Terima Kasih Ye.. SMS 0199517292..Diskaun Menarik Menanti Anda

^^ JOIN & DAPATKAN DISKAUN UTK SETIAP PEMBELIAN^^

JOM SINGGAH on Facebook



DOA

" YA ALLAH, DENGAN RAHMATMU YANG MAHA PEMURAH LAGI LUAS KASIH SAYANGMU...
AKU MOHON KEPADAMU, AMPUNKANLAH DOSA2 IBU YANG MENYUSUKAN ANAKNYA... LAPANGKANLAH REZEKI MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELAPANGKAN REZEKI AKU SEPERTI AKU MENYUSUKAN KEDUA2 ANAKKU. LANCARKAN REZEKI SUSU ANAK MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELANCARKAN REZEKI SUSU BUAT ANAK2KU.
SESUNGGUHNYA ENGKAU SANGAT KAYA DENGAN KASIHMU, PERKENANKANLAH DOAKU INI DAN SEMOGA ALLAH MENEMPATKAN KEDUA IBU BAPAKU KE DALAM SYURGAMU... AMIN..."

Sabtu, 28 April 2012

Kebaikan dari pengambilan suplemen Shaklee kepada ibu yg menyusukan bayi


 Semakin ramai ibu-ibu yang menyusukan bayi memilih Shaklee dalam mengharungi suka duka perjalanan dunia penyusuan mereka. saya pasti ibu2 semakin gemarkan khasiat yang didapati dari shaklee kerana ia terpancar di wajah anak2 yang disusui. saya ingin kongsikan beberapa kesan pengambilan shaklee yang berkaitan dengan penghasilan susuibu.


***********************

*credit to Kak N
Buat yang masih baru mengenali vitamin Shaklee, berbesar hati ingin ibu nyatakan kelebihan Shaklee ialah kerana ianya telah lebih 50 tahun berada dalam pasaran Malaysia. Apakah beza sebenar produk Shaklee dengan vitamin lain yang boleh di dapati dari klinik kerajaan dan farmasi? Pertama sekali yang buat ibu sangat puashati ialah kerana tiadanya silika gel seperti dalam rata2 botol vitamin. Ini menandakan ianya asli dan bukan sintetik (tiruan). Vitamin Shaklee tidak mempunyai perasa tambahan, pengawet tambahan malah tiada bahan tambahan yang tidak diperlukan oleh badan.

Permintaan set B yang kami sediakan dalam bentuk pakej adalah sangat sesuai buat ibu yang sedang menjayakan penyusuan susuibu. Apakah vitamin yang terkandung dalam set B sebenarnya? Dalam pakej ini mengandungi Multivitamin @Vitalea, B complex, Vitamin c dan Alfalfa

Namun ramai yang tidak tahu kepentingan utama pengambilan vitamin ini. Hakikatnya pengambilan vitamin ini membantu tubuh ibu sihat dan sustained iaitu kekal bertenaga walaupun bekerja. Macam ibu walau tidak bekerja namun vitamin sangat membantu agar ibu kekal bertenaga dan sihat untuk menguruskan 2 anak bujang ibu terutama bila abah tiada di sisi. Bukan mudah nak uruskan semuanya jika kita sakit atau mudah jatuh sakit kan?


KESAN UTAMA setelah mengambil vitamin Shaklee ini ialah :
  • Badan rasa lebih bertenaga kecuali mereka yang kurang air maka badan akan menjadi semakin letih.
  • Perasaan yang gembira dan mood yang lebih stabil.
  • Badan tidak mudah rasa lesu dan letih.
  • Sentiasa rasa bersemangat.
  • Fikiran lebih positif.
  • Tidak mudah stress dan mudah menangani masalah dengan baik dan tenang.
  • Kita tidak akan mengalami kurang darah dan tekanan darah lebih stabil.
  • Membantu melancarkan sistem perkumuhan dengan lebih lancar terutama apabila consume cukup air dalam sehari.
  • Badan mempunyai sistem imun yang tinggi dan mudah recover jika sakit.
  • Maka kerana kesan utama inilah ramai wanita yang dulunya makan Shaklee hanya untuk tujuan penyusuan kini masih meneruskan makan vitamin Shaklee kerana merasa kelebihan dan kebaikan walau sudah tidak menyusu lagi.
Namun sesuatu yang telah buat ibu sedar, rupa-rupanya terdapat KESAN SAMPINGAN bila makan vitamin ini terutama bagi ibu yang menyusu kerana ramai TESTIMONI yang menulis dan ianya diakui oleh ramai ibu yang mengamalkan set B Shaklee ini antaranya ialah :
  • Susuibu menjadi lebih pekat.
  • Susu berubah menjadi lebih kekuningan atau sedikit kehijauan
  • Penghasilan susu mula menampakkan peningkatan terutama apabila kerap menyusukan bayi mahupun sesi perahan yang konsisten sehingga payudara kosong.
  • Payudara mudah rasa bengkak terutama apabila si ibu tidak skip makan dan membuat perahan @ direct feeding sehingga payudara benar2 kosong SECARA KONSISTEN.


Ada yang bertanya, penting ke SUSUIBU PEKAT atau CAIR?




Susu pekat atau tidak : ia balik kepada kepuasan individu (si ibu). Khasiat susu ibu mmg terbaik. Cuma nasi kalau makan berlauk lagi sedap dari di makan begitu sahaja. Jika mampu then amik supplement, jika ada kekangan dan rasa tak perlu, tak perlu amik pun tiada masalah.setiap individu punya taste yang berbeza. Ada org suka minum sbg cth milo yang cair, tetapi tidak kurang juga ada yg suka minum milo yg pekat. Hakikatnya ia tetap milo dan tidak berubah menjadi air sirap..... Sama dengan susuibu.

