Terima Kasih Ye.. SMS 0199517292..Diskaun Menarik Menanti Anda

^^ JOIN & DAPATKAN DISKAUN UTK SETIAP PEMBELIAN^^

JOM SINGGAH on Facebook



DOA

" YA ALLAH, DENGAN RAHMATMU YANG MAHA PEMURAH LAGI LUAS KASIH SAYANGMU...
AKU MOHON KEPADAMU, AMPUNKANLAH DOSA2 IBU YANG MENYUSUKAN ANAKNYA... LAPANGKANLAH REZEKI MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELAPANGKAN REZEKI AKU SEPERTI AKU MENYUSUKAN KEDUA2 ANAKKU. LANCARKAN REZEKI SUSU ANAK MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELANCARKAN REZEKI SUSU BUAT ANAK2KU.
SESUNGGUHNYA ENGKAU SANGAT KAYA DENGAN KASIHMU, PERKENANKANLAH DOAKU INI DAN SEMOGA ALLAH MENEMPATKAN KEDUA IBU BAPAKU KE DALAM SYURGAMU... AMIN..."

Jumaat, 30 September 2011

Stabilkan Hormon dan Hilangkan Jeragat di Wajah dengan GLA Complex

Namun, tahukah kalian bahawa selain daripada Vitamin E itu sendiri, di Shaklee, ada satu lagi vitamin yang boleh membantu kalian mendapatkan kulit yang halus, bebas minyak, bebas jeragat dan licin?

Ini dia vitaminnya - GLA Complex.

Takmo cerita panjang. jom baca entry ini (credit)

Saya cuma tahu vitamin E , vitamin C dan B Complex adalah antara vitamin yang penting untuk dapatkan kulit yang cantik selain perlunya ESP untuk kulit yang lebih halus dan mulus.

Tetapi setelah 11 tahun dalam Shaklee, saya baru benar-benar jatuh cinta dengan GLA.

Ditambah baru ini saya pulang beraya dan berpeluang berjumpa adik beradik saya....salah seorang mereka baru menjalani pembedahan membuang hempedu. Maka antara vitamin yang saya bekalkan kepada beliau adalah GLA serta vitamin lain dan panduan yang betul pengambilan setiap vitamin.

Tujuan saya bekalkan GLA ialah agar ia membantu menstabilkan hormon adik saya terutama selepas kehilangan hempedu akibat adanya batu kecil. Selepas sebulan mengambil semua vitamin yang saya sarankan, paling jelas kelihatan ialah kulit wajah adik saya yang sebelum ini bertompok akibat jeragat atau bintik-bintik cokelat kini sudah tiada lagi. Muka adik saya kelihatan bersih dan berseri. Beliau yang dulu tidak rajin nak makan vitamin kini menjadi pengamal tegar vitamin Shaklee.
Saya dan suami kini sangat menyukai GLA selain tujuan utama kami mengamalkannya untuk membakar lemak semasa kita berehat ( tidur) kini ia lebih dari itu.

Bagi ibu-ibu yang mengalami masalah jeragat terutama selepas melahirkan anak, maka saya galakkan anda amalkan GLA Shaklee, ia membantu menstabilkan semula hormon anda dan insyaALLAH tiada lagi jeragat!

Walaupun ianya bukan lah masalah kulit yang kritikal tetapi kehadirannya membuatkan kulit kelihatan tidak sihat selain menjejaskan keyakinan diri individu.

Kepada kalian yang berminat mahu mendapatkan GLA Complex ini (sebotol 60 biji softgel RM93.00), boleh hubungi saya untuk dapatkan special price dan konsultasi cara mendapatkan kulit cantik dengan set kecantikan kulit bersama GLA Complex.

Susu mula menitik sambil menunggu anak angkatnya lahir.

Sayu dan hiba bila baca story yang KakN sharing nie.. semoga menjadi pembakar untuk semua ibu diluar sana

Selepas 6 tahun menunggu tetapi masih belum ada rezeki melahirkan anak, maka beliau dan suami bernekad nak ambil anak angkat. Hebatnya wanita ini, beliau mempunyai jiwa keibuan yang sangat kuat. Beliau berniat hendak menyusukan anak angkatnya.

Beliau meminta konsulatasi dari saya dan vitamin yang bagus untuk membanyakkan susu. Saya terangkan konsep asas penyusuan agar beliau tidak salah faham. Saya terangkan seperti selalu yang kongsikan, vitamin tak banyakkan susu cuma ia bantu ibu sihat dan bertenaga dan mempercepatkan penghasilan susu dengan lebih baik apabila si ibu kerap memerah.

Dalam kita usaha, jangan lupa mengharap pada kasih Al Khaliq kerana DIA sebaik-baik pemberi. Saya mengingatkan beliau agar terus berdoa dan berzikir pada ALLAH.

Alhamdulillah selepas 3 minggu lebih, susunya dah mula menitik dan menampakkan hasil. Ini dinamakan induce lactation. Beliau amalkan vitamin lengkap untuk penyusuan.

Hebatnya jiwa wanita ini kan? Beliau berusaha nak menyusukan anak walau anak angkat.

Hakikatnya duit boleh kita cari....tapi kepuasan adalah yang paling hebat.

Maka, jika anda adalah seorang ibu yang pernah melahirkan dan mahu menyambung semula penyusuan atau nama lain proses relaktasi, saya mengalu-alukannya.

Saya akan berikan panduan, apakah yang perlu dilakukan dan produk lengkap yang perlu diambil apabila anda membuat belian dari saya. Paling utama ialah tanya hati. Jika hati mahu, semua jadi.

Jika anda sedang hamil dan sedang menunggu kelahiran anak tersayang, mulakan hari ini dengan menjaga taraf kesihatan dengan pengambilan makanan yang berkhasiat dan vitamin yang penting. Ia membantu apabila anda melahirkan dan ingin menyusukan si kecil anda!

Jumaat, 23 September 2011

Basic H Shaklee : 1001 guna .



 

Basic H adalah cecair yang serbaguna. Sangat bagus disediakan di rumah untuk banyak kegunaan.



