Terima Kasih Ye.. SMS 0199517292..Diskaun Menarik Menanti Anda

^^ JOIN & DAPATKAN DISKAUN UTK SETIAP PEMBELIAN^^

JOM SINGGAH on Facebook



DOA

" YA ALLAH, DENGAN RAHMATMU YANG MAHA PEMURAH LAGI LUAS KASIH SAYANGMU...
AKU MOHON KEPADAMU, AMPUNKANLAH DOSA2 IBU YANG MENYUSUKAN ANAKNYA... LAPANGKANLAH REZEKI MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELAPANGKAN REZEKI AKU SEPERTI AKU MENYUSUKAN KEDUA2 ANAKKU. LANCARKAN REZEKI SUSU ANAK MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELANCARKAN REZEKI SUSU BUAT ANAK2KU.
SESUNGGUHNYA ENGKAU SANGAT KAYA DENGAN KASIHMU, PERKENANKANLAH DOAKU INI DAN SEMOGA ALLAH MENEMPATKAN KEDUA IBU BAPAKU KE DALAM SYURGAMU... AMIN..."

Khamis, 30 Jun 2011

Shaklee Selamat, Berkesan dan Semulajad


Apabila anda memilih Shaklee, yakinlah dengan tiga perkara – ia sentiasa SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI.


SENTIASA SELAMAT

Kami Menjamin Keselamatan Tanpa Syarat

Kami memulakan dengan sumber semulajadi, ahli-ahli saintis Shaklee telah membuat kajian di pelusuk dunia bagi mencari sumber ramuan asli semulajadi. Kemudian kami menjalankan lebih 350 kajian ke atas setiap ramuan baru kami, terutamanya bahan logam, racun serangga dan bermacam-macam bahan pencemaran yang lain. Dan kami meneruskan kajian ke atas lebih 80,000 ujian berkualiti setiap tahun bagi menjamin ketulenan dan perlindungan bagi setiap satu produk.

Secara keseluruhannya, semua produk Shaklee tidak mempunyai parabens, triklosan, phthalates, natrium lauril sulfat (SLS), natrium lauryl eter sulfat (SLES), 1,4 dioksana, atau propilena glikol. Tidak terdapat bahan-bahan yang diharamkan, tiada pewarna, tidak sebarang jenis lemak dan tidak mengandungi pemanis tiruan atau perisa. Kami tidak menjalankan ujian ke atas haiwan. Juga pembungkusan produk kami adalah selamat dan bebas daripada sebarang toksin-toksin biophenol mahupun asid phthalates dan cecair toksik. Ini yang membuatkan kami benar-benar pasti bahawa Setiap Produk Shaklee adalah 100% selamat digunakan. Terjamin.

Rabu, 29 Jun 2011

Berniaga : Etika dan keberkatan


Saya dibesarkan dalam keluarga yang sederhana. Nak kata susah tak juga, nak kata senang pun tak juga. Ayah saya berniaga, dari menjual kereta, buka kedai makan , buka bengkel sehinggalah menjual ayam daging. Jadi darah berniaga telah wujud dalam diri saya apabila saya dan adik beradik kami didedahkan cara berniaga sejak dari kecil.


Arwah abah mendidik kami dengan penuh disiplin dan beliau sangat tegas. Masing ingat lagi, perniagaan terakhir arwah sebelum beliau meninggalkan kami buat selama-lamanya...beliau berniaga ayam daging. Arwah dan adik lelaki saya akan menyembelih ayam apabila ada permintaan, manakala emak dan adik-adik saya yang lain menjadi tukang potong serta membersihkan ayam sebelum diserahkan kepada pelanggan/pembeli. Saya pula abah lantik sebagai cashier. Namun apabila pelanggan terlalu ramai, saya akan turut serta dengan mak dan adik-adik memotong ayam. Kami dilatih menjadi seorang yang pantas agar pelanggan tidak bosan akibat menunggu.

Arwah abah selalu mengajar kami dan tekankan bahawa perniagaan adalah salah satu yang disukai ALLAH. Namun perlulah dilakukan dengan penuh berhemah dan beretika kerana ia mempengaruhi keberkatan duit yang kita terima. Duit inilah yang menjadi darah daging pada ahli keluarga kita. Abah pernah juga cakap, hasilnya kita tak nampak sekarang tetapi di masa akan datang.

Saya selalu melihat dunia perniagaan ini ibarat menangkap ikan di lautan. Rezeki setiap orang takkan sama. Cara menarik ikan pula bergantung pada umpan yang kita gunakan. Besar umpan besarlah ikan yang akan kita dapat. Namun balik juga pada rezeki ALLAH dan kurniaan ALLAH jua.

Kalau dulu kita tak pernah memancing, sebab melihat ramai yang pergi memancing, kita pun teruja nak turut serta. Seperti yang kita tahu dalam mendapatkan hasil laut, ada orang guna joran moden, ada orang guna joran biasa tidak lupa yang guna jala ikan yang besar....jangan pula kita yang baru nak cuba nak turut serta menangkap ikan maka kita terus menuba ikan semata-mata kerana nak dapat ikan dengan lebih banyak dan cepat.

Tuba adalah sejenis racun yang digunakan untuk membunuh atau memabukkan ikan. Menuba ikan ialah dengan menyebarkan tuba di dalam air untuk menangkap ikan. Ikan yang terkena tuba akan mati dan terapung.

Ini akan menjejaskan hasil tangkapan orang lain juga. Tidakkah ini mengganggu periuk nasi orang lain? Apabila ini berlaku kita mungkin akan lihat kita berjaya kerana berjaya menangkap banyak ikan dengan cepat, namun hanyalah sebagai seorang yang tiada etika dan hilang keberkatan kerana memasukkan pasir dalam periuk nasi orang lain.

Dalam dunia yang serba moden ini, ramai antara kita yang ingin mencuba nasib dalam perniagaan secara online. Ianya lebih memudahkan kerana dengan online, dunia wujud tanpa batasan. Ramai yang menggunakan facebook, web dan blog untuk berniaga. Alhamdulillah kerana ramai yang sedar tentang kebaikan melalui berniaga. Namun malangnya terdapat segelintir manusia yang mengambil kesempatan dengan menipu disebalik barangan yang dipamerkan. Setelah duit diperolehi mereka hilang begitu sahaja. Tidak kurang dengan mereka yang menjual barangan yang sama tetapi dengan harga yang lebih murah agar dengan mudah mendapat pelanggan. Tidak salah untuk berniaga, namun NIAT tidak menghalalkan cara. Tidakkah dengan berbuat demikian sama seperti menabur tuba untuk menangkap ikan? Jika nak berniaga barangan yang sama, berniagalah dengan adil tanpa memasukkan pasir dalam periuk nasi orang lain. Hasil berniaga inilah yang akan membentuk hati dan darah daging kita dan ahli keluarga kita.