Pemakanan atau fokus pengambilan supplement bukanlah utk memekatkan susu tetapi membantu tubuh ibu... untuk sustained iaitu kekal bertenaga, ceria, mood yang stabil namun secara tidak langsung kesan vit membuatkan susu menjadi lebih pekat. sekali lagi dimaklumkan susu pekat bukan fokus utama pengambilan vit tetapi kesan lain selain membantu si ibu sustained.

Bagi working mom yang punyai jadual makanan tak teratur mmg digalakkan amik supplement supaya badan tak mudah penat, tak mudah stress and etc. Supplement ada byk, tidak semestinya Shaklee namun dapatkan yang tiada pewarna, tiada perasa tambahan supaya badan menyerap vit dengan sepenuhnya dan lebih baik. Walau bagaimanapun yg punyai kekangan cuba dptkan dr klinik kerajaan.
Namun bagi yang TIDAK menyusukan anaknya ,mereka tidak akan mempunyai kesan sampingan ini sekiranya mereka consume semua vitamin dalam set B.

maklumat tambahan -->  (klik pd link)
kepentingan setiap vitamin ini 
 
set2 penyusuan yg popular


Shaklee tidak membanyakkan susu. Shaklee Alfalfa membantu penghasilan susu dengan lebih cepat namun ibu yang menyusu perlu tahu, untuk meningkatkan penghasilan susuibu...3 perkara utama ini iaitu perah dengan konsisten sehingga payudara benar2 kosong, minum plg kurang  3L air sehari (biar sedikit2 tetapi berterusan) dan doa yang berterusan.


credit - MamaDanish 


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit


Sila PM utk mendapatkan detail mengenai produk:
Email - pokoksena85@yahoo.com
SMS - 0199517292
FB - http://www.facebook.com/pokoksena85
Fan Page - http://www.facebook.com/JomSinggah09
Your Shaklee Independent Distributor (ID - 854784)

Vitamin untuk Kesihatan Lelaki (Men's Vital Health)





Dengan cara hidup zaman sekarang ditambah dengan pemakanan yg tidak seimbang, kurang rehat, stress dan pencemaran udara/air, lelaki tidak terkecuali dalam menghadapi pelbagai masalah kesihatan seperti penyakit jantung, penyakit kencing manis, obesiti, strok dan banyak lagi. Ada di antara mereka yang mengalami perubahan hormon seawal usia 30 tahun yang membawa kepada masalah kesihatan yang rumit dalam hidup mereka seperti:

#Mati pucuk
#Pembesaran prostat
#Kelesuan
#Kurang tenaga dan stamina

Program Men's Vital Health Shaklee membekalkan nutrisi terbaik untuk kesihatan lelaki.

Kebaikan:

1. Memelihara kesihatan prostat*
2. Meningkatkan kecergasan dan kesihatan badan*
3. Memelihara jantung yang sihat*
4. Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal
5. Mengawal tahap kolesterol yang sihat*

**vitamin E juga digelar vitamin malam jumaat (utk yg sudah berkahwin aje tau!!!)

Set ini mengandungi:

1. Omega Guard
2. Vita-E Complex
3. Zinc Complex

credit- hani-dex.blogspot.com

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit


Sila PM utk mendapatkan detail mengenai produk:
Email - pokoksena85@yahoo.com
SMS - 0199517292
FB - http://www.facebook.com/pokoksena85
Fan Page - http://www.facebook.com/JomSinggah09
Your Shaklee Independent Distributor (ID - 854784)

Jumaat, 27 April 2012

Untuk suami yg merokok... Please add on Vitamin C


Apa yang sesuai untuk mereka2 yang merokok? Supplemen shaklee ada penawar???? siapa ah yang tak sayang suami.. yer tak.... saya tahu nak berhenti merokok ni perlu kekuatan minda dan fizikal... hmm..ni bukan nak membebel pasal rokok yer.. ni saya nak share.. banyak2 vitamin Shaklee.. faveret suami kawan saya Cery adalah vitamin C...bermula dgn vitamin C...dah hampir 5thn.. yang lain2 Cery kasi la gak mcm alfalfa, lecitin, fiber.. tapi vitamin C suami dia suka... dia sendiri admit.. kuar kahak hitam bile mkn vitamin C lepas merokok...

cuba buat experiment ni..."masukkan sebiji Vit C Shaklee ni kedlm air yg berisi air putih + beberapa titik iodin (kalo dlm paru2,yg hitam ni nikotin).... lepas tu kacau air dlm gelas tu... jadi jernih air dlm gelas tu... amazing..
kalupun dia tak smoking.. vitamin C yang extra ni utk ibu2 gak..sebab kalau anak kita demam..or kita flu..kita akan makan lebih vitamin C......dan kalau nak menjaga kesihatan kulit.. boleh mkn vitamin C lebih dari sebiji sehari gak... tak cukup 30biji dlm trial pek tu..hehe..