# KEGUNAAN CARA
1 Mencuci & membersih sayur-sayuran dan buah-buahan daripada racun & bahan kimia Isikan air ke dalam besen dan masukkan 5 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit
2 Mencuci & membersih ikan, ayam & daging & makanan laut daripada bahan awet Isikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit
3 Mencuci & membersih makanan basah spt. Mee kuning, kuehtiau dsbnya daripada bahan awet Isikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit
4 Mencuci & membersih tempat dan peralatan memasak (terutama yang berminyak) Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h dan gunakan untuk mencuci peralatan memasak
5 Mencuci & membersih bilik air, tandas, tangki, sinki, cermin tingkap, rak buku, almari dsbnya Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h kemudian mopkan atau lapkan tempat yang hendak dibersihkankecuali bilik air dan tandas perlu diberus
6 Mencuci badan, tangan dan kaki daripada daki kotoran, pijar lada, dakwat marker pen, minyak dsbnya Basahkan tangan dengan air kemudian tuangkan 2-3 titik kemudian digosok-gosok serta bilas
7 Mencuci & membersih lantai serta alat permainan Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h kemudian cuci alat mainan dan dibilas manakala cucian lantai tidak perlu dibilas selepas lantai dimop kerana ia mudah kering dan tidak melicinkan lantai
8 Menanggalkan gula-gula getah pada baju dsbnya Titikkan 5 titik di sebelah belakang baju yang terkena gula getah kemudian digosok-gosok hingga tertanggal
9 Mengasah pisau Titikkan 4-5 titik pada pisau dan asah pisau seperti biasa sehingga tajam
10 Membersih dakwat pen pada tangan, baju dsbnya Titikkan 4-5 titik di tempat terkena dakwat, digosok dan kemudian dibilas




UNTUK KECEMASAN
# KEGUNAAN CARA
1 Menghapuskan kutu di atas kepala Basahkan rambut dan ambil 10 titik basic-h dan lumurkan ke atas kepala dan ratakan. Setelah selesai balutkan kepala dengan kain tuala bersih dan biarkan selama 10-15 minit barulah dibilas
2 Terkena minyak, air panas atau melecur terkena benda panas Sapukan terus basic-h ke atas tempat yang terkena tadi dan kulit tidak akan menggelembung atau melecur bahkan akan rasa sejuk.
3 Menghindarkan & membunuh serangga seperti lipas, nyamuk, semut, lalat dsbnya Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam botol semburan bunga yang dicampur air kemudian goncang dan semburkan kepada serangga
4 Demam panas (sebelum berjumpa doctor) Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam besen kecil yang mengandungi air.Kemudian sapukan atau lumurkan ke seluruh badan dan kepala.
5 Sakit gigi Masukkan 4-5 titik basic-h ke dalam cawan yang dicampur air kemudian kumur. Sekiranya sakit pada gigi berlubang titikkan 2-3 basic-h pada kapas dan letakkan pada tempat yang sakit.
6 Gatal-gatal pada badan atau miang (masalah kulit) Tuangkan 4-5 titik ke dalam gayung. Kemudian gosokkan ke seluruh tempat gatal dengan menggunakan span mandian dan dibilas.
7 Ulser dan mulut berbau Tuangkan 4-5 titik ke dalam gelas kemudian kumur (sekerap mungkin)
8 Penyubur tanaman dan penggembur tanah Air lebihan cucian basic-h boleh disiram pada pokok bunga dan tanaman lain untuk membantu kesegaran dan kesuburan.
9 Menghilangkan karat dan daki pada barang kemas, jam tangan dsbnya Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam mangkuk kecil kemudian rendamkan dan biarkan selama 15-30 minit, karat dan daki akan tanggal serta kelihatan kilat seperti baru.

Perbezaan antara Semulajadi vs. Sintetik


Assalamualaikum!

Soalan lazim yang seringkali menjadi perhatian pengguna vitamin...

Mengapa semulajadi?
  1. Enzim tidak alami perubahan melampau dalam pemprosesan oleh haba yang tinggi dan pelarut kimia yang keras.
  2. Tidak menggunakan pengisi dan pengikat yang keras yang menghalang penyerapan nutrien.
  3. Penyediaan bahan mentah dari sumber semujadi yang berkualiti.
  4. Imbangan semulajadi dikekalkan sebaik mungkin.
  5. Semulajadi adalah bio-kedapatan dan disimpan dalam tisu badan lebih lama berbanding sintetik.
  6. Semulajadi lebih mudah ditukarkan oleh badan bagi menjalankan kepelbagaian fungsinya.

Khamis, 22 September 2011

Supplement untuk wanita


Wanita akan mengalami beberapa fasa dalam hidupnya. Dengan ini pelbagai juga masalah kesihatan yang mungkin muncul pada setiap fasa ini. Setiap wanita akan melalui:-

-akil baligh
-pra-kehamilan
-kehamilan
-pra-menopos
-menopos
-selepas menapos

Shaklee ada produk yang memenuhi keperluan wanita pada setiap peringkat kehidupan ini iaitu:
  • GLA
  • Ostematrix
  • Omega Guard
Kebaikkannya sangat meluas dan banyak antaranya:
  1. Membantu melegakan simptom senggugut dan menopos
  2. Menggalakkan kulit yang cantik
  3. Menggalakkan tulang yang kuat
  4. Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung
  5. Melegakan sakit-sakit sendi












Jadi, sayangilah kesihatan anda dengan memeliharanya dari awal. Anda, pasti dapat merasa perbezaan dengan supplemen semulajadi Shaklee. Ia sangat berkesan.
credit
Mengapa kita perlukan supplemen walaupun telah mengambil makanan harian. Ini kerana
  • kita sering terdedah pada pencemaran alam sekitar jadi badan perlukan antibodi yang tinggi untuk menapis dan melawan radikal bebas ini.
  • badan kita memerlukan dos yang lebih bagi sesetengah nutrien. Vitamin C dan B Complex perlu diambil setiap hari namun ia sangat mudah terhapus dari makanan.
  • buah dan sayur walaupun tinggi fiber mungkin terjejas atau tercemar jadi menyebabkan kandungan vitamin dan nutriennya menurun.
  • mengamalkan gaya hidup tidak sihat seperti tidak bersenam dan gagal menangani stress. Stress membuatkan permintaan untuk vitamin lebih tinggi oleh badan.
  • kebanyakkan rakyat Malaysia makan mengikut selera rasa, tinggi minyak, lemak dan kolestrol.
  • gangguan penyerapan nutrisi dari makanan. Mungkin kerana pengambilan kafein yang kerap.
  • kehilangan nutrisi dari makanan semasa penyediaan seperti menggoreng pada suhu yang tinggi.
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Bg yang kekangan kewangan, sila contact utk mendapat harga istimewa:
Email - pokoksena85@yahoo.com
SMS - 0199517292
Fanpage - JOM SINGGAH 

Herb Lex membuatkan usus yang tua seperti muda


My elderly 89 year old father takes HerbLax daily and has for years and years. I have been in Shaklee since 1978. Recently my father had a colonoscopy (just because they thought he should, since he had not had one for years) I guess they thought he should have something wrong at his age, right?

During the procedure the doctor asked my dad; “Do you take Shaklee HerbLax?” My dad said; “Yes, I do every day” (I think he takes 2-4/day). Doctor said; “I thought so because the colon is a darker color. I have several other people with colons like yours and they all take Shaklee.” Dad is getting worried, “Is that bad?” “No,” he said, “I wish all my patients had colons like yours, your colon is that of a 20 year old person, that is good, it couldn’t be better.”

So I guess this is living proof that Dr. Shaklee was right and knew what he was talking about.- Sharon Rowe




credit to ida

Rabu, 21 September 2011

No tricks!