Saya teringat dengan kisah seorang kawan baik saya yang mesra dipanggil Kak Mar, beliau telah bertahun membuat kek. Oleh kerana jiran barunya berminat untuk belajar resepi kek tersebut, Kak Mar dengan senang hati mengajarnya. Dalam diam, jirannya juga menjual kek tersebut. Bertambah hebat lagi si jiran menjual dengan harga yang lebih murah dari harga kak Mar. Kak Mar tak marah. Beliau yakin rezeki ni datangnya dari ALLAH jua. Si jiran tadi sangat bangga kerana ramai pelanggan kak Mar kini membeli dari dia berbanding kak Mar. Selepas 6 bulan, anak si jiran tadi mendapat demam panas dan menyebabkan anaknya menjadi terencat akal sehinggalah sekarang. Nauzubillah. Sejak dari itu, si jiran tadi tidak mampu untuk membuat dan menjual kek kerana terpaksa menjaga anaknya yang terencat itu.

"Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala ni'mat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut dengan bala bencana yang membinasakan, maka mereka pun berputus asa dari mendapat sebarang pertolongan". ( al-An’aam ayat 44).

Saya benar-benar mengambil tauladan dari cerita kak Mar. Adakala dalam apa yang kita lakukan kita terlupa tentang ETIKA dan KEBERKATAN. Namun jika kita berpegang pada AL Quran dan Sunnah, insyaALLAH dalam apa yang kita usahakan kita fikirkan tentang kesan dan akibat.

Bagi yang berniaga, berniagalah dengan adil dan berhemah serta yakinlah dengan rezeki ALLAH. Moga ALLAH memberi sebaik-baik balasan kepada mereka yang berbuat kebaikan dan menjauhi kemungkaran.

" Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama suka di antara kamu dan janganlah kamu membunuh dirimu; Sesungguhnya ALLAH adalah Maha Penyayang kepadamu. " ( An- Nissa 4: 29)

credit

KEPENTINGAN ASID FOLIK

Asid folik atau folate adalah vitamin B9 yang selalunya dijumpai didalam sayuran hijau, jus buahan dan bijiran. Asid folik diperlukan terutama semasa anda merancang untuk hamil, dan tiga bulan pertama selepas hamil. Ia boleh mengurangkan risiko untuk mendapat anak yang cacat terutamanya kecacatan saraf (NTD) , otak (anencephaly) dan saraf tungjang (spina bifida).


Kajian telah menunjukkan bahawa, kecacatan ini boleh dikurangkan sehingga 70%. Itulah sebabnya sangat penting untuk anda memakan asid foilk semasa hamil. Anenchephaly adalah nama diberikan kapada bayi yang tidak mempunyai tisu otak dan akan mati sejurus selepas ia dilahirkan. Spina bifida pula adalah kecacatan saraf tunjang yang boleh menyebabkan lumpuh, masalah usus, pundi kencing dan kecacatan otak.

Risiko-risiko yang boleh menjurus kepada spina bifida

  • Keluarga yang pernah mengalami NTD
  • Pernah hamil anak yang mengalami NTD
  • Mengambil ubat sawan
  • Kencing manis

Semua wanita yang merancang untuk hamil disarankan untuk mengambil asid folik sekurang-kurangnya 0.4 miligram dan 0.8 miligram sesudah hamil untuk mengurangkan risiko tersebut.

SOURCE

kisah benar

"kisah acid folic mmg pernah terjadi, one of my sister's friend, x suka langsung makan acid folic nie, start dari dia mengandung till lahirkan anak
nak tau apa jadi pd baby tu, sejak kandungan usia 4bln, doc mmg mengesahkan baby ni masalah tempurung kepalanya kosong...selamat dilahirkan dan dia hidup hanya dalam masa 2 jam selepas dilahirkan....mmg menyedihkan.
sejak dari kisah itu, bila mengandung anak kedua terus dia makan acid folic nie, alhamdullilah anaknya till skrng membesar dan sihat walafiat.."

Vitamin yg dicadangkan

1.vitalea RM88.75

2.b complex RM53.75

Vitamin yg disarankan utk PREGGY MUMMY:

Berminat?? SMS 0199517292 or email pokoksena85@yahoo.com untuk harga DISKAUN.

Diet kehamilan yang sihat


Semasa mengandung, penting untuk para ibu menambah pengambilan vitamin dan mineral tertentu seperti asid folik dan zat besi. Penambahan kalori hanya perlu pada tiga bulan terakhir, itupun sebnyak 200 kalori sehari. Makanan ringan tak membekalkan kalori dan hanya sedikit atau tiada nutrient.

Jika diet selama ini tidak seimbang, cubalah ubah kepada diet seimbang. Selalunya, masa awal kehamilan, ibu akan kurang berselera makan. Mungkin kerana loya atau mabuk. Kemudian selera makan kembali normal dan pada akhir kehamilan bertambah sedikit. Kalaulah terasa pedih hulu hati dan asyik rasa kekenyangan, bolehlah amalkan makan kerap dengan jumlah yg sedikit-sedikit. Kiranya, anda hanya perlu makan bila lapar dan ambil perhatian tentang berat kerana biarlah berat naik pada kadar yang betul supaya tak mengundang sakit lain. Semua ni, doktor juga akan observe pada setiap bulan masa checkup.

Makanan Pilihan Sewaktu Hamil

Ikan mengandungi protin, mineral, vitamin D dan asid lemak omega-3 yang tidak akan dibekalkan kepada bayi anda jika anda langsung tidak mengambil ikan. Anda juga boleh memilih sardin, ikan bilis dan makerel (selalunya dalam hidangan ikan bakar) kerana ikan-ikan yang lebih kecil ini juga mempunyai kandungan minyak yang tinggi).

Diet seimbang penting. Vitamin dan mineral tambahan sewaktu hamil menjamin para ibu mendapat keperluan nutrien yg sepatutnya. Asid folik penting sebelum dan semasa kewamilan. Kekurangnya ada kaitan dengan kecacatan tiub saraf bayi seperti spina bifida. Pakar juga menasihatkan supaya ambil 10mcg Vitamin D setiap hari. Zat besi juga penting. Doktor akan memastikan anda mempunyai tahap zat besi yang mencukupi.

Kalau anda vegetarian atau ada sejarah keluarga yg berpenyakit diabetis, diabetis sewaktu hamil, praeklamsia atau anemia, sila maklumkan pada doktor. Juga kalau ada sejarah melahirkan bayi kurang berat badan. Doktor akan menasihatkan pengambilan supplement yg sesuai.

Namun, Vitamin A yg terlebih tak baik. Vitamin A ia mengandungi retinol yg berasaskan haiwan yg boleh menjadi toksik keada bayi jika terlebih. Vitamin A jenis karotin dr tumbuhan adalah selamat sewaktu hamil. Paling penting semua vitamin dan supplemenet dimakan mengikut dos yg dinasihatkan dan jangan terlebih dos.

