(Sumber: Weblog PAPISMA Terengganu)
Mata adalah satu dari lima pancaindera anugerah dari Allah yang amat penting. Organ yang kecil ini telah mula terbentuk di alam rahim di peringkat awal pembentukan janin iaitu pada minggu keempat kandungan. Pada masa itu biasanya ibu belum lagi menyedari kehamilannya. Ia berfungsi seperti kamera yang sangat sempurna dan menakjubkan yang membuktikan kebesaran dan kebijaksanan Allah s.w.t. Dengan organ tersebut dapatlah kita mengetahui perkara yang berlaku di sekeliling bagi membantu kita menjalankan dua amanah yang besar iaitu sebagai hamba yang perlu membuat amal ibadat dan sebagai khalifah bagi membangun serta memakmurkan alam ini.
Apabila kita melihat sesuatu objek, melalui anak mata yang boleh menukar saiz untuk mengawal cahaya yang memasuki mata. Gelombang cahaya dari objek tersebut akan memasuki bola mata dan akan di fokus ke retina yang akan menukarkan cahaya kepada bentuk gelombang eletrik. Melalui saraf optik, signal akan dihantar ke otak bagi proses pengecaman dan penterjemahan serta memberi maklumat yang bermakna tentang objek yang dilihat. Proses yang sangat rumit ini berlaku dalam kadar lebih pantas dari sekelipan mata.
Organ kecil yang menakjubkan ini dibentuk oleh struktur kornea, kanta, vitreous, saraf retina, choroid, sclera dan saraf optik. Kerosakan dalam mana- mana struktur ini akan menyebabkan masalah penglihatan dan bahkan boleh menyebabkan kebutaan. Sebagai contoh, bila kanta mata yang pada asalnya jernih menjadi keruh terjadilah penyakit yang disebut sebagai selaput (katarak). Dalam keadaan ini, cahaya tidak dapat memasuki mata dan menyebabkan penglihatan terganggu atau kebutaan. Dalam kes kerosakan saraf retina seperti dalam pesakit diabetis, cahaya yang memasuki mata tidak dapat ditukar ke bentuk gelombang eletrik. Oleh yang demikian tiada maklumat yang sampai ke otak. Dalam penyakit glaukoma, tekanan mata yang tinggi secara berpanjangan akan merosakkan saraf optik yang akan menghalang penghantaran signal ke otak. Kebutaan disebabkan kerosakkan saraf optik adalah kekal iaini penglihatan tidak dapat dipulihkan kembali walaupun setelah dirawat mahupun dibedah.
Mencegah itu lebih baik dari mengubati. Mengikut kajian, 80% kebutaan di seluruh dunia sebenarnya boleh dicegah dan dirawat. Sebagai contoh, kebutaan yang disebabkan oleh katarak boleh dielakkan sekiranya penyakit itu dikesan dan dirawat awal sebelum pesakit itu buta. Hilang penglihatan akibat diabetis dapat dielakkan sekiranya kita mengamalkan gaya hidup sihat serta mengambil berat tentang penjagaan pemakanan dan berat badan dari awal usia. Kebutaan kekal akibat glaukoma pula dapat dicegah sekiranya pesakit menjalani saringan mata bagi pengesanan awal. Begitu juga kebanyakkan kebutaan akibat kecederaan dapat dielak dengan penggunaan alat pelindung mata dan pemakaian talipinggang keselamatan.
Langkah dalam penjagaan mata sepanjang hayat
1.Banyakkan makan sayur, buah buahan dan ikan
Buah- buahan dan sayuran yang berbagai warna kaya dengan antioxidant yang membantu mencegah kerosakan kanta dan saraf retina. Kajian membuktikan bahawa pengambilan antioxidant dapat menghalang pembentukan katarak. Antara antioxidant yang penting untuk mata ialah Lutein and zeaxanthin. Kedua dua caretinoid ini banyak terdapat dalam sayuran seperti bayam, brokoli, labu dan sawi. Bahan ini penting untuk menapis cahaya biru yang merbahaya serta mengurangkan kerosakan sel sel oleh radikal bebas. Pengambilan makanan yang kaya dengan lutein and zeaxanthin dapat menurunkan risiko katarak dan kerosakan makula (Age related macular degeneration). Omega -3 yang banyak terdapt dalam ikan juga sangat baik untuk retina dan boleh mengurangkan risiko kerosakan makula iaini kawasan yang terpenting bagi ketajaman penglihatan dan warna .