Saya tertarik apabila membaca blog along dan ceritanya mengenai mari mencuci, basic H. So sebenarnya ada gelaran untuk basic H ni bagi yang dah lama mengenalinya, basic H di gelar 1001 uses liquid. Saya nak tambah sedikit, kegunaan lainnya ialah meringankan kesakitan especially kesan melecur, mencuci kudis or gatal-gatal pada badan, dan kesan yang paling menakjubkan adalah pada sayur yang layu.



Ini adalah sayur layu yang saya keluarkan dari peti ais petang tadi.Saya titiskan beberapa titis basic H ke dalam mangkuk dan dicampurkan dengan separuh mangkuk air paip serta dibiarkan selama 15-20 minit


Selepas itu, hasilnya sayur mula segar ......
Kelihatan kotoran hasil dari semburan pestisid ke atas sayur-sayuran
Kotoran ini yang tersembunyi dari mata kasar kita dan sukar untuk ditemui sekiranya sayur dicuci dengan air paip sahaja.


credit KakN

Sesungguhnya saya sangat-sangat menggalakan setiap orang memilikinya... akan saya ceritakan tentang seorang teman yang saya panggilnya kak Sarimah di sebalik cerita beliau tentang basic H.

Jumaat, 16 September 2011

Cyst dan fibroid : Agar tidak berulang.



Bagi yang mengikuti kisah penulisan blog saya dari awal, pasti pernah terbaca kisah saya yang mengalami ketumbuhan di ovari yang lebih spesifik kes saya ialah twisted cyst. Masa tu saya mengandungkan Addin 2 bulan. Terpaksa juga melalui operation sebab cyst tu berpintal dengan ovari. Alhamdulillah kandungan pun selamat dan Addin selamat dilahirkan secara c-section.

Apa yang saya belajar tentang cyst ni ialah ianya adalah salah satu ketumbuhan abnormal sel dalam badan yang disebabkan oleh faktor radikal bebas. Sama juga dengan fibroid.Ia boleh tumbuh semula jika radikal bebas tidak dikawal baik oleh antioksidan. Masih ingat lagi dengan seorang kawan yang melalui 3 kali operation membuang cyst. Ianya boleh recurrent jika antioksidan dalam badan kita tidak mencukupi.

sharing info KakN

Apa dia radikal bebas?
Radikal bebas adalah molekul yang kekurangan satu elektron, dan membuat molekul tersebut menjadi tidak stabil dan selalu berusaha mengambil elektron dari molekul atau sel lain. Radikal bebas dapat dihasilkan dari hasil metabolisme tubuh dan faktor luaran seperti asap rokok, hasil penyinaran ultra ungu, zat kimia dalam makanan dan bahan pencemar lain. Penyakit yang disebabkan oleh radikal bebas bersifat kronis, iaitu diperlukan masa waktu bertahun-tahun untuk penyakit tersebut menjadi nyata. Contoh penyakit yang sering dihubungkan dengan radikal bebas adalah serangan jantung dan barah. Untuk mencegah atau mengurangi penyakit kronik karena radikal bebas diperlukan antioksidan.





Untuk bahasa mudah yang saya fahami, pertumbuhan sel yang tidak normal boleh mengakibatkan ketumbuhan atau lebih teruk dikenali sebaga kanser kerana ianya merebak dengan sangat cepat.

Bagaimana nak kawal radikal bebas ini? Ianya boleh dikawal melalui pengambilan antioksidan yang boleh didapati dalam makanan harian kita. Antara makanan yang kaya dengan antioksidan ialah anggur hitam, vitamin C, buah beri, strawberi dan banyak lagi. Namun kandungan antioksidan dalam setiap buah adalah berbeza antara setiap satunya.




Apabila saya ditemukan ALLAH dengan seorang wanita yang melalui pembedahan sebanyak 3 kali untuk membuang cyst, maka saya mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengamalkan pengambilan supplement yang tinggi antioksidan. Apakah vitamin yang kaya dengan antioksidan? Saya gunakan formula ACE iaitu vitamin A, Vitamin C dan Vitamin E. Selain itu pengambilan GLA juga sangat membantu.

Seorang ibu yang menyusu yang pernah mengalami Mastitis juga saya saya nasihatkan mengambil vitamin yang kaya dengan antioksidan agar perkara yang sama tidak berulang. Adakah benar ibu yang menyusu yang mengambil vitamin E tidak mudah mendapat Mastitis? Ianya hanya sebagai langkah berjaga-jaga kerana penyakit itu datangnya dari ALLAH jua.

Seorang ibu yang juga menyusu pernah meminta saya memberikan panduan untuk mengurangkan bengkak ( ketumbuhan kecil) di bahagian alat sulitnya kerana tidak mahu menjalani pembedahan, alhamdulillah atas sifat istiqamah dan yakin dengan pertolongan Allah, beliau tidak perlu menjalani pembedahan untk membuang ketumbuhan di bahagian alat sulitnya. Syukur sangat.


Sselama 11 tahun bersama Shaklee saya dah jumpa ramai pesakit kanser dan ianya buat saya insaf dan istiqamah dengan pengambilan antioksidan. Pemakanan kita mempengaruhi kesihatan kita. Sebab tu kena berjaga-jaga dan pastikan pengambilan vitamin dan zat galian dititikberatkan. Penyakit sebenarnya tidak datang serta merta, ianya berada dalam tubuh cuma ianya tidak aktif. Untuk pastikan ia tidak aktif, pastikan antioksidan kita mencukupi.

Bestnya Lecithin! Suplemen 'Pemecah' Lemak!



Seronok pula saya berkongsi kebaikan suplemen Lecithin ini. Lecithin ni bukan setakat suplemen untuk me'reduce' inches di tubuh, malah sesuai bagi mereka yang bergelar student (digabungkan dengan vitamin B Complex).




FAT??..oppss. Lecithin dinamakan "pengemulsi semulajadi" kerana ia mempunyai kesan melekat kat lemak....dalam perkataan ringkasnya,ia menyebabkan lemak tu terapung kat dalam darah...dan seterusnya mencegah lemak dari melekat kat dinding membrane.. Lecithin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan ..dan tahukah anda ~ Soybean Lecithin is the richest cholesterol-free source of lecithin...dan yang menariknya..Lecithin Shaklee adalah bersumberkan dari soybean...


