Terima Kasih Ye.. SMS 0199517292..Diskaun Menarik Menanti Anda

^^ JOIN & DAPATKAN DISKAUN UTK SETIAP PEMBELIAN^^

JOM SINGGAH on Facebook



DOA

" YA ALLAH, DENGAN RAHMATMU YANG MAHA PEMURAH LAGI LUAS KASIH SAYANGMU...
AKU MOHON KEPADAMU, AMPUNKANLAH DOSA2 IBU YANG MENYUSUKAN ANAKNYA... LAPANGKANLAH REZEKI MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELAPANGKAN REZEKI AKU SEPERTI AKU MENYUSUKAN KEDUA2 ANAKKU. LANCARKAN REZEKI SUSU ANAK MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELANCARKAN REZEKI SUSU BUAT ANAK2KU.
SESUNGGUHNYA ENGKAU SANGAT KAYA DENGAN KASIHMU, PERKENANKANLAH DOAKU INI DAN SEMOGA ALLAH MENEMPATKAN KEDUA IBU BAPAKU KE DALAM SYURGAMU... AMIN..."

Khamis, 2 Ogos 2012

Ibu Beri Susu Badan Dapat Elak Obesiti

20120713-182403.jpg
Penyusuan susu ibu memang baik bukan sahaja untuk bayi malahan bermanfaat untuk ibu itu sendiri.
Amalan menyusu badan boleh membantu wanita untuk mengekalkan berat badan dan mengurangkan risiko obes apabila meningkat usia.

Saintis mendedahkan, wanita yang menyusu anak walaupun untuk hanya beberapa bulan selepas kelahiran hanya akan menjadi obes 30 tahun selepas itu. Penyelidik Universiti Oxford merumuskan, bagi setiap enam bulan seseorang wanita menyusui anak, mereka akan kehilangan kira-kira 0.9 kilogram.

Walaupun ia tidak banyak tetapi ahli akademik mendakwa ia boleh menghalang beribu-ribu kematian akibat kanser, masalah jantung atau penyakit lain yang dikaitkan dengan obesiti.
Kajian terbaru membabitkan lebih 740,000 wanita memberikan bukti bahawa amalan menyusu badan boleh membantu mengurangkan penambahan berat badan.
Menyusu badan membawa kepada pembakaran sejumlah besar tenaga dan pakar sebelum ini mengira bahawa ia adalah sebanyak 500 kalori sehari bersamaan dengan satu sesi senaman di gym.

Penyelidik berkata, bagi setiap enam bulan wanita menyusu bayi mereka, indeks jisim badan mereka akan berkurangan sebanyak satu peratus.
Secara purata seorang wanita yang mempunyai tinggi 167.64 sentimeter dan berat 70.30 kilogram mempunyai BMI 25 yang diklasifikasikan sebagai berat badan berlebihan.- Agensi

Email - pokoksena85@yahoo.com
SMS - 0199517292
FB - http://www.facebook.com/pokoksena85
Fan Page - http://www.facebook.com/JomSinggah09

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...