Terima Kasih Ye.. SMS 0199517292..Diskaun Menarik Menanti Anda

^^ JOIN & DAPATKAN DISKAUN UTK SETIAP PEMBELIAN^^

JOM SINGGAH on Facebook



DOA

" YA ALLAH, DENGAN RAHMATMU YANG MAHA PEMURAH LAGI LUAS KASIH SAYANGMU...
AKU MOHON KEPADAMU, AMPUNKANLAH DOSA2 IBU YANG MENYUSUKAN ANAKNYA... LAPANGKANLAH REZEKI MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELAPANGKAN REZEKI AKU SEPERTI AKU MENYUSUKAN KEDUA2 ANAKKU. LANCARKAN REZEKI SUSU ANAK MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELANCARKAN REZEKI SUSU BUAT ANAK2KU.
SESUNGGUHNYA ENGKAU SANGAT KAYA DENGAN KASIHMU, PERKENANKANLAH DOAKU INI DAN SEMOGA ALLAH MENEMPATKAN KEDUA IBU BAPAKU KE DALAM SYURGAMU... AMIN..."

Sabtu, 25 Mei 2013

Tips Kehamilan :: Kepentingan Asid Folic Sepanjang Kehamilan


Q: Apakah asid folik?

A: Asid folik adalah salah satu vitamin kumpulan B. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah, dan juga yis and ekstrak daging lembu.

Q: Kenapakah saya perlukan asid folik?
A: Asid folik menolong mencegah kecacatan tiub saraf seperti spina bifida. Spina bifida terjadi apabila pelindung yang menutupi korda spina bayi tidak menutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal.

Pada 12 minggu yang pertama dalam kehamilan anda, otak dan sistem saraf bayi anda sedang membentuk dan berkembang pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu.

Dalam trimester kedua, iaitu dari minggu ke-13 kehamilan anda, anda boleh menghentikan asid folik. Namun begitu, jika anda mengambil asid folik sepanjang kehamilan anda, ia tidak akan menjejaskan kesihatan anda atau bayi anda.

Kebaikan Energizing Soy Protein (ESP) kepada semua golongan



ESP ni memang menjadi antara killer product Shaklee, bukan sahaja di kalangan ibu menyusu. Walaupun blog saya lebih terarah kepada audiens di kalangan ibu menyusu, tapi sebenarnya, kebaikan Shaklee ini adalah untuk semua. Untuk wanita  berkerjaya yang perlukan tenaga untuk uruskan rumah tangga, untuk wanita yang ingin menjaga keremajaan kulit, untuk pembesaran janin yang lebih baik, dan macam-macam lagi lah.. So, apa sebenarnya kepentingan Protein kepada kita?


KEPERLUAN PROTEIN DALAM DIET HARIAN


Protein hakikatnya boleh didapati dalam makanan harian kita seperti ikan, ayam, daging, kekacang dan banyak lagi. Namun protein ini mudah musnah apabila berada dalam suhu masakan yang tinggi. Apabila ini berlaku, tubuh kita akan menyerap saki baki protein yang ada dan selebihnya badan kita menyerap minyak hasil masakan seperti ikan goreng, ayam goreng atau apa jua masakan terutama yang bergoreng.

Badan kita terdiri daripada sel. Dari sel membentuk tisu. Dari tisu membentuk organ. Dari organ membentuk sistem. Protein merupakan makanan kepada sel. Jika sel mendapat cukup protein ditambah dengan protein yang bagus, sel yang sihat akan mudah terbentuk demi menggantikan sel yang lama dan mati.

Selain itu, protein sangat penting untuk proses pertumbuhan. Susuibu mengandungi sebahagian besar protein. Ibu yang mengamalkan makanan yang seimbang dan lengkap dengan protein dan semua zat akan mendapati anaknya membesar dengan sihat dan perkembangannya sangat hebat insyaALLAH.



Kepentingan Kalsium Kedapa Wanita.. jangan ambik ringan kepentingan kalsium yee



Ostematrix adalah antara vitamin suplemen kegemaran saya. Ostematrix membantu saya maintain production susu semasa menstrual, membantu saya maintain bertenaga di siang hari, penting untuk tulang dan gigi saya, membantu menghilangkan lenguh-lenguh sendi dan sakit pinggang (dengan bantuan Vitamin E) dan banyak lagi. Juga, Ostematrix penting sebab ada masanya saya kurang rajin nak bancuh susu. Hehe.