Now, jom kita baca fakta-fakta mengenai khasiat Lecithin ini.
  1. Lecithin bertindak sebagai pelarut utk kolestrol,triglycerides dan lemak2 yg lain.Sebab tu ia membantu mencegah penyakit2 seperti high blood pressure,stroke,heart disease, arteri yg mengeras ... Malah sesetengah pakar mengesyorkan pengambilan up to 6000-7000mg sehari jika berhadapan dgn masalah kesihatan yg sebegini.
  2. Kenapa org yang nak kurus suka lecithin? Sebab ia bertindak mengemulsikan lemak (ayat simplenye..ianya memecahkan lemak)..Tahukah anda..Lecithin mampu membakar lemak lebih cepat jika disertakan dengan senaman yang bersesuaian... Pengambilan Lecithin 4000mg sehari pasti membuahkan hasil yang diidamkan.
  3. Lecithin memainkan peranan utama dalam penyerapan zat2 penting dari saluran darah ke dalam sel-sel badan..Tanpa lecithin yg mencukupi..membran sel akan mengeras dan seterusnya menyukarkan proses penyerapan....Banyak faktor seperti bahan-bahan kimia dari persekitaran yg tercemar, bahan-bahan metal, dadah, food additives, pesticides, etc.. semuanya menyebabkan membran sel mengeras yang mana pastinya menyukarkan proses penyerapan zat-zat...jadi dgn cara menambahkan pengambilan Lecithin ,pasti ianya keputusan yg bijak.,
  4. Lecithin membantu mengurangkan atau mecegah penyakit berkaitan hati....
  5. Lecitin merupakan sebahagian dari unsur yang mengelilingi fiber saraf.Tanpanya,fungsi saraf ni kurang efisien. Sebab tu mereka yang menderita akibat multiple sclerosis, fibromyalgia, tekanan, PMS, dapat merasakan kesan yang positif apabila mengambil lecithin.
  6. Lecithin membantu sistem imunisasi dengan membalut sel darah merah kita dan seterusnya memberi perlindungan dari serangan virus,germs,bakteria. Di samping itu, struktur lecithin itu sendiri melindungi sel dari teroksida.
  7. Lecithin juga dikenali sebagai makanan otak dan saraf. Ia membantu sel otak berkembang,penting dalam transmisi saraf impuls dalam otak dan memainkan peranan dalam neuro transmitter(berkaitan short term memory) . Lecithin dipercayai mampu mengurangkan atau mencegah senility (nyanyuk) atau Alzheimer's disease. Malah sesetengah pakar menyarankan pengambilan 7000mg sehari utk memulihkan sistem ingatan...
  8. Lecithin juga dikatakan sumber hormon neurotransmitter di mana ia menggalakkan proses tidur.Kekurangan hormon ini dikatakan punca insomnia..
  9. Lecitin adalah asid lemak perlu yang penting dalam penjagaan paru2 kerana kebolehannya mencairkan mukus dan mencegah iritasi. Dan sebab itulah ianya berguna bagi mereka yg ada alergi,hay fever,asma,bronkitis dan emphysema
  10. Lecithin bertindak sebagai pelincir bagi joint(sendi2) dan membantu dalam penjagaan tisu buah pinggang as well as the sistem penghadaman.
  11. Lecithin adalah zat utk kecantikan.. ianya perlu dalam menghasilkan rambut yg sihat, cantik berkilat, kulit yang lembut gebu dan juga dalam mencegah eczema.
  12. Lecithin diperlukan dalam penghasilan pelbagai hormon seperti epinephrine. Sebab tu ianya amat berguna dalam mengurangkan atau mencegah PMS dan gejala2 menopause.
  13. Lecithin, bersama unsur2lain digunakan utk membuat BILE.. Bile ni fungsinya plak mencairkan lemak dan ..Pengemulsian ini memudahkan penyerapan zat2 seperti vitamin A, D, E dan K ke dlm badan.
    Best kan Lecithin ni? So, jangan tunggu lagi. Segera hubungi saya untuk mendapatkan stok Lecithin anda :)
    credit to YSM