Makanan yang tak sesuai sewaktu hamil
  • Makan laut mentah - sushi, kerang dlm koew teow kalau ia tak direbus dahulu, steamboat(pastikan air mendidih dahulu)
  • Masakan tak cukup masak, half - done dari daging, ayam, itik, telur untuk mengelak sumber bakteria yang boleh membahayakan bayi. Jadi pastikan ia well-done, dimasak sempurna.
  • Kalau anda atau keluarga ada sejarah alergik, ekzema, asma, elakan makanan perangsang penyakit ini seperi kekacang supaya dlm mengurangkan risiko bayi ada sama.
  • Kurangkan kafein kerana berisiko untuk mendapat keguguran dan berat bayi rendah jika diambil secara berlebihan sangat, lebih dari 300mg sehari.
credit

Apa yang kami nasihatkan

Preggy mama 1 - utk 1st trimester
RM130 sahaja

*30's Multivitamin (LENGKAP DGN IRON)
* 30's B complex (LENGKAP DENGAN ACID FOLIC)
* 30's vitamin C
* 1 bottle of calcium (120 caplets)

Preggy mama 2 - utk 2nd dan 3rd trimester
RM170 sahaja
* 30's Multivitamin (LENGKAP DGN IRON) ,
* 30's B complex (LENGKAP DENGAN ACID FOLIC),
* 30's vitamin C
* 1 bottle of calcium (120 caplets)
* 30's capsule OMEGA GUARD (MINYAK IKAN, DHA)

Diluluskan oleh KKM


Produk ni diluluskan KKM x? Soalan drpd kawan Fai, Linda..

Shaklee memang DILULUSKAN OLEH KKM. Ape buktinye??

Kat setiap bhagian depan botol Shaklee ade sticker kilat. Pd sticker tu ade serial number dan ade printed KKM. Mcm dlm gambar bawah ni



Ade lagi 1 bukti Shaklee ni diluluskn KKM. Bhagian belakang setiap botol Shaklee ni ada printed "Diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia" dan ade Serial number MAL xxxxxxxx



Jgn risau ye, gunakan Shaklee tanpa was-was...Hehe...

(Credit to MamaCery)

Berminat?? Nak dapatkan Harga DISKAUN... SMS 0199517292 or email mcnashaklee@gmail.com

Makanan Semulajadi Tambah Susu

Menjadi lumrah bagi ibu-ibu yang menyusukan anaknya untuk mendapatkan susu perahan yang banyak, terutama bagi yang bekerja. Lebih2 lagi sekarang ni kita makin menghampiri Ramadhan… jadi makin giatlah aktiviti pengumpulan susu ini di kalangan ibu-ibu.

Bagi saya, set penyusuan (diambil bersama Energizing Soy Protein dan Performance Drink) amatlah membantu untuk ‘memperkasakan’ penghasilan susu ibu, tambah2 semasa berpuasa. Namun, ibu2 walaupun mengambil set penyusuan ni sebenarnya masih boleh mengambil apa saja milk booster yang ada di luar sana.

Antara makanan penambah susu yang boleh didapati secara semulajadi ialah:

alfalfa

Daun alfalfa

Meskipun dalam set penyusuan tu ada pil alfalfa, tapi tak salah kalo nak makan daun alfalfa… tapi kat Malaysia ni saya biasa jumpa orang jual daun alfalfa untuk haiwan ternakan (alfalfa sangat bagus untuk binatang ternakan!). Kalau kat supermarket yang ada ‘alfalfa sprout’ atau yang jenis cambah tu. Belasah ajelah belalang.

fenugreek

Halba @ fenugreek

Halba atau juga dikenali sebagai fenugreek merupakan milk booster yang agak terkenal di kalangan ibu2 di negara kita. Halba biasanya digunakan dalam masakan. Ada juga halba dihasilkan dalam bentuk pil yang.

jintan

Jintan

Jintan ni sama dengan halba di atas, biasanya digunakan dalam masakan. Jadi tak hairanlah kalau lepas makan kari, kilang susu rasa penuh saja :)

kurma

Kurma

Kurma membekalkan kalori segera, amat sesuai untuk ibu menyusu kerana ibu menyusu memerluka extra kalori.

susu

Susu

Khasiat susu tidak dapat dinafikan lagi. Ibu perlu minum susu untuk menghasilkan susu… mungkin ideal kerana bukan sahaja memberi kebaikan kepada susu ibu, malah juga menjaga tubuh ibu dengan membekalkan protin, kalsium dan berbagai jenis vitamin dan galian perlu.

mozzarella cheese

Keju

Keju yang tinggi kandungan zat, sama seperti susu membekalkan protein, kalsium dan vitamin serta mineral perlu. Keju seperti juga susu dan produk tenusu lain, ia mudah diserap oleh tubuh. Jadi tak hairan kalau lepas makan keju, terasa ‘berat’ saja kilang susunya ;)

tempe

Tempe

Tempe yang dibuat dari kacang soya adalah tinggi kandungan protein. Ia bukan saja membantu membanyakkan malah memekatkan susu.

sayur

Sayuran hijau

Sayuran hijau seperti kucai, sawi, dan sebagainya membekalkan vitamin B perlu terutama asid folik yang penting dalam penyusuan susu ibu.

lobak putih

Lobak putih

Lobak putih mengandungi vitamin C melebihi buah-buahan, serta serat yang tinggi. Kedua-duanya membantu dalam penghasilan susu ibu, dan juga memperbaiki sistem imuniti tubuh ibu.

Dan banyak lagi makanan yang boleh membantu dalam menambah susu ibu. Walau bagaimana pun, semua usaha harus disertai dengan ilmu pengetahun dalam bidang penyusuan.

KERAP MENGEPAM – setiap hari sekiurang-kurangnya 2-3 jam sekali, terutama ketika bayi tiada bersama.

Doa menbanyakkan susu ibu:

Kredit kepada : http://doaayatdanzikir.wordpress.com

credit

Zikir-zikir untuk membanyakkan susu ibu seperti YA MATIIN, Selawat dan sebagainya.

Dan ibu-ibu hendaklah selalu bertaubat, bersedekah, membersihkan hati dan berbaik sangka dengan si pemberi rezeki.

Kalau dah banyak sangat penambah susu, perlu lagi kah ambil set penyusuan? YA! Set penyusuan BUKAN SEMATA-MATA UNTUK MEMBANYAKKAN SUSU, tapi memberi tenaga, kurangkan kelesuan, mengurangkan stress dan membahagiakan ibu… ibu gembira keluarga bahagia ;)

Jika anda merasakan sukar untuk mendapatkan kesembilan-sembilan makanan semulajadi di atas, bolehlah mencuba makanan tambahan semulajadi daripda Shaklee.


Gambar ehsan Dr Genkimomma

* Lengkap dengan Protein soya, 12 kumpulan vitamin B, Kalsium-Magnesium dengan Vitamin D, Multivitamin dengan Zat Besi, 500mg Vitamin C serta Alfalfa (milk booster semula jadi yang digunakan sejak dahulu kala lagi) *

Hubungi saya untuk mendapatkan set penyusuan, khas untuk anda (harga diskaun @ Pek Mini) SMS 0199517292 or email pokoksena85@yahoo.com

Makan lecithin untuk kurus?


Jika customer datang ke rumah...memang senang nak tunjuk demo Lecithin dan bagaimana ianya berfungsi. Namun untuk tidak menghampakan mereka yang tidak dapat datang ke rumah...inilah gambar yang ibu snap untuk tatapan semua.

Demo ini adalah hasil kerja dan kegigihan k ann dari anakkuwiraku.com. Jom ikuti bersama.