Sekilas fakta, Shaklee Sustained Release Vita-C 500mg was the first sustained-release vitamin C supplement to use all-natural plant gums and waxes to release pure, protection vitamin C gently and continuously. It's made from all natural vitamin C sources (citrus fruits)..Functions of Vitamin C: -
  • membantu meningkatkan tahap sistem pertahanan badan 
  • Untuk kesihatan tulang, gusi, gigi serta juga struktur am badan. 
  • membantu memulihkan resdung dan bersin pada waktu pagi
  • membantu dalam proses pemulihan kudis dan luka
  • membina kalogen untuk kulit yang sihat
  • bertindak melindungi sel dlm serangan antioksidan
  • meningkatkan penyerapan zat besi daripada sumber bukan daging 

Jadi apa kata anda?? sayang suami anda? sayang diri anda?



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Bg yang kekangan kewangan, sila contact utk mendapat harga istimewa:
Email - pokoksena85@yahoo.com
SMS - 0199517292
Fanpage - JOM SINGGAH 
 

Punca dan Penyebab Gusi berdarah


Tahukah anda???
 --------------------
Masalah gusi berdarah biasa dialami sebagian besar orang. Umumnya masalah ini disedari ketika memberus gigi. Namun, mungkin belum semua orang tahu apa sebenarnya penyebab gusi berdarah dan bagaimana cara menangani yang tepat.

Punca-Punca...
----------------
Biasanya Gusi berdarah disebabkan kerana penghapusan plak gigi yang tidak betul pada garis gusi. Hal ini  menyebabkan gingivitis (gusi meradang). Bahayanya lagi jika plak tidak dihilangkan secara teratur atau dengan memberus gigi dengan teratur dan bersih, maka akan mengeras dan menjadi karang gigi. Sehingga akhirnya mengakibatkan pendarahan dan boleh menyebabkan periodontitis (penyakit rahang dan gusi).

Plak dapat dibersihkan dengan cara memberus gigi secara teratur dan benar. Frekuensi memberus gigi minimal dua kali tiap hari, pagi setelah makan pagi dan malam sebelum tidur. Arah memberus gigi yang betul adalah dari gusi ke arah gigi. Memberus gigi dalam arah horizontal tidak dibenarkan kerana akan menyebabkan abrasi leher gigi dan resesi gingiva (gusi rahang atas tampak naik, gusi rahang bawah tampak turun, sehingga permukaan akar gigi terlihat.. issh ngeri kan?).

Karang gigi tidak dapat dibersihkan dengan memberus gigi. Jadi apabila terdapat karang gigi maka perlu datang ke doktor gigi untuk dilakukan scaling (pembersihan karang gigi). Selanjutnya doktor gigi akan melihat sejauh mana kerosakan gigi yang terjadi. Apabila hanya terjadi gingivitis, maka tindakan scaling biasanya sudah mencukupi. Tapi bila sudah terjadi periodontitis, maka rawatan periodontal lebih lanjut adalah perlu.

Selain karang gigi dan plak, perdarahan gusi juga berhubungan dengan beberapa penyakit, antara lain kekurangan vitamin C. Kekurangan vitamin C terjadi pada orang yang tidak makan sayur atau buah dalam jangka waktu lama. Gusi mereka yang menderita kekurangan vitamin C akan menjadi bengkak, berwarna keunguan dan terjadi perdarahan. Keadaan kekurangan vitamin C ini dinamakan Scurvy. Cara menanganinya adalah dengan memberikan vitamin C.

Berikut antara beberapa penyebab gusi berdarah lagi...
--------------------------------------------------------------------
1. Infeksi bakteri atau virus.
2. Adanya gangguang pendarahan lain
3. Berus gigi terlalu keras
4. Perubahan hormon selama kehamilan
5. Idiopathic thrombocytopenic purpura (ITP), yaitu penyakit darah yang tak cukup memiliki sel darah merah.
6. Pemasangan gigi palsu yang tidak pas
7. Flossing yang tidak sesuai
8. Infeksi yang terjadi karena pada gigi dan gusi
9. Leukemia
10. Kekurangan vitamin K - menyebabkan Lemah daya pembekuan darah yang boleh menyebabkan pendarahan gusi, hidung, usus, dan salur kencing; penyerapan darah daripada luka; dan pendarahan otak, bagi kes yang teruk.
11. Kekurangan vitamin C

Berikut beberapa cara mengatasi saat gusi Anda berdarah, sbb:
------------------------------------------------------------------------------
  • Makan banyak buah yang mengandung vitamin C dan juga makanan yang mengandung banyak kalsium. Kalsium dapat membantu dalam memperbaiki kerusakan gigi yang berkelanjutan karena cedera gusi.
  • Kurangkan pengambilan gula. Kelebihan gula dalam makanan ringan, soda manis atau makanan olahan dapat menyebabkan kerusakan gigi dan memperparah pendarahan.
  • Hindari penggunaan tembakau dan merokok yang dapat memperburuk gusi berdarah
  • Jika Anda telah didiagnosa kekurangan vitamin, maka segeralah cukupi kekurangan vitamin anda.
  • Kontrol perdarahan gusi dengan memberi tekanan langsung pada gusi dengan kain kasa yang direndam dalam air es.
Sebaiknya jumpa doktor gigi setiap enam bulan sekali untuk melakukan pemeriksaan menyeluruh sehingga masalah anda dapat ditangani. Bila dah sakit, tak tahan wooo... semua kerja tak boleh buat...kan? siapa estuju angkat keyboard!!
 
 sumber google 

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit


Bg yang kekangan kewangan, sila contact utk mendapat harga istimewa:

Email - pokoksena85@yahoo.com
SMS - 0199517292

Fanpage - JOM SINGGAH 

Tips dan Petua Menjaga Aset Berharga - Payudara


Kecantikan payudara bukan sahaja untuk kesihatan tetapi juga untuk keyakinan diri terutamanya wanita. Bagaimana ingin menjaga aset penting ini?
Jom baca tips-tips berikut:


1. Lakukan pemeriksaan
Melakukan pemeriksaan payudara sendiri secara rutin. Setiap wanita sebaiknya memeriksa payudaranya sendiri, paling tidak sebulan sekali pada tarikh yang sama, apabila tiada haid. Bagi yang masih mendapat haid, waktu terbaik memeriksa payudara iaitu beberapa hari setelah berakhirnya masa haid, setiap bulan. Ketika itu payudara sudah kembali lembut. Jika terdapat sebarang perubahan, anda disarankan berjumpa doktor.