So, cakap pasal Ostematrix, saya nak kawan-kawan baca dulu artikel kat bawah ni pasal osteoporosis dan kepentingan kalsium kepada wanita.


source : Mingguan Malaysia, 25 Oktober 2008
HASIL penemuan penyelidikan bersama Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Otago, New Zealand menunjukkan kebanyakan wanita di Malaysia mendapat kurang daripada 50 peratus jumlah kalsium yang disarankan untuk kesihatan tulang.

Jumaat, 24 Mei 2013

17 Kelebihan Zinc Complex


Zinc ni memang jarang diceritakan tapi YaALLAH, banyak kelebihan ZINC nie ye..Zinc ni femes untuk ibu berpantang dan masalah jerawat yang kritikal, memang sangant berkesan la..

jom la baca kelebihan zin nie dulu, copy blog mama cery 



Sebelum itu tahukah anda bahawa zinc merupakan vitamin yg diperlukan dlm aktiviti metabolisma badan sebagai komponen penting enzim.Ia memainkan peranan penting dlm sistem imunisasi , pertumbuhan dan perkembangan seksual seseorang



Okey sekarang jom baca 17 kelebihan zinc 
  • Penjagaan Kulit: Kajian telah menunjukkan zink berkesan untuk menyembuhkan jerawat atau akne. Ia adalah lebih berkuasa daripada placebo dan penggunaan ubat-ubatan antibiotik masih dianggap lebih berkesan.
  • Ekzema: Juga dipanggil sebagai dermatitis atopik, adalah gangguan keradangan dan kulit yang kronik. Ia adalah sebahagian besarnya disebabkan oleh kekurangan zink di dalam badan. Zink memainkan peranan yang penting dalam penyembuhan jangkitan kronik dan membantu badan memulihkan keupayaan untuk sembuh dengan sempurna.

DTX Shaklee untuk kesihatan hati



Mungkin jarang kita mendengar nama DTX Complex Shaklee ini di sebut-sebut, kerana, kita sering mengaitkan supplemen untuk perkara-perkara yang sering berkaitan dengan kehidupan seharian kita sahaja. DTX Complex Shaklee tergolong dalam kumpulan sebagai supplemen cadangan untuk kesihatan hati.
Jadi, apa kata kita terokai apakah perbezaan DTX Shaklee… (^_^)
Sumber : Buku Nutrisi Shaklee
Perbezaan DTX Shaklee
  • Kajian menunjukkan bahawa kandungan utama di dalam DTX Complex Shaklee; ekstrak biji benih pokok susu tisel menyokong keupayaan badan menghasilkan protein bagi membantu menjana semula sel-sel hati.
  • DTX Complex Shaklee mengandungi bahan ekstrak yang sangat penting dari biji benih pokok susu tisel yang menghasilkan 80% silymarin.
  • Ia turut mengandungi bahan-bahan yang digabungkan secara unik dan saintifik; ekstrak daripada Schizandra dan cendawa Reishi (herba yang kaya dengan anti-oksida) dan ekstrak daripada dandelion, kunyit, dan articok (herba yang membantu mengekalkan aliran hempedu)
Formulasi yang dipatenkan untuk DTX Complex
1. Ekstrak Biji Benih Pokok Susu Tisel (Milk thistle seed)
  • Proses ekstrak ini mendapatkan 80% silymarin – kaya dengan bahan antioksida
  • Melindungi hati daripada toksin, termasuklah dadah, racun dan bahan kimia
  • Merawat masalah hati seperti hepatitis dan sirosis
  • Mengurangkan kadar kerosakan hati akibat lebihan alkohol
  • Membantu mencegah dan merawat masalah batu karang
  • Membantu masalah kulit seperti psoriasis dan ekzema

Multivitamin terbaik :: 10 Sebab Mengapa Anda Harus Mengambil 1 biji Multivitamin Sehari





1) Nutrien yang Mencukupi Ketika Menurunkan Berat Badan 

Kuning telur, tak dinafikan merupakan makanan paling tinggi nutriennya, dan tak keterlaluan jika saya katakan kuning telur merupakan ‘multivitamin’ yang di ambil oleh orang zaman dahulu pada sebelah pagi. Namun sayangnya, kuning telur tinggi kandungan kolestrolnya, disamping nilai kalorinya juga tinggi memandangkan ia kaya dengan lemak. 

