Jadi apa sebenarnya punca susu MERUDUM?
Jom kita tengok beberapa faktor yang mempengaruhi kemuruduman susu:
- Ibu gagal memenuhi konsep penyusuan "demand dan supply"
Rata-rata ibu gagal memberi rangsangan secukupnya kepada badan untuk menghasilkan susu. Rangsangan ini melalui 'direct feed' atau pam.Ini antara beberapa kesilapan yg para ibu lakukan.
- pam tidak konsisten atau jarak masa antara sesi pam terlalu jauh. Ibu digalakkan untuk mengosongkan/pam payudara setiap 2-3 jam sekali bagi menghantar singal pada otak untuk terus menghasilkan susu.Kurang rangsangan maka kurangla supply.
- Pam bila breast penuh atau breast bengkak bila ibu pam bila breast dah penuh atau bengkak,badan ibu akan memberi signal kepada otak bahawa bayi tak perlukan banyak susu.Jadi secara automatic badan akan menghsailkan susu yang sedikit.Jika cara ini yang ibu amalkan susu memang akan drop
- pam ikut suka hati bila boleh. Saya galakkan ibu buat jadual pam ikut masa terluang ibu itu sendiri sebab setiap perjalanan penyusuan setiap ibu berbeza.Ikut jadual pam itu dengan konsisten agar badan akan terlatih dan faham bila perlukan susu.Walaupun breast rasa lembik atau bila pam hanya sedik hasilnya kena pam juga ya..
- pam bila susu keluar dan berhenti bila susu stop mengalir. Ini memang konsep yang salah.Ibu kena pam setiap breast minimum 20 minit bagi setiap breast untuk 1 sesi pam.Walaupun susu dah stop mengalir teruskan pam kerana di hujung sesi pam ibu mungkin mengalami ;let down' sekali lagi.