2.Guna cermin mata pelindung.
Pancaran ultravilet (UV) boleh menyebabkan katarak dan kerosakan retina. Penggunaan cermin yang mempunyai pelindung UV dari usia muda dapat mengurangkan risiko penyakit tersebut. Perlu diketahui bahawa cermin mata yang gelap tidak semestinya dapat memberi perlindungan yang sepatutnya. Oleh yang demikian adalah penting untuk mendapat maklumat yang tepat dari optician atau optometrist sebelum membeli cermin mata..
3.Amalkan gaya hidup sihat dan kekalkan berat unggul anda.
Amalan ini penting untuk menghindar dari penyakit kronik seperti diabetis, hypertensi dan hypercholestrol. Bagi mereka yang telah mengidap penyakit tersebut, pastikan ianya dikawal dengan baik untuk menghindar dari komplikasi seperti diabetik retinopathy dan katarak. Sekiranya mengalami obesiti kurangkan berat badan secara perlahan dengan menurunkan pengambilan kalori dan membuat senaman secara teratur. Berhenti merokok kerana orang yang merokok lebih berisiko mendapat katarak dan kerosakkan retina. Sekiranya sukar, mohon bantuan dari doktor untuk meninggalkan tabiat ini
4.Pemeriksaan mata.
Pemeriksaan mata penting bagi memastikan penyakit di kesan dan dirawat awal. Ini penting kepada mereka yang mempunyai risiko kebutaan seperti pengidap diabetis, mempunyai ahli keluarga glaukoma, pernah mengalami kecederaan mata dan mereka yang mengambil ubat ubat yang boleh mempunyai kesan ke mata seperti steroid dan ubat tuberculosis (anti TB). Pengidap diabetis disarankan menjalani pemeriksaan mata sekurang kurangnya sekali setahun walaupun tidak mempunyai masalah penglihatan.
5. Kawal penyakit .
Bagi yang mengidap penyakit seperti diabetis, hypertension hypercholestrol, pastikan ianya dikawal dengan baik untuk menghindar dari komplikasi seperti diabetik retinopathy dan katarak. Jumpa doktor secara berkala dan ambil rawatan seperti yang dinasihatkan.
Kesimpulannya bagi mendapat penglihatan yang baik sepanjang hayat, banyakan pengambilan sayur, buah-buahan dan ikan. Guna cermin mata pelindung, amalkan cara hidup sihat dan selamat.
kredit - http://papisma.org
Mata adalah satu dari lima pancaindera anugerah dari Allah yang amat penting. Organ yang kecil ini telah mula terbentuk di alam rahim di peringkat awal pembentukan janin iaitu pada minggu keempat kandungan. Pada masa itu biasanya ibu belum lagi menyedari kehamilannya. Ia berfungsi seperti kamera yang sangat sempurna dan menakjubkan yang membuktikan kebesaran dan kebijaksanan Allah s.w.t. Dengan organ tersebut dapatlah kita mengetahui perkara yang berlaku di sekeliling bagi membantu kita menjalankan dua amanah yang besar iaitu sebagai hamba yang perlu membuat amal ibadat dan sebagai khalifah bagi membangun serta memakmurkan alam ini.
Struktur mata |
Apabila kita melihat sesuatu objek, melalui anak mata yang boleh menukar saiz untuk mengawal cahaya yang memasuki mata. Gelombang cahaya dari objek tersebut akan memasuki bola mata dan akan di fokus ke retina yang akan menukarkan cahaya kepada bentuk gelombang eletrik. Melalui saraf optik, signal akan dihantar ke otak bagi proses pengecaman dan penterjemahan serta memberi maklumat yang bermakna tentang objek yang dilihat. Proses yang sangat rumit ini berlaku dalam kadar lebih pantas dari sekelipan mata.
Organ kecil yang menakjubkan ini dibentuk oleh struktur kornea, kanta, vitreous, saraf retina, choroid, sclera dan saraf optik. Kerosakan dalam mana- mana struktur ini akan menyebabkan masalah penglihatan dan bahkan boleh menyebabkan kebutaan. Sebagai contoh, bila kanta mata yang pada asalnya jernih menjadi keruh terjadilah penyakit yang disebut sebagai selaput (katarak). Dalam keadaan ini, cahaya tidak dapat memasuki mata dan menyebabkan penglihatan terganggu atau kebutaan. Dalam kes kerosakan saraf retina seperti dalam pesakit diabetis, cahaya yang memasuki mata tidak dapat ditukar ke bentuk gelombang eletrik. Oleh yang demikian tiada maklumat yang sampai ke otak. Dalam penyakit glaukoma, tekanan mata yang tinggi secara berpanjangan akan merosakkan saraf optik yang akan menghalang penghantaran signal ke otak. Kebutaan disebabkan kerosakkan saraf optik adalah kekal iaini penglihatan tidak dapat dipulihkan kembali walaupun setelah dirawat mahupun dibedah.