Kebanyakan mereka yang mengamalkan diet untuk turun berat badan pasti akan mengelak makanan-makanan berkalori tinggi seperti ini. Itu baru saya ambil contoh satu jenis makanan, bagaimana pula dengan yang lain? Tubuh badan kita sememangnya memerlukan nutrien yang mencukupi untuk terus berfungsi. Kadar metabolisma pastinya terjejas apabila kekurangan nutrien tertentu, sekaligus ia menjadi rendah dan akhirnya progres untuk turun berat badan akan menjadi semakin perlahan! 

Pernah tak anda dengar ungkapan ini, 

“Ko ni aku tengok lemah lesu, macam tak cukup makan..”.

Salah satu faktornya adalah disebabkan kekurangan micronutrient dalam diet. 

2) Faktor Sibuk 

Kesalahan dalam mejaga kesihatan..patut sebaliknya



Kesihatan diri bukan soal kesempurnaan. Yang penting adalah keseimbangan dan masing-masing mempunyai keseimbangan yang tersendiri. Tapi apa sekalipun, cubalah elak 8 kesalahan kesihatan yang berikut:

1. Tak cukup atau terlebih Tidur!

Dengan kesibukan kerjaya zaman sekarang, terutama dengan kos kehidupan yang makin meningkat di Malaysia, ramai yang tidak dapat cukup tidur. Bukankah itu bagus untuk tingkatkan pembakaran kalori? Memang tak. Walaupun anda terjaga lebih lama, badan tidak bertenaga. Dari situ anda sendiri tidak bermaya dan kurangkan aktiviti. Malah nafsu makan akan meningkat kerana badan akan perlukan boost kalori untuk teruskan aktiviti. Inilah punca penambahan berat badan bagi mereka yang tidak cukup tidur 8jam.
Selain peningkatkan berat badan, amalan tak cukup tidur boleh akitbatkan sakit jantung, kecerderaan (kerana kecuaian mental), depression, stes dan lain-lain.
Tidak kira kesibukkan kerjaya dan lain-lain, cuba yang terbaik untuk mengatur masa supaya dan cukup rehat. Kalau tidak, yang menjadi mangsa adalah diri anda sendiri bukan kerjaya. Keseimbangan work-life itu memang penting.


Sabtu, 18 Mei 2013

Tips Penyusuan : Susu merudum?? Susu makin kurang?? Vitamin yang dicadangkan untuk support penyusuan

Susu merudum or makin kurang setiap hari. Jangan stress sangat ye ibu2 sbbnya stress adalah salah satu punca utama susu merudum. Apa yang penting apply konsep penyusuan iaitu supply and demand, banyakkan minum air kosong, doa dan tawakal.

Selain itu, vitamin pun banyak membantu utk support penyusuan dan kesihatan ibu2 sepanjang menjayakan penyusuan selama 2 tahun

Jom baca seimbas lalu apa kelebihan setiap vitamin yang dicadangkan

Set Penyusuan
Set Penyusuan

Protin( Energizing Soy Protein/ESP)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
-meningkatkan tenaga. Penting untuk ibu untuk mengekalkan tenaga kerana kesibukan tugas harian.
- protin merupakan komposisi susu ibu yang utama. Jadi, pengambilan protin yg berkualiti mampu merangsang pengeluaran susu ibu- banyak maklum balas pelanggan mengatakan ESP membantu memekatkan susu ibu dan membuatkan payudara rasa penuh dengan lebih cepat untuk sesi penyusuan berikutnya.
-Bonus: protin mencantikan kulit dan memberi rasa kenyang jadi lebih mudah bagi ibu menyusu yg berniat menurunkan berat badan

