorang pakar perubatan rehabilitasi dari Fakulti Kedoktoran, Universiti Indonesia, Dr. Siti Annissa Nuhonni berkata, bayi di dalam kandungan memerlukan kalsium yang banyak untuk proses pembesarannya.

Kalsium tersebut disumbangkan oleh ibu dan kuantitinya perlu dikongsi bersama. Ia secara tidak langsung menunjukkan bahawa ibu hamil memerlukan kuantiti kalsium yang tinggi berbanding biasa.

Selain itu, setelah proses melahirkan anak, kuantiti kalsium yang banyak masih diperlukan untuk disalurkan kepada bayi melalui susu ibu.

“Ini secara tidak langsung menyebabkan seorang ibu memerlukan jumlah kalsium yang lebih berbanding keadaan biasa,” jelasnya.

Tambah Annissa, jarak kehamilan dan kelahiran yang dekat akan turut menyebabkan ketidakseimbangan kandungan hormon estrogen di dalam tubuh.

Ketidakseimbangan hormon penting wanita tersebut secara tidak langsung akan mengganggu penyerapan kalsium ke dalam tulang.

“Estrogen penting untuk penyerapan kalsium. Jadi, apabila ia terganggu, struktur tulang juga akan terganggu akibat kekurangan kalsium,” ujar Annissa.

Lebih memburukkan keadaan apabila darah kehabisan kandungan kalsium dan ia mula menyerapnya daripada tulang dan gigi pula.

Ini kerana sebanyak 80 peratus kandungan kalsium dalam badan terdapat pada bahagian itu.


MINUM banyak susu dapat menambah bekalan kalsium ibu hamil.


Setelah banyak kalsium diserap keluar, ia akan mengganggu struktur tulang dan gigi. Ia akan mengurangkan kepadatan struktur itu yang akhirnya mengundang penyakit berkaitan tulang.

Dalam pada itu, Pakar Perunding Pemulihan Perubatan WQ Park, Dr. Tunku Nor Taayah Tunku Zubir menjelaskan bahawa kekurangan kalsium di dalam badan boleh menyebabkan masalah kerapuhan tulang.

Berpantang

“Kalsium adalah elemen terpenting dalam pembentukan tulang. Justeru ia diperlukan dalam kuantiti yang mencukupi untuk mengekalkan kekuatan tulang.

“Apabila kurang kalsium, ia akan menyebabkan masalah osteoporosis yang sering menyerang wanita terutamanya yang sudah menopaus,” katanya kepada Jurnal.

Ibu hamil digalakkan minum banyak susu dan mengambil sumber kalsium lain seperti keju, yogurt dan sayur berdaun hijau sebagai cara untuk mengoptimumkan jumlah kalsium dalam badan.
Sebagai langkah untuk membantu mengekalkan kesihatan tulang dalam kalangan wanita, Pakar Perunding Seksual dan Kesihatan Reproduktif, Dr. Mohd. Ismail Tambi menasihatkan mereka yang berisiko agar menjarakkan tempoh kehamilan.

Sambil merujuk kepada kepentingan amalan berpantang selepas bersalin, Ismail menjelaskan bahawa wanita perlu menjaga kesihatan reproduktif sepanjang tempoh mengandung sehingga melepasi waktu bersalin.


TULANG rapuh disebabkan kalsium di dalamnya telah diserap oleh tubuh.


“Amalan berpantang adalah penting kerana ia merangkumi tempoh seseorang wanita yang baru bersalin untuk pulih dari segi mental dan fizikal.

“Jarak masa yang lama sebelum kembali mengandung dapat digunakan oleh ibu untuk mengembalikan kalsium dalam badan dan menghilangkan trauma kelahiran,” katanya.
Seseorang ibu bukan sahaja memerlukan tempoh pantang sebelum kembali mengandung bahkan masa yang lebih lama sebagai langkah menjaga kesihatannya.

Sambil menyebut saranan Islam supaya wanita menjarakkan kehamilan selama dua tahun, Ismail menasihati pasangan agar merancang kehamilan dengan pelbagai kaedah.

“Terdapat banyak cara untuk mengelakkan kehamilan berlaku. Ini termasuk mengambil hormon dan pil selain menggunakan kondom atau IUCD iaitu alat pencegahan kehamilan dalam rahim,” katanya.

Sumber  - kosmo.com.my

Suplemen yang dicadangkan utk keperluan kalsium harian anda -- Ostematrik shaklee 

Ostematrix* adalah kalsium , magnesium dan lengkap dengan Vitamin D. Tanpa vitamin D yang mencukupi ia boleh mengganggu penyerapan zat kalsium itu sendiri. Ianya juga bukan hanya dari kalsium karbonat semata-mata dan ini adalah sangat bagus kerana mengurangkan risiko batu karang dan sembelit.