    Sabtu, 10 September 2011

    Jimat dan Sihat Kerana Susu Ibu

    sumber : pa&ma

    Kejayaannya wajar dikagumi. Semua dilakukan demi anak-anak tersayang. Baginya tiada alasan untuk seorang ibu menafikan hak seorang anak untuk mendapat makanan awal terbaik mereka.
    Ketika hamil anak pertama empat tahun lalu, Mastura Mohd Isa, 27, masih muda lagi. Tidak pernah terlintas di fikiran untuk menyusukan anak sendiri. Oleh itu, anak sulung hanya sempat menyusu badan secara eksklusif setakat dua bulan sahaja.
    Namun bila hamil kali kedua dia sudah bersedia dari segi fizikal dan mental untuk menyusukan anak secara eksklusif. Semuanya hasil pembacaan dan penyelidikan yang dilakukan menerusi internet mengenai kebaikan susu ibu. Pengalaman menyaksikan kakaknya menyusukan anak-anak dijadikan pembakar semangat untuk turut memberikan yang terbaik kepada zuriat tersayang.
    Namun Mastura akui kali pertama bergelar ibu dan menyusukan bayi sulung Nur Darleena Humairah yang kini berusia 4 tahun, ia agak mencabar dan sukar. Tetapi menyusukan anak kedua tugas menyusukan menjadi mudah dan menyeronokkan.
    Sokongan yang diterima daripada suami benar-benar dihargai kerana ia memainkan peranan penting kejayaan penyusuan bayi secara eksklusif. Begitu juga dengan sokongan daripada keluarga rapat. Bagi Mastura, dorongan mereka semua dapat terus membakar semangatnya untuk menyusukan bayi.
    “Saya tidak peduli dengan apa kata orang keliling yang kadang kala mempertikaikan sampai bila saya nak menyusukan anak yang dah besar atau nak mengumpul susu perahan. Bagi saya yang penting anak-anak dapat makanan terbaik seawal usia mereka,” katanya tegas.
    Guna Jadual & Graf
    Melihat botol-botol susu yang tersusun rapi memenuhi ruang atas peti sejuk di rumah Mastura, sesiapa sahaja pasti terpegun. Stok susu itulah yang diberikan kepada anak keduanya, Nur Marissa Hannah, 2, setiap kali dia keluar bekerja.
    Stok susu tersebut sentiasa dipastikan penuh di ruangan sejuk beku tersebut. Katanya tidak sukar untuk ibu-ibu yang menyusukan anak membuat stok tersebut. Berkongsi caranya menghasilkan stok susu, Mastura memberitahu dia mula memerah susu badan untuk dijadikan stok selepas empat hari melahirkan anak.
    Bertugas sebagai Penyambut Tetamu di sebuah syarikat swasta memberikan kelebihan kepada Mastura untuk menyusun jadual mengepam susunya. “Dalam sehari biasanya saya mengepam susu sebanyak tiga kali iaitu pada pukul 8 pagi, 12 tengahari, 3 atau 5.30 petang. Saya turut mempunyai jadual mengepam susu yang saya contohi daripada laman web susuibu.com.
    Menerusi penggunaan jadual, saya boleh tahu jumlah stok susu simpanan yang saya dapat dalam sebulan. Misalnya saya pernah mengumpul susu terbanyak pada Disember 2010 iaitu sebanyak 500 auns.
    Dari situ saya tahu turun naik bekalan susu saya sebab ada graf disediakan. Secara tidak langsung saya juga boleh tahu berapa banyak anak minum susu mengikut usianya. Marissa paling banyak minum susu ketika berusia setahun dua bulan iaitu sebanyak 28 auns sehari,” kongsi Mastura.
    Kunci Kejayaan
    Sesetengah orang mungkin hairan melihat bagaimana Mastura yang bertubuh kecil molek mampu menghasilkan susu yang banyak untuk anaknya. Sebenarnya saiz fizikal seseorang tidak menentukan kuantiti susu yang dihasilkan. Kunci kejayaan utamanya adalah kerap mengepam susu secara konsisten setiap hari dan kerap menyusukan secara terus.
    “Semasa penyusuan kita tidak dapat lari daripada melalui fasa-fasa cabaran penyusuan. Bukan mudah untuk berjaya namun balik kepada hati, jika mahu semua boleh jadi.
    Keperluan rohani dan jasmani perlu seimbang. Penyusuan dapat dilaksanakan dengan baik. Sentiasa berfikiran positif, meningkatkan sesi mengepam, kerap menyusukan dan mengepam maka susu banyak boleh dikumpulkan,” kongsi Mastura.
    Di samping itu pemakanan ibu turut memainkan peranan penting menentukan kejayaan penyusuan. Dia sendiri sangat disiplin menjaga pemakanannya semasa dalam pantang dan enam bulan selepas itu.
    “Saya banyak makan ulam-ulaman, minum susu, makan jintan dan lada hitam yang saya akan masukkan dalam semua jenis masakan saya dan minum teh herba membanyakan susu,” katanya yang turut mengamalkan makan kurma sebiji dan minum susu setiap kali bersahur di bulan Ramadan.
    Jimat Belanja
    Jika ibu lain perlu memperuntukkan duit setiap kali berbelanja untuk membeli susu anak, Mastura hanya tersenyum sahaja kerana dia tidak pernah membeli sebarang susu formula untuk anak-anaknya.
    Sewaktu awal bergelar ibu, dia hanya melaburkan beberapa ratus ringgit sahaja untuk mendapatkan pam payu dara yang masih digunakan sehingga sekarang untuk membekalkan susu badan kepada anaknya.
    “Saya menggunakan pam payu dara manual jenama Avent yang saya beli masa mengandung lima bulan anak kedua. Pertama kali tengok pam tu saya terus jatuh suka dan membelinya.
    Walaupun orang kata guna pam berganda elektrik lebih bagus untuk hasilkan banyak susu tapi saya tetapi yakin yang manual ini serasi dan terbaik untuk saya. Buktinya saya berjaya menyusukan anak-anak secara eksklusif hingga sekarang,” ujarnya sambil tersenyum yakin.
    Kebaikan susu ibu sering dikaitkan dengan anak yang jarang dijangkiti demam dan selesema. Ia diakui sendiri oleh Mastura tetapi tegasnya ia bukan bermakna anak tersebut langsung tidak boleh jatuh sakit sebaliknya jarang dijangkiti demam dan selesema.
    “Ini kerana anak kedua saya pernah mendapat jangkitan kuman paru-paru dan ditahan di hospital. Akibatnya ramai kenalan yang mempertikaikan kenapa anak saya yang minum susu ibu secara eksklusif boleh dijangkiti kuman.
    Bila merujuk kepada pakar laktasi, katanya tidak semestinya anak tidak boleh kena penyakit. Tapi anak kedua saya memang jarang kena demam, selesema atau batuk. Pertama kali dia demam pun masa umur 8 bulan,” katanya yang bertekad untuk menyusukan anak selagi masih ada susu dan anak masih mahu menyusu.
    Dia yang sering menjadi tempat rujukan kawan-kawan sepejabat yang baru lepas bersalin turut bersyukur kerana dapat membantu insan lain dalam soal susu badan.
    “Seorang kawan meminta tolong agar saya menolong kawannya yang mempunyai masalah untuk menyusukan bayinya. Saya fikir apa salahnya, lagipun susu saya banyak. Jadi saya nekad untuk menjadi ibu susuan kepada bayi itu,” ceritanya.
    Pesan Mastura kepada wanita yang bakal bergelar ibu agar sudah menetapkan dalam fikiran untuk menyusukan anak dengan susu ibu apabila dia lahir.“Tiada apa yang mustahil tentang penyusuan susu ibu. Yang penting kita perlu ada ilmu, sokongan, latihan dan tahu kebaikan di sebalik penyusuan susu ibu,” akhirinya dengan senyuman puas.

    BUAT MASKER SENDIRI DENGAN VITAMIN E SHAKLEE


    "Sebenarnya saya nak share, ada sorang customer baru saya, siang tadi call utk membeli supplemen yg sesuai utk burn fat (Lecithin dan fiber).. disamping tu beliau turut bercerita tentang pupur susu yg beliau pelajari di tpt facial nya... (masker).. apa yang membuatkan masker susu tu so special.. dan buat awet muda+ kulit halus lembut.. rahsianya.. ditambah dgn 1biji vitamin E.. Pecahkan satu kapsul.. add on dlm resipi buat masker tu.. Ianya bahan yg mmg ada didapur rumah kita.. jadi semua orang boleh buat sendiri.." bestttt."  

    Apa bahan-bahannya? 
     Campur 1 sudu vitamin E (dapatkan dari satu kapsul vitamin E) , tambah 2sudu kecik plain yogurt,1/2 sudu teh madu, + sedikit jus lemon.campur rata. Usapkan ke seluruh wajah dan biarkan meresap selamat 15 menit. Basuh muka dengan air hangat hingga benar-benar bersih. kredit 

    Setelah meng "google" ni khasiat bahan - bahan terseebut ke atas kulit kita :

    Vitamin E
    • Melembabkan kulit
    • Mengecilkan pori-pori
    • Mengurangkan parut
    • Vitamin awet muda
    Yogurt
    • Membantu membuang sel kulit mati untuk membantu kulit kelihatan lembab
    • Membuat wajah lebih bercahaya
    Lemon
    • Ia dapat membantu membuang sel kulit mati yang membuatkan wajah kusam dan kasar dan meningglkan kelembapan pada kulit
    • Ia juga dapat membantu mengurangkan kedutan pada wajah
    • Mengandungi vitamin C yang mampu mencerahkan wajah
    Madu
    • Madu buat wajah jadi tegang kerana madu dapat mempertahankan air dari lapisan kulit dari hidrasi
    • Madu mengandungi antiseptik yang mampu menyembuhkan iritasi dan jerawat
    • Madu punya kandungan vitamin dan mineral yang hebat antaranya B complex, potasium, amino dan mikronutrien

    PENGIKLANAN PERCUMA!

