Terima Kasih Ye.. SMS 0199517292..Diskaun Menarik Menanti Anda

^^ JOIN & DAPATKAN DISKAUN UTK SETIAP PEMBELIAN^^

JOM SINGGAH on Facebook



DOA

" YA ALLAH, DENGAN RAHMATMU YANG MAHA PEMURAH LAGI LUAS KASIH SAYANGMU...
AKU MOHON KEPADAMU, AMPUNKANLAH DOSA2 IBU YANG MENYUSUKAN ANAKNYA... LAPANGKANLAH REZEKI MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELAPANGKAN REZEKI AKU SEPERTI AKU MENYUSUKAN KEDUA2 ANAKKU. LANCARKAN REZEKI SUSU ANAK MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELANCARKAN REZEKI SUSU BUAT ANAK2KU.
SESUNGGUHNYA ENGKAU SANGAT KAYA DENGAN KASIHMU, PERKENANKANLAH DOAKU INI DAN SEMOGA ALLAH MENEMPATKAN KEDUA IBU BAPAKU KE DALAM SYURGAMU... AMIN..."

Sabtu, 2 Jun 2012

INFO MENARIK TENTANG PENYUSUAN & SUSU IBU


1. Kelenjar susu berkembang ketika Trimester Ke-2
--> Semasa Trimester ke-2, payudara ibu mula bersedia untuk mengeluarkan susu dengan berkembangnya kelenjar susu. Proses ini dicetuskan oleh peningkatan hormone estrogen, laktogen dan hormon lain.

2. Perubahan hormon mencetuskan pengeluaran susu.
--> Sebaik sahaja bersalin, perubahan besar berlaku ke atas hormon-hormon dalam badan ibu dan ini mengaktifkan hormon prolaktin yang akan memberi signal kepada payudaran ibu untuk menghasilkan susu.

3. Hisapan pertama bayi memastikan kejayaan proses penyusuan anda.
--> Sebaik lahir, hisapan pertama bayi akan mengaktifkan hormone prolaktin yang kemudian mengaktifkan hormon oksitosin yang bertanggungjawab untuk pengeluaran susu ibu.

4. Susu ibu hanya mengandungi vitamin dan zat yang diambil oleh ibu melalui diet seharian.
--> Susu ibu adalah apa yang ibu makan. Jadi adalah penting untuk ibu memastikan diet seharian lengkap dengan kesemua vitamin dan zat yang diperlukan untuk tumbesaran dan kesihatan bayi. Jika anda alami masalah susu cair, bayi tidak puas menyusu dan lambat kenyang, kekurangan vitamin dan zat dalam susu ibu adalah salah satu faktor. Pengambilan supplement adalah salah satu cara untuk membantu anda dan bayi mendapat khasiat terbaik.

5. Susu ibu tidak boleh ditiru dan dihasilkan di makmal
--> Susu ibu sangat unik kerana dihasilkan bersesuaian dengan keperluan bayinya. Susu ibu A tidak akan sama dengan susu ibu B. Malah susu ibu A di pagi hari tidak sama komposisinya dengan susu ibu A di waktu petang.

6. Susu ibu berubah semasa proses penyusuan.
--> Di awal penyusuan, susu ibu mengandungi banyak laktosa dan protein yang mengandungi antibodi dan zat yang diperlukan bayi. Tapi, di akhir penyusuan susu ibu mengandungi lebih banyak lemak untuk  membekalkan kalori yang diperlukan oleh bayi.

7. Payudara ibu akan sentiasa menghasilkan susu yang secukupnya untuk bayi
--> Sebaik ibu mula menyusukan bayi, payudaran ibu akan terus menghasilkan susu. Tetapi sekiranya proses penyusuan mula perlahan, badan ibu secara semulajadi akan mengurangkan penghasilan susu dan  lama-kelamaan penghasilan susu akan berhenti. Ini adalah konsep Demand & Supply.

8. Penghasilan susu ibu perlukan air
--> Ibu menyusu perlukan air lebih dari biasa dan disarankan ambil sekurang-kurangnya 1 gelas air semasa menyusukan bayi. Kekurangan air boleh menjejaskan penghasilan susu ibu.

9. Susu ibu adalah ubat yang terbaik untuk bayi
--> Susu ibu membekalkan nutrisi dan antibody yang diperlukan oleh bayi untuk melawan jangkitan penyakit.

10. Susu ibu meningkatkan IQ anak
--> Susu ibu yang lengkap khasiatnya mampu membekalkan segala zat yang diperlukan untuk perkembangan otak bayi. Jadi jika mahukan anak yang bijak pandai, berikan anak anda susu ibu.



Kredit -  LifeFit.my


Sila PM utk mendapatkan detail mengenai produk:
Email - pokoksena85@yahoo.com
SMS - 0199517292
FB - http://www.facebook.com/pokoksena85
Fan Page - http://www.facebook.com/JomSinggah09


  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...