2. Pembedahan
Elakkan melakukan pembedahan payudara jika sekadar untuk membesarkan ukurannya. Kecantikan wanita bukan sekadar terletak pada aset ini sahaja, tetapi terletak pada 'hatinya'.


3. Senaman
Lakukan senaman dan perawatan payudara secara sendirian iaitu senam payudara dan yoga. Salah satu cara melatih otot pektoral adalah dengan menekan kedua telapak tangan separas dagu pada dinding (seperti posisi mendorong), arahkan pandangan ke langit, tahan beberapa detik, kemudian lepaskan. Ulangi latihan ini sampai 10 kali. Latihan ini boleh dilakukan ketika anda berada di bilik mandi. Rasakan tarikan pada otot pektoral ketika anda menggerakkan kepala ke atas. Kegiatan mengankat dan menurunkan bahu, apabila dilakukan berulang-ulang, dapat memperkuatkan otot dada.

Jika senaman yoga menjadi pilihan, mula-mula tenangkan fikiran, mulai dengan dalam posisi yoga. Depakan kedua lengan separas bahu. Gerakkan dengan lembut lengan kanan ke atas dan lengan kiri ke bawah. Kembalikan posisi lengan hingga sejajar dengan bahu. Rehat kira-kira 5 saat. Kemudian ganti posisi, lengan kiri ke atas dan lengan kanan ke bawah. Lakukan gerakan tersebut masing-masin 10 kali.


4. Urutan
Mengurut payudara dengan minyak aroma terapi, dapat menjaga keanjalan payudara. Urutan baik untuk merangsang sirkulasi darah. Caranya lakukan urutan ke arah luar, ke bawah dan ke arah dalam, kemudian mengikuti aliran getah bening ke arah ketiak, ke bawah tulang selangka dan ke arah tulang dada. Dibandingkan dengan masker dan krim yang disapukan, penggunaan minyak aroma terapi adalah lebih efektif kerana urutan akan lebih mudah meresap ke dalam kulit, mengalir dalam darah, kelenjar susu serta menyusup ke seluruh tubuh.


5. Bersihkan payudara
Payudara yang sihat adalah payudara yang bersih. Perhatikan kebersihan puting yang merupakan tempat keluar air susu, sekaligus kelenjar minyak yang berfungsi untuk melicinkan puting dan arela, agar tidak kering dan kulitnya tidak pecah. Gunakan kapas yang sudah dibubuhi minyak zaitun untuk membersihkan sisa kelenjar iaitu kelenjar minyak yang sering melekat pada puting.


6. Penggunaan Coli
Gunakan baju dalam atau coli yang sesuai dengan anda dan bukannya sekadar melekap di situ sahaja. Seelok-eloknya memakai coli yang sesuai mengikut saiz payudara, iaitu sepanjang tempoh kehamilan dan waktu menyusu anak.


7. Penyusuan
Sekiranya menyusukan anak, letakkan posisi bayi dengan betul dan selesa agar ia tidak terlalu menarik payudara. Terdapat masalah dalam tempoh penyusuan, ia termasuk bengkak buah dada. Cara mengatasi masalah itu, perah payudara perlahan-lahan untuk melembutkan terlebih dahulu sebelum menyusu atau tuam air suam untuk melegakan kesakitan.

Kelebihan menyusukan anak dapat menghindarkan dari penyakit barah payudara, barah ovari dan membantu mengecutkan rahim kembali kepada asal (selepas bersalin).

Yg terakhir agak 18SX sedikit hehe:

8. Ramasan
Elakkan pasangan anda membuat ramasan payudara (sewaktu melakukan hubungan seksual) dengan menolak ke kanan atau ke kiri terlalu kuat. Ini adalah kerana perlakuan sebegini kerap boleh membuatkan payudara anda kendur lebih cepat.


credit
permatacintaku.blogspot.com 




* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit




Sila PM utk mendapatkan detail mengenai produk:
Email - pokoksena85@yahoo.com
SMS - 0199517292
FB - http://www.facebook.com/pokoksena85
Fan Page - http://www.facebook.com/JomSinggah09
Your Shaklee Independent Distributor (ID - 854784)

Testimoni Penyusuan - Julie mula mengepam pada usia anaknya 1 tahun lebih.....


Saya kenali Julie dari laman muka buku....beliau bertanya tentang kebaikan vitamin Shaklee untuk penyusuan. Pengakuan beliau secara jujur, walaupun beliau mengikuti blog dan penulisan di wall saya mengenai vitamin Shaklee, namun beliau masih ragu-ragu dan tidak yakin dengan kebenaran yang sering saya kongsikan...sehinggalah selepas beliau mencuba vitamin set B.

Masa Julie pm saya do fb, umur anaknya dah setahun. Ditambah pula beliau ada masalah iaitu anaknya sering sakit, pembesaran tergendala dan beliau nak usaha untuk pam walaupun beliau direct feeding sahaja sebelum ini.