Kalsium perlu bukan hanya untuk gigi tetapi untuk pembinaan sel darah . Sebab itu apabila badan kurang kalsium, ianya akan diambil dari tulang dan ini akan memberi risiko kepada ibu yang melahirkan dan menyusu kekurangan kepadatan tulang dan akhirnya mendapat risiko osteoporosis iaitu kerapuhan tulang.

Testimoni customer yang menggunakan Ostematrik - disini 

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit


Bg yang kekangan kewangan, sila contact utk mendapat harga istimewa:
Email - pokoksena85@yahoo.com
SMS - 0199517292
Fanpage - JOM SINGGAH 

Selasa, 8 Mei 2012

INFO HAMIL : 8 tips hamil secara sihat


Sumber :Utusan Malaysia 19/08/2001
utusan.com.my

ANDA disahkan hamil? Apa yang penting anda lakukan sepanjang tempoh kehamilan ialah menjaga kesihatan fizikal dan emosi sebaik-baiknya.
Seperti wanita lain, anda juga sebenarnya berpotensi melahirkan bayi yang sihat dan bebas daripada 

sebarang masalah sepanjang hamil jika anda mengamalkan beberapa tips berikut seperti:

1. Memilih pakar perbidanan
 Memilih pakar perbidanan pada peringkat awal dapat membantu mengeratkan hubungan dalam menyiapkan diri sebelum proses kelahiran.
Pada masa yang sama, penjagaan pranatal yang baik penting untuk kesihatan bayi.

2. Diet yang seimbang 
Pastikan anda mengambil diet yang seimbang seperti protein dan mengawal kalori selain mengambil vitamin dan garam galian lain seperti zat besi dan asid folik.

3. Mengambil vitamin pranatal

 Wanita hamil perlu mengambil vitamin ini lebih daripada wanita biasa terutama asid folik kerana ia mengurangkan risiko janin mengalami kecacatan tiub saraf, contohnya spina bifida.

4. Melakukan senaman secara tetap
Program senaman yang sesuai bukan saja dapat memberi anda kekuatan dengan berat badan yang baru semasa hamil, malah dapat mengurangkan tekanan semasa proses kelahiran.
Di samping itu, ia juga dapat meningkatkan serotonin iaitu bahan kimia yang dikaitkan dengan perubahan mood semasa hamil.

5. Elakkan mengambil minuman keras 
Kajian mendapati wanita yang mengambil minuman keras semasa hamil meningkatkan risiko melahirkan bayi yang mengalami kerencatan mental dan fizikal, masalah tingkah laku, rupa paras dan kecacatan jantung.

6. Kurangkan pengambilan kafein
Pengambilan kafein dalam jumlah yang banyak boleh meningkatkan risiko untuk anda melahirkan bayi yang kurang berat badannya.

7. Berhenti merokok
Tabiat merokok meningkatkan risiko keguguran, kehamilan ektopik, pendarahan faraj, bayi lahir tidak cukup bulan, kematian bayi dan sebagainya.
Kajian juga mendapati wanita yang merokok 20 batang atau lebih sehari lebih cenderung melahirkan anak yang sumbing.

8. Rehat yang mencukupiTidur yang mencukupi penting untuk kesihatan diri dan janin dalam kandungan. Jika anda tidak boleh tidur, angkat kaki ke atas sambil membaca buku atau majalah.

Kaedah berehat seperti yoga, regangan, menarik nafas dalam-dalam dan urutan merupakan cara terbaik untuk menangani tekanan dan tidur yang baik pada waktu malam.

Credit - faish5807.blogspot.com 

Vitamin-Vitamin Untuk Tingkatkan Kesuburan:
  1. Vitamin E - membantu menstabilkan hormon reproduktif pada kedua2 lelaki dan wanita.
  2. Zinc - meningkatkan tahap testosteron dan bilangan sperma pada lelaki.
  3. Vitamin C - Berperanan dalam pembentukan sperma.
  4. B Complex - Memberi ketenangan jiwa dan menstabilkan hormon.
Bagi yang ingin mencuba vitamin bagi meningkatkan kesuburan, saya cadangkan kedua2 suami isteri mengambil set A yang terdiri dari Vita Lea (multivitamin), B Complex dan Vitamin C, ditambah dengan Vitamin E. Untuk lelaki, tambah satu lagi pengambilan zinc bagi membantu tahap kesuburan anda.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit


Sila PM utk mendapatkan detail mengenai produk:
Email - pokoksena85@yahoo.com
SMS - 0199517292
FB - http://www.facebook.com/pokoksena85
Fan Page - http://www.facebook.com/JomSinggah09
Your Shaklee Independent Distributor (ID - 854784)

Pantang Larang Melayu Lama Untuk Wanita Hamil




1. Dilarang mencaci atau menceritakan kecacatan, dikhuatiri anak yang bakal lahir juga akan cacat.


2. Dilarang memukul, mendera atau mencederakan mana-mana binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahir mengalami kecacatan.