Mula-mula, ibu tuangkan minyak ke dalam gelas yang berisi air. Seperti yang kita sedia maklum bahawa minyak mempunyai ketumpatan yang lebih rendah dan ia sama sekali tidak akan larut di dalam air.













Ibu cuba kacaukan minyak tersebut dengan air namun hasilnya molekul minyak akan tetap bersatu semula




Kemudian, ibu pecahkan 2 biji Lecithin di dalam gelas tersebut.




Setelah dikacau, inilah hasilnya.

Molekul minyak kelihatan terurai.


Apabila keadaan ini berlaku, minyak atau lemak di dalam tubuh lebih mudah disingkirkan. Ini baru dengan 2 biji Lecithin.

Lecitihin sangat membantu dalam program pengurangan berat badan kerana sifatnya yang boleh memecahkan lemak. Namun kita perlu pastikan kita mengambil fiber dalam diet menu harian agar proses pembuangan lebih lancar.

Lecithin selamat diambil oleh ibu yang sedang menyusukan anak dan mereka yang khuatir dengan masalah kolestrol.

Jika anda adalah antara golongan yang prihatin dengan kesihatan anda..buatlah pesanan sekarang!

LECITHIN RM52.50 - 120 biji

Berminat?? SMS 0199517292 or email mcnashaklee@gmail.com utk mendapatkan lecithin dengan diskaun..

Selasa, 28 Jun 2011

Cinch & Lecithin- kurus dan sihat cara mudah.. Nak lawas lagi, tambah herblax.. kesan nya lg mengujakan



Yes..Kepada sesiapa yang nak cari makanan pengganti yang boleh mengenyangkan, cubalah Cinch shake mix ni. Lepas bancuh dan minum, rasa kenyang dah bolehlah berdiet secara sihat. Ada 3 perasa yang yummy Coklat,Vanilla dan Caffe Latte. Untuk membantu proses pembuangan pulak(opss), tambah lecitin. Lecitin ni bantu pecah lemak kerana ia bersifat larut lemak. Bagus untuk otak juga. Jom baca testimonial Nani selepas sebulan mencuba.

Selamat utk ibu2 menyusu..

Credit




LECITHIN RM52.50
CINCH RM173


SEIMBAS LALU PASAL PRODUK


Cinch™ Shake Mix


Cinch™ Shake memberi jawapan segera dan sihat kepada persoalan "Apa yang harus saya makan untuk sarapan pagi?" atau "Apa yang harus saya makan untuk makan tengah hari?". Cinch™ Shake merupakan minuman yang sungguh lazat dan berzat untuk membantu anda memelihara otot yang penting dan menjadikan anda sentiasa berasa kenyang dan berpuas hati di samping mengurangkan berat badan. Rumusan proprietary kami diperkaya dengan Leucine™ iaitu asid amino yang memberi signal kepada badan untuk memelihara otot semasa pengurangan berat badan. Dalam kata lain, leusina dalam Cinch™ Shake membantu anda menghilangkan lemak tetapi tetap memelihara otot anda.


Setiap kali anda menikmati Cinch™ Shake, anda akan memperolehi 24 gram protein dan ini adalah penting. Mengapa? Ini kerana protein digunakan untuk membina otot yang boleh meningkatkan metabolisma anda dan membakar kalori. Makanan yang kaya dengan protein juga dapat menahan kelaparan, ini boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan ringan di antara waktu makan. Dan tidak ketinggalan juga terhadap kandungan leusina dan zat-zat yang diperlukan oleh badan anda.
  • Memberikan khasiat seperti satu hidangan tetapi dengan rasa seperti santapan manis/ pencuci mulut
  • Mengandungi Cinch Pro™ iaitu suatu campuran protein eksklusif yang diperkaya dengan asid amino leusina
  • Diperkaya dengan Leucine™ untuk memelihara otot semasa anda mengurangkan berat badan
  • Terdapat 24 gram protein dalam setiap sajian bagi membolehkan anda berasa puas dan kenyang

Model terbaik. Dari kulit jerawat bernanah kini dah makin cerah dan licin.. Pengakuan bergambar..

Cuba lihat perbezaan pada gambar di bawah ini?

Buat pengetahuan semua, gambar diatas adalah gambar adik Iffa sendiri, Aizat namanya. Adik iffa mengalami alahan kulit yang sangat teruk sehingga menyebabkan mukanya dan beberapa bahagian kulit di kaki di tumbuhi jerawat yang besar dan menanah. Masih Iffa ingat, Aizat pernah berselipar ke sekolah kerana tidak boleh menyarungkan kasut sekolah akibat nanah di kaki yang sgt teruk dan berbau. Jika dilihat memang rasa geli tapi Iffa sangat bersimpati dan runsing kerana ia menganggu Aizat yang ketika itu sedang menumpukan perhatian di Sekolah sebagai pelajar Ting 5.

credit to IFFA


Pelbagai rawatan modern telah dibuat, ubat dimakan kesannya berkurang tetapi bila habis ubatnya, kembali seperti biasa.. Kata doctor kerana sinus a.k.a resdung. iffa juga pernah membawa Aizat untuk berbekam membuang darah kotor.. kasihan rasanya ditoreh2 dibahagian jerawat itu..bagi yang tidak pernah berbekam pasti ngeri melihatnya. Namun alhamdulillah, Iffa berjaya mencari penawar buat adik Iffa. Kerana yakin keberkesanan produk Shaklee Iffa telah susunkan jadual pemakanan untuk adik bagi beberapa produk tertentu. Apakah produk-produknya? Bagi masalah kulit seperti Aizat (Berjerawat, nanah/resdung dan berminyak serta sensitif), Ini adalah Supplement yang Iffa syorkan buat anda:

  1. Shaklee Vita - C
  2. Shaklee Vita - E
  3. Shaklee Alfalfa Complex
  4. Shaklee Vanilla Meal Shake
Berapa lama masa diambil utk menampakkan kesan? Bagi Aizat, bulan pertama mengambil Set diatas telah mula memberikan kesan positif dimana, kulit yang bernanah mulai kering. Kini Aizat telah consume Meal Shake untuk bulan ke-3 (3 canister) dan kulit Aizat semakin cerah (tidak lagi kusam), semakin licin, tidak lagi tumbuh jerawat (jika ada sgt terkawal katanya pada Iffa ketika berjumpanya baru-baru ini). Makin ramailah girlfriend yang datang kan adik sayang...Hati - Hati ya =)
________________________________________________

Bagi yang berminat untuk mendapatkan Set ini, sayajuga menyediakan ia didalam bentuk Loose Pack atau mudah dipanggil Euphoria Mini Pack (Skin Care) selama sebulan.
Shaklee Vita - C : 30 tabs
Shaklee Vita - E : 30 caps
Shaklee Alfalfa Complex : 90 tabs
Shaklee Vanilla Meal Shake : 1 canister



Manakala untuk Full Pack (for 4-6 months) :
  1. Shaklee Vita - C : 180 tabs
  2. Shaklee Vita - E : 120 caps
  3. Shaklee Alfalfa Complex : 330 tabs
  4. Shaklee Vanilla Meal Shake: 1 canister
Berminat ?? Nak dapatkan Harga Istimewa...SMS 0199517292 or email pokoksena85@yahoo.com

Persediaan untuk berpuasa

Sedar tak sedar tak sampai 1 bulan kita akan menyambut Ramadhan. Ramai yang dalam mood mengganti puasa sekarang ni. Alhamdulillah kerana diberi kesempatan dan keupayaan untuk berpuasa. Bagi ibu-ibu yang menyusu, mereka merasakan perlu membuat backup stok yang banyak kerana khuatir production susu akan terjejas. Tak kurang juga, yang bertanya, apa vitamin tambahan yang diperlukan untuk support badan dan susu ketika berpuasa.

