Terima Kasih Ye.. SMS 0199517292..Diskaun Menarik Menanti Anda

^^ JOIN & DAPATKAN DISKAUN UTK SETIAP PEMBELIAN^^

JOM SINGGAH on Facebook



DOA

" YA ALLAH, DENGAN RAHMATMU YANG MAHA PEMURAH LAGI LUAS KASIH SAYANGMU...
AKU MOHON KEPADAMU, AMPUNKANLAH DOSA2 IBU YANG MENYUSUKAN ANAKNYA... LAPANGKANLAH REZEKI MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELAPANGKAN REZEKI AKU SEPERTI AKU MENYUSUKAN KEDUA2 ANAKKU. LANCARKAN REZEKI SUSU ANAK MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELANCARKAN REZEKI SUSU BUAT ANAK2KU.
SESUNGGUHNYA ENGKAU SANGAT KAYA DENGAN KASIHMU, PERKENANKANLAH DOAKU INI DAN SEMOGA ALLAH MENEMPATKAN KEDUA IBU BAPAKU KE DALAM SYURGAMU... AMIN..."

Isnin, 21 November 2011

Vitamin E Mampu Neutralkan Radikal Bebas

by www.bharian.com.my

MENARIK nafas panjang sambil menikmati udara segar adalah salah satu kenikmatan hidup.

Tetapi, apabila kita menyedut udara tercemar, ia boleh membawa padah dan mengundang pelbagai masalah kesihatan, lebih-lebih lagi jika terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

Udara yang mengandungi unsur tercemar dan berbahaya seperti radikal bebas, karbon monoksida, sulfur dioksida, habuk dan kotoran.

Radikal bebas boleh menimbulkan tindak balas rantaian yang mengancam sel badan dan menyebabkan pelbagai jenis masalah kesihatan.

Jika anda ingin kekal cergas dan sihat sepanjang hari, dapatkan perlindungan sepenuhnya daripada anti oksida berkuasa seperti vitamin E kerana ia mampu meneutralkan radikal bebas di dalam badan agar kesihatan anda terpelihara.

Ingat, pastikan anda menikmati khasiat vitamin E yang kekuatannya terjamin dan mudah diserap untuk perlindungan sepenuhnya daripada bahaya radikal bebas.

Antara kelebihan vitamin E:

  • Menggalakkan peredaran darah.
  • Membantu mengurangkan keletihan.
  • Melambatkan proses penuaan, melindungi terhadap penyakit kronik degeneratif.
  • Mengurangkan insiden penyakit kardiovaskular.
  • Membantu mengurangkan risiko kanser.
  • Membantu otot berfungsi dan memperbaiki tisu.
  • Memperbaiki keadaan kulit.
  • Membantu memperbaiki sistem perlindungan badan.
  • Mengurangkan masalah diabetes.
Vitamin E adalah vitamin larut lemak yang mengandungi lapan bahan sumber asli dan deriatif sintetik. Ia boleh didapati dalam minyak sayuran seperti minyak germa gandum, minyak kacang soya, minyak jagung, minyak bunga matahari, minyak kacang dan minyak beras sekam.

Bijirin gandum, sayuran berdaun hijau gelap, kekacang dan tepung yang diperkayakan dan telur mengandungi jumlah vitamin E yang kecil.

Bagaimanapun, cara memasak dan memproses menyebabkan makanan kehilangan kandungan vitamin E.

Kesan utama vitamin E tidak begitu nyata. Individu yang mengambil sukatan vitamin E yang sesuai mungkin tidak akan melihat atau terasa apa-apa perbezaan dalam jangka pendek.

Ini kerana kesan utama vitamin E mempengaruhi tahap selular. Oleh itu, kelebihannya hanya dapat dilihat dalam jangka panjang apabila kerosakan radikal bebas menyebabkan penurunan dalam tahap ketenatan dan serangan penyakit kronik seperti sakit jantung, kanser dan diabetes.



Sumber Dari : Berita Harian Online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...