Dewasa ini, pengambilan suplemen (makanan tambahan) bukanlah satu perkara asing bagi kita. Suplemen bertindak untuk membantu mereka yang ada kekangan dalam mengendalikan pembahagian nutrisi yang sihat dan lengkap kepada tubuh. Bukanlah maksudnya mereka ini malas, namun lifestyle masakini yang hectic, ditambah dengan pencemaran di sana sini, cara masak yang kurang betul, menyukarkan kita untuk mendapat nutrisi lengkap tersebut .. bukan kepada kita, malah kepada ahli keluarga kita!
Justeru, suplemen menjadi pilihan. Namun, tahukah anda bagaimana mahu memilih suplemen terbaik buat anda dan keluarga anda? Yelah .. semua brand pun claim diri masing-masing bagus kan? Nah! Jom baca dan fahamkan panduan-panduan berikut :-
1. Vitamin yang diambil hendaklah full-spektrum
Mengandungi semua komponen yang sepatutnya terdapat dalam sesuatu vitamin. Misalnya vitamin B Complex hendaklah menganndungi kelapan-lapan jenis vitamin B: B1 (thiamine), B2 (riboflavin), B3 (niasin), B5 (asid patotenik), B6 (prydoxin), B7 (biotin), B9 (asid folik) dan B12 (cobalamin). Kalsium yang terbaik ialah yang mengandungi vitamin D, kerana vitamin D adalah faktor penyerapan kalsium. Tanpa vitamin D, kalsium akan terenap di buah pinggang dan boleh menjadi batu karang.
2. Vitamin yang diambil hendaklah natural (semulajadi)
Badan kita memerlukan vitamin dari makanan, bukan dari sumber bukan makanan.
Vitamin natural diperbuat daripada ekstrak bahan semulajadi yang mengandungi semua komponen untuk berinteraksi dengan tubuh kita. Bagaimana mengenal vitamin natural? Ia adalah semudah - tiada silica gel dalam vitamin natural.