Tips menyusu dan berpuasa

Persediaan Mental dan Rohaniah

Baru-baru nak puasa memang badan pada tahap nak biasakan diri. Bagi kebanyakkan orang akan rasa lapar dan dahaga terutama pada hari pertama. Jadi, wajib kita mendekatkan diri dengan Allah supaya sentiasa tenang dan sabar menjalani ibadah berpuasa ini
-pelihara solat wajib
-berjinak-jinak dengan solat sunat seperti dhuha kerana
banyak rahmatnya
-dibulan puasa of couse la terawih walaupun hanya dirumah.
-basahi lidah dengan zikir
-kurangkan bercakap perkara sia-sia

Persediaan Fizikal

Walaupun ketika berpuasa, tubuh badan kita akan tetap menjalankan fungsi2 asas cuma kilang memproses makanan,rehatlah sesi siangnya. Keperluan asas badan adalah air, sumber protein,karbohidarat, lemak untuk sumber tenaga dan vitamin sebagai pelengkap nutirien dan menjana aktiviti badan. Jadi semasa berbuka puasa pastikan anda mengambil makanan seimbang dan kaya serat. Sepanjang malam dan sehinggalah ke sahur, kerapkan minum air kosong untuk bekalan hari esok juga.

Ketika berpuasa, untuk mendapatkan faedah kesihatan yang optimum dan menyokong badan ibu yang menyusu, Shaklee mengesyorkan

-PERFORMACE DRINK: mengekalkan air dalam badan dan menbantu mencegah penhidratan.
-VITALEA: menentukan anda mendapat vitamin dan zat galian yang lengkap walaupun berpuasa dan membantu fungsi badan.
-B COMPLEX: menukarkan bahan kepada tenaga dan membantu proses metabolism badan
-VITAMIN C: menguatkan antibody dan bantu dari serangan penyakit
-ENERGIZING SOY PROTEIN: sumber protein yang sihat untuk pembinaan tubuh berterusan, memberi tenaga untuk kecergasan, memberi rasa
kenyang, membantu penyusuan ibu.

Lebih pilihan dan tambahan bagi yang berkemampuan

-MEALSHAKE: pilihan rasa vanilla yang enak. Sumber protein untuk bekalan tenaga, dan memberi rasa kenyang
-FIBER: menurunkan kandungan kolestrol dalam badan sesuai untuk counter back lebihan makanan yang diambil semasa berbuka, memberi rasa kenyang dan tidak padat jadi mampu beribadat dengan lebih selesa dan tidak malas akbat rasa kenyang yang terlampau
-LECITHIN: membantu pecah lemak dan proses penyerapan vitamin. Jadi boleh kurus dan sihat juga. :D
-GLA: membantu sistem hormon badan berjalan dengan lebih baik. Sangat sesuai untuk orang yang hadapi period yang tak menentu dan lebih baik dari EPO(evening primrose oil)

Jika anda berminat, boleh order di sini. Jika menghadapi kekangan kewangan, boleh request untuk pek istimewa pada harga budget. Sila email ke pokoksena85@yahoo.com atau SMS 0199517292 untuk senarai harga pek-pek mini/budget kerana ia tidak dijual di mana-mana cawangan Shaklee. Promosi, pek mini dan tawaran istimewa hanya untuk pelanggan blog ini dan kumpulan Euphoria yang menyertai sahaja. Sebarang penolakan dari Shaklee(M) bukan tanggungkawab kami.

Isnin, 27 Jun 2011

Seluar berasa longgar dengan Lecithin

Antara produk yang menjadi bualan hangat adalah Shaklee Soy Lecithin. Kenapa? Ini adalah antara produk yang wajib anda miliki jika mahu menurunkan berat badan. Ibu menyusu pun boleh ambil tau. Mari kita lihat apa yang mereka rasa selepas mengambil lecithin.

MCB Testimoni (Ibu menyusu) :
Setelah sebulan mengambil lecithin, berat badan saya turun sebanyak 2 kg dan yang paling best tayar di perut saya kempis 3cm. Body fat pun turun 2 %.

Puan Nora ( Ibu beranak 2)
Ok. Badan macam ringan sikit. Makan pun kurang. Tengok sampai sebulan nanti. Dapat turun sikit-sikit oklah. Badan tidak letih-letih macam sebelum ambil.

Cik Azreena
Dah abis sebotol. Berat tak berubah sangat tapi seluar jeans saya makin longgar. Saya nak teruskan lecithin sebab ada baca artikel-artikel yang rekomen makan lecithin since gaya pemakanan orang zaman sekarang ini.

Bagi mereka yang ingin mengempiskan perut, ini adalah jawapannya. Gabungan produk yang dicadangkan adalah :

  1. Shaklee Soy Lecithin : Sebagai pemecah lemak yang berlebihan dalam badan
  2. Shaklee Alfalfa : Melawaskan sistem pencernaan dalam badan
  3. Shaklee Herb-lax : Sebagai detox untuk mengeluarkan toksin berlebihan dalam badan bagi memudahkan penyerapan vitamin.

Namun begitu, Ibu menyusu tidak digalakkan mengambil herb-lax kerana ia berfungsi sebagai julap lembut dan ditakuti membawa mudarat kepada bayi anda. Sekali-sekala kita perlu flush out juga kotoran-kotoran dalam badan. Betul tak?? Untuk ibu menyusu, alfalfa dapat membantu tapi dalam kadar yang perlahan berbanding herb-lax.

Tips Diet :
  1. Air kosong 2-3 liter sehari. WAJIB ambil untuk membantu organ-organ badan berfungsi dengan betul. Jangan terkejut jika anda mengalami healing crisis seperti jerawat di muka kerana itu adalah amaran yang anda kurang air dan toksin mencari jalan keluar secara kasar.
  2. Makanlah 3 kali sehari. EH, kalau makan je macam mana nak kurus? Saya sendiri tidak langkau waktu makan kerana jika perut anda kosong, badan akan menerima signal yang badan anda dalam kelaparan menyebabkan semua lemak yang perlu dibakar akan disimpan bagi memberi tenaga kepada anda.
  3. DISIPLIN & KONSISTEN. Patuhi jadual pemakanan yang telah saya berikan supaya anda mendapat hasil yang sepatutnya. Hendak kurus kenalah bersabar dan berusaha ya. Almaklumlah, lama anda menternak badan jadi takkanlah mahu kurus dalam sekelip mata.