Selepas beliau dah mencuba, beliau dapati banyak sangat perbezaan pada taraf kesihatan beliau....dan ini Julie kongsikan dalam blognya Health by Nature.

Kini beliau mula berkongsi kebaikan Shaklee bersama rakan, adik beradik dan saudara mara beliau .... beliau akui banyak yang beliau perolehi manfaat dari kebaikan pengambilan vitamin untuk menyusu.


Hakikatnya pengambilan vitamin bukanlah untuk membanyakkan susu tetapi untuk memastikan anak kita mendapat manfaat nutrisi dari apa yang kita salurkan. Jika kita makan tidak teratur, tidak lengkap malah tidak seimbang, masakan anak kita dapat membesar dengan baik?


Kehidupan hari ini berbeza dengan 20 tahun dahulu...kehidupan hari ini banyak yang semuanya segera, dan kita terdedah dengan persekitaran yang sibuk dan mengejar masa.


Apa kata Julie dan perbezaan yang beliau dapati selepas mengamal vitamin?



Saya sangat bersyukur kerana masih lagi mampu meneruskan perjuangan saya dalam menyusukan anak kedua saya. Pada ketika dulu, saya hanya bercita-cita untuk menyusukan anak saya sehingga anak saya berumur 18 bulan. Tapi kini rasa sayang pulak untuk berhenti, lagipun menurut pembacaan saya, banyak manfaatnya jika diteruskan sehingga 2 tahun.

     Tentu ramai yang telah mengetahui tentang masalah yang telah saya alami semasa anak saya berumur 14 bulan. Saya telah mendapati tumbeseran anak saya telah jatuh ke peratus yang lebih rendah. Doktor juga agak risau, katanya, "kita pantau bulan depan. Kalau masih berlaku, perlu buat sesuatu." Pada masa itu juga, saya sering diserang demam dan batuk yang berlarutan seolah-olah tidak pandai sembuh. Saya juga mengalami sakit belakang, dan pada satu ketika saya terasa badan saya rasa lain semacam.Bila berjumpa doktor, katanya stress perlu berehat. Saya cuma diberi ubat, "muscle relaxer". Doktor tersebut pula menasihatkan saya untuk menjaga pemakanan untuk menyokong kesihatan.

     Saya sangat risau berkenaan keadaan anak saya kerana ramai yang mengatakan anak saya kecil, gigi pulak lambat tumbuh. Anak saya juga asyik diserang demam dan batuk. Dalam hati saya bertanya, kenapakah anak saya sakit sedangkan dia menyusu? Bukankah orang cakap kalau anak menyusu jarang sakit? Pada masa itu pengetahuan saya berkenaan penyusuan sangatlah cetek. Yang saya tau perlu makan banyak kalori untuk menyokong penyusuan.

     Pada masa inilah saya terbaca Post FB kawan saya mengenai supplemen dan penyusuan. Kawan saya menasihatkan saya untuk mencuba trialpack. Saya juga menambah ESP sebab saya memang tahu pengambilan Protin boleh membantu jika kita hendak membakar lemak.

     Selepas tiga hari memakan vitamin Shaklee, susu saya terus bertambah. Kena tambah sesi pengepaman. Batuk anak saya yang telah berlarutan sembuh. Saya semakin cergas dan bertenaga. Selepas dua bulan, berat dan tinggi anak saya meningkat dengan baik. Bila jumpa doktor, katanya, ok, tak payah nak risau.

     Kini anak ahli keluarga dan kawan2 mengatakan, tiba-tiba je anak kamu jadi tinggi. Gigi anak saya pun keluar tumbuh, sekali 2 biji keluar. Saya sangat gembira bila mendengar kata-kata mereka... Syukur betul saya jumpa Shaklee....

Sekiranya anda ingin mengetahui apa vitamin untuk menyokong pemakanan semasa penyusuan, sila teruskan membaca:-

Vitalea with iron formula : memastikan ibu cukup iron agar tidak mudah pitam atau rasa pening disebabkan kurang darah. Penting untuk pembesaran bayi yang disusukan. Kekurangan iron boleh menyebabkan berat bayi tidak selari dengan pembesarannya.

Bcomplex: membantu ibu cergas, dan ceria ( membantu penghasilan oksitosin dengan lebih baik bila si ibu itu dalam kea...daan tekanan yang terkawal)

Vitamin C: membantu ibu mengatasi tekanan yang dilalui. untuk sistem imun ibu dan anak.
Alfalfa sebagai Booster, tapi awas ada kesan ceret beret kalau makan banyak.
Kalsium: utk pembentukan darah, pembetukan saraf dan tulang serta gigi si anak. Ibu memerlukam kalsium untuk memastikan tiada risiko mendapat osteoporosis bila tua kelak.

Protien sangat perlu untuk pembentukan sel. Sel kita terbentuk dari protien. Badan memerlukan 9 asid amino ( protien ) yang tidak dapat dihasilkan dari badan. Sel yang sihat terbentuk dari protien yang seimbang.
Bagi anda yang ingin menyusukan anak mahupun yang tengah menyusu, Jagalah pemakanan anda. Jangan jadi macam saya, bila anak dah mengalami masalah baru nak cari supplemen... Itu pun nasip jumpa supplemen yang baik..... NAMUN SAYA INGIN SARANKAN BAHAWA UNTUK MEMBANYAKKAN SUSUIBU BUKAN SEKADAR MEMAKAN VITAMIN. KERANA VITAMIN HANYA MENYOKONG PEMAKANAN KITA, YANG MEMBANYAKKAN SUSU ADALAH DEMAND DARI ANAK.. LEBIH BANYAK PAYU DARA DIKOSONGKAN, LEBIH BANYAKLAH SUSUIBU DIHASILKAN.
Bagi ibu yang menyusu anak, janganlah sesekali beranggapan bahawa pengambilan vitamin hanya sesuai untuk mereka yang nak banyakkan susu. Vitamin ini adalah demi memastikan kandungan nutrisi dalam susuibu memenuhi keperluan pembesaran dan kesihatan yang baik buat si manja kita. So tak salah berbelanja demi kebaikan ibu dan anak.