Kalsium (Ostematrix)
~~~~~~~~~~~~~
- kalsium sangat penting untuk pertumbuhan bayi. Supplemen kalsium mengganti semula kalsium yg telah disalurkan ke bayi melalui susu ibu.
- sejak dari dalam perut, khasiat kalsium dari ibu sudah disalurkan ke bayi.
- jadi, jika ibu mengambil kalsium yang tidak cukup, badan ibu akan menunjukkan tanda-tanda kekurangan kalsium seperti sakit pinggang, sakit belakang, kekurangan susu ibu dan cramp.-lebih parah, jika tahap kekurangan kalsium lebih teruk, bayi akan mengalami kekurangan kalsium juga dan pertumbuhan tulang dan gigi boleh terjejas.

Khamis, 16 Mei 2013

Kenapa Perlu Minum Banyak Air Bila Ambil Suplemen?




KES 1:
Serena sering mengadu berasa panas dan dahaga sejak mengambil vitamin-vitamin dalam set breastfeeding Shaklee.

KES 2:
Azman mengadu pening, sakit pinggang dan lemah badan sejak mengambil vitamin dalam set Shaklee untuk lelaki.

KES 3:
Rini mengadu susu badannya semakin berkurangan sejak mengamalkan vitamin dalam set breastfeeding Shaklee.

Setelah diselidiki ketiga2 kes di atas, hanya satu jawapan saja:



9 Tips Motivasi Penyusuan Susuibu

Bagi seorang individu itu berjaya dalam apa yang diusahakan beliau perlukan motivasi. Apa dia motivasi itu? Ia hakikatnya adalah sesuatu yang membakar semangat kita untuk terus berusaha dan jangan putus asa.


Bagi ibu menyusu juga kita perlu motivasi untuk teruskan penyusuan sehingga dua tahun.

Antara perkara yang membantu ibu itu bermotivasi adalah

1. Kata- kata semangat.
Tidak dinafikan kita memerlukan kata-kata semangat seperti 'saya boleh' , 'moga berjaya', ' selamat mencuba' namun adakala kita menerima kata-kata seperti ' Boleh ke berjaya?', ' Susu sikit pun nak pam ke?' atau ' Pam susu kerana tak mampu beli fm ke?' juga sebenarnya membantu kita meransang untuk terus berjaya jika kita lihat dari sudut positif dan menganggap ia satu CABARAN.


Tips Kulit Cantik :: Punca dan Cara Mengatasi Kulit Kusam Agar Kembali Cerah dan Berseri



" Kulit wajah anda kusam? "

" Dah cuba pelbagai produk kecantikan, tapi kulit masih kusam "

Jom baca punca yang menyebabkan kulit wajah anda kusam, dan cara untuk merawatnya secara semulajadi dari dalam agar kulit kembali cerah dan berseri.







First of all, kita perlu tahu kenapa kulit menjadi kusam dan tidak berseri
Jawapan kepada sebab yang yang diberikan pastinya berkaitan dengan zat yang diperolehi oleh kulit seseorang. Kulit wajah kita boleh bertukar dalam masa 3 minggu. Ini kerana sel kulit wajah akan hidup selama 21 hari dan kemudian akan bertukar kepada sel baru. Namun jika kita tidak mengambil makanan yang berzat, masakan kolagen boleh terbentuk? Masakan sel baru boleh keluar disamping menyingkirkan sel lama atau sel mati? Sel terbentuk dari protien. Mana datangnya sumber protein? dari ikan, ayam, telur, kekacang.

Langkah berjaga-jaga untuk elakkan cyst & fibroid berulang





Anda mungkin sering mendengar mengenai pesakit kanser yang telah menjalani pembedahan bagi membuang tumor namun ianya berulang semula selepas satu ketika samada bertahun-tahun selepas pembedahan atau segera. Begitu juga dengan keadaan mereka yang menghidapi cyst atau fibroid di mana pertumbuhan semula itu juga berlaku. Walaupun telah dibedah untuk membuang cyst tersebut, kebarangkalian untuk cyst tersebut tumbuh semula masih ada.

Mentor saya, Pn Norita adalah bekas pesakit twisted ovarian cyst semasa mengandungkan anak sulungnya. Alhamdulillah ianya tidak berulang dengan izin Allah serta pengamalan vitamin yang berkenaan. Perkongsian daripada Pn Norita yang diharapkan dapat membantu rakan-rakan yang menghadapi masalah yang sama.