Jangan risau. Saya akan kongsikan jadual pemakanan eksklusif kami supaya anda juga dapat jadi seperti saya.

credit

Jika anda berminat, boleh order di sini. Jika menghadapi kekangan kewangan, boleh request untuk pek istimewa pada harga budget. Sila email ke pokoksena85@yahoo.com atau SMS 0199517292 untuk senarai harga pek-pek mini/budget kerana ia tidak dijual di mana-mana cawangan Shaklee. Promosi, pek mini dan tawaran istimewa hanya untuk pelanggan blog ini dan kumpulan Euphoria yang menyertai sahaja. Sebarang penolakan dari Shaklee(M) bukan tanggungkawab kami.

Sabtu, 25 Jun 2011

Kelebihan Alfalfa

~tambah susu~penawar resdung & allergy~rahsia keintiman wanita~membantu sistem pencernaan~dan banyak lagi.

Alfalfa kini dalam Euphoria Mini Pack


Peranan ALFALFA dalam setiap euphoria mini pack ni:
  • Euphoria Breasfeeding Set ~ alfalfa sebagai milk booster (menambah dan memekatkan susu)
  • Euphoria Breastfeeding Enhancement Set~ as milk booster..juga membantu system penghadaman berfungsi dgn baik (mudah lawas).
  • Euphoria Multiple Five Set ~ mengurangkan simptom2 resdung.
  • Euphoria Feminin Set ~rahsia keintiman wanita membantu dlm hubungan suami isteri.
*kandungan alfalfa berbeza untuk setiap pek, bergantung pada masalah kesihatan

Fakta berkenaan Alfalfa dari Shaklee:
Merupakan suatu Formula Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr Shaklee dalam 1950-an. Shaklee hanya menggunakan alfalfa terbaik yang tumbuh di California yang kaya dengan pelbagai jenis zat termasuk kalsium fosforus ,zat besi dan magnesium serta klorofil,bioflavonoid,pelbagai mineral dan vitamin.Tidak mengandungi fungisid,bakteriosid, hormon2 sintetik,pengawalatur tumbesaran atau bahan2 kimia.

Sebahagian dari testimoni pengguna2 kami yg sangat suka dgn ALFAFA
credit to k ann dan k cery


" Alhamdulillah susu mula pekat walau belum nampak peningkatan yang mendadak. Namun saya notice, resdung saya mula berkurang. Sejak makan vitamin ni, anak saya kurang keluar ruam akibat eczema nya. memang puashati la...insyaAllah next week saya order fullpack punye ya." - Puan Izza Kuantan, YM

" Saya dah lama tahu pasal Shaklee sebenarnya cuma tak tahu ianya bagus untuk menyusu. Sejak baca post Norita pasal Alfalfa boleh kurangkan masalah allergic, saya upkan intake alfalfa dari 2-4 biji...alhamdulillah kalau makan seafood tu tak la naik gatal2 kat kaki. Thanks yer sebab suka berkongsi...teruskan menulis. " - Puan Elya Perak, YM

"I memang terasa bila makan Alfalfa ...especially kalau allergic terlebih makan seafood tak jadi macam dulu2.I just amik lebih Alfalfa. memang beza lah. " - Puan Kay Shah Alam, teleconversation

“Alhamdulillah .. sejak makan SET B, terutamanya Alfalfa, Aida mampu mencapai sehingga 30 oz sehari! Marvellous kan? ~Aida

" syukur alhamdulillah...tadi lepas makan tengahari akak telan 2 biji alfalfa dan setelah cakap dengan N , feel akak ok balik dan akak try think positif bahawa menstrual takkan dropkan susu akak.... dan walaupun akak belum makan b complex... syukur ... really work it..... back to normal. Pukul 2 tadi dapat 7oz. Betullah cakap N... mood yang ok , positif minda dan boost dengan alfalfa really help me.. . gembira sangat ni... So, lepas ni akak tak worry lagi bila menstrual tambah2 dah tak kena senggugut lepas makan vitamin Shaklee." - Kak Nadia via SMS

“Oh by the way… Zai penghidap sinus (pg2 mesti bersin..) Tp lately dh ok sgt2 pg2 x bersin la.. x lah sesensitif dl… selain boost susu, overall mmg rasa sihat & mood baik (stress free)… suka sgt2 lah!!!! =)..Sebelum amik Shaklee.. zai dh survey harga supplement kat guardian tu…4 me, shaklee yg terbaik & memberi hasil.. selalu amik vitamin… (Saya supplement freak) “ ~Zai


Jika anda juga berminat untuk mencuba, sila klik di sini untuk panduan proses pembelian

Alfalfa(S) 330biji berharga RM53.75
Alfalfa(L) 700biji berharga RM97.50

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit





Bg yang kekangan kewangan, sila contact utk mendapat harga istimewa:
Email - pokoksena85@yahoo.com
SMS - 0199517292

Fanpage - JOM SINGGAH 

Jumaat, 24 Jun 2011

Vitamin Shaklee untuk kesihatan jangka panjang dan umpama pelaburan emas

Testimonial dari Ummi Hanifah Abd Halim di facebook.

Nak kongsi keseronokan. hari ni dah minggu ke 3 saya ambik set B, dah smlm 2nd order. kuantiti susu bertambah, walaupun pada 1st & 2nd week x nmpk perubahan. seronok sgt, hasil pump susu hari adalah utk stock next week. dan utk 2nd order saya dah tmbh ESP, Vit E & Zinc. Husband pun jadi pelik knpa saya sanggup melabur utk beli all this..

Hehehe.. Mana tak seronok, hasil pelaburan sudah mendatangkan hasil. Suatu kegembiraan dan kepuasan pada seorang ibu apabila dapat membekalkan anak nikmat susu yang mencukupi dan berkhasiat. Rasa berbaloi penat lelah mengepam, kalau hasilnya lumayan dan anak sukakannya.

Husband pelik? Nikmat sihat hanya dapat dirasai oleh orang yang sakit. Namun, apabila kita masih sihat dan diberi keupayaan untuk bersedia menghadapi sakit, ia merupakan anugerah dan patut disyukuri. Duit yang kita cari itukan untuk kebahagian di hari tua juga jadi, haruslah melabur dari sekarang untuk kesihatan supaya persaraan kita nanti dapat dinikmati dengan sihat sejahtera bukan sakit kronik pula. Sebab itu peliharalah kesihatan dari awal, muda dan ketika berkemampuan.

credit

Khamis, 23 Jun 2011

Jadual pemakanan vitamin: kesesuaian masih bergantung kepada individu.


Credit To : ShakleeTrialPack

Bilakah waktu pengambilan vitamin yang sesuai?
Biasanya soalan ini bermain di kepala setiap pengamal pemakanan tambahan, terutama bagi yang baru mengamalkannya. Biasanya saya mencadangkan agar pengambilan vitamin pada sebelah malam (Selepas makan malam) bagi memudahkan. Maklum, tidak semua orang sentiasa ingat untuk menelan vitamin pada masa2 yang berbeza. Rule of thumb ialah, badan lebih mudah menyerap nutrient pada waktu malam (waktu tidur).
Walau bagaimanapun, terdapat general rule dalam pengambilan vitamin, sebagai panduan buat semua:
VITAMIN LARUT AIR (B dan C) : Seeloknya diambil bersama segelas air dan elakkan pengambilan bersama makanan berlemak/berminyak.
VITAMIN LARUT LEMAK (A,D,E,K) : Vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan. Sebaiknya diambil selepas anda mengambil makanan berlemak/berminyak.
Ostematrix (Kalsium) : Seeloknya diambil bersama minuman bersusu, atau diambil sebelum tidur. Sebagaimana susu dikatakan sebagai minuman untuk membantu kita tidur, kalsium dikatakan ada fungsi yang sama.
Lecithin : Diambil bersama2 vitamin larut lemak lain.