    Syarat Pengiklanan:
    1. Produk fizikal atau digital anda haruslah berusurkan kesihatan atau kecantikan sahaja.
    2. Produk anda haruslah selamat untuk digunakan.
    3. Produk anda bebas dari unsur yang boleh membahayakan kesihatan pengguna.
    Jadi, untuk beriklan, anda hanya perlu mengisi ruang di bawah ini (isi mana berkenaan);
    • Nama Produk:
    • Jenis Produk:
    • Huraian Anda Mengenai Produk Anda (Include Harga):
    • Nama, Emel dan No. Telefon untuk dihubungi
    • Alamat Blog atau website Anda(jika ada):
    • Iklan Banner : letakkan URL Gambar ye.. 
    Email: pokoksena85@yahoo.com "Pengiklan Percuma"
    Facebook: Mazlina Mohd Nazir
    FanPage : JOM SINGGAH 

    TIPS JANTUNG SIHAT

    Jantung manusia terdiri daripada serabut-serabut otot khusus yang bekerja untuk mengepam darah. Apabila otot jantung tidak mendapat bekalan darah yang cukup, seseorang itu dikatakan mengidap sakit jantung. Antara penyebab bekalan darah ke otot jantung tidak cukup, disebabkan saluran darah menjadi sempit kerana dinding sebelah dalam saluran darah dipenuhi lemak, terutamanya “kolesterol”.

    credit Wanita Sihat



    Sakit jantung adalah antara salah satu penyakit yang amat digeruni. Kalau boleh,cuba usaha elakkan ianya dari terkena kepada kita. Disini diperturunkan tips untuk memiliki jantung yang sihat.

    1. Ketahui Sejarah Keluarga Anda
    Ketahui sejarah perubatan keluarga anda dan beritahu doktor anda tentang sebarang risiko-risiko keturunan.
    Jika salah seorang daripada datuk nenek, ibu bapa atau adik-beradik anda pernah mengalami penyakit jantung sebelum berusia 55 tahun, maka anda turut cenderung untuk turut mendapatnya.
    Mengetahui maklumat sedemikian akan membantu anda mengambil langkah-langkah yang sepatutnya untuk mencegahnya daripada berlaku.

    2. Di Meja Makan
    Makan diet yang seimbang yang terdiri daripada buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh dan makanan tenusu rendah lemak. Amalkan masa makan yang tetap pada setiap hari dan elakkan dari terlebih makan.


    Kesemua lemak mempunyai kalori yang tinggi dan akan meletakkan anda berisiko untuk mendapat kolesterol dan darah tinggi, jadi anda perlu mengehadkan pengambilannya. Jika anda mesti mengambil lemak, maka pilihlah lemak-lemak tidak tepu. Elakkan makanan yang mengandungi lemak tepu, asid lemak trans dan kolesterol.

    3. Serat Larut : Senjata Rahsia Anda
    Serat larut (terutama sekali beta-glukan) adalah karbohidrat kompleks yang sangat bermanfaat terutama sekali untuk kesihatan jantung. Ia telah terbukti secara klinikal akan menurunkan kolesterol darah dengan menggabungkan asid-asid hempedu (yang mengandungi kolesterol) di dalam saluran pencernaan anda.
    Ia kemudiannya akan dikeluarkan bersama bahan buangan badan anda dan ini bermakna kolesterol akan diserap dengan lebih sedikit ke dalam aliran darah anda. Ini akan membawa kepada paras kolesterol darah yang lebih rendah serta mengurangkan risiko penyakit jantung.


    Oleh kerana serat larut (seperti beta-glukan) merupakan makanan rendah GI (Indeks Glisemik), maka ia juga berkesan untuk menstabilkan paras glukosa darah anda. Ini dilakukan dengan memperlahankan pencernaan serta penyerapan agar glukosa (gula) akan mengambil masa yang lebih lama untuk memasuki aliran darah anda.

    Ini akan mengelakkan paras glukosa darah naik secara mendadak.
    Oleh yang demikian, memasukkan lebih banyak serat larut serta makanan karbohidrat rendah GI ke dalam makanan seharian anda adalah suatu langkah yang bijak. Sesetengah contoh makanan rendah GI termasuklah barli, beras perang, muesli dan roti rendah GI yang telah dirumus khas.

    4. Mengawal Tekanan Darah
    Tahukah anda bahawa hanya 6 daripada setiap 100 rakyat Malaysia dapat mengawal tekanan darah mereka? Jangan biarkan diri anda menjadi salah seorang daripada 94 orang tersebut!


    Periksa tekanan darah anda sekurang-kurangnya 2 kali setahun dan pastikan anda mengekalkannya pada paras yang rendah (130/80 mmHg atau lebih rendah) tanpa mengira usia anda.

    5. Awasi Berat Badan
    Lakukan senaman selama sekurang-kurangnya 45 minit pada kebanyakan hari dalam seminggu (atau lebih baik lagi, lakukannya pada setiap hari).
    Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai berat badan yang berlebihan atau obes, maka anda perlu lebih kerap melakukan senaman (dan dalam tempoh yang lebih lama) untuk menurunkan berat badan yang berlebihan.


    Secara amnya, anda perlu mengekalkan Indeks Jisim Tubuh (BMI) pada lebih kurang 18-23 kg/m2. Bagi orang Asia, ukur lilit pinggang yang kurang dari 90sm bagi lelaki dan kurang dari 80sm bagi wanita adalah ideal.

    6. Berhenti Merokok
    Tembakau dalam rokok akan mengakibatkan saluran darah anda menjadi sempit serta mengurangkan bekalan darah ke jantung dan organ-organ penting anda yang lain. Jadi, hentikannya sekarang demi kebaikan jantung anda.

    7. Jangan Lupa Berjumpa Doktor!
    Dan akhir sekali, jangan terlepas daripada menjalani pemeriksaan kesihatan tahunan anda. Pemeriksaan yang kerap akan dapat mengesan serta merawat kes-kes awal penyakit jantung dan juga diabetes.

    Jumaat, 9 September 2011

    Psoriasis : Bagaimana Cara Menanganinya?


    Psoriasis?? Apa tu?

    Sejujurnya saya sendiri tertanya-tanya apakah sebenarnya penyakit yang dinamakan "Psoriasis". Jika anda sedang mengalami masalah psoriasis ini, anda wajib baca artikel ini!

    Psoriasis

    Psoriasis adalah keadaan kulit yang tidak normal dimana kulit penghidap menebal lebih cepat dari kulit yang normal. Ia adalah keadaan kulit yang tidak berjangkit. Kawasan yang biasa dihidapi adalah kulit kepala, lutut dan siku tetapi boleh juga menjangkiti pada bahagian badan lain termasuk kuku dan tulang.

    Tanda-tanda
    Ianya berlainan bagi setiap orang dan termasuklah :
    • Keguguran sisik pada kulit
    • Tompok-tompok merah pada kulit kepala, siku, lutut dan bahagian lain badan.
    • Gatal tetapi pada tahap yang berbeza-beza
    Jenis-jenis psoriasis
    • Paling lazim adalah psoriasis yang bertompok
    • Dikalangan kanak-kanak biasanya terdapat guttate psoriasis.
    • Jenis teruk yang memerlukan rawatan dihospital dipanggil erythrodermic psoriasis
    • Lampin psoriasis
    • Pustular psoriasis- adalah bentuk psoriasis yang sangat teruk dimana ia boleh menimbulkan kesakitan
    Guttate psoriasis
    Plaque psoriasis (bertompok dan timbul)

    Komplikasi
    Psoriasis boleh menyebabkan arthritis yang dikenali sebagai arthritis psoriatik. Gejala adalah sakit atau bengkak pada sendi. Sendi yang biasanya terlibat adalah:
    • Sendi hujung pada jari tangan atau kaki
    • Bahagian belakang, pergelangan tangan, lutut atau pergelangan kaki
    Rawatan (Bergantung kepada lokasi dan keterukan kulit terlibat)
    Krim dan ubatan yang boleh melegakan.