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Bg yang kekangan kewangan, sila contact utk mendapat harga istimewa:
Email - pokoksena85@yahoo.com
SMS - 0199517292
Fanpage - JOM SINGGAH 

Ibu menyusu : siapa yang perlu amik vitamin?


Setiap orang mempunyai cara hidup dan pegangan yang tersendiri. Tiada siapa berhak mengatakan sesuatu itu perlu atau tidak kecuali kita sendiri yang menentukan. Mungkin 'sesuatu' itu perlu pada kita tetapi tidak pada orang lain. Tidak kurang juga bilamana 'sesuatu' itu adakala tidak perlu untuk kita namun ia penting buat orang lain. Hanya kita yang berhak menentukan apa yang perlu dan tidak buat diri kita. Namun ianya balik pada keperluan individu.

Sama juga dengan pengambilan vitamin. Bukan semua orang perlu amik vitamin. Ia memang benar sama sekali. Bagi mereka yang mengamalkan cara hidup sihat, pemakanan yang seimbang, tiada sakit yang perlu dirawat, sentiasa bersenam dan punya masa beriadah, bebas dari stress....memang tidak perlu makan vitamin. Namun ada sesetengah pendapat, walau mereka sihat mereka tetap mengambil supplement sekadar memastikan semua keperluan nutrien oleh tubuh dipenuhi dengan baik dan ianya salah satu cara untuk mengekalkan atau memastikan tubuh sihat. Seperti pelajar yang cemerlang di sekolah, mengapa ibu bapa mereka masih perlu mencari tuition diluar? Ini hanya untuk memastikan anak mereka sentiasa dalam momentum pembelajaran yang betul dan sentiasa cemerlang. Tak salah kalau ada duit :)

Bagi ibu yang menyusu, banyak pendapat yang mengatakan tak perlu amik supplement memandangkan makanan harian yang seimbang sudah memadai. Namun ada sesetengah kes, saya rasa si ibu perlu pertimbangkan semula keperluan vitamin mengikut keadaannya ; antara situasi yang perlu pertimbangan :

1. Si ibu yang makan tidak teratur dan tidak seimbang. Nutrisi dalam susuibu dipengaruhi oleh apa yang si ibu makan. Jika si ibu makan dengan tidak teratur ditambah tidak seimbang, bayi hanya akan mendapat zat yang sedia ada dalam badan ibu. Jika si ibu kekurangan zat besi ini boleh menjejaskan perkembangan dan pertumbuhan bayi.

2. Perkembangan dan berat bayi pada 6 bulan pertama tidak memberansangkan. Ini biasanya dipengaruhi oleh sumber vitamin dari badan ibu sendiri. Ada kebarangkalian ibu kekurangan zat besi, protien dan kalsium.

3. Hasil perahan sedikit walaupun si ibu minum 2-3 liter dan pam yang konsisten setiap 2-3 jam. Satu sesi perahan seharusnya dilakukan dalam 10-20 minit tetapi tidak lebih dari itu kerana ia boleh menyebabkan si ibu tertekan dan puting susu melecet.

4. Si ibu adalah seorang yang bekerjaya dan mempunyai banyak tekanan di tempat kerja. Tekanan ini jika tidak di atasi akan menyebabkan si ibu mengalami kemerunduman susu kerana penghasilan susu yang lancar adalah ketika hormon oksitosin dirembeskan dengan banyak.

5. Si ibu sering keletihan dan mengalami masalah  sakit pinggang, sakit kaki malah sering sakit kepala. Keletihan yang melampau boleh menjejaskan penghasilan susu kerana ia akan mempengaruhi mood si ibu.

6. Si ibu kelihatan sangat tua dan tidak setara dengan umur. Ada yang kelihatan sangat kusam dan kedutan pada wajah. Ini kerana  zat dalam badan telah digunakan untuk disalurkan kepada bayi melalui susuibu, malangnya ia tidak diganti dengan baik.

7. Anak yang disusukan sering sakit. Memang benar susuibu kaya dengan antibodi namun jika anak mudah sakit dan ianya berlarutan, sesuatu harus dilakukan dan pergantungan pada ubat bukan penyelesaian terbaik. Selain amalan kerohanian seperti membacakan Fatihah untuk si anak, bersedekah si ibu perlu juga berusaha memastikan susunya kaya dengan nutrisi agar anak mendapat antibodi yang lebih baik untuk sistem imunisasinya.

8. Si ibu sering sakit. Apabila si ibu dalam keadaan tidak sihat, maka vitamin sedia ada akan digunakan untuk merawat tubuh si ibu terlebih dahulu. Adakala kesakitan yang dirasai oleh si ibu mempengaruhi perasaannya dan ini boleh menjejaskan penghasilan hormon oksitosin dan apabila ini berlaku, susuibu mempunyai risiko untuk menurun penghasilannya.