APA YANG TIDAK DIGALAKKAN
Mengambil alfalfa bersama-sama vitamin E kerana ia boleh mengganggu penyerapan alfalfa.
Mengambil supplement zat besi (Iron) bersama-sama Ostematrix kerana zat besi boleh mengganggu penyerapan kalsium. Walau bagaimanapun kini zat besi sudah dilengkapi bersama2 VitaLea. Oleh itu jika boleh, ambil kedua2nya pada masa berlainan untuk mengelakkan gangguan penyerapan di antara kedua-duanya.
Pengambilan vitamin disarankan pada waktu selepas makan bagi membantu penyerapan. Ambillah vitamin & mineral dalam kadar yang telah dicadangkan, kerana pengambilan vitamin/mineral yang berlebihan, terutama vitamin larut lemak boleh membahayakan kesihatan kerana ia disimpan di dalam badan dan boleh menjadi toksik.

Elakkan pengambilan multvitamin yang mengandungi zat besi diambil bersama minuman tenusu seperti susu kerana ia akan mengurangkan eficiency penyerapan zat besi oleh tubuh kita.
Sekiranya anda merasakan praktik anda mengambil vitamin sekarang tidak mendatangkan kesan yang memuaskan, anda boleh cuba mengambilnya mengikut cadangan di atas. Walau bagaimanapun, ia bukanlah muktamad dan masih bergantung kepada tubuh badan kita.


Bagi kemudahan panduan terutama yang baru mendapatkan vitamin pesanan anda, kalian boleh mencuba saranan ini :

Selepas sarapan pagi : Vitalea dan B complex

In between sarapan dan makan tengari : segelas minuman bancuhan bersama ESP

Selepas makan tengahari : Vitamin C dan Alfalfa


In between makan tengahari dan makan malam : segelas minuman bancuhan bersama ESP


Selepas makan malam : kalsium , vitamin E dan Omega (jika ada)


Bagi yang mengambil lecitihin dan alfalfa pakej penuh :

Lecithin dan Alfalfa boleh diambil 2 biji sebelum (bagi Lecithin dan mereka yang berdiet) ataupun selepas makan untuk setiap meal utama iaitu selepas makan pagi, tengahari dan makan malam.
Mudahkan...Saya tau ada di antara kawan-kawan yang jenuh nak menelan vitamins ni sekaligus...So better bagi2 mcm ni.. :)

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit



Bg yang kekangan kewangan, sila contact utk mendapat harga istimewa:
Email - pokoksena85@yahoo.com
SMS - 0199517292
Fanpage - JOM SINGGAH 

Kepentingan setiap vitamin dalam set B ?

Ada beberapa customer sangat teruja setelah merasakan kebaikan Shaklee untuk penyusuan dan ingin berkongsi dengan rakan lain namun tidak tahu bagaimana nak menerangkan dengan lebih jelas.

1.Apakah set yang sesuai untuk ibu yang menyusu?
Set B

2. Apakah yang ada dalam set B?
Multivitamin @ Vitalea, B complex, Vitamin C dan Alfalfa

3. Apakah fungsi atau kebaikan setiap vitamin bagi ibu yang menyusu?


a) Vita-Lea Iron Formula/multivitamin
Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Kebiasaannya, sekitar usia anak mencecah 6 bulan, kita di syorkan untuk memperbanyakkan sumber zat besi ke dalam makanan anak...contoh terbaik ialah ikan bilis dan bagi ibu menyusu multivitamin atau nama lain vitalea telah di lengkapi dengan iron bagi membantu pembesaran anak dengan lebih baik lg...Ada sesetengah doktor menasihatkan agar ibu yang menyusu perlu memastikan pengambilan zat besi dalam menu harian agar si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas memerah mahupun menyusukan anak. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Walaubagaimanapun multivitamin beserta formula zat besi ini tidak disarankan diambil dengan minuman susu kerana ianya akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan.

b) B Complex
Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang), Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa(mood baik..)...so, bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar. Pengambilan pil perancang memerlukan pengambilan b complex yang konsisten kerana pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu.
Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantikberseri dan tidak kusam.

c) Vitamin C
Sangat penting untuk menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu dan pengambilan Vitamin C membantu meningkatkan kandungan antibodi di dalam susuibu untuk anak yang sedang menyusu. So, sekiranya anda atau baby demam, cuma tingkatkan pengambilan vit c ke 2 biji sehari ...dan bagi ibu2 yg menghadapi puting melecet/luka/berdarah,insya allah akan mudah sembuh...satu lg kesannya kulit makin bersih, cerah & cantik. Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik.

d) Alfalfa
Merupakan supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim.Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat.Turut membantu perkumuhan (lebih lawas)dan membuang angin dalam badan...secara automatik kesan baik pd bby..susah nak kena kembung.
Bagi yang tidak menyusukan bayi, Alfalfa yang dikenali sebagai raja tumbuh2an ini mempunyai banyak khasiat kesihatan. Ianya dikatakan banyak membantu meningkatkan kelancaran proses perkumuhan dan bagus untuk buah pinggang. Ianya juga adalah dalam kategori fiber dan mengenyangkan. Pengambilan Alfalfa memerlukan pengambilan air yang seimbang dengan pengambilan kuantiti alfalfa. The more we take the more we have to drink.

Bagi yang berkemampuan, boleh menambah:

Energizing Soy Protein (ESP)
Ianya adalah protien dan protein sangat penting untuk pembentukan sel.ESP sangat membantu dalam melancarkan penghasilan susu, penting untuk kelenjar dan tumbesaran, mencantikkan kulit si ibu dan anak, dan membantu kawal paras kolesterol. ESp turut mengandungi kalsium yang turut menyumbangkan kepada pembentukan sel darah. Secara tidak langsung, di samping memberikan tenaga kepada ibu ia juga dapat memberikan rasa kenyang.....kesan baik kepada baby berat badan mudah naik terutama pada 6 bulan pertama kelahiran. Apa bezanya soya Shaklee ini dengan soya lain yang berada di pasaran? Soya Shaklee ada non GMO soy iaitu soya yang dibasuh bukan menggunakan alkohol. Diproses dengan suhu yang sangat sederhana agar enzim didalamnya tidak musnah. Kualitinya sangat tinggi setanding dengan harga yang kita bayar :). Ibu dah amalkan hampir 10 tahun ESP ni memang sangat berpuashati.

Bagi yang mengalami kemerunduman susu, boleh cuba ESP agar penghasilan susu lebih efektif dan mula nampak peningkatan. Ibu akan minum ESP 3-5 kali sehari apabila susu merosot. Memang cepat rasa susu penuh. Itu yang ibu sentiasa pastikan ESP sentiasa ada di rumah.

credit

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Bg yang kekangan kewangan, dan ingin mendapatkan denga harga istimewa, contact ye:
 

Email - pokoksena85@yahoo.com
SMS - 0199517292
Fanpage - JOM SINGGAH 

Rabu, 22 Jun 2011

Sistem pertahanan badan

Sumber : Utusan Online (ARKIB : 19/06/2011)

Saya kerap mendapat demam dan selsema berbanding rakan-rakan lain. Kawan mencadangkan saya agar mengambil vitamin C untuk membantu saya menguatkan sistem imun. Adakah ia memadai atau perlukah saya mengambil bersama vitamin lain untuk memperkuatkan sistem pertahanan tubuh?

Jawapan: Sistem imun yang lemah bukan sahaja meningkatkan risiko mendapat demam, selsema tetapi juga pelbagai jangkitan serta masalah kesihatan. Proses penyembuhan daripada masalah kesihatan juga akan lebih perlahan. Demam, selsema, mudah jatuh sakit dan jangkitan, sering kelesuan, merupakan beberapa contoh lazim yang mungkin berkaitan kelemahan fungsi imun.

Sistem imun adalah kompleks dan penting untuk kesejahteraan hidup. Sistem imun yang kuat dan seimbang diperlukan untuk pengekalan kesihatan. Kemerosotan sistem imun boleh disabitkan oleh pelbagai faktor termasuk tekanan emosi dan fizikal, persekitaran, pendedahan terhadap radiasi dan pelbagai lagi. Tabiat pemakanan yang tidak sihat dan tidak seimbang juga turut memberi impak ke atas sistem imun.


Antara nutrien-nutrien penting yang bermanfaat kepada sistem imun adalah beta-karoten, vitamin C, E dan beberapa mineral seperti selenium dan zink. Tidak dapat dinafikan cara terbaik memperolehi nutrien-nutrien ini adalah melalui pengambilan pelbagai jenis makanan. Makanan berkhasiat seperti sayuran segar dan buah-buahan, bijirin penuh serta jumlah protein yang mencukupi adalah penting untuk memperolehi tubuh yang sihat. Namun akibat pengambilan makanan proses yang banyak serta tabiat pemakanan yang seringkali diabaikan dan ditambah pula dengan gaya hidup yang tidak sihat, pengambilan suplemen mungkin boleh membantu dan boleh dijadikan alternatif.


Vitamin C mungkin merupakan vitamin paling banyak difahami. Fungsi asasnya adalah untuk membantu dalam pertumbuhan dan pembaikan tisu serta mengekalkan gusi, tulang dan gigi yang sihat. Ia penting untuk fungsi sistem imun yang optimum dan membantu tubuh melawan jangkitan. Vitamin C merupakan salah satu nutrien radikal bebas yang utama. Bagaimanapun, ia tidak boleh disimpan dalam tubuh dan mudah termusnah oleh haba semasa memasak. Kita perlu mengambil makanan yang kaya dengan vitamin C setiap hari untuk memperolehi bekalan yang berterusan.


Vitamin E pula perlu untuk mengekalkan sistem imun yang sihat, jantung, dinding kapilari, kulit dan mengurangkan keterukan keradangan. Ia juga memainkan peranan dalam melambatkan masalah degeneratif seperti penuaan pramatang.


Zink dikenali sebagai nutrien mikro kerana diperlukan dalam jumlah kecil untuk kesihatan. Ia disahkan sebagai nutrien penting yang diperlukan untuk fungsi imun yang optimum, kesihatan kulit dan penyembuhan luka.


Mineral seperti selenium juga diperlukan untuk pembentukan enzim glutathione peroxidase, di mana enzim ini memainkan peranan penting dalam pertahanan daripada radikal bebas. Selain itu, selenium mengekalkan hati berfungsi secara optimal, merangsang sistem imun, selain untuk mata, kulit, rambut dan jantung.


Selain daripada menggalakkan sistem imun yang lebih baik, nutrien-nutrien ini juga merupakan antioksida yang membantu meneutralkan radikal bebas dalam tubuh. Dalam tubuh, radikal bebas ini terbentuk hasil daripada pengoksidaan. Bahaya akan timbul apabila lambakan berlebihan radikal bebas berada dalam tubuh. Dengan sebab itulah vitamin dan nutrien seringkali digabungkan bersama dalam satu formulasi untuk kesan sinergistik.

Dalam usaha memperkuatkan sistem imun, jangan abaikan aspek emosi iaitu tangani stres dengan baik serta sentiasa amalkan pemakanan seimbang dan sihat serta tekankan amalan gaya hidup sihat.




These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Bg yang kekangan kewangan, dan ingin mendapatkan denga harga istimewa, contact ye:
 

Email - pokoksena85@yahoo.com
SMS - 0199517292
Fanpage - JOM SINGGAH 

Isnin, 20 Jun 2011

Kebaikan Susu Ibu



Susu ibu mempunyai kandungan lemak, gula, air dan protin yang sempurna untuk tumbesaran bayi. Banyak kandungan yang ada di dalam susu ibu tidak ada di dalam susu lembu.
Bayi lebih senang menghadam susu ibu dari susu formula. Ia mengandungi kurang protin dan protin yang ada juga lebih nutrisi dari susu formula. Susu ibu mengandungi antibodi yang menolong melindungi bayi daripada bakteria dan virus. Antibodi ini juga menolong mereka menentang jangkitan kuman dan penyakit. Bayi yang menyusu susu ibu didapati lebih kurang mendapat jangkitan paru-paru, jangkitan kuman pada pundi kencing, telinga dan juga septicimia.

Tidak ada bayi yang alah kepada susu ibu. Susu ibu sentiasa steril, tidak pernah tercemar atau rosak. Menyusu badan menjimatkan wang. Tidak perlu membeli, menyukat dan membancuh di tengah malam buta.

Menyusu menyebabkan anda lebih rapat dengan bayi kerana sentuhan akan membuatkan bayi merasa nyaman, selamat dan selesa. Menyusu boleh memyebabkan badan anda membakar kalori dengan lebih cepat. Anda senang kembali ke bentuk badan asal. Ia juga menolong rahim mengecil dengan lebih cepat dan mengurangkan pendarahan. Menyusu mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.
Bayi yang menyusu badan lebih sihat. Kurang kadar sembelit dan cirit birit. Bayi kurang risiko untuk menjadi terlalu gemuk.

Menyusu akan menyenangkan ibu. Ia tidak memerlukan rancangan, packing atau alatan menyusu formula.


Bagi mengalami situasi susu merudum dan berminat utk mendapatkan milk booster.. Shaklee ada penyelesaian utk membantu kaum ibu..
Vitamin yang dicadangkan
  1. Vitalea
  2. B COmplex
  3. Vita- C
  4. Alfafa
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Bg yang kekangan kewangan, dan ingin mendapatkan denga harga istimewa, contact ye:
 
Email - pokoksena85@yahoo.com
SMS - 0199517292
Fanpage - JOM SINGGAH 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...