Mungkin jarang kita mendengar nama DTX Complex Shaklee ini di sebut-sebut, kerana, kita sering mengaitkan supplemen untuk perkara-perkara yang sering berkaitan dengan kehidupan seharian kita sahaja. DTX Complex Shaklee tergolong dalam kumpulan sebagai supplemen cadangan untuk kesihatan hati.
Jadi, apa kata kita terokai apakah perbezaan DTX Shaklee… (^_^)
Sumber : Buku Nutrisi Shaklee
Perbezaan DTX Shaklee
- Kajian menunjukkan bahawa kandungan utama di dalam DTX Complex Shaklee; ekstrak biji benih pokok susu tisel menyokong keupayaan badan menghasilkan protein bagi membantu menjana semula sel-sel hati.
- DTX Complex Shaklee mengandungi bahan ekstrak yang sangat penting dari biji benih pokok susu tisel yang menghasilkan 80% silymarin.
- Ia turut mengandungi bahan-bahan yang digabungkan secara unik dan saintifik; ekstrak daripada Schizandra dan cendawa Reishi (herba yang kaya dengan anti-oksida) dan ekstrak daripada dandelion, kunyit, dan articok (herba yang membantu mengekalkan aliran hempedu)
Formulasi yang dipatenkan untuk DTX Complex
1. Ekstrak Biji Benih Pokok Susu Tisel (Milk thistle seed)
- Proses ekstrak ini mendapatkan 80% silymarin – kaya dengan bahan antioksida
- Melindungi hati daripada toksin, termasuklah dadah, racun dan bahan kimia
- Merawat masalah hati seperti hepatitis dan sirosis
- Mengurangkan kadar kerosakan hati akibat lebihan alkohol
- Membantu mencegah dan merawat masalah batu karang
- Membantu masalah kulit seperti psoriasis dan ekzema