9. Si ibu di dapati mengandung dan ingin meneruskan penyusuan buat si manja. Apabila si ibu di dapati mengandung ,doktor akan memastikan bayi dalam kandungan membesar dengan baik maka barulah disarankan si ibu itu meneruskan penyusuan bagi anak yang sedang dan masih menyusu. Walaubagaimanapun kebiasaannya doktor akan menyarankan pengambilan supplement di utamakan kerana badan ibu perlu 'supply' makanan[ vitamin] kepada dua anaknya, di dalam kandungan dan anak yang sedang disusukan.

10. Ibu yang mempunyai masalah jiwa tertekan, emosi yang sering tidak stabil dan mudah marah....hakikatnya apabila keadaan ini tidak di atasi, maka penghasilan susu akan merosot secara perlahan-lahan. Ini kerana emosi yang terganggu pastinya menjejaskan penghasilan hormon oksitosin. Hormon oksitosin adalah sangat perlu dalam penghasilan susuibu yang lebih lancar terutama apabila hormon prolatin adalah tinggi. Ibu yang ada masalah ini perlukan cukup b complex dan kalsium.

 Ini antara testimoni customer Euphoria.
 


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Bg yang kekangan kewangan, sila contact utk mendapat harga istimewa:
Email - pokoksena85@yahoo.com
SMS - 0199517292
Fanpage - JOM SINGGAH 

Susuibu : kesinambungan makanan bayi sejak dari dalam kandungan.



“ Rahim adalah tempat terbaik untuk pembesaran bayi sehingga 9 bulan dalam kandungan. Ini kerana ia mendapat secukup khasiat dari pemakanan si ibu. “

Bila kenang semula, terlintas di fikiran saya....

Bila bayi dalam kandungan, si ibu akan berusaha menjaga pemakanan, mengambil vitamin supaya baby terus membesar dengan sihat dan kesihatan si ibu turut terjaga. Rata-rata ibu yang saya kenal, mereka concern dengan apa yang mereka makan, amalkan, cara hidup sihat supaya anak dalam kandungan itu membesar dengan baik dan sihat.
Apabila bayi lahir, segolongan besar masih dengan prihatin dengan keperluan pembesaran anak maka dengan ini mereka nekad untuk member yang terbaik iaitu susuibu.

Sayangnya penyusuan susuibu dianggap remeh oleh sesetengah pihak termasuk doctor yang tidak menyokong penyusuan susuibu. Memang benar, apabila bayi telah dilahirkan ibu mempunyai pilihan untuk memberi susuibu [ meneruskan pemberian zat makanan melalui apa yang ibu makan] atau member susu formula.
Namun hanya segelintir sahaja ibu yang prihatin tentang pemakanan mereka. Hakikatnya penyusuan susuibu bukan sekadar bercerita tentang kuantiti hasil perahan semata-mata tetapi nutrisi yang disalurkan adalah paling penting.
Oleh kerana demikian, suami saya sering mengingatkan makan yang bagus, makan yang baik, makan yang berkhasiat agar anak dapat membesar dengan sihat dan baik.
Sejak mengandung saya amalkan protein, multivitamin, b complex, vitamin c dan kalsium. Ini saya teruskan sampailah penyusuan lengkap 2 tahun ke atas.

Apa manfaat setiap ini?


Protien adalah binaan asas kepada sel. Seluruh tubuh kita terbentuk dari protien. 
Memang benar protien boleh di dapati dari ayam, daging, telur dan sumber kekacang namun sangat sukar kita nak pastikan kita boleh mendapat 9 essential asid amino yang sangat penting tetapi tidak boleh dibuat oleh badan.
Selain itu pengambilan sumber protien yang berlebihan dari makanan harian turut mendedahkan kita dengan risiko lemak/ kolestrol.
Keperluan protien yang mencukupi membantu penghasilan susuibu dengan kadar dengan syarat ibu memenuhi 3 syarat penyusuan.
Memadai 2-3 sudu besar ESP*sehari semasa mengandung dan boleh diteruskan dalam penyusuan.




 Vitalea *: Multivitamin yang sangat lengkap dengan zat besi. Penting untuk pembinaan sel darah, supaya ibu tidak pitam dan anak membesar dengan sihat.

B complex* : lengkap dengan biotin dan folic asid yang sangat perlu untuk pembentukan sel darah merah yang sihat dan secara langsung membantu anak membesar dengan sihat. Si ibu akan turut rasa lebih tenang dan mudah mengawal tekanan perasaan.

Vitamin C* : perlu untuk peningkatan sistem imun oleh tubuh. Mamandangkan ia adalah vitamin yang larut air, ia mudah musnah apabila kita berpeluh, terdedah dengan matarhari dan apabila kita stress. So pengambilan vitamin C sangat la penting.


 Ostematrix* adalah kalsium , magnesium dan lengkap dengan Vitamin D. Tanpa vitamin D yang mencukupi ia boleh mengganggu penyerapan zat kalsium itu sendiri. Ianya juga bukan hanya dari kalsium karbonat semata-mata dan ini adalah sangat bagus kerana mengurangkan risiko batu karang dan sembelit.
Kalsium perlu bukan hanya untuk gigi tetapi untuk pembinaan sel darah . Sebab itu apabila badan kurang kalsium, ianya akan diambil dari tulang dan ini akan memberi risiko kepada ibu yang melahirkan dan menyusu kekurangan kepadatan tulang dan akhirnya mendapat risiko osteoporosis iaitu kerapuhan tulang.