Katarak menghalang cahaya memasuki mata. |
Langkah dalam penjagaan mata sepanjang hayat
1.Banyakkan makan sayur, buah buahan dan ikan
Buah- buahan dan sayuran yang berbagai warna kaya dengan antioxidant yang membantu mencegah kerosakan kanta dan saraf retina. Kajian membuktikan bahawa pengambilan antioxidant dapat menghalang pembentukan katarak. Antara antioxidant yang penting untuk mata ialah Lutein and zeaxanthin. Kedua dua caretinoid ini banyak terdapat dalam sayuran seperti bayam, brokoli, labu dan sawi. Bahan ini penting untuk menapis cahaya biru yang merbahaya serta mengurangkan kerosakan sel sel oleh radikal bebas. Pengambilan makanan yang kaya dengan lutein and zeaxanthin dapat menurunkan risiko katarak dan kerosakan makula (Age related macular degeneration). Omega -3 yang banyak terdapt dalam ikan juga sangat baik untuk retina dan boleh mengurangkan risiko kerosakan makula iaini kawasan yang terpenting bagi ketajaman penglihatan dan warna .
2.Guna cermin mata pelindung.
Pancaran ultravilet (UV) boleh menyebabkan katarak dan kerosakan retina. Penggunaan cermin yang mempunyai pelindung UV dari usia muda dapat mengurangkan risiko penyakit tersebut. Perlu diketahui bahawa cermin mata yang gelap tidak semestinya dapat memberi perlindungan yang sepatutnya. Oleh yang demikian adalah penting untuk mendapat maklumat yang tepat dari optician atau optometrist sebelum membeli cermin mata..
3.Amalkan gaya hidup sihat dan kekalkan berat unggul anda.
Amalan ini penting untuk menghindar dari penyakit kronik seperti diabetis, hypertensi dan hypercholestrol. Bagi mereka yang telah mengidap penyakit tersebut, pastikan ianya dikawal dengan baik untuk menghindar dari komplikasi seperti diabetik retinopathy dan katarak. Sekiranya mengalami obesiti kurangkan berat badan secara perlahan dengan menurunkan pengambilan kalori dan membuat senaman secara teratur. Berhenti merokok kerana orang yang merokok lebih berisiko mendapat katarak dan kerosakkan retina. Sekiranya sukar, mohon bantuan dari doktor untuk meninggalkan tabiat ini
4.Pemeriksaan mata.
Pemeriksaan mata penting bagi memastikan penyakit di kesan dan dirawat awal. Ini penting kepada mereka yang mempunyai risiko kebutaan seperti pengidap diabetis, mempunyai ahli keluarga glaukoma, pernah mengalami kecederaan mata dan mereka yang mengambil ubat ubat yang boleh mempunyai kesan ke mata seperti steroid dan ubat tuberculosis (anti TB). Pengidap diabetis disarankan menjalani pemeriksaan mata sekurang kurangnya sekali setahun walaupun tidak mempunyai masalah penglihatan.
5. Kawal penyakit .
Bagi yang mengidap penyakit seperti diabetis, hypertension hypercholestrol, pastikan ianya dikawal dengan baik untuk menghindar dari komplikasi seperti diabetik retinopathy dan katarak. Jumpa doktor secara berkala dan ambil rawatan seperti yang dinasihatkan.
Kesimpulannya bagi mendapat penglihatan yang baik sepanjang hayat, banyakan pengambilan sayur, buah-buahan dan ikan. Guna cermin mata pelindung, amalkan cara hidup sihat dan selamat.
kredit - http://papisma.org
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Sila PM utk mendapatkan detail mengenai produk:
Email - pokoksena85@yahoo.com
SMS - 0199517292
FB - http://www.facebook.com/pokoksena85
Fan Page - http://www.facebook.com/JomSinggah09
Your Shaklee Independent Distributor (ID - 854784)
Untuk Jawapan Segera -->> ISI FORM INI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan