Anda mungkin sering mendengar mengenai pesakit kanser yang telah menjalani pembedahan bagi membuang tumor namun ianya berulang semula selepas satu ketika samada bertahun-tahun selepas pembedahan atau segera. Begitu juga dengan keadaan mereka yang menghidapi cyst atau fibroid di mana pertumbuhan semula itu juga berlaku. Walaupun telah dibedah untuk membuang cyst tersebut, kebarangkalian untuk cyst tersebut tumbuh semula masih ada.
Mentor saya, Pn Norita adalah bekas pesakit twisted ovarian cyst semasa mengandungkan anak sulungnya. Alhamdulillah ianya tidak berulang dengan izin Allah serta pengamalan vitamin yang berkenaan. Perkongsian daripada Pn Norita yang diharapkan dapat membantu rakan-rakan yang menghadapi masalah yang sama.
--------------------------------------------------------
Apa yang saya belajar tentang cyst ni ialah ianya adalah salah satu ketumbuhan abnormal sel dalam badan yang disebabkan oleh faktor radikal bebas. Sama juga dengan fibroid.Ia boleh tumbuh semula jika radikal bebas tidak dikawal baik oleh antioksidan. Masih ingat lagi dengan seorang kawan yang melalui 3 kali operation membuang cyst. Ianya boleh recurrent jika antioksidan dalam badan kita tidak mencukupi.