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Bg yang kekangan kewangan, sila contact utk mendapat harga istimewa:
Email - pokoksena85@yahoo.com
SMS - 0199517292
Fanpage - JOM SINGGAH 

Khamis, 26 April 2012

Tips Berhenti Merokok




1. Melengah-lengah

Lengahkan tindak balas ke atas keinginan merokok seperti melambat-lambatkan mencari rokok. Sekiranya rokok ada di tangan, jangan dinyalakan terus, tunggu sekurang-kurangnya 5 minit.

Keinginan untuk
merokok ini kesudahannya akan hilang juga. Katakan pada diri anda “rokok membakar paru-paru” setiap kali anda ingin merokok.

2. Menarik Nafas Panjang
Tarik nafas anda dengan panjang sekurang-kurangnya tiga kali dengan perlahan-lahan.



3. Minum Air Dengan Banyak
Minumlah air banyak-banyak. Sebaik-baiknya air galian atau air masak suam. Jangan minum air berkafein seperti kopi atau teh, kerana minuman ini biasanya akan membuatkan anda ingin merokok selepas meminumnya.

4. Membuat Sesuatu
Buatlah sesuatu yang boleh mengalihkan fikiran anda daripada rokok. Contohnya bersiar-siar makan angin, telefon kawan, membaca buku, bermain muzik, membuat silang kata, berkebun dan sebagainya.

5. Menguyah Sesuatu
Mengunyah sesuatu seperti gula-gula getah,lobak merah,buah epal dan sebagainya. Elakkan sesuatu yang manis seperti gula-gula biasa.

6. Mandi atau Basuh Tangan
Sekiranya berada di rumah, mandilah seberapa kerap atau basuh tangan setiap kali terasa hendak merokok.

7. Melakukan Senaman Regangan
Lakukan senaman regangan setiap kali anda merasa mengantuk kerana tidak merokok.

8. Memohon Doa
Mohonlah doa kepada Tuhan agar azam dan usaha anda untuk berhenti merokok itu berjaya.

9. Mengaku dan Menghebohkan
Jangan segan untuk mengaku dan hebohkan kepada kawan-kawan bahawa anda telah berhenti merokok. Langkah ini akan dapat meningkatkan keyakinan diri anda untuk terus berhenti merokok. Insyallah kawan-kawan akan memahami hasrat suci anda itu.

Mungkin akan ada kawan-kawan yg cuba menguji hasrat anda dengan memberi rokok percuma kepada anda. Abaikan saja godaan tersebut. Tetapkan hati anda.

10. Mencabar Kawan-Kawan
Anda jangan takut untuk mencabar kawan-kawan anda dengan ganjaran tunai. Janjikan kepada kawan-kawan anda setiap sebatang rokok yg anda hisap selepas anda istihar anda telah berhenti merokok ialah rm10. Sekiranya mereka melihat / bertembung dengan anda sedang menghisap rokok , on the spot mereka boleh meminta wang tunai dari anda Rm=10 untuk sebatang rokok yg sedang anda hisap. Dengan cara ini, anda akan semakin jauh dengan tabiat merokok.



credit -
~Ku Pohon HidayahMU~

11. Pengambilan Vitamin C  - utk mengurangkan rasa ketagih rokok

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit


Bg yang kekangan kewangan, sila contact utk mendapat harga istimewa:
Email - pokoksena85@yahoo.com
SMS - 0199517292

Fanpage - JOM SINGGAH 

Set Berpantang Shaklee lebih dari segalanya!



  • Sel2 badan dapat kembali pulih dengan cepat? 
  • Susu yang cukup buat anak tersayang? 
  • Masalah keguguran rambut dapat diatasi? 
  • Bertenaga dan boleh berjaga malam menjaga anak?
  • Tidak panas yg mendatangkan masalah kepada baby?
  • Mood yang baik sepanjang berpantang?
Masalah2 ini dapat diatasi dengan set berpantang Shaklee :) Tak cuba belum tahu kesannya!

Bagi ibu yang sedang hamil pastinya sedang mencari set bersalin yang sesuai, terutama yang menyusukan bayi. Antara kriteria yang biasanya menjadi pilihan ibu ialah set bersalin yang mudah, murah dan tidak memberi kesan kepada bayi yang menyusu.
Antara set bersalin yang menjadi pilihan adalah yang berasaskan ramuan tradisional seperti herba dan sebagainya seperti jamu, dan set bersalin yang terdiri dari pil-pil.
Kini ada pilihan yang lebih mudah untuk ibu2 terutama yang mementingkan kesihatan dalaman, berpantang sendiri serta menyusukan anak.
Set C atau set confinement, kini bukan sahaja set bersalin, malah mempunyai banyak kegunaan:-
. Berpantang
. Selepas Pembedahan (apa jua pembedahan)

. Rambut Gugur
Set ini terdiri dari 4 jenis vitamin dan mineral:
- VITA-LEA
- B COMPLEX
- VITA C
- ZINC COMPLEX
credit to nice pic

Yang boleh membantu anda terutama ibu-ibu baru bersalin, mereka yang menjalani pembedahan serta masalah rambut.
Ibu lepas bersalin bukan saja memerlukan khasiat vitamin dan mineral secukupnya, malah air yang mencukupi untuk menjalankan sistem tubuh yang unggul. Set Confinement Shaklee membantu ibu relaks, membekalkan keperluan vitamin dan mineral asas, mempercepatkan penyembuhan luka dan pastinya tidak memudaratkan bayi yang menyusukan.


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit


Bg yang kekangan kewangan, sila contact utk mendapat harga istimewa:
Email - pokoksena85@yahoo.com
SMS - 0199517292

Fanpage - JOM SINGGAH 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...