    Pelembab
    • Ia adalah penting untuk menjaga kulit supaya lembap sepanjang masa. Anda seharusnya :
      • Menggunakan pengganti sabun contohnya krim akueus atau salap pelembap
      • Menggunakan sarung tangan
      • Memotong pendek kuku jari tangan dan kaki untuk mengelakkan daripada menggaru supaya kulit tidak rosak
    Dimana untuk mendapat rawatan?
    Pergi ke klinik kesihatan yang berdekatan dan berjumpa kepada doktor anda. Doktor anda akan menilai keadaan anda dan mulakan rawatan yang sesuai. Jika diperlukan anda akan dirujuk kepada pakar kulit bergantung kepada betapa teruk penyakit anda.

    Ingat!!
    Psoriasis bukan penyakit berjangkit. Ia tidak berjangkit melalui sentuhan kulit ke kulit dengan pesakit psoriasis. Namun ia boleh dijangkiti dari ibu kepada anak melalui faktor genetik. Psoriasis tidak boleh sembuh tetapi rawatan jangka panjang boleh mengawal masalah ini. 

    *Artikel dari Info Sihat

    Sebagai alternatif lain untuk membantu psoriasis dari terus merebak ke bahagian tubuh badan yang lain, ada beberapa supplement Shaklee yang disarankan untuk pesakit psoriasis amalkan. Namun harus diingat yer...supplement bukanlah ubat untuk merawat sesuatu penyakit. Sebaliknya ia membantu mengurangkan simptom2 penyakit tersebut dari terus melarat.

    Supplement Shaklee yang dicadangkan:

    (Dalaman)
    • Nutriferon - sebagai immune booster dalam badan. (Diambil setiap hari)
    • B-Complex - membantu mengurangkan rasa stress. Stress boleh menyebabkan psoriasis mudah merebak. (1-2 biji sehari)
    • Vitamin C - mengandungi kolagen. Mengikat sel-sel yang terbentuk. Ini membolehkan kulit itu tidak terlalu mengelupas. (Sebiji sehari)
    • GLA - untuk menstabilkan hormon dalam badan. (Sebiji sehari)
    • ESP - mengandungi protein yang merupakan bahan asas pembentukan sel kulit baru dalam badan. Ia juga merupakan milk booster bagi pesakit psoriasis yang menyusukan anak.
    (Luaran)
    • Herbal Blend Cream - krim herba serbaguna yang boleh disapu di kulit yang bermasalah untuk memberi kelembapan dan melembutkan kulit yang kasar.
    • Basic-H - membantu mengekalkan kelembapan pada kulit secara semulajadi. Titis kan beberapa titik cecair Basic-H dalam air mandian. Boleh juga diamalkan oleh mereka yang mengalami eczema.
    Anda boleh baca pengalaman Puan Yusrina, pengalaman seorang pesakit psoriasis di sini!

    Semoga info ini dapat membantu mengurangkan psoriasis anda dari terus merebak. Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjut tentang penyakit ini, sila email kepada saya.

    B Complex dan Ostematrix Untuk Yang Migrain


    credit to Mommy Lyna ~*

    Sakit kepala adalah gelaja biasa yang berlaku kepada sesiapa sahaja. Biasanya sakit kepala dibahagikan kepada 3 kategori:
    • Sakit kepala kerana tekanan
    • Sakit kepala kerana sinus
    • Sakit kepala kerana migrain
    Sakit kepala tekanan adalah disebabkan oleh tekanan atau stress yang dihadapi oleh seseorang, samada tekanan mental atau fizikal. Jiwa dan pemikiran yang tertekan, tegang, berkecamuk, boleh menyebabkan sakit kepala. Tekanan pada otot-otot di sekitar leher, kepala dan kulit kepala juga boleh menyebabkan sakit kepala. Ia juga boleh berlaku apabila seseorang itu mengalami perubahan secara tiba-tiba contohnya dari kawasan redup, tiba-tiba masuk ke kawasan panas, dan sebagainya.
     
    Sakit kepala sinus ialah disebabkan oleh keradangan sinus yang dihadapi oleh seseorang. Sakit kepala sinus biasanya menyerang dalam kadar sekejap tapi menyengat.
     
    Manakala jenis sakit kepala yang ‘paling popular’ ialah kerana migrain. Setakat ini tiada penyebab rasmi yang dikatakan sebagai punca migrain, namun saintis telah mencadangkan beberapa penyebab migrain:
    1. Kekurangan zat dan nutrisi
    2. Faktor keturunan
    3. Kesan dari pengambilan ubat-ubatan
    4. Wanita yang mengalami haid atau pra-haid
    5. Terlalu banyak mengambil kafein
    6. Mengamalkan makanan yang mengandungi MSG dan nitrat
    Biasanya penderita migrain akan diberi ubat tahan sakit, ubat tahan muntah dan sebagainya bagi mengawal kesakitan mereka. Bagi penderita migrain yang teruk, mereka diberi dos dadah yang agak tinggi agar dapat melalikan sistem badan mereka dari kesakitan yang ditanggung.
     
    Pengambilan ubat-ubatan boleh mendatangkan risiko terhadap kesan jangka panjang kepada kesihatan.
     
    Oleh yang demikian, memilih alternatif dengan pengambilan supplement natural adalah langkah terbaik bagi mengatasi masalah migrain.
     
    Kenapa supplement lebih baik dari ubat? Kerana ia diperbuat daripada bahan makanan, dan merupakan ekstrak daripada makanan2 yang membekalkan nutrient harian. Berbeza dengan ubat yang diformulasikan di makmal daripada jenis dadah dan sebagainya.
     
    Supplement/vitamin untuk migrain:
     
    Ostematrix (Kalsium, Magnesium & Vitamin D)
     
    Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.
     
    Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.
     
    Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.
     
    B Complex
     
    Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang mograin, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya.
     
    Bagi penderita migrain, anda hendaklah mengetahui penyebab-penyebab yang boleh menjadikan anda diserang migrain. Sekiranya ia berpunca dari pemakanan, maka anda kena lah jaga makan. begitu juga dengan perkara2 lain seperti aktiviti dan sebagainya. Dan timbagkan tentang mengambil vitamin/supplement sebagai pembantu untuk menyelesaikan masalah anda, kerana ia pasti lebih baik dari makan ubat berasaskan dadah secara berterusan.
     
     Boleh hubungi saya untuk membuat pesanan.

    Anemia

    Anemia atau biasa disebut kurang darah adalah keadaan yang mana darah memilki kekurangan sel darah merah atau hemoglobin. Hemoglobin ialah bahagian sel darah merah yang mengandungi zat besi. Keadaan ini menjejaskan pengaliran oksigen dalam tubuh menyebabkan kelesuan, kelelahan dan membuatkan pengidapnya kelihatan pucat.
    Beberapa penyebab anemia:
    • kemusnahan sel darah merah yang terlampau agresif – sel darah merah membentuk sel2 yang abnormal yang dipanggil sel sabit atau sel sickle
    • kehilangan darah yang banyak – dari kemalangan, kecederaan, tumpah darah atau darah haid yang terlampau banyak
    • badan yang kurang menghasilkan sel darah merah – badan yang kekurangan nutrisi
    Kekurangan nutrisi yang menyebabkan anemia
    • Zat besi
    • Asid folik
    • Vitamin B12
    Satu cara untuk memastikan anda menghidap anemia ialah melalui ujian darah.
    Anemia amat berbahaya kepada pengidap aterosklorosis, iaitu sejenis penyakit yang mana lemak terkumpul dalam arteri. Sudahlah darahnya kurang, yang ada pun tersekat pula. Ini meninggikan risiko terkena strok.
     
    Apakah supplement yang boleh membantu?
     


    vitalea

     

    Vita-Lea Iron Formula

    Mengandungi zat besi yang membantu mereka yang menghadapi masalah kekurangan zat ini. Kebiasaannya mereka yang mengalami anemia jenis ini ialah dari kalangan kanak-kanak di bawah 2 tahun, remaja perempuan (yang sudah datang haid), wanita hamil dan warga emas.
    Faktor yang menyebabkan kekurangan zat besi ialah kurangnya pengambilan zat besi dalam diet harian, atau badan kurang berupaya menyerap zat besi kerana diet yang tidak betul.


    vita c sustained released

     

    Vita-C 500mg Sustained Released

    Vitamin C membantu tubuh menyerap zat besi.Kajian menunjukkan vitamin C membantu penyerapan zat besi sehingga 2 kali lebih banyak.
    Vitamin C sustained released dilepaskan secara perlahan-lahan untuk membekalkan vitamin C yang secukupnya kepada tubuh. Ini kerana Vitamin C tidak dapat disimpan oleh tubuh. Tubuh manusia normal memerlukan 500mg vitamun C setiap hari yang bersamaan dengan 7 biji oren.


    b complex

     

    B Complex

    Asid folik membantu mengawal dan mengelakkan anemia yang disebabkan oleh kekurangan asid folik.
    Vitamin B12 mengelakkan anemia yang disebabkan oleh kekurangan Vitamin B12.
    Vitamin B5 dan B6 membantu dalam penghasilan sel darah merah.


    Boleh hubungi saya di 019957292 (SMS) atau email ke pokoksena85@yahoo.com untuk free consultations atau membuat pesanan.

    Cantik dan Awet Muda dengan Shaklee GLA Complex


    Jika anda pernah membaca entry saya sebelum ini, anda pasti ingat bahawa Shaklee tidak mengeluarkan suplemen EPO (Evening Primrose Oil), namun mempunyai sejenis suplemen yang dikenali sebagai GLA Complex.

    GLA adalah antara kandungan di dalam EPO.

    Fungsi GLA Complex ini kepada kaum wanita :-

  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid

  • Membantu meningkatkan kesuburan

  • Melegakan PMS (sindrom pra-haid)

  • Membantu dalam menangani menopus

  • Menguatkan kuku dan rambut

  • Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri

  • Membantu menangai ekzema

  • Melegakan simptom akibat artritis reumatoid

  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri

  • Menguatkan imuniti tubuh

  • Memperlahankan proses penuaan

  • Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung

  • Mengawal kencing manis dan darah tinggi

  • Mengawal kolesterol

  • Untuk fungsi saraf


  • Jom berikan yang terbaik untuk diri anda! (^_^)

    18 SX : Jom Belajar Senaman Kegel


    Senaman Kegel adalah senaman yang bagus untuk setiap wanita terutamanya wanita yang telah berkahwin dan melahirkan anak. Bagaimanakah melakukannya?

    Fungsi dan Faedah Senaman Kegel
    • mampu membantu mengatasi masalah seperti tidak boleh mengawal kencing{mosimage}mengurangkan kes peranakan turun
    • meningkatkan aliran darah ke uterus atau vagina
    • meningkatkan kualiti hubungan kelamin
    • menguatkan otot vagina seterusnya memudahkan proses bersalin dan mengurangkan koyak pada perenium
    Kaedah Asas (Permulaan)
    • Sewaktu membuang air kecil, buat kemutan bagi menghentikan aliran air kencing secara tiba-tiba
    • Tahan dan kira sehingga bilangan 10 sebelum melepaskan baki kencing seperti biasa
    • Otot pada pangkal rahim anda cukup kuat jika anda mampu menahan air kencing tanpa menggerakkan kaki.
    Untuk Pastikan Kaedah Anda Betul
    • Anda boleh memasukkan jari (yang telah dicuci bersih) ke dalam faraj dan cuba cengkam jari ini menggunakan faraj anda. Cengkaman ini lazimnya terasa pada bahagian pangkal jari saja.
    • Otot punggung (otot gluteus), otot abdomen (terutama kawasan bawah pusat) dan otot paha seeloknya tidak dikemutkan pada waktu ini. Anda boleh meletakkan kedua tangan pada kawasan punggung dan abdomen serta peha bagi memastikan ia tidak mengeras sewaktu senaman kegel dilakukan.
    Senaman Yang Sempurna
    • Setelah kaedah anda betul, lakukannya ketika pundi kencing anda telah kosong (cara yang sama seolah-olah seperti menahan diri daripada membuang air kencing). Tabiat menahan kencing boleh menyebabkan masalah kencing tidak lawas.
    • Anda boleh berdiri, duduk atau berbaring ketika melakukannya.
    • Jangan menahan nafas ketika melakukannya.
    • Tahan otot selama kiraan 10-20 dan rehatkannya dengan kiraan 10-20 lagi sebanyak 4 setiap sesi. Lakukan 3 sesi sehari (pagi, petang dan malam).
    Jika masih tidak pasti kaedah yang betul, jangan malu berjumpa doktor untuk mendapatkan panduan.

    Keberkesanan
    • Biasanya, kesannya senaman ini dapat dirasai dalam masa 2 hingga 3 bulan, jika dilakukan setiap hari.
    • Keberkesanannya bergantung kepada kaedah yang betul dan ianya mestilah dilakukan secara konsisten. Berpantang adalah waktu terbaik untuk melakukan senaman Kegel kerana ia turut dibantu dengan kehadiran hormon yang banyak dalam badan. Bagaimanapun, ia tidak disarankan bagi wanita yang bersalin secara pembedahan atau terlalu banyak koyak pada vagina.
    • Secara umumnya, senaman Kegel mampu mengembalikan 50 peratus kekuatan otot vagina, malah ada kes yang pulih 100 peratus. Bagaimanapun kejayaan ini berbeza antara individu mengikut tahap masalah masing-masing.
    Rujukan :
    1. Harian Metro
    2. Mayoclinic.com
    3. Masalah Kawal Kencing, Utusan Malaysia

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...