3. Dilarang memaku, memahat, mengail atau menyembelih binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahit bibir terbelah atau mengalami kecacatan.


4. Dilarang bergaduh dengan ibu mertua, dikhuatiri mengalami kesulitan ketika melahirkan anak.

Isnin, 7 Mei 2012

TANDA-TANDA HAMPIR BERSALIN





Jangan ambil remeh tau jika tanda-tanda berikut sudah menunjukkan diri masing-masing. Itu tandanya bayi anda sudah bersedia untuk berjumpa dengan ibu dan ayah mereka.


(1) Bayi Turun Ke Bawah
Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun ‘turun’ ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
  • sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
  • kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
  • sakit perut, memulas
  • kerap buang air besar
  • kerap terkentut
(2) Keluar Lendir Pekat/Berdarah
Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula terbuka. Lendir yang kadangkala bercampur dengan darah. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.

(3) Sakit Belakang
Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda. Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi. Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda. Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda semasa anda berbaring mengiring.

(4) Pecah Air Ketuban
Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Dan ia selalunya tidak menyakitkan. Segera ke hospital. Terdapat 2 situasi pecah air ketuban yang biasanya terjadi :
  • Pecah dan keluar air dengan banyaknya pada satu masa. Macam air paip bocor..:) Memang lencunlah. Selalunya bila keadaan ini terjadi, segeralah ke hospital tanpa berlengah lagi. Itu tandanya kepala bayi anda sudah menolak "ke bawah" dan mengoyakkan selaput yang melindungi bayi & cecair amnion. Anda sudah bersedia untuk melahirkan pada bila-bila masa sahaja.
  • Air turun sedikit demi sedikit. Kadangkala ada ibu-ibu yang tidak perasan bahawa air yang keluar itu adalah air ketuban. Keadaan ini agak berbahaya kerana sekiranya air ketuban sudah berkurangan, ini boleh mengakibatkan bayi anda berisiko utk "lemas" dan menyebabkan kecacatan selepas kelahiran. Nauzubillah.
Jadi pesanan saya buat ibu-ibu yang sedang menantikan saat utk melahirkan, sila perhatikan tanda-tanda di atas dan segeralah ke hospital. Saya doakan ibu-ibu selamat melalui detik pengalaman yang sangat berharga untuk melahirkan cita hati anda dan suami ke dunia ini. Amin!

p/s: Jangan lupa baca Set berpantang Euphoria, mana tau anda berkenan untuk berpantang dengan vitamin. Tampil cergas dan sihat dengan set berpantang shaklee
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit




Bg yang kekangan kewangan, sila contact utk mendapat harga istimewa:

Email - pokoksena85@yahoo.com
SMS - 0199517292

Fanpage - JOM SINGGAH 
 .

Jumaat, 29 Julai 2011

Kalsium Bantu Kurangkan Komplikasi Semasa Meneran

Ada seorang ibu bertanyakan samada tidak mengapakah sekiranya dia tidak minum susu sepanjang kehamilan kerana dia tidak suka minum susu (atau mungkin alahan). Jawapannya ialah TIDAK MENGAPA @ BOLEH. Namun demikian, adalah wajib bagi ibu tersebut untuk menggantikan sumber kalsium yang dia tidak mampu perolehi daripada susu dengan cara lain. Samada dia kerap mengambil makanan yang kaya dengan kalsium atau melalui pengambilan pil kalsium (yang seharusnya perlu lengkap magnesium dan vitamin D untuk penyerapan optimum).
Apapun, ibu-ibu sekelian, kehamilan bukanlah tentang diri anda seorang, tetapi juga bayi yang anda kandungkan. Fikirkan tentang si kecil. Kemungkinan sikap ‘tidak mahu’ kita kini akan membawa kesan negatif kepada si kecil dewasa kelak.
credit mamafaiz, hadha

Kurangkan komplikasi semasa meneran



APABILA bercakap mengenai kepentingan kalsium, kebanyakan daripada kita sering kali merujuk zat itu hanya untuk kanak-kanak sebagai sumber tumbesaran tulang.
Bagi orang tua pula, ia penting bagi mengelakkan pereputan tulang. Jarang sekali orang muda atau yang berada di usia pertengahan mengambil berat mengenai pengambilan kalsium dalam struktur diet harian mereka.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...