--------------------------------------------------------
Apa yang saya belajar tentang cyst ni ialah ianya adalah salah satu ketumbuhan abnormal sel dalam badan yang disebabkan oleh faktor radikal bebas. Sama juga dengan fibroid.Ia boleh tumbuh semula jika radikal bebas tidak dikawal baik oleh antioksidan. Masih ingat lagi dengan seorang kawan yang melalui 3 kali operation membuang cyst. Ianya boleh recurrent jika antioksidan dalam badan kita tidak mencukupi.

Isnin, 13 Mei 2013

4 tips kesihatan dari Nabi Muhammad SAW



1. Nabi melarang umatnya minum berdiri. Ini kerana ternyata secara perubatan, dalam tubuh kita terdapat penapis dipanggil sfringer. Saringan tersebut dapat terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri. Air yg kita minum belum 100% steril untuk di olah oleh badan. Bila kita minum sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh sfringer kerana tertutup. Air yg tidak tersaring oleh sfringer terus masuk ke pundi kencing, boleh menyebabkan penyakit batu karang. 
 
2. Nabi juga melarang meniup air yg panas.. Logiknya kerana terdapat karbon dioksida (CO2) pada udara hembusan tersebut. Jika ditiup ke air maka CO2 itu akan larut didalam air akan menghasilkan cecair bersifat asid, H2CO3 (asam karbonat) yg menyebabkan penyakit jantung dan masaalah perut tidak selesa.
 
3. Nabi menggalakkan mandi sebelum waktu subuh kerana suhu air pada waktu tersebut dapat membantu membuang lemak-lemak degil dalam badan. 
 
4. Nabi melarang makan diselang-seli dengan minum air kerana ia menyebabkan banyak udara terperangkap di dalam badan dan menyebabkan badan berangin. 
 
Sentiasa ada hikmah disebalik larangan dan suruhan Rasulullah SAW. Jadi ikutlah walaupun sedikit, kerana sedikit yang dilakukan secara beristiqamah (berterusan) adalah lebih baik dari banyak tanpa istiqamah.
 
Wallahua'lam.

Tips Memberi Ubat kepada Si manja anda




::Cara Beri Ubat Pada Bayi::


Anak tidak mahu makan ubat? Pastinya ramai di kalangan ibubapa menghadapi masalah ini. Pelbagai reaksi pernah anda hadapi, antaranya nampak sahaja ubat terus geleng kepala, tutup mulut, memuntahkannya dan tidak kurang juga yang menangis serta memberontak.

Sedangkan hampir semua ubat kanak-kanak berupa sirap yang manis dan berperisa buah-buahan, namum kebanyakkan kanak-kanak tetap fobia bila sebut sahaja minum ubat. Maka wajarlah kalau anda terpaksa bersabar bila memberikan anak ubat.

Kulit Halus, Gebu & Mulus dengan ESP Shaklee




Bagaimana Energizing Soy Protein (ESP) membantu kulit jadi halus mulus berseri ?
Keyword nya adalah PROTEIN

Protein sangat penting untuk
  • MEMBINA sel-sel baru
  • MERAWAT sel- sel rosak@cedera
  • MENGGANTIKAN sel-sel lama@tua

Cara Mudah Hilangkan Stretch Marks Selepas Bersalin




Proses mengandung dan bersalin memang merupakan detik terindah dalam hidup seorang wanita. Namun, kesan yang ditinggalkan merupakan igauan ngeri. Ya, stretch mark atau tanda regangan!

                  


Stretch marks marks merupakan tanda parut berupa urat-urat putih yang muncul pada permukaan kulit dan biasanya muncul pada bahagian perut, lengan, pinggul, paha, punggung dan juga payudara.

Stretch mark terjadi adalah disebabkan oleh pengaruh hormon kehamilan, yang mana ianya terbentuk apabila terjadi regangan kulit secara cepat hingga merosakkan jaringan tisu-tisu kulit sehingga kulit mengalami regangan secara